Thursday, January 14, 2010

Duhai Hati Menangislah Dikau

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:37:00 PM 0 uncang teh
Entah mengapa aku menjadi sangat sedih kebelakangan ni. Rasa ingin menangis tapi walau mata aku ni mengeluarkan air mata, namun tiada kepuasan di dalamnya. Sehinggalah aku tersedar bahawasanya selama ini hanya mata aku yang menangis tetapi bukan hati aku yang menangis, walau sebenarnya hati yang terasa teramat sebak sekali.

Aku ingin menangis dari hati. Mengeluarkan semua dan segala kesedihan yang bersarang di dalamnya. Mengurangkan semua kepedihan akibat hirisan luka yang tidak pernah sembuh. Memberikan ketenangan walaupun sedetik cuma.

Hati, menangislah dikau. Agar ringan segala beban duka selama ini. Sungguh, aku tak mampu nak menampung beban ini lagi.

Tolonglah hati. Aku merayu...menangislah dikau. Temanilah mata yang tak mampu melihat kesengsaraan ini. Lupakanlah seketika janji mu untuk tidak mahu menangis lagi. Tolonglah hati...

Tapi apa yang mampu aku katakan....aku hanya akan menangis sendiri....dan dengan sendiri juga aku memujuk hati ini. Mulia sungguh wahai engkau hatiku.


Susah sangat ke nak SENYUM

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:04:00 PM 2 uncang teh


Pagi tadi selepas touch in kedatangan aku sempat gi sarapan dengan osmet kat satu gerai di Pekan Kangar. Menu sarapan aku roti sardin dengan milo ais. Nyum nyum nyum...(kenyang la sekejap perut aku ni). Lepas habis makan kami pun jalan kaki nak balik opis masing2. 

Masa jalan nak ke parking kete tu, aku terserempak la dengan satu plat kete yang dikenali...ooo....kete opismate aku rupanya. Hmmm...jauh jugak la depa ni datang semata-mata nak sarapan kat Pekan Kangar sbb main opis kami kat Kuala Perlis! Bila nampak kete tu yg sangat2 penuh satu kete, dan makhluk2nya pula dikenali oleh mata dan otak aku, so aku pun senyum la tanda kita ni kenal. Ok...budak driver a.ka pemilik kenderaan itu senyum (which is good)...tapi yg co-pilot dia muka masam aje. Yang jadi bos kat belakang tu aku maafkan la maybe sbb penglihatan dan pandangan depa terhalang atau tak perasan makhluk bernama "aku" sedang berjalan lenggang mak limah.

Apa yang aku nak citer dan komen ni pasal co-pilot tu. Susah sangat ke nak senyum. Mahal sangat ke senyuman anda? Kalau aku ni org yang dia tak kenal...mungkin boleh dimaafkan. Tapi aku ni org yang dia tau aku ni wujud....Jadi tak salah kalau senyum. Senyum itukan penghubung silaturrahim. Orang yang marah pun boleh lembut hati kalau tengok muka seseorang yang manis ketika senyum.

Ok...aku tak nafikan ada manusia yang nampak sombong pada permulaannya tapi lepas dah kenal mudah mesra. Tapi manusia co-pilot ni dengan org yang dah kenal pun dia buat muka sombong.

Aku ingat masa aku sekolah menengah dulu. Tingkata 2 kalau tak silap aku. Cikgu Kemahiran Hidup aku ni sangatlah seorang manusia yang tak reti nak senyum. Kalau senyum pun terpaksa. Itupun hanya untuk cikgu2 atau murid yg baik dengan dia aje (ada ke?) Kami yang jadi anak murid pun dia pandang sipi2 aje kalau tegur atau bg salam. Masuk kelas tensen aje sbb cikgu kurang senyum. Sampai satu ketika...aku dan kawan2 yg sangat tensen ni sampai terlepas cakap minta dia keguguran sbb sangat sombong dan kurang senyum. Allah itu maha kaya....masuk Tingkatan 3 kami dapat berita cikgu tu betul2 keguguran. Rasa bersalah sangat sbb mungkin tuhan mendengar keluh kesah kami terhadap cikgu tu. Lepas peristiwa tu kami semua minta maaf dan selepas tu cikgu tu pun dah pandai senyum. Lepas senyum muka dia semakin berseri dan rasa nak belajar pun seronok.

Itu cerita realiti. Dan realiti itu sentiasa terjadi. Dah banyak manusia yang aku jumpa yg kelihatan sombong dan susah sangat nak senyum especially pada org yg dia rasa tak sama darjat dengan dia. Kalau dalam laman sosial atau blog atau ape sahaja, orang ini akan bg ayat yg bunyinya lebih kurang begini," find me deeper, know me better". Masalahnya, macam mana nak kenal dengan lebih baik kalau nak senyum pun memilih untuk org2 tertentu je. Pada org2 tertentu ni mungkin manusia ini di kenali sbg manusia paling ceria dan happy go lucky...tapi hanya org2 tertentu aje. Org2 yg tak tertentu...korang jgn sibuk la sbb korang mana ada standard. Punya la hipokrit manusia jenis ini.

Aku ada kawan yg sangat pendiam...susah untuk ketawa walaupun time tu lawak dah kira kelakar tahap gaban...tapi dia mudah senyum utk org yg dia dah kenal. So takde alasan la yg org yg susah nak senyum tu org yg pendiam.

Pada org2 yg terpilih rapat dengan manusia ni mmg susah nak percaya yg kawan mereka itu kelihatan memilih untuk senyum. Jadi jgn harap la nak komen lebih2 pasal manusia jenis itu kerana akibatnya kita juga yg kene tegur. Tapi realitinya......itulah manusia hipokrit.

Senyumlah...senyumlah...ahai cik mek molek.....
 

Adakah aku normal??

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:25:00 AM 0 uncang teh
Tadi aku baru je bersms dengan member kamceng aku sambil sedap2 landing tgk tv citer CSI. Dia mention esok dia kena gi site meeting kat Muar. Selain tu dia mention gak yang jantung dia akan berdegup kencang bila dapat bercakap dengan arkitek yang deal projek ni dengan dia, walaupun cuma melalui telefon ketika berurusan pasal kerja. Akunye jawapan senang aje, kalau single and available...proceed aje la utk langkah mengorat.

Jantung berdegup kencang...dag-dig-dug-dag-dig-dug.(macam lagu Haiza Dangdut la pula bunyinya) 

Lama dah aku tak alami keadaan ni atau paling tepat perasaan tu. Perasaan bila mana jantung akan berdegup kencang, hati debar tak terkata, lidah kelu seribu bahasa, hidung kembang menghirup udara dan mata terjegil macam blurr gila. Sungguh...lama....aku pun tak ingat bila kali terakhir aku ada perasaan tu....2005...2006....2007....2008...bila ye...sungguh hilang habis memori aku pasal keadaan ni. Yang ada sekarang adalah cuma perasaan gatal merenyam untuk berkawan2 biasa aje. macam tak normal aje aku ni.hahahhahaha...

Teringin juga aku nak rasa balik semua perasaan dan keadaan tu. Mesti seronokkan sbb aku dah kembali normal. Tapi sampai skrg belum ada tanda2 aku nak kembali normal dalam erti kata yang sebenar sebagai seorang manusia yang normal. Hai cepat la ada putera yang turun dari kayangan datang menegur aku....uhuhuhu......

Tapi bila tu????.....Sabar aje la....

Tuesday, January 12, 2010

Saat diri menjadi seorang penyibuk

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:12:00 PM 0 uncang teh
Macam biasa sampai opis rutin harian aku adalah buka pintu, selak langsir, on air-cond dan on laptop. Tetiba teringat komen kawan aku, Puan Zue yang mengatakan bahawasanya bilik opis aku ini tersangat2lah dull. So dengan semangat yang ala2 membara bak ungun api aku pun mengumpul la semua key chain pemberian kawan2 aku untuk di display kat dinding bilik aku.

Bersusun key chain aku sangkut kat dinding ni

Gajah ngan kangaroo pun aku sangkut gak

Ni souvenir kawin kawan2 aku, akunye souvenir lambat lagi ye!

Lepas habis semua aku lekat kat dinding, aku nak buat apa pula? Sesi lab lambat lagi, pukul 4 baru mula. Perut plak tetiba meragam, 2 kali plak tu kena masuk dalam bilik kecil. Dasyat...dasyat...Balik dr bilik kecil aku teringat kawan aku suruh aku deco dia punya blog. Heheheheheh...masa untuk aku jadi penyibuk la ni. Dapat kuasa untuk mendeco blog nye mengikut kepala otak aku. Jadi masa untuk deco...deco....deco....
                                      

Pemilik asal blog ni (klik) merangkap kawan kamceng ceng aku request sendiri background ni (klik).

Ok...kat bawah ni plak lunch meal aku. Tengok btul2 ye...ada ayam seketul, ikan seekor dan sayur2 yang ala2 fresh untuk konon rahsia awet muda aku (tak percaya?) serta nasi yang penuh satu polistrin ni termasuk sebungkus air limau ais yang sangat2 tawar (mentang2 la harga gula naik, pekedai ni catu penggunaan gula la plak), harga semuanya hanyalah RM4.70......Diulang...RM4.70. Kalau kat tempat korang plak agak2 berapa harga makanan aku ni?

lunch meal aku


Monday, January 11, 2010

Booster untuk semester ini

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:57:00 PM 0 uncang teh
Semalam, lepas abis kelas master-ji aku sempat la meronggeng katak kejap di SOGO. Itu pun sbb kelas abis awal, 3.30 pm (hehehhe...berjaya mempengaruhi lecture supaya abis awal) dan selepas selesai solat zohor, maka bergeraklah aku ke sana bersama mbak supirku iaitu adik aku dan juga kawannya. wakakakakakak....

Port pertama yang kami singgah adalah food court kat atas tu. Adik aku bersama kawannya itu kelaparan la pulak. Aku plak..join sekali la walaupun masa lunch break aku dah hentam sepinggan nasi tomato di kafe tempat kuliah aku. Bab makan aku tak tolak...ade je ruang kosong dalam perut aku.

Lepas makan, aktiviti window shopping dan shopping (maybe). Sempat la adik aku merembat 2 helai tuala (hobi adik aku ngan kawan dia beli tuala aje kejenye), dan kawannya merembat ape ntah benda tu yg aku lihat seperti bekas simpanan makanan aje. Aku plak....merayau la kat ladies department tu dan akhirnya di ground floor melihat handbag, kasut dan baju2 yg ada.

Tiba-tiba.....jeng jeng jeng....aku ternampak akan satu benda ni yang sangat sangat sangat menarik perhatian mata aku.....dompet Guy Laroche. Alahai...sangat menawan kalbu....(sori tak sempat nak snap gambar la plak). Tapi..setelah melakukan operasi matematik tambah tolak darab bahagi serta kamiran serta pembezaan....akhirnya aku hold dulu niat untuk merembat dompet idaman kalbu itu. baki duit plastik aku masih lagi melebihi had...jadi kene setelkan dulu semua baki duit plastik tu atleast kasi tinggal separuh. Itu pun setelah berbincang dengan adik aku selaki p.a tak rasmi aku la. Lagi plak aku baru je beli external hard disk 500Gb berharga RM325 menggunakan duit plastik adik aku. So, kasi setel dulu itu utang sbb melibatkan duit plastik adik aku. Kalau duit plastik aku....boleh delay lagi. Hihihihi.

Nah....aku tunjukka la beberapa post menarik dari external hard disk aku yg baru je dibeli oleh adik aku setelah dipesan oleh aku menggunakan duit plastinya yg semestinya kene di bayar oleh duit kertas aku.

Posing seksi hard disk aku dengan backgroound bantal gambar doraemon kaler biru juga


Salah satu posing yang menarik dari external hard disk 500Gb yg berwarna biru bersinar


Tengok, ejaan kerbau pun leh jadi jenama untuk external hard disk ni. Nasib baik la kerbau tu tak pegi sekolah, kalau tak mau depa wujudkan persatuan kerbau sedunia nak minta royalti sbb guna nama kaum kerbau untuk jadi jenama.
Tak pe...lepas ni aku kena simpan lagi duit aku supaya hajat di hati untuk mendapatkan dompet yang diidamkan akan berjaya di hujung semester ini. Mesti berjaya sebagai salah satu booster untuk sesi pembelajaran aku untuk semester ini. Yippie....













 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea