Assalamualaikum wbt.
Asyik sembang pasal kabinet dapur lama warna coklat tu je, sure korang dah bosankan. So hari ni aku nak sembang pasal susun atur di kabinet gantung aku pula.
Kabinet gantung aku ni bentuk I aje. Ada 3 ruang sebagai ruang storan. Dah nama pun ruang storan, aku pun ape lagi, guna sebagai tempat untuk simpan set pinggan mangkuk aku yang tidak seberapa keadaannya.
Korang ingat lagi kan rupa bentuk dapur aku. Sebelum ni aku bawa melawat dapur aku, aku takde fokus sangat pasal kabinet gantung tu. So kalau nak tengok dapur aku macam mana, boleh tengok kat entri ini (sila klik ye).
Untuk bahagian yang pertama adalah bahagian yang terletak atas peti sejuk. Untuk bahagian ni aku buat simpan koleksi 'Royal Garden' jenama Corelle. Beli design ala-ala English ni sebab satu masa dahulu aku nak deko rumah dengan konsep 'English style". Tapi non ado....tak jadi pun. Yang jadi konsep moden minimalis (bukan moden minimalis tapi moden tak cukup budget). Hahahaha...
See...besarkan ruang simpanan dia. Ko nak sumbat-sumbat semua benda pun boleh. Tapi sayang sebab takde rak. jadi aku just stack je semua benda tu as long nampak kemas dan ada ruang untuk menyimpan lagi. Opss...terselit pula magkuk hadiah sabun Daia ni. Kalau tak magkuk tu kat laci kat bawah, tapi sebab aku dah buat sedikit rombakan, so aku letak dulu mangkuk ni kat ruang ini. Janji tersimpan dan tersusun.
Ini pula ruang disebelah ruang yang aku cerita kat atas tu. Yang ini kontraktor tu buat 2 lapis atas bawah. Tapi still besar lagi ruangan dia. Untuk bahagian atas tu aku letak set pinggan Noritake kesayangan aku. Ala Noritake murah je, bukan yang harga riban-riban tu. Nak beli yang harga riban-riban tu belum termampu lagi. Set ni harga seribu lebih tapi sebab beli time member's sale Sogo dapat la tujuh ratus lebih je. Beli bagi hilang teringin je. Tapi dalam hati ada lagi keinginan nak beli tea set Noritake pula. Tapi itu hold dulu. Tunggu kalau pergi jalan-jalan Langkawi baru nak rembat sebab kat Langkawi kan ke duty free. So barang-barang Noritake ni memang murah (murah yang maksudnya harga tak cecah nilai riban-riban la)
See...ada lagi ruang untuk simpanan. Tapi aku pula yang ngeri nak letak barang kaca banyak-bantak dalam rak ni sebab lantai rak tu kaca. Ntah tahan ke ntah idak. Tu ada pula bekas sup/nasi tambah (apa ntah nama dia...lupa) Royal Garden aku letak kat bahagian ni. Dah bahagian sebelah tu tak cukup, so aku letak je kat sini.
Rak bahagian bawah pula aku buat simpan set jug dan gelas Corelle, tea set Royal Garden dengan tea set yang biru kelabu tu pula dari Ikea. Ikea lagi. Yup..aku memang peminat fanatik barangan Ikea. Next time aku buat entry pasal barangan Ikea aku pula (kalau rajin...hahahha). Aik...ada terselit pula jug plastik Daiso tu. Hehehehe....dah tempat lain takde ruang, aku letak aje la kat situ.
Aku sengaja letak set cawan kat bahagian bawah ni sebab kalau ada tetamu datang senang aku nak ambil. Takde la perlu panjat bagai. Tapi so far takde la lagi tetamu yang datang yang perlu aku keluarkan set kesayangan aku ni. Kalau ada pun, aku hidang guna cawan Ikea warna hijau aku tu je. Hehehe...Mug aku pun banyak...boleh guna mug juga untuk hidang air kalau ada tetamu (adik-adik aku je pun) yang datang. Self service. Hahahaha
Korang tanya rak ke? Rak tu aku beli kat Daiso dengan kedai Mr. D.I.Y je. Ala kalau pergi kat kedai barangan plastik, mesti ada punya. Kena rajin memunggah kedai. Hehehehe...
Ini pula bahagian terakhir untuk kabinet gantung aku. Bahagian ni yang kecil sekali berbanding dua bahagian yang aku dah stori tadi. Sebabnya kat bawah tu diletak unit rak untuk pinggan. So untuk sini aku buat simpan bekas kuih raya, jug plastik dan juga mangkuk kaca je. Empat biji balang yang corak lengkuk-lengkuk tu adalah bekas kuih yang aku beli untuk buat hantaran tunang aku dulu. Sebenarnya aku beli 6 biji, tapi 2 biji lagi ada kat rumah mak aku. Sama juga dengan balang kuih tu, aku rasa ada lagi yang tertinggal kat kampung.
Rasanya tu je kot stori aku pasal kabinet gantung ni. Buat masa sekarang ni memang nampak macam kemas la sikit (itu pun sebab aku gigih kemas weekend lepas). Aku tak tau la lepas ni jadi rupa yang macam mana pula sebab barang confirm akan bertambahkan. Hahahahaha...
wahhh...sungguh kemas...ye ek rak tu pki kaca...risau gak nk buh byk2 ek...tp takpe, ni pun da cukup kemas da :))
ReplyDeletetq fizah. Barang baru sikit fizah...nampak macam kemas la. Tggu kalau barang dah bertambah....mesti sepah. Huhuhu
ReplyDelete