Sunday, September 29, 2013

Le Tour De Dapur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:34:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Hari ni kita buat lawatan sambil belajar ke dapur. Dapur lagi...hahha...apsal..korang boring ek? Ini dapur kesayangan aku, dapur impian aku. Buat ni pun hasil titik peluh duit simpanan aku. Takde guna satu sen duit laki tau (sebab aku kan single lagi). Jadi adalah sangat logik kalau aku sangat berbangga dengan dapur aku yang tidak seberapa gah ini tapi sangat hebat dimata dan hati nurani aku. Ok gambar dapur aku tu dah aku cerita masa kat sini.

Ini sinki aku yang biasa aje. Dapat free sebab beli set hop dan hud jenama Effegi. Jenama cabuk tapi dapat sinki free...kira ok la kan. Hahahaha...
Sebelah kanan sinki tu aku letak bahan-bahan gula, garam, minyak masak,bekas bawang, minyak zaiton dan sedikit bekas rempah yang tak muat nak masuk kabinet.
Semua bekas elok je warna putih dan merah kecuali bekas bawang je yang warna biru. Tapi bekas bawang tu bekas kesayangan aku sebab mak aku belikan masa aku mula-mula start merempat kat rumah sewa dulu. Walaupun murah tapi nostalgia tu. Bakul putih yang sebelah bekas bawang tu pula aku beli kat kedai Mr. D.I.Y je. Letak bekas minyak dan asam dalam bekas tu memudahkan aku masa nak mengemas.
Atas tempat gula garam tu adalah rak pinggan. Tinggi ooo rak ni. Kena jengket kalau nak simpan pinggan. Tapi ini tempat letak pinggan hadiah sabun Daia je. Pinggan yang aku pakai hari-hari je.
Ini pula keadaan sebelah kiri sinki. Tempat tapis air dan tempat periuk nasi. Bekas warna pink tu bakul sampah untuk sisa makanan yang ada lepas basuh pinggan mangkuk. Nak nampak ok sikit aku angkut bunga yang kat tepi tv kat ruang tamu letak kat dapur. Hahahahaha....
Bawah tempat masak nasi pula ada lagi rak pinggan. Kali ni aku buat simpan pinggan dan cawan yang aku beli kat Ikea. Set hijau tu. Hahahaha...Tiba-tiba aku rasa bila masuk rumah sendiri ni aku gila warna hijau la pula. Tapi bukan sembarangan hijau, aku suka hijau peer ni. Macam warna cat ruang tamu aku.
Rak pinggan ni ada 2 tingkat. Yang kat bawah tu aku buat untuk simpan kuali, periuk dan bekas-bekas plastik. Tapi tempat simpan ni hanya terhad untuk kuali dan periuk jenis biasa je. Frying pan, wok dgn periuk stainless steel aku simpan kat tempat lain. Yang tu nanti next entry pula. 
Inilah set dapur jenama Effegi aku. Murah je beli, ambah tolak RM1200 kalau tak silap aku. Lepas tu dapat free sinki. Jimat.
Sebelah kiri dapur tempat jug air aku. Selekeh lagi. Ada set caserol corelle kat sebelah. Set kesayangan ni. Usaha beli dan usung balik dari Langkawi tahun lepas masa gi bercuti dengan Rafeah. (Rafeah...masihkah kau ingat?)
Hujung kaunter dapur adalah peti sejuk aku. Dah 8 tahun berbakti dengan aku. So dah 2 kali la dia ikut aku pindah. Masa beli ni peti sejuk ni harga bawah RM1000 je. Sekarang ni just lampu dia je yg rosak, yang lain still in tip top condition.

Kalau nak diikutkan tempat simpanan makanan aku memang takde. Jadinya aku memang nak kena sediakan satu kabinet untuk simpanan barangan kering. nasib baik ada kabinet dapur kat bawah ni. Macam peti sejuk, dah 8 tahun kabinet ni hidup dengan aku. Tapi still ok lagi.
See...gagah lagi kan kabinet aku ni. Sebelah tu buat letak microwave, sebelah lagi letak dapur induksi. Dapur lagi...banyaknye...hahaha...ini dapur untuk backup kalau gas habis. Dulu dah pernah cerita dah pasal pantry aku dalam kabinet ni kat entri ini. Tapi kali ni aku nak tunjuk lagi details la pasal pantry aku ni.
Inilah pantry kecil aku. Buat simpan barang-barang kering. Siap letak penyerap kelembapan tu untuk elak bau hapak. Rak putih dengan bekas hijau tu aku beli kat Mr. D.I.Y je. Plan nak beli lagi tapi belum sempat nak singgah bila balik kg. Kat Kangar ni takde Mr. D.I.Y. Kurang impak la sikit.
Sebelah pantry tu ada laci tarik. Boleh buat letak botol. Aku letak botol simpan asam keping, breadcrumb dgn sagu. Bekas botol tinggi tu bekas spagetti, beli kat Daiso.

Last but not least, aku buat satu sudut untuk sarapan...konon je la. Aku dapat idea ni dari buku Impiana dan juga satu blog ni. Ape ntah blog dia...aku lupa. Hehehe...sekali lagi meja Ikea jadi pilihan aku. 
Inilah sudut sarapan aku. Belum siap sepenuhnya. Plan nak letak la carpet buat lapik kaki. Tapi tak jumpa yang berkenan (alasan). Kipas tu kipas masa kat rumah sewa dulu. Dah rumah ni semua bilik ada kipas, so aku letak kat dapur dulu. Sambil masak sambil pasang kipas. Plan nak beli kipas dinding tapi belum sempat nak beli lagi. Kalau dah ada kipas dinding boleh la start nak deko pulak.

Itulah lawatan sambil belajar kita kat dapur kecil aku ni. Ade lagi yang aku belum stori especially bahagian kabinet gantung. Fuhh!!...satu-satu la beb. Nak kena ambil gambar dulu, pastu resize pastu letak water mark. Kena ada mood dan idea menulis baru aku citer. Ok...

18 uncang teh :

Fizah said...

eh eh..tergoda la fulak dgn set pinggan makan ikea kaler hijau tu...waduh..anak dah besar sikit nak dptkan set ni jugaklahh...skrg semua pakai jenis bukan kaca dulu...klu jatuh tak nangis maknya ni nengok..hihi

~*irjune*~ said...

hahahah....beli jgn tak beli..
saya beli pinggan ikea ni sbb murah je. Kalau jadi ape2 takde la ralat sangat kot (yeke). Tapi nangis juga la sbb nak pergi ikea bukannya dekat...

yana Jasni said...

almari dapur yg lama tu, sama jer macam yana punya.. tapi jual kat orang sewa sebab umah baru dah ada dapur.. hehe

~*irjune*~ said...

almari lama tu sayang nak buang atau let go kat orang sebab masih elok. Kebetulan boleh buat letak microwave dengan dapur induksi, kira ok la. Yang part bawah pula boleh buat sebagai pantry simpan barang-barang dapur

ain shahrulazri said...

nmpk sgt kemas dan tersusun, blog awak cute sangat =)

~*irjune*~ said...

tq ain shahrulazri.
tq juga sebab sudi lawat blog saya :D

Azrina said...

simple but nice..bagus, da start since bujang..sy blaja sume ni bila dah kawen..huhu good good

~*irjune*~ said...

Thanks Azrina. Takpe...belum terlambat nak kemas2 dapur ni. Orang yang dah kawin lagi kreatif bab mengemas dan menyusun dapur.

Hafizah said...

minat jugak dgn set pinggan ikea tu.. nntla ade kekuatan nk beli. haha...meja ikea tu brp eh?

~*irjune*~ said...

Hafizah...
saya tak ingatlah harga meja ikea tu...rasanya tak lebih 200 ringgit pun.Dalam seratus lebih je kot harga dia. Boleh check kat website ikea.

Azie Suhaimi said...

i heart pinggan mangkuk hijau tu..sejuk mata memandang.
follow ur blog :)

~*irjune*~ said...

tq Azie Suhaimi

Anonymous said...

Nak tanya so far ok tak pakai set effegi nie?? Tq

~*irjune*~ said...

ok...xde prob lagi

kasih nash said...

Salam kenal.. saye ishar.. tertarik dgn kabinet coklat tu.. tempah / beli di mana yer? Berapa kos?

~*irjune*~ said...

Kasih nash...kabinet coklat tu saya beli kat kedai perabot biasa je. kabinet tu pun dah lama saya beli sejak 9 tahun lepas.

hanida said...

Salam june..kat mana nak beli rak pinggan yg setingkat tu ye..saya sdg mencari yg simple mcm ni.tq

~*irjune*~ said...

Wslm Hanida....
rak pinggan tu sy bli kat kedai buat kabinet dapur. cer try cari kat kedai2 mcm tu atau kedai yg jual aksesori dapur.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea