Balik keje petang tadi aku tengok ada parcel kat atas meja. Ingatkan parcel osmet aku, tapi bila aku belek...eh..itu nama dan alamat aku.Tapi parcel apa...takkan parcel kasut yang aku order online tu kot yang sampai..tapi parcel tu aku guna alamat opis, dan masih lagi dalam perjalanan ke Perlis (tak sampai2 lagi pun).Ye..tak salah...ejaan nama ayah aku pun betul, cuma yang peliknya alamat yang digunakan. No rumah, lorong dan taman dah betul. Cuma bahagian poskod aje..kalau alamat yang aku selalu guna adalah poskod Kangar (01000), tapi dekat surat ni pula dia guna poskod Arau (02600). Parcel ini dihantar oleh Kimberly-Clark Trading (M) Sdn. Bhd.
Sila lihat...barang cuma dihantar dalam sampul surat aje. Sampai buruk sampul surat ni...siap koyak2 gitu..Ada pencerobohan ke? Jadi dengan penuh rasa terujanya, aku pun buka la surat..eh parcel ni dan barang yang dihantar ialah..........
Oooo...what a cute box....dari Kotex rupanya....Kotex Luxe Ultrathins yang mengandungi 5 sampel pad wanita...hahahhahahhahaha...
Kaler pink lagi....kira ok la kan...ikut pengiraan minggu depan aku akan dapat cuti umum la.Jadi boleh la aku try..
Eh! kejap2 ada surat rupanya...haa..jom baca...
Boleh baca ke tak? Ok..tak kisah lah...korang baca aje ape yg aku nak highlightkan ni seperti kat kawah (huh! ayat skema la plak)
See...Limited Edition Kotex Luxe day ...so maknanya...diorang bg aku try limited edition punya product...woohoo...gembiranya.
Tapi sampai sekarang aku masih lagi pelik dan keliru....bila masa aku ada hantar atau isi form pasal Kotex ni. Seingat aku...takde dan lagi pulak, aku tak pernah guna poskod Arau dekat alamat aku sbb aku selalu guna poskod Kangar. Jadi...macam mana diorang boleh dapat alamat aku kat sini? Kalau alamat kg, mungkin aku percaya, tapi ini alamat rumah....Tapi tak kisah la....janji barang free kan..aku suka aje.
Tapi......ada sesapa yang boleh bantu aku???(Musykil)
0 uncang teh :
Post a Comment