Friday, October 16, 2015

Persediaan Bersalin Di Hospital Kerajaan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:42:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Minta maaf ye kawan-kawan sebab aku update entri ni. Sebenarnya nak cerita pengalaman aku tentang persediaan bersalin kat hospital Kerajaan. Maybe boleh juga dijadikan panduan kepada sesiapa yang bersalin kat swasta. Aku tulis ni sebab masa aku nak bersalin tahun lepas, aku banyak google bab persediaan ni tapi most of the tips bukan daripada pengalaman penulis tu sendiri. Selain tu entry ni gak untuk peringatan diri sendiri gak kalau lepas ni ada rezeki nak tambah zuriat. Hehehhe....
#throwback Umar Hayyan masa 0 day. Kecil je time ni...

Yang kat bawah ni adalah dokumen penting masa nak daftar masuk wad ye kawan-kawan.

1. buku merah - start dari tarikh buat buku merah ni teruslah usung selalu. Jangan nak letak merata-rata. Jangan bila ada appointment dgn klinik baru nak bawa. Sebabnya kita ni bersalin belum tentu tarikhnya. Dibuatnya tetiba kene bersalin awal...buku pula tertinggal kat rumah...tak ke haru. Ingat ye buku merah tu.

2. GL - ini untuk kakitangan kerajaan atau suami kakitangan kerajaan. Kalau boleh buat dua GL, 1 untuk ibu dan satu lagi untuk bakal baby tu. Yelah kene prepare gak untuk baby sbb kita tak tau kalau2 baby kene tahan wad ke tak. So takde lah perlu nak ctct org HR minta GL 2 3 kali. Ada sesetengah jabatan tu GL boleh online lagi senangkan. Tapi kalau dah kelam kabut dengan hal kat hospital kadang-kadang buat kita lupa pasal GL ni. So ingat ye..prepare GL untuk ibu dan bayi.

Yang ini pula persediaan untuk ibu ketika di wad. Macam kes aku ni kene duduk wad sampai 3 malam sebabnye aku admit wad hari jumaat, pagi sabtu kene induce, baby bersalin sabtu malam, lepas tu kena tahan wad lagi semalam sebab bersalin secara vacuum.


1.Kain batik/skirt labuh - bawa la dalam 2 helai. Kain batik ni habuan untuk kita pakai masa nak balik dari hospital dan habuan nak buat lapik dalam troli baby tu nanti. Kalau tak pun bawa je sehelai skirt labuh...skrg kan dah moden. Tapi pada aku better lagi pakai kain batik sbb boleh bentuk bontot kita bila pakai kain batik ni sbnrnya...(nantilah aku citer).

2. Baju t-shirt - Bawa la sehelai je sudahlah untuk kita pakai masa nak keluar dari hospital nanti. Lagipun masa dalam wad nanti kita cuma pakai baju yang hospital bagi tu. Baju kaler pink untuk ibu-ibu yang belum bersalin dan hijau untuk ibu-ibu yang sudah bersalin.

3. Baju sejuk - ni optional sebenarnya ni. Ada yang nak bawa ada yang tak bawa pun xpe. Untuk kita pakai masa nak keluar dari hospital juga ni. 

4. Stokin - bawa la 2 pasang. Stokin ni kene terus pakai lepas kita keluar dari labour room. Jangan gatal nak tunggu balik rumah baru nak pakai.

5. Selipar/sandal - pakai selipar/sandal je senang especially bila bab nak gi toilet tu.

6. Tudung - selai je sudah. tudung tu la yang kita nak lenjan sepanjang 'percutian' kita kat wad tu. paling senang tudung sarung je. Macam aku ritu dah terpakai tudung bawal, nasib baik senang je time nak sarung.

7. Toiletries - Jangan lupa bawa ye. Berus gigi, ubat gigi, sikat, sabun mandi, pencuci muka. Lepas bersalin kene mandi ye. Bukan mandi dengan air sejuk tau tapi dengan air panas. Memang kena mandi. Takkan korang sanggup biarkan badan korang melekit dengan darah nifas bertepek-tepek? So mandi aje la...at least time tgh hari tu dengan air panas. Jangan risau toilet hospital kerajaan ada sediakan air panas untuk kita mandi.

8. Pad - Ni penting ni. Lepas bersalin kita akan dipakaikan dengan pad yang ada tali tu tanpa pakai underwear. Lepas tu takkan nak biarkan aje. Kene ganti. So bawa la pad korang tu satu pek  ye.

9. Underwear - ni penting kene bawa ye. Time kat labour room tu memang kita kene buka semua bra ngan panties tu. Tapi lepas tu kene pakai la balik kan bila dok kat wad. Better pakai jenis nursing bra, senang nak menyusukan baby nanti.

10. handphone dan power bank - penting ni. Kalau bawa handphone aje tapi payah nak charge buat apa. So paling senang bawa ler power bank siap-siap supaya senang nak charge hp tu. Kalau tak mengelupur pulak nak cari plug untuk charge.


Ok...setel bab mak (kalau takde yang terlupa tulis la). Ni nak sembang bab baby pula.

1. Baju new born - 2 pasang dah ok. Terpulang la nak bawa yang baju yang macam mana, jenis seluar panjang ke, seluar pendek ke, rompers ke, lengan panjang ke, lengan pendek ke. Macam aku dulu aku bawa 3 pasang tapi yang pakai 2 pasang aje. Sepasang dipakai masa lepas lahir terus la sampai pagi Isnin tu. Pagi Isnin tu misi minta untuk mandikan baby ngan tukar baju, so masa tu la baru nak tukar baju (kes kena tidur lama kat hospital.

2. Mitten dan booties - 2 pasang pun dah ok. 2 pasang mitten dan 2 pasang bootie. 

3. Newborn diapers - bawa la banyak dalam 10 - 15 keping sebab lepas bersalin baby akan poopoo banyak kali. So memang kena kerap tukar la. Kalau anak tak kena tahan wad maybe 10 keping diapers tu tak habis guna. Tapi kalau tetibe anak kena tahan wad tu, standby ler diapers tu lebih lagi.

4. Kain lampin - bawa la dalam 3-4 helai untuk kegunaan bayi. Kain lampin ni nanti guna dia untuk bedung baby dan juga untuk selimutkan baby. 

5. Tuala kecil - bawa la sehelai dua tuala kecil untuk lap badan baby dan juga untuk tutup ubun-ubun kepala baby tu. 

6. Selimut baby - bawa sehelai sudah yang jenis ada topi kat kepala tu. Boleh bawa masa nak bersalin tu nanti sebab nanti misi lepas bedung baby dengan napkin akan balut baby dengan selimut tu. Nampak comey je nanti.

7. Bantal dan bantal peluk - Ni aku advice bawa la satu bantal kecil dan satu bantal peluk. Aku masa mula-mula tu terlupa nak bawa. Jenuh call asben suruh ambil kat rumah. Nasib baik rumah dengan hospital tu dekat. Sebelum tu terpaksa lapik kepala baby dengan kain napkin untuk jadikan bantal. Bantal ni untuk lapik kepala bayi, bantal peluk pula untuk sendal baby especially lepas menyusu tu nak bagi senang bayi mengiring. Baru dia selesa sikit.

Ok...daripada barang-barang baby yang korang bawa ni, sila asingkan siap-siap barang yang perlu korang bawa untuk masuk ke labour room tu. Jangan bila nama dah kena panggil baru kelam kabut nak asingkan barang untuk dibawa ke labour room. Masukkan aje barang tu dalam plastik sebab nanti masa kat labour room tu plastik tu misi akan sangkut kat tepi katil kita. Ni aku senaraikan barang yang korang perlu bawa masa nak masuk dalam labour room tu.

1. sepasang baju newborn
2. sepasang mitten dan sepasang booties
3. sekeping newborn diapers (2 keping pun xpe)
4. Kain napkin sehelai.
5. Selimut baby yang ada topi tu

Settle bab barang-barang. Ni pula bekal yang perlu dibawa untuk ibu makan masa dalam wad.

1. Air kosong sebotol 
2. Flask air panas (air panas boleh minta dari misi masa diorang edarkan makanan time makan tu)
3. Cawan, sudu,garfu, pinggan (bawa yang plastik sudah)
4. Kurma (bagus dimakan sebelum masuk bersalin sebab kurma memberi tenaga untuk kita mudah bersalin)
5. Air selusuh (kalau ada bawa and minum sebelum masuk labour room)
6. Roti / biskut kering (masa breakfast misi akan edarkan roti dan sepaket milo untuk kita makan tapi konpem macam tak cukup (pengalaman aku). So prepare la roti/biskut kering sendiri.
7. Beberapa paket milo 3in1.
8. Susu tepung - aku memang bawa susu tepung masa dalam wad sebab masa peknen kan kita kena minum susu banyak dan lepas bersalin pula kene juga minum susu untuk banyakkan susu badan.
9. Air kotak - ni optional ni. Kot malas nak bancuh air, minum aje air kotak coklat or susu kotak terus. Senangkan. Tak payah nak angkut banyak barang.
Umar Hayyan dah 10 bulan dah masa entri ni keluar. 

Aku rasa itu aje kot barang-barang yang perlu dibawa masa kene admit wad dulu. Telekung memang aku tak bawa sebab aku guna je telekung kat dalam surau wad bersalin tu. Yelah...ada yang kata selagi kita tak bersalin selagi tu kita kene solatkan. So aku guna aje telekung yang ada dalam surau tu. Kalau ada apa-apa lagi yang perlu dibawa, korang list aje dalam komen ye. Kalau ikut aku, itu ajelah barang yang aku bawa dulu.

4 uncang teh :

Unknown said...

terima kasih atas info sis. semoga bermanfaat kepada bakal ibu ayah diluar sana ye.

https://web.facebook.com/thephotolicious/

Sharifah Mastura Syed Mohd Shah said...

Hai. Thanks for sharing pengalaman. Memang tak tau apa nak dibawa. Tq!!

Unknown said...

Tq for sharing...

Charmie Putri said...

Thanks for sharing😊

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea