Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Souvenir From Student

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:44:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Tengah kusyuk menatap laptop, ada orang ketuk-ketuk bilik aku. Bila dengar suara, rupanya student aku yang datang. Hmm...last day sebelum cuti, maybe nak jumpa before diorang balik kampung. Normal la tu kan. Lepas salam dan wish good luck, student bagi satu beg plastik gambar teddy bear. Dah nampak awal dah beg plastik tu tapi tak budget pun untuk diberi kat aku. Bila buka, rupanya souvenir dari student aku. Cute. Ada mini teddy bear tengah bertenggek dalam gelas. Hati rasa terharu. Sebab tahu aku bukannlah pengajar yang baik untuk diorang. Ape pun, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk semua students aku. Semoga diorang menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan agama.
Nota_jari: Entry jiwang karat 

Wednesday, August 7, 2013

Hadiah Untuk Diri Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:02:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Ehem....ehem...dah hampir 8 tahun keje tapi inilah kali pertama aku mampu nak beli sunglasses untuk diri sendiri. Sebelum ni aku cuma mampu beli sunglasses murah-murah je yang harga RM20 kat pasar malam. Tapi Alhamdulillah, tahun ni ada lebih rezeki so dapatlah beli satu untuk diri sendiri.

Akhirnya, inilah sunglasses yang aku beli, jenama RayBan. Murah je harga dia berbanding RayBan yang aku aim selama ni. Kiranya separuh daripada harga sunglasses yang aku aim sebelum ni. Beli guna duit elaun memangku sebagai AR selama 3 bulan. Kira ok la kan, boleh la guna untuk drive. At least nampak juga kenangan aku menjadi AR selama 3 bulan yang lepas.


Monday, September 3, 2012

Birthday Gift

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:26:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Aku ni bujang lagi. Aku takde husband yg nak belikan aku hadiah untuk birthday aku. Aku takde tunang yang nak belanja aku candlelight dinner time birthday aku. Aku takde boyfriend yang nak belikan bunga ros kuntum2 merah utk kejutan birthday aku. Yang aku ada cuma kawan2 yang sudi wish kat aku happy birthday dan juga adik2 aku yang baik hati belikan kek vanilla dan ais krim utk aku tiup2 lilin. Terharunye aku.

Jadinya, program raya aku ke Shah Alam baru2 ni bukan sahaja untuk beraya ke rumah makcik pakcik aku kat area sana tetapi juga beraya di Sogo. Kebetulan masa member's sale sebelum raya tu aku dpt voucher sebanyak RM170, so dengan voucher tu la aku nak perabih sakan utk shopping.


So, dengan nilai voucher tu dan ditambah seringgit dua dari dompet sendiri, aku beli la apa yg berkenan di hati. Hajat di hati tu nak belikan hadiah untuk diri sendiri tu jam atau sunglasess tapi tak jumpa plak yang berkenan. So bila lalu kat kaunter perfume Ralph Lauren tu, testing-testing bau, tengok harga, tengok baki voucher, tengok cash money dalam dompet, maka aku berkenan la dengan perfume Ralph Lauren Big Pony 2 for Women 50ml EDT.


Untuk range Big Pony ni sebenarnya ade 4 bau yang setiap bau tu warna botolnya adalah berlainan. Tapi aku suka dengan bau yang no 2 tu, fresh, sweets and fruity. Sesuai untuk aku pakai gi kerja (semua jenis perfume aku hentam pakai untuk gi keje). Tapi cuma satu je yg lecey...perfume ni just EDT sahaja bukan EDP. Tapi takpe...sesuai la dengan harga dia yg cuma RM190 untuk botol 50ml di kaunter perfume Sogo.


Monday, March 12, 2012

Nokia Lumia 800

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:01:00 PM 0 uncang teh
Aku ni bukanlah peminat fanatik hp Nokia sbb aku lagi suka hp Samsung atau SonyE. Ini sebabnya paparan hp Nokia ni tak fancy sangat mcm hp 2 jenama yg aku suka tu dan juga pada aku bateri Nokia ni tak lasak mcm bateri SonyE. Tapi semua alasan tu aku tolak ketepi lepas aku jumpa Nokia Lumia 800, iaitu spesis Window Phone dan bukan android phone. Dengan design yg sangat sleek dan warna yg fancy (black, magenda (pink), cyan (blue)), secara peribadi aku rasa ini lah hp Nokia yg sangat lain daripada model2 yang sebelum ni. Paparan screen Lumia pun lain daripada hp Nokia sedia ada dipasaran dan ini membuatkan Nokia Lumia ni sangat lain drpd yang lain. Mungkin agak janggal bila tengok semua application disusun dalam bentuk tiles tapi itulah ciri2 unik yang menarik minat aku terhadap Lumia ni. Ish! kalau nak citer pasal teknikal spec ni mmg aku tak pakar la tapi ape kata korang melawat aje page Nokia Malaysia di sini.


Itulah yang terjadi aku last weekend. Plan awal aku sebenarnya bukanlah nak rembat hp tapi nak rembat Galaxy Tap 7.7. Tapi dalam masa survey tu aku nampak Nokia Lumia ni, so adik aku ajak la tengok and survey sekali. Bila dah survey tu, dah jadi 50-50 la pula....Tap atau Lumia...Tap atau Lumia...Lumia atau Tap....tapi bila last2 punya fikir....aku decide nak rembat Lumia. Walaupun dia adalah hp Windows tapi aku rasa berbaloi gak beli sbb hp SonyE aku yang tengah pakai sekarang pun tengah nazak. 

So, selepas berfikir dalam masa yang singkat dan buat on spot decision, maka aku pun merempat Lumia 800 kaler biru (cyan). Nampak macam fancy skit dan lain daripada yg lain. Hahahah......

Tapi yang best tu....bukan aku sorang aje yg merembat Lumia ni tapi bestie aku si Rafeah pun merembat Lumia gak tapi yg kaler pink (magenda) punya. Secara kebetulan kami beli pada hari yg sama tapi aku beli awal sejam la dr dia. Hahahahaha......

Nota_jari: Mak aku kata...instinct kawan baik....hahahha

Monday, December 13, 2010

Seduction Mr. Perfect

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:10:00 AM 2 uncang teh
Dah lama tergoda tapi hanya mampu memandang dari jauh aje. Tapi semalam, berpeluang berada disisinya dan hanya Allah je yang tahu betapa kuatnya godaan tersebut. Kalau sebelum ni hanya memandang dari jauh, tapi semalam berada disisinya menyebabkan hati berkata,"jangan lepaskan peluang itu" dan otak pun memberi keizinan yang selama ini aku nantikan.

Gayanya, bentuknya dan harumannya....betul-betul memukau 5 pancaindera aku termasuk otak. Memilikinya seolah-olah ..."dunia ini ana yang empunya". Itulah godaan cinta dari Mr. Salvatore Ferragamo, yang akhirnya telah mencairkan hati aku untuk merembat set coffret 50ml Icanto Bloom by Salvatore Ferragamo.




Nota_jari: 10 hari lagi nak gaji aku makan megi la gamaknye


Wednesday, September 1, 2010

The 3rd Series Birthday Reward

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:33:00 AM 5 uncang teh
Mula-mula aku ingat, birthday aku kali ni dapatlah aku hadiahkan untuk diri aku bf atau dengan kata lain calon suami. Rupanya....tak menjadi la pula. Silap teknik nak mengejas....so tak dapat la hadiah tu.

Tapi nasib baik aku ade backup plan...jadinya..aku dah tukarkan plan hadiah tu kepada pembelian barang-barang keperluan rumah la pulak. Hahhaha.....Dengan sedikit pengeluaran tunai, akibat terjebak dengan kata-kata manis promoter Aowa, akhirnya aku telah membeli sebuah ketuhar gelombang mikro dan juga 3 barangan sampingan yang lain.

Aowa - Better Care, Better Living

Adik aku kata aku terpengaruh dengan aktiviti gores dan menang. Housemate aku pula takut aku terjebak sebab nak kan botol air yang ada cop Aowa. Hahhahah....Tapi...aku tak kisah la. Yang penting aku dah complete dah semua kelengkapan rumah. Tinggal nak beli rumah aje yang aku tak tau lagi bila aku nak gi survey kat syarikat pemaju perumahan. Lagi pula aku tau jenama Aowa ni memang wujud, so aku rasa ini bukan satu pembaziran pun untuk aku. Long term punya kegunaan kan.

Botol air Aowa

Eh!!! korang tak tengok lagi ke barangan elektrik yang dah aku usung bawa balik tapi still lagi tak pakai dan masih tersimpan rapi dalam kotak. Meh la sini pakat ramai-ramai kita tengok ye...

1biji microwave, 1 biji induction cooker, 1 biji food blender, 1 biji electric multi-cooker.

Selain 4 barang diatas..aku juga telah merembat dengan merembeskan kad plastik aku membeli sebuah TV baru. Tapi TV tu aku letak kat kg aje la, nak gantikan TV kecik mak aku. Hehhehe...(gambar TV tak sempat nak snap).

Nota_jari: Menarik tak part aku shopping sempena birthday aku yang baru je lepas 3 hari sudah. Hahahha


Wednesday, July 28, 2010

Mega Sales

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:51:00 PM 3 uncang teh
Sabtu minggu lepas, bermula la rutin aku untuk semester ketiga...berulang-alik antara Kangar-Shah Alam semata-mata untuk melengkapkan sesi mengaji master-ji aku. Diam tak diam...dah setahun aku menjadi tua dalam bas Shamisha. Tiap-tiap minggu asyik kene wap dengan aircond aje...habis la keanjalan kulit muka aku. Hehhehhe...


Sekarang ni kan dah penghujung bulan 7 dan minggu depan dah nak masuk bulan 8 dah. Selalunya time-time camni ada Mega Sales. Kalau takde mega pun mesti ada sales punya la especially kat Sogo tu. Lagi-lagi plak bila member-member kat KL ngan Che Jimah pun dok cakap ada sales, seronok gak nak buat window shopping ni.

Disebabkan minggu lepas baru 1st week kuliah, jadi takde la banyak keje lagi, aku pun buat plan dengan Che Jimah nak gi window shopping. Plan asal nak gi Sogo aje. Tapi sebab Sogo tu selalu buat sales dan aku pun selalu gak menapak gi Sogo tu, kami buat plan nak gi Midvalley aje. Selalu aku gi Midvalley dari arah Shah Alam, jadinya bila nak gi dari arah KL, aku cakap kat Che Jimah, gamble aje la..Maklumlah sebelum ni driver a.k.a tunang Che Jimah  yang drive, so kali ni kami berdua pula nak pegi, jadi harung aje la jalan tu. Tapi last-last sampai juga dan tak sesat. Cuma time balik je tersilap jalan...tapi tak boleh consider sebagai sesat.


Che Jimah menonong je nak gi window shopping

Masuk Midvalley je nampak orang berpusu keluar masuk butik Charles & Keith. Aku pun ape lagi, tarik tangan Che Jimah la ajak masuk juga. Lagi pula Che Jimah ada citer 2 minggu lepas Charles & Keith buat sales sampai 70%. Jadinya aku sangat teruja. Tapi amat malang sekali, sales minggu lepas cuma setakat 50% aje, itu pun untuk kasut. Handbeg cuma 10% je. Tapi tengok macam banyak koleksi lama, bukan new collection. Tapi tak kisah la. tengok juga la, sampai la aku berkenan dengan satu handbeg ni. Tertacap mata aku sampai tak boleh nak tengok yang lain dah.

Tapi aku tabahkan hati, keluar dulu pusing-pusing masuk Jusco ngan Metrojaya. Wah!...lagi heaven sales kat Jusco dengan Metrojaya. Nasib je aku takde kad Metrojaya, kalau tak habis aku borong. Jusco pulak, takde blouse yang berkenan, jadi boleh diabaikan untuk seketika. Jalan-jalan lagi, jumpa buti Carlo Rino, berkenan dengan satu tote bag tu..sangat comel tapi harga dia lagi comel (boleh je nak rembat tapi over budget la pula).

Jadi, last-last semasa menuju untuk pulang ke pangkal jalan, aku singgah lagi dalam butik Charles & Keith, dan akhirnya setelah mencongak dengan melakukan operasi darab, tambah, tolak dan bahagi, akhirnya aku rembat juga handbeg hitam yang telah mencairkan hati aku. Dengan harga yang masih dalam range budget dan setelah ditolak diskaun 10%, inilah dia tangkapan aku untuk sesi Mega Sales pertengan tahun 2010...

                                    


 Nota_jari: ada lagi yang aku beli tapi itu untuk entry beautilicious. Tunggu......


Monday, April 5, 2010

Satu parcel di atas meja

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:49:00 PM 0 uncang teh
Balik keje petang tadi aku tengok ada parcel kat atas meja. Ingatkan parcel osmet aku, tapi bila aku belek...eh..itu nama dan alamat aku.Tapi parcel apa...takkan parcel kasut yang aku order online tu kot yang sampai..tapi parcel tu aku guna alamat opis, dan masih lagi dalam perjalanan ke Perlis (tak sampai2 lagi pun).Ye..tak salah...ejaan nama ayah aku pun betul, cuma yang peliknya alamat yang digunakan. No rumah, lorong dan taman dah betul. Cuma bahagian poskod aje..kalau alamat yang aku selalu guna adalah poskod Kangar (01000), tapi dekat surat ni pula dia guna poskod Arau (02600). Parcel ini dihantar oleh Kimberly-Clark Trading (M) Sdn. Bhd.


Sila lihat...barang cuma dihantar dalam sampul surat aje. Sampai buruk sampul surat ni...siap koyak2 gitu..Ada pencerobohan ke? Jadi dengan penuh rasa terujanya, aku pun buka la surat..eh parcel ni dan barang yang dihantar ialah..........


Oooo...what a cute box....dari Kotex rupanya....Kotex Luxe Ultrathins yang mengandungi 5 sampel pad wanita...hahahhahahhahaha...

Kaler pink lagi....kira ok la kan...ikut pengiraan minggu depan aku akan dapat cuti umum la.Jadi boleh la aku try..

Eh! kejap2 ada surat rupanya...haa..jom baca...

Boleh baca ke tak? Ok..tak kisah lah...korang baca aje ape yg aku nak highlightkan ni seperti kat kawah (huh! ayat skema la plak)

See...Limited Edition Kotex Luxe day ...so maknanya...diorang bg aku try limited edition punya product...woohoo...gembiranya.

Tapi sampai sekarang aku masih lagi pelik dan keliru....bila masa aku ada hantar atau isi form pasal Kotex ni. Seingat aku...takde dan lagi pulak, aku tak pernah guna poskod Arau dekat alamat aku sbb aku selalu guna poskod Kangar. Jadi...macam mana diorang boleh dapat alamat aku kat sini? Kalau alamat kg, mungkin aku percaya, tapi ini alamat rumah....Tapi tak kisah la....janji barang free kan..aku suka aje.

Tapi......ada sesapa yang boleh bantu aku???(Musykil)

Thursday, January 21, 2010

Time is Precious

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:31:00 AM 6 uncang teh
Ok...awal2 aku dah tau yang entri aku kali ni amat-amatlah menjengkelkan sebab macam nak show off apa yang aku ada kat korang semua. Jadi dengan awal2 lah juga aku nak bagi WARNING kepada sesiapa yang rasa entri ni amat menjengkelkan supaya angkat kaki aje daripada terus meneruskan niat untuk membaca entri yang ini.

Untuk pengetahuan, entri ini di buat sebagai memnuhi permintaan kawan sekolah aku yang nak sangat2 melihat koleksi jam tangan aku yang tidaklah seberapa nilai pasarannya itu yang mana kalau digadai di kedai pajak gadai pun belum tentu laku hendaknya.

Kepada kawan sekolah aku yang bernama Puan Zue, di sini aku persembahkan koleksi antik jam tangan aku untuk mata ko tengok. Lepas ni jangan la kuar ayat budak sekolah tadika yang tak nak kawan dengan aku sbb aku pun nanti akan kuar ayat sekolah tadika juga kat ko.


Aku dah pernah buat entri untuk jam GL ni tahun lepas

Ni jam jenama Che Che New York

jam ODM, free gift masa beli kamera Sony suatu masa dulu.

Percaya tak kalau aku kata jam kat tengah tu harganya cuma RM8 sahaja.

Nota_jari: Puan Zue, ko dah beli ke jam yang ko citer siang tadi?

Sunday, December 6, 2009

A reward to myself

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:09:00 PM 4 uncang teh
Baca tajuk macam english tapi sbnrnya aku nak taip dalam bahasa melayu.
hehehheheh....

Sebenarnya dah lama aku nak beli sesuatu untuk diri aku
tapi sbb barang yang aku aim nak beli tu mahal...
jadi aku takde point untuk apa barang itu perlu di beli...
Apa yang aku aim selama ni?
Sebenarnya aku nak beli jam tangan berjenama untuk diri aku
tapi sbb aku dah ada jam tangan yang aku beli biasa2 aje...
maka niat utk membeli jam tangan tu byk kali terbantut..
lagi2 sbb jam tangan yang aku nak beli tu mesti mahal dan berjenama..
jadi lagi la byk kali terbantuk sbb duit yang di kumpul tak cukup2.

Sehinggalah selepas aku sambung study,
baru aku ada point untuk beli apa yang aku nak selama ini.
Aku dah niat dalam hati, setiap semester kalau aku lulus aku akan bg hadiah untuk diri aku sendiri...
A reward to myself
dan sebagai permulaannya...
aku nak penuhi impian aku nak beli jam yang aku nak selama ni sebagai hadiah untuk diri aku.
Lagi plak duit simpanan pun dah cukup sbb aku dah start saving dari awal semester.


Akhirnya..
setelah lama juga aku cari jam yang aku nak dan berkenan...
...inilah hasil...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tara....
Jam tangan Guy Larocheharga....hmmm....boleh pikir sendiri kan...
(habis duit simpanan aku selama 4 bulan)


 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea