Monday, July 19, 2010

Missing In Action

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:58:00 PM
Dia dah hilang...sejak dari hari Jumaat minggu lepas.
Masih terngiang-ngiang suara dia menjerit2 siang dan malam.
Masih terbayang-bayang keletah nakal dia bermain-main sambil menggigit jari kaki dan tangan aku.
Masih ternampak-nampak kecomelan dia tidur sambil memanjangkan badan montelnya itu.

Rindunya aku pada budak kenit ni.
Sunyi dah rumah aku.
Macam takde seri dah.
Mood pun dah takde.

Memang jahanam la malaun yang kidnap budak kenit ni.
Aku tak redha dunia akhirat.
Minta-minta kena timpa bencana.
Padan muka.
Si kenit tu memang la nampak selebet...tapi dia milik rumah aku.
Ada bongok punya manusia.

Shiro..balik la...
Aku ngan tuan hang dok rindu kat hg ni.
Kami rindu sangat-sangat kat hg...
Balik la Shiro...


gambar ni diambil pada hari Khamis. Sehari sebelum kehilangan Shiro. Patut la dia manja masa tu, rupanya tanda dia nak kena kidnap.

Nota_jari: Pss!!! Polis terima tak laporan kucing hilang melebihi 48 jam. haish!!!



3 uncang teh :

Anonymous said...

alaaa hilang ke???? pegi aaa cari2, kot sakit ke apa tu

shida said...

kot kucing keluar cari aweks kot

~*irjune*~ said...

huzz: rasanya kene kidnap tu. ntah sapa2 la yg kidnap si kenit tu.

Pah: kucing aku tu tak akil baligh lagi la...camne la nak kuar cari awek.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea