Wednesday, July 14, 2010

Umur Itu Mungkin Hanya Angka Tapi.....

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:57:00 PM
Entri ni aku buat lepas aku baca entri  dari seorang rakan blogger FarhanaDr yang sempat menaip entri memberi pandangannya kepada entri salah seorang rakannya juga iaitu Adziim Mimpi, mengenai jika pasangan wanita lebih tua dari lelaki. FarhanaDr menulis dari sudut pandangan seorang wanita manakala Adziim pula menulis dari sudut pandangan lelaki (atau mungkin mengenai dirinya sendiri). Jadinya entri mereka berdua telah memberi aku satu idea untuk menulis mengenai pengalaman aku sendiri.

Ternyata, istilah cinta itu sebenarnya tidak mengenal usia. Yang muda bisa menjadi pasangan yang tua...begitu juga sebaliknya. Hal ini tidak terikat kepada istilah lelaki mesti lagi tua daripada wanita, tetapi ada juga wanita yang mendapat pasangan muda. Inilah cinta namanya.....

Pasangan wanita lebih tua, eeee...kepada lelaki...korang nak ke? Dan kepada wanita, anda sedia ke untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki yang layak dipanggil adik?? Macam memalukan pulak kan. Betul kata Adziim...."Tak tahu malu ke kahwin dengan lelaki lagi muda?". Hahahhaha....Dan betul juga statement Farhana,"Pandangan orang tua-tua, begitulah selalunya.. Kadang-kadang terikat dengan stigma masyarakat.. Kan?"

Dalam famili aku pun ada juga pasangan yang isteri lebih tua daripada suami. Seorang makcik aku, suaminya muda setahun (kalau aku tak silap fakta) dan juga abang sepupu aku, isterinya tua setahun. Tapi alhamdulillah...bahagia. Mungkin sebab beza usia cuma setahun, jadi perbezaan tu tak jauh ketara dan pada kami sefamili, tak perlu la nak diungkit sebab itu sudah jodoh mereka. Selain famili, ramai juga kawan-kawan sebaya aku yang bersuami muda setahun.

Bagaimana pula kalau si suami muda 2 tahun dari si isteri? Ada....kawan aku sendiri. Suaminya muda 2 tahun. Mereka bertunang semasa masih belajar. Pilihan keluarga. Masa tu kawan aku (sebaya aku la) berumur 23 dan suami pula baru mendapat kunci kebebasan...21 tahun. Bila kawan aku ni beritahu dia bertunang dengan lelaki muda, memang nampak perasaan cuak..dan malu. Malu untuk mendapat bakal suami muda barangkali. Dan reaksi aku ketika itu,"erk!!!..tunang ko muda 2 tahun ke". Macam janggal pula keadaan aku masa tu...2 tahun pada aku yang ketika itu berumur 23 tahun adalah beza umur yg sangat jauh. Lagi pula si lelaki baru berusia 21 tahun (aku tengok student aku yang 21 tahun masih kanak2 ribena). Kalau masa tu kami dah berumur 27 dan si lelaki 25 mungkin aku dapat terima kot beza usia tu. Tapi alhamdulillah....sehingga kini mereka bahagia dengan 3 org hero yang menceriakan perkahwinan mereka.

Suatu masa dahulu aku pernah tanya mak aku jika aku mendapat pasangan muda setahun dari aku. Masa tu aku baru berumur 18 tahun. Masih di alam matrikulasi. Kebetulan matrikulasi aku ketika itu dibuat di salah sebuah SBP (masa tu KPM tak take over lagi matrikulasi). Masa tu, aku antara pelajar nakal juga ketika itu yang mencari agenda sendiri untuk mendapat mood belajar. Akibatnya, aku telah mengganggu kehidupan seorang pelajar sekolah tersebut yang ketika itu sedang bergelut dengan SPM. Dari rasa rasa seronok mengisi kebosanan di asrama, aku jatuh rasa suka kepadanya. Masa tu macam pasrah aje kalau aku couple dengan dia. Tapi nak tau apa respond mak aku, sama macam respond mak Farhana. Mak aku kata, lagi bagus kalau dapat lelaki beza umur yang tua 3 atau 4 tahun. Nampak matang. Daripada dapat pasangan lelaki muda. Dan selepas itu terus aku senyap. Tak tanya dah. Sekali lagi mak aku menyatakan pendiriannya berhubung bakal menantu lelaki selepas adik aku ada pakwe dan kini telah bertunang. Mak aku kata, pasangan adik aku tu ok sbb tua dari adik aku 3 tahun. Itu pendapat mak aku.

Pendapat aku, umur ni hanya angka aje. Yang penting selesa dan serasi. Andai umur si lelaki tua tapi tak serasi...macam mana. Tapi secara peribadi, kalau lelaki tu muda setahun atau 2 tahun, aku boleh consider lagi untuk dijadikan calon. Sebabnya beza setahun dua pada aku tak banyak yang nak diungkit sebab level tu boleh dikira sama dengan aku. Tapi kalau dah muda 3 tahun, aku sendiri juga yang tak selesa. Bila diri sendiri tak selesa, keserasian pun susah nak muncul. Jadi apa motif satu perhubungan tu??

Sehingga hari ni dan lebih tepat sehingga umur aku sekarang ni, ramai juga lelaki muda yang cuba cucuk jarum. Antara yang pernah aku jumpa adalah muda 5 tahun. Mudanya....maafla...akak bukan jenis bela anak ikan ye dik. Ada sekali, muda 8 tahun...Ya ampunnnnn.......lagi la akak kata...dik minta maaf ye. Ada juga yang muda 3 tahun. Kalau nak diikutkan pada ketika itu umur aku 29, dia 26 la...kiranya boleh dikira lelaki matang. Tapi maaf...aku tak selesa. Jadinya....terima kasih aje lah. Ini pengalaman aku.

Ironinya, sampai sekarang aku tak pernah on crush dengan lelaki yang seusia atau tua 2 3 tahun dari aku. Last dulu, tua 2 tahun, aku punya ex-bf. Itulah yang pertama dan terakhir. Yang lain, kebanyakkannya aku on crush dengan lelaki yang muda setahun dari aku. Dan sekarang ni, jejaka pujaan hati pun muda setahun dari aku. Ok..exactly 6 bulan sebenarnya sbb aku lahir bulan 8 dan dia lahir bulan 2 tahun berikutnya. Macam mana tu...bakal adik ipar pun muda setahun je dari aku...tapi nasib baik bakal adik ipar tu lahir bulan 4.

Mungkin diluar sana ada wanita yang sanggup, sedia dan pasrah untuk menerima lelaki jauh yang lagi muda berbanding muda setahun aje. Dan pada aku, itu terpulang pada individu itu sendiri. Cuma, kalau menerima atas nama cinta...mungkin susah untuk kekal...lebih baik terima atas rasa selesa dan serasi. Insya Allah...walau bagaimana beza umur suami kita, muda atau tua pasti mampu kekal bahagia.

Nota_jari: Insya Allah aku akan cuba buat entri lain pasal cinta, selesa dan serasi.


2 uncang teh :

shida said...

rileks la.... umur bukan halangan untuk bercinta... yg penting org tu syg kat hg.. dan hg pun syg kat org tu.. tp jgn la beza sampai 7-8 thn.. sbb kita ni pompuan.. mmg cepat nampak tua... nantikita dah kerepot... laki dok ensem trang tang tang lg..
tp klu dah jodoh apa nak kata.. terimalah seadanya

~*irjune*~ said...

hg tau takpa pah oii...
beza 7-8 tahun...baik kita trained student kalau nak jadi laki muda...hahahha..anak ikan

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea