Thursday, August 19, 2010

Ayam Goreng Bumbu Halia

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:22:00 PM
Mari melihat menu berbuka aku semalam...iaitu hari ke-8 berpuasa.

Meriah tak? Ada ayam goreng, sayur masak lemak, ayam masak merah baki semalam, sambal belacan baki semalam juga dan air oren pekat kaw kaw serta tidak lupa kicap pekat manis cap Mudim. Ayam goreng tu bukan sembarangan ayam goreng. Aku perap dengan halia semalaman. Macam nak buat ayam goreng berempah gak la. Aku try buat selepas akak kat tempat keje aku ni asyik bercerita tentang kesedapan ayam goreng bumbu halia ni. Mana boleh kan kalau tak try...nanti terliur pula.

Jom kita try buat ayam goreng yang sama nak?!



Bahan untuk bumbu halia:
Halia - di blend atau di tumbuk serta perah airnya ketepi.
serbuk kunyit
serbuk kari
garam.

Cara nak buat:
Perap semua bahan tu dengan ayam anda semalaman. Aku buat malam lepas berbuka and goreng semasa nak berbuka. Lebih kurang 10jam juga la.
Simpan dalam peti sejuk..bukan dekat bahagian frozen ye.
Note: halia tu kasi banyak sikit ye..baru kaw.

Nota_jari: lepas ni nak try perap apa pula ye?

 

8 uncang teh :

zuesaran said...

amoihh...sakan anak dara ni masak...sedap2..hang buka posa ngan sapa june? sorang ke ngan housemate?

~*irjune*~ said...

berbuka dengan osmet la. osmet aku pun jenis masak kat umah juga.ada geng seronok la masak.

Anonymous said...

jun, yg keropok2 tu halia la eh??? along suka ayam jenis ni, tapi x tau buat...tqqqqq letak resipi

~*irjune*~ said...

bukan yg keropok2 la along. yang serabut2 macam sampah tu halia la tu....ok..no hal..resepi senang..mari kita sama2 share

Anonymous said...

haaa sampah2 tu..nak taip sampah tadi, mcm tak sampai ati...hahahhahahha..minggu ni nak buat :D

~*irjune*~ said...

amacam along..menjadi ke? hahhahah...

Anonymous said...

terbaikk jun. lepas ni dah x rindu2 dah ayam goreng nih. dulu2 (sebelum pindah ofis baru), selalu makan nasi lemak, pastu ambil sampah2 ni je..ayam x ambil sebab mahai...hahahhahah..skarang dah boleh buat sendiri..tqqqq

~*irjune*~ said...

hehheh....lepas ni berikan sampah2 itu kepada penjual nasi lemak tu je....hhahhaha.....
no hal la...resepi pun drpd member kan. resepi senang2 sesuai la utk dicuba.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea