Tuesday, August 10, 2010

Konvo Mail - Bagai Sirih Pulang Ke Gagang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:04:00 PM
You Go Bro!!!!

Congratulation......

Korang tau tak, apa peristiwa yang sangat terharu dalam hidup aku  pada minggu lepas selain mendapat kata-kata sayang dari si pujaan hati?? (yang ni tak terharu sangat, lebih kepada mengada-ngada).

Peristiwa yang paling terharu dalam hidup aku pada minggu lepas ialah apabila aku dapat melangkah masuk semula ke dalam Dewan Tuanku Syed Putra, di USM dan menyanyikan lagu Menara Ilmu, setelah 6 tahun aku meninggalkan alam belajar di USM. Last day aku masuk DTSP adalah semasa aku konvo 6 tahun lepas. Dan genap 6 tahun juga, iaitu pada 6 Ogos 2010, aku kembali lagi melangkah kedalam DTSP, bukan sebagai pelajar tetapi sebagai waris kepada adik aku. (Alamak.....feeling la pulak teringat masa time aku konvo dulu)

Pentas Dewan Tuanku Syed Putra

Ok, kami bertolak dari Perak pukul 5.00 pagi. Korang tau la kan, Penang, lambat...jem. Sebab nak elak jem atas jambatan dan nak dapat petak parking kat depan Masjid USM tu, maka sebelum ayam turun dari reban kami dah ada kat jalan. Oleh sebab ini konvo adik lelaki aku, Mail, maka dia dengan rela hati nak drive. Selain tu dia sendiri memang gian nak drive pun. So, bagi peluang la. Jadi....aku, Jimjim dan Ija da Kruzz jadi penumpang terhormat la pada pagi itu.


Tepat azan subuh berkumandang, kami pun sampai kat depan Masjid USM. Sementara Si Mail solat subuh dan bersiap2 menukar baju, Si Jimjim pun mengambil kesempatan utk men"touch-up" mukanya dengan mekap sbb tak sempat nak bergrooming masa kat rumah (tu la, suruh bangun cepat, bangun lambat lagi).


Yang lain-lain, biar gambar aje la yang berbicara...

Ni nak konvo ke nak menikah ni
Sebagai kakak....aku pun kena la bergaya vogue juga
Alamak...tinggi pula sanggul aku tu..

Dalam DTSP, sempat lagi tu berposing

Boleh ambil gambar dari skrin aje, nak zoom kamera hp aku tak cantik gambar tu.

"Yeah!!! aku dah konvo", kata Mail sambil taktau nak posing macam mana

Nak bagi aku tinggi paras telinga tu, aku terpaksa memakai high heel 3 inci ye

Bunga dan hadia tu bukan dari aku, Jimjim atau Ija, tapi dari junior Si Mail tu.
Kena paksa ke wahai adik junior?

Ija, hg amik berkat lagi 5 tahun konvo ye

Charlie's Angel

Maaf ye, adik lelaki aku dah berpunya. Kalau berkenan juga, sila bertemu muka dengan Timah....
Itupun kalau berani la.

Adengan sadis sampai tertidur Jimjim dengan Ija sebab penat sangat attend konvo Mail

Part paling aku suka, makan time. Mail belanja, upah datang konvo (hehehe...aku saje je buat citer).

Overall, konvo kali ni memang mengimbau kenangan aku 6 tahun lepas.Cuma bezanya, pesta konvo kali ni tak meriah macam masa zaman aku belajar dulu. Orang pun tak ramai macam masa tahun 2004, tahun aku dan si pujaan hati konvo. Bila tengok adik aku konvo ni, terasa tak sabar dah nak habiskan pengajian master-ji aku dan nak melalui semula detik-detik ketika konvokasyen. Tapi bukan kat USM la, kat UTM...Insya Allah.

Penutup aku letak gambar Canselor USM

2 uncang teh :

Anonymous said...

suka sangat convocation day.forever :). x kisah konvo siapa2 pun, sangat2 sentimental

~*irjune*~ said...

huzz...lagi sentimental kalau kita sendiri yg konvo...syahdu gitu

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea