Thursday, December 16, 2010

Antara Andartu dan Janda

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:43:00 AM
Kontroversi tak tajuk ni?. Rasa-rasa akan ada tak yang buat report polis atau tak pun mogok2 bengang tahap cipan kat depan opis aku ni? Hahaha...Sila baca dulu ye...ini adalah pendapat aku mengenai apa yang aku nak tulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Ia adalah mengenai persamaan dan perbezaan andartu dan janda.

PERSAMAAN

1. kedua-dua status ni dipegang oleh perempuan.
2. status yang menunjukkan perempuan itu single.
3. selalunya wanita yang sangat berdikari.
4. bakal menjadi bahan gosip org ramai.

PERBEZAAN

Andartu: 1. Masih bujang dan belum berkahwin.
               2. Tak ada anak lagi kecuali anak tekak, anak mata dan anak rambut.
               3. Mempunyai kerjaya yang tetap dan stabil.
               4. Stail dan personaliti yang biasa-biasa aje walaupun bergaya.
               5. Kalau andartu tu semakin lanjut usia akan dipanggil andalusia.

Janda: 1. Pernah berkahwin dan kembali menjadi solo.
           2. Menjadi janda sbb bercerai hidup atau bercerai mati (balu).
           3. Kebiasaannya sudah ada anak atau ada juga yang tidak dikurniakan anak.
           4. Dipegang oleh semua golongan profesional atau tak profesional.
           5. Banyak gelaran diberikan sprt janda berhias, janda muda, janda meletup dan ape ape ntah.
           6. Mempunyai stail dan personaliti daring dan semakin berani (tak semua janda macam ni).
           7. Lagi hot dari anak dara.

Itu aje kot persamaan dengan perbezaan antara andartu dengan janda. Minta maaf la kalau ada yang menyinggung perasaan ye.
        

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea