Kalau dulu manusia ni pantang berjumpa dan berkumpul mesti akan bergossip yang akhirnya membawa kepada aktiviti mengumpat. Itu dulu.....petang-petang lepas asar nak tunggu maghrib, nak lepas lelah sbb penat buat kerja rumah, maka ramai la manusia-manusia (tak mention lelaki atau perempuan) yang akan berkumpul beramai-ramai. Masa ni mengumpat in between dalam group aje....so org yang jauh beribu batu takkan tau sbb tak boleh nak join.
Lepas tu up skit....dah makin canggih....mengumpat plak pakai telefon. Masa ni tak perlu nak kumpul ramai bawah pokok ceri tepi padang bola tu. Bila-bila masa nak mengumpat call aje geng sekepala. Geng ngumpat yang nun jauh beribu batu pun boleh join tapi limited la cuma untuk 2 org ahli aje. Nak buat conference call mahal.
Sekarang ni up lagi....dunia tanpa sempadan. Geng mengumpat bukan setakat geng pokok ceri atau setakat dalam telefon, tapi boleh melangkaui semua sempadan negara didunia. Tak perlu nak buat conference call, tak perlu nak cari tempat melepak, cukup sekadar tulis kat status dalam FB atau Tweeter...berlambak geng mengumpat samada dijemput atau tak akan bagi pendapat, komen dan tak kurang juga yang jadi tukang cucuk. Itula mengumpat kat halaman rangkaian sosial seperti FB, Tweeter, Friendster dsbnya.
Ironinya, dulu kalau boleh bila nak mengumpat pasal seseorang tu seboleh daya nak elak orang yang diumpat tu tahu yang dirinya telah menjadi bahan umpatan. Tapi dengan kecanggihan teknologi ICT ni, mereka memang sengaja nak orang yang diumpat tu tahu bahawasanya dirinya adalah makhluk yang sedang diumpat.
Kelakar ke tak? Ok...tak sampai tahap kelakar lagi.
Percaya..atau lebih senang cakap, sedar atau tak org yang sedang mengumpat ni seboleh mungkin akan cuba menunjukkan mereka adalah dijalan yang benar. Yang bermaksud, mereka adalah insan yang terbaik, sempurna, sopan dan....(ape-ape aje lah). Tapi terang-terang dalam Islam mengatakan bahawa "orang yang suka mengumpat adalah orang yang memakan daging saudaranya sendiri". Jadi siapa yang kejam sebenarnya?
Ending...jauhilah aktiviti mengumpat. Kita ni bukannya sempurna sangat sampai tahap nak mengumpat orang lain. Mengumpat ni bermula bila kita ada perasaan hasad dengki dengan kelebihan orang lain. Daripada perasaan tak puas hati tu la merebak kepada parasaan dengki yang akhirnya menyebabkan berlakunya perbuatan keji iaitu MENGUMPAT.
Nauzubillah...Minta dijauhkan.
Nota_jari: Sedikit kesenangan bukan bermakna kita adalah yang sempurna.
0 uncang teh :
Post a Comment