Tuesday, February 28, 2012

Boikot Dia

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:25:00 AM
Bertatoo tu HARAM pada agama Islam. Tapi untuk agama lain, aku taktau la apa hukumnya. Sebab tu ramai artis2 barat yang ada tatoo. Aku ni bukanlah menyokong tatoo ni sbb terang2 aku ni org Muslim, tapi pada aku kalau nak bertatoo tu berpada-pada la jangan sampai menyentuh sensitiviti agama lain. 

Tapi lain pula jadinya dengan artis dari barat yang bernama Erykah Badu ni. Cara dia bertatoo tu sangat2 menyentuh sensitiviti penganut agama Islam. Aku baru tau kewujudan dia ni lepas baca paper Metro mengenai paper The Star kena beri surat tunjuk sebab kerana menyiarkan gambar penyayi bertatoo kalimah Allah.(Baca sini). Bila aku google pasal dia, memang ada pun gambar tu di internet dan dengar khabar dia ni akan mengadakan konsert di KL 29 Feb 2012.

Di sini aku harap2 sangat kepada kawan2 Islam di luar sana agar memboikot penyanyi ini. Aku tak pernah dengar lagu dia tapi cara dia mengukir tatoo kalimah Allah tu betul2 menyinggung perasaan umat Islam. Ini secara terang-terangan dia telah menghina agama Islam dan juga kalimah Allah yang suci itu.

Maaf, aku bukanlah orang alim yang pandai berdakwah, tapi sebagai orang Islam kita wajib sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.



(Picture credit for Google and Facebook)

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea