Thursday, February 16, 2012

Dewasa

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:01:00 PM
Masa aku umur 7 tahun, bila tengok budak-budak yang umur 10 tahun rasa diorang tu hebat aje. Maklum lah umur diorang dah masuk umur belasan tahun, tapi aku pula masih lagi umur budak2 kecik. Masa tu kalau dapat kakak angkat budak2 darjah 4 rasa hebat aje. 

Masuk umur 10 tahun aku dah rasa macam takde ape2 yang best pun. Masa tu aku rasa budak2 darjah 6 lagi hebat sbb tak lama lagi nak ambil UPSR. Lepas tu pula Ketua Murid dari kalangan budak2 darjah 6. Masa tu wakil2 untuk apa2 pertandingan tu kebanyakkannya dari kalangan budak2 darjah 6. Kalau waktu perbarisan pagi tu tgk pengawas2 Darjah 6 baca doa rasa macam hebat sangat diorang tu.

Tapi bila dah masuk Darjah 6 rasa diri ni takde la hebat sangat walaupun jadi Pengawas sekolah. Masa tu tengok budak2 sekolah menengah rasa iri hati pula sebab diorang lagi besar. Bila tengok budak sekolah menengah Form 3 rasa macam diorang tu hebat lagi dari budak2 darjah 6. Dalam hati rasa nak aje cepat2 besar dan capai umur 15 tahun.

Tapi bila masuk umur 15 tahun aku rasa budak2 Form 5 lagi hebat. Ye la...umur dah 17 tahun, nak ambil SPM dan tak lama lagi nak habis sekolah dah. Masa tgh dalam peringkat menengah rendah tu kalau couple dengan senior menengah atas (Form 4 dan Form 5), rasa macam hebat sangat ler. Lagi2 kalau dapat kapel ngan senior glamer kat sekolah...perghhhh...hebat oooo.

Tapi bila masuk Form 5 terasa diri ni takde ape2 pun. Ape la sangat jadi budak Form 5 compare dengan budak2 yang datang amik  result SPM. Masa tu tengok senior datang ambil result terasa diri ni takde la hebat sangat. Tengok senior datang ambil result SPM lepas tu result pulak hebat, mmg rasa jealous la. Sebab diorang dah habis belajar, dah tak pakai baju sekolah, tak ke rasa hebat.

Tapi bila habis SPM dan datang ambil result takde la pula feeling2 hebat pun. Masa tu rasa ape lah sangat diri ni yang baru lulus SPM ni. Budak2 universiti lagi hebat. Tapi bila start masuk belajar kat universiti takde la hebat pun. Pelikkan...masa time sekolah dulu bila tengok budak2 yang belajar kat universiti rasa diorang tu pandai dan hebat. Kalau tengok yang pompuan rasa diorang cantik dan lawa, kalau tengok yang lelaki pula rasa diorang tu hensem. Tapi bila 4 tahun belajar kat universiti aku rasa...takde ape pun yg hebat. Aku tengok ada gak budak2 universiti yang tak lulus periksa. 

Itulah yang aku rasa setiap kali aku meningkat usia. Masa kecil rasa tengok orang dewasa tu hebat. Tapi bila dah dewasa ni aku rasa jadi budak kecil lagi best. Tak perlu nak fikir masalah pun tapi bila dah besar ni macam2 perkara yang perlu difikir. Hutang la, jodoh la, kerja la....hui..banyak betul nak kene fikir. tensen.

Tapi....kenapa ye aku tengok budak2 kecil tu tak sabar2 nak besar. Bukan best pun jadi besar awal2. Kan lagi bagus kalau diorang enjoy dengan umur diorang tu.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea