Thursday, February 2, 2012

Baucar Buku 1 Malaysia

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:45:00 AM
Sebelum ni heboh satu Malaysia pasal budak2 IPT dapat baucar buku RM200. Sekarang ni pula heboh juga satu Malaysia pasal ada budak2 IPT yang dapat baucar buku ni pi jual secara online baucar tu dengan harga yang kurang dari nilai sebenar.  Memang tak menghargai pemberian orang langsung....ini ke attitute yang patut ada pada bakal pemimpin masa hadapan.

Opsss!!! melalut pula. Actuallay aku nak citer aku pun dapat gak baucar buku ni. Aku kan student lagi. Walaupun dah final sem dan lagi 2 3 minggu aje nak habis, tapi memandangkan aku adalah pelajar aktif pada semester maka aku pun dapat la juga baucar kebanggaan pelajar2  IPT Malaysia ni.


Pada aku, dapat baucar buku 200 ni macam dapat duit 200 je. Macam2 aku boleh borong kat kedai buku Popular atau pun MPH. Rambang betul mata aku bila tengok barisan buku kat MPH dengan Popular. Itu belum lagi aku masuk kedai buku Kinokuniya. Ini la kot  manusia kalau mmg kaki shopping, tak kira la shopping buku ke, shopping baju ke, shopping kasut ke, shopping barang dapur ke...kalau dapat shopping tu memang amat amat amat menggembirakan hati.

Memandangkan aku amik baucar buku ni terus di kaunter Postgraduate FKE UTM JB, maka aku pun tanpa membuang masa tetapi terpaksa membuang tenaga telah mengajak buddy aku, si Rafe tu untuk ke CS JB. Ape lagi, selain mencuci mata dengan aktiviti window shopping (almaklum la dia cuti dan aku pula baru siapkan final report master aku), tujuan aku adalah untuk membeli belah di Popular dan MPH JB. So, setelah turun naik eskalator untuk ke MPH dan Popular maka buku yang aku rembat adalah....................................


Yup...buku ape lagi kalau tak buku "A Doctor in The House - The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad". Korang bayangkan la....buku ni harga 100 ringgit, nak beli tu kene la fikir dua tiga kali smabil2 mengambil masa untuk menyimpan duit. Jadinya bila dapat baucar buku free tu ape lagi....buku inilah sasaran pertama dalam wishlist pembelian buku. Sekarang ni aku baru baca sampai chapter 3, masih tebal lagi yang perlu aku baca untuk khatam. 

Sekarang ni ade lagi 100 baucar buku tu plus baucar RM5 MPH lepas aku beli buku Tun Mahathir tu.. Tengah mencari2 buku2 yang sesuai untuk dibeli. Tapi untuk ke Popular terpaksa turun ke Alor Star dan kalau nak ke MPH kena turun SP pula. Almaklum la kedai buku kat Perlis ni takde yang besar2. 

Takpe2....baucar valid sampai March....masih ada masa lagi nak shopping buku....

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea