Friday, July 19, 2013

Menyusun Tudung Bawal

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:24:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Sejak dua menjak dah duduk kat rumah sendiri ni, macam-macam perkara yang perlu aku pertimbangkan. Dari sekecil-kecil hal sampai la sebesar-besar hal macam buat kabinet dapur tu. Hai...nama pun bujang so kena la uruskan semua hal tu dengan sendiri, termasuklah bab-bab kemas mengemas ni.

Masa duduk kat rumah sewa dulu atau lebih senang menyewa rumah makcik aku tu, bab menyusun dan menyimpan memang takde masalah sangat pun. Ini kerana rumah makcik aku tu tersangatlah besar. Jadi nak simpan ape pun ruangannya sangatlah mencukupi. Ini termasuklah bab menyimpan pakaian. Korang tau la kan keje gomen ni nak tak nak kena ade koleksi baju kurung yang banyak selain pakaian kasual yang lain. Ini kerana, inilah pakaian yang amat-amat digalakkan dipakai ke pejabat oleh big big big big big big bos aku. (banyak sangat big sbb bos paling besar utk puak-puak gomen adalah PM). Jadinya kalau dalam setahun tu takde baju baru at least sepasang dua (termasuk baju raya), memang tak sah la jadi staf gomen ni. Ini termasuklah diri aku sendiri. Aku rasa dalam almari aku tu ada tak lebih kurang 30 atau 40 pasang baju kurung (termasuk kurung moden) yang aku ada. Itu pun ade separuh yang aku dah buang sebab dah terkoyak, tertetas, atau zip rosak dan juga dah tak sesuai nak dipakai. Itu belum lagi baju blouse aku tu. Huhuhu...memang banyak.

Bila dah ade banyak koleksi baju tu, so tudung pun haruslah sepadan dengan warna baju. Jadinya, setiap kali beli/tempah baju baru, aku konpem akan beli tudung baru, especially kalau baju raya. Itu belum lagi yang saje-saje gatal beli tudung yang kawan-kawan jual atau tudung online. Memang bertambah la tudung aku tu. 

Sebenarnya koleksi tudung aku ni pelbagai. Aku ada tudung awning, aku ade gak selendang dan of course aku ade gak tudung bawal. Untuk selendang aku beli hanger tudung jenis bulat-bulat macam dalam gambar bawah ni dan gantung je dalam almari. Untuk tudung awning, aku lipat elok-elok dan simpan je dalam kotak kertas A4 jenama Indah Kiat yang aku ambil dari opis aku sebab takde idea nak simpan macam mana. Tapi yang aku nak cerita ni pasal nak simpan dan susun tudung bawal aku.

Hanger gantung selendang. (Ehsan Pakcik Google)

Sebelum ni masa kat rumah sewa dulu aku beli rak kain plastik untuk susun tudung aku. Masa tu aku main lipat dan susun aje janji nampak kemas. Tapi bahananya bila nak ambil tudung yang nak dipakai, kalau dah susun tinggi-tinggi nanti tudung tu akan jatuh dan berselerak juga. So, bila dah pindah rumah baru ni aku ingat aku taknak la susun macam tu dah. Lagi pun bila susun secara open konsep ni nanti tudung senang berhabuk. Plan aku untuk umah kali ni aku tak nak guna dah rak baju tu sebab tak kena dengan konsep bilik aku tu nanti. (konsep sangat la tu...ptuii).

Jadi aku minta tolong tanya kat Pakcik Google kot-kot dia tau atau ada idea macam mana nak susun tudung aku tu. Bagus Pakcik Google ni, tanya sikit je tapi dia bagi sumber jawapan punya la banyak, termasuk yang tak berkaitan dengan apa yang aku tanya tu.

Antara idea yang aku dapat untuk susun tudung bawal aku tu adalah seperti Puan Nas dari blog Apples and Oranges seperti gambar dibawah dan juga dari blog Organized Suri juga seperti gambar dibawah.



So...idea dah dapat. Kebetulan pula laci terakhir meja solek aku pun still kosong lagi, jadi aku pun susunlah tudung bawal aku dalam laci tu sementara nak beli almari baru.

susunan tudung bawal aku

Nampak tak kat line yang hujung sekali tu, ruangannya dah jadi kecik, tapi tudung still ada lagi, jadi aku terpaksa lipat tebal sedikit supaya boleh simpan. Itu pun dok ada lagi tudung kotor dalam bakul untuk dibasuh. Kalau semua tudung siap dibasuh, aku agak memang tak muat la laci ni. Jadi plan aku nak beli kabinet baju macam kat Ikea ni.


Hari tu masa pergi Ikea dan jumpa dah almari ni, tapi aku tak jadi nak ambil sebab masa tu barang dah banyak dah dan takut tak muat nak sumbat dalam kereta. Sebab masa tu aku gi borong meja kopi Lack tu sampai 3 biji. Takut pula aku kot-kot nanti tak muat. Dah la nak balik Perlis. Risau gak kalau-kalau tayar pancit sebab terlebih had muatan. Jadinya aku hold dulu niat nak beli dresser ni dengan harapan, aku boleh la survey dulu kedai perabot kat area Kangar ni, kot-kot ada yang berkenan dihati dan murah. Kalau takde yang berkenan, maka terpaksa la shoot ke Ikea gamaknya.

Ok..itu la cerita langkah pertama aku untuk menyusun atur barang-barang umah aku tu. Harap-harap semangat untuk menyusun, mengemas dan mengatur ni akan kekal dan semakin membara la.


2 uncang teh :

Azi said...

haha..dah dok rumah sendiri baru tau nak berkemas segala..sakit mata tau tengok barang berlonggok.

~*irjune*~ said...

tempat simpan dah terhad, jadi kena la kemas elok2. Masa kat umah bikmi dulu, tak cukup tempat simpan aku guna je almari bikmi. Sekarang almari dah kurang..kena la buat apa yang patut.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea