Assalamualaikum wbt.
Sekadar untuk berkongsi info dengan saudara seagama. Aku dapat email daripada big bos aku mengenai surat pekeliling yang dihantar oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis berkaitan penemuan DNA babi didalam 2 produk yang diimport dari Thailand.
Dua produk ini iaitu Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP) merupakan produk yang dikilangkan di Songkhla, Thailand. Well, korang tau la kan, Perlis ni sempadan je dengan Thailand tu. So banyak la juga produk-produk dari negara jiran tu yang dijual disini especially di Padang Besar.
Nasihat aku (memetik nasihat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis), berhati-hatilah dalam memilih makanan. Kalau rasa was-was dengan makanan yang dijual digerai, beli je sendiri fish roll dan fish stick jenama Malaysia yang Insya Allah dijamin halal, lepas tu korang masaklah ikut suka hati korang. Janji darah daging kita terpelihara keimanannya.
Di sini aku tepek gambar 2 produk tersebut.
Fish Roll
Filament Fish Stick
Kat sini gak aku tempek salinan pekeliling daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.
Untuk maklumat lanjut boleh terjah lama web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis ni.
0 uncang teh :
Post a Comment