Tuesday, July 23, 2013

Ephyra In My House

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:52:00 PM
Assalamualaikum wbt

Korang tau kan aku ni bukannya muda remaja lagi. Nama aje bujang, tapi umur dah masuk peringkat pertengahan. Sadis kan. Sian la kat sape-sape yang bakal jadi laki aku nanti, dapat bini jenis yang macam ranting reput.

Jadinya sebagai persediaan, bukan untuk bakal laki aku (kalau ada), tapi untuk diri sendiri juga aku pun cuba la pelbagai cara untuk mengekalkan kesihatan dan juga kecantikan (jika ada). So, macam-macam la aku try n error. Bukan kata produk-produk yang aku cuba sebelum ni tak berjaya, tapi aku ni jenis cepat bosan dengan satu-satu hal, so bila dah bosan, aku stop la. Bila dah stop, satu hal balik nak mula semula. Jadi bila dah alang-alang nak mula, baik aku try produk yang lain pula.

Pasal Ephyra ni, lama dah aku tau pasal produk ni melalui blog Kak D. Masa tu macam Ephyra ni baru nak berkembang so aku ada la juga baca pasal kelebihan produk ni. Tapi masa tu aku takde kekuatan nak beli sebab boleh dikatakan mahal juga, jadi aku pendam hasrat hati dan tu pasal aku cuba produk lain pula. Sampai la kali ni, aku buka dan baca blog Kak D, rupanya ada promosi Ephyra dan harganya sedikit murah daripada harga asal. Oleh kerana aku pun dah lama tak minum kolagen, so aku pun cuba try test tengok dengan hantar order kepada Kak D. Cepat je Kak D reply, lepas tu bank in duit, dan tara.....

picture credit to Google

Yes...aku berjaya membeli sekotak (1st try dulu) Ephyra. Aku baru minum 2 kali je. Rasanya...kalau ikut tekak aku yang 1st time minum ni, memang aku kurang suka la, tapi aku set dalam otak supaya suka sebab rasa Ephyra ni ada rasa masam-masam oren/berry sikit. Of course la sebab antara kandungan Ephyra ni adalah acai berry.

Aku nak cerita lebih-lebih pasal Ephyra ni aku takde la mahir sangat. Lagi pun dah ramai pengguna-pengguna Ephyra yang dah bagi review pasal produk ni. Nak tau pasal kelebihan dan kekurangan dia pun ramai yang dah buat post. Just tanya pakcik Google je. (dasar pemalaskan)

Jadinya, kita tunggulah ape kesannya untuk diri aku lepas minum Ephyra ni. Harap-harap sempat la jadi gojes sebelum raya. Hahahahaha....

5 uncang teh :

Azi said...

haha..beli jugak ephyra..tapi aku dah stop..darrien ambik aku punya bajet kecantikan.

~*irjune*~ said...

tu pasal darrien semakin berat. Dia dah ambik budget tu. hahahhah....aku beli sbb tgk ade harga promosi...try n error.

izza ephyra said...

Salam,

being an authorised EPHYRA dealer, im so excited to share with you the product that has giving wonders to most of the ladies out there.

FYI, im selling EPHYRA at a very good deal! (below market price for sure!)

let me know if you are interested :)

spread the love!

Izza (EPHYRA Authorised Dealer)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com

~*irjune*~ said...

owh....tq Izza Hadi.
will consider to ctct u later

aNa LiEyA said...

Sesiapa yg berminat utk cube ephyra boleh sms.sy 0109828055 utk best price for ephyra.skrg ade promo

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea