Tau kan kenapa aku senyap sunyi 2 minggu lepas....ye aku konon2nya nak fokus kat exam aku la kan tapi akhirnya....huhuhu....
Exam last tu aku minta adik aku, jimjim yg tolong hantarkan. Jadi lepas habis kena la dia yg jemput aku. Kebetulan plak adik aku si ija da kruzz dengan jedin ada so ade la alasan untuk dia hantar ngan ambik aku balik.
Jadinya masa datang tu dalam kete aku nampak ada satu tupperware nasi goreng dan satu tumbler air kosong. Ingatkan itu bekal si ija balik asrama yg makcik aku kasi, rupanya bekal tu si jimjim bawa untuk aku sbb aku tak sempat nak sarapan pagi tadi. Hehhehhe...tau pun, aku ni kalau perut kosong leh jadi sengal tahap dewata raya.
Ok..ini nasi goreng utk aku tu. Sila ambil perhatian, cukup ke tak untuk aku makan ni?
Jadinya, lepas ambil aku, nak hantar ija balik asrama kolej dia, ngan nak makan la kejap bekal tu. Tup2 lepas ija dah hantar semua barang dia naik bilik, boleh plak keluar idea nak gi lepak kat Tasik Titiwangsa yang terletak sebelah je dengan kolej asrama adik aku tu.
Dengan berbekalkan satu bekas nasi goreng, 2 bungkus teh ais dan 2 botol air kosong, maka berjalan la kami 4 beradik menuju ke Tasik Titiwangsa untuk berkelah makan tengah hari (ini keje gila yang ke berapa ntah aku terlibat).
2 batang straw tu menunjukkan 2 bungkus teh ais yang mmg kaw!
Ni nasi goreng ni asalnya bekal untuk aku, tapi ada plak tukang sibuk nak makan sama
Kami adalah kembar yang lahir pada tahun yang berlainan dari perut 1 ibu
Satu baka, tapi skin tone mmg lain
Satu baka, tapi warisan rupa yg berlainan
Satu baka, tapi tahap kecerdasan berlainan
Satu baka, tapi tahap kecerdikan yg berbeza
Satu, baka tapi tahap keGILAan yg sama je...Otak semua weng-weng..kalau takdela nak buat keje gila gi berkelah tengah hari buta bawa nasi goreng sebekas je. Dah la bekas kecik plak tu.
2 uncang teh :
adik beradik ko ke jun?? muka lain-lain.. tak serupa langsung.. hehee
cik jijah..silalah percaya bawasanya kami dari satu keturunan yang sama
Post a Comment