Apa yang suci pun aku tak tau tapi yang aku tau sekarang dah pukul 1.
Mata aku masih lagi membulat...tak mengantuk-ngantuk, walaupun siang tadi aku lelah dengan kesibukkan kerja. Adik aku dah tergolek2 tidur. Oooo..lupa...my sis, ija da kruzz datang sini untuk menghabiskan saki baki cuti sem dia sambil2 konon2nya nak study untuk reseat paper. Tapi, aku tengok dia study cuma 2 3 hari pertama aje. Sekarang ni, nota dia elok je tersusun di bawah katil aku. Mungkin nak bagi aku absorb semua nota dia kot. Takpe...nanti aku boleh buat telepati toyol masa dia reseat exam sebab aku dah absorb semua nota dia.
Mula2 ada gak aku tegur dia..."jaaaaaaa....kata nak study..ni apsal tengok tv je". Tapi bila aku balik keje tengok baju kotor sebakul dah siap basuh, lantai dia mopkan, aku malas dah nak bising2. Lantak engkau la (boleh tak macam tu?). Tapi elok juga dia tolong basuh baju aku, kalau nak harap aku nak basuh, mungkin baju kotor tu dah macam gunung siguntang dah. Aku betul2 sibuk sepanjang minggu ni. Cuti Sabtu Ahad termasuk cuti Keputeraan Raja Perlis pun aku kene keje.So, kat sini aku appreciate la jasa adik aku yang sudi tolong aku basuh baju dan tadi baru je dia tolong lipatkan baju aku. Hehhehe...tq sis..len kali tolong lagi ye.
Hari Guru baru 2 hari berlalu. Rasanya tak terlewat untuk aku ucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru2 yang pernah mengajar aku dulu kini dan selamanya. Ucapan ini juga termasuklah untuk guru memandu dari Sekolah Memandu Soon, sebab sudi mengajar kereta kat aku semasa tahun 2004 (masa tu baru aku amik lesen kete). Teringat dulu masa sekolah, aku ni antara pelajar yang nakal juga sebab aku suka buat hal aku sendiri. Tapi nakal aku takde la sampai aku kene hukum dengan cikgu, tapi setakat kena pembaris panjang dengan rotan kat punggung dengan tapak tangan tu, normal la (ni masa aku sekolah rendah). Masuk sekolah menengah, aku antara pelajar yang suka membuat kerja ikut kepala otak sendiri. Dan sekarang aku sendiri dah bergelar pengajar (maaf, nak kata pendidik tu jauh sekali status sbb aku bukanlah org yang layak nak mendidik anak org lain), jadi aku dah tau susah payah macam mana cikgu aku mengajar dulu. Macam mana aku geleng kepala dengan kenakalan pelajar2 aku, macam tu lah kot cikgu aku geleng kepala dengan kenakalan aku dulu. Cuma yang bezanya, cikgu aku suka menggunakan pendekatan berhemah semasa mengajar, tetapi aku pula menggunakan pendekatan psiko kepada pelajar2 aku. Hehehhehe.....
Sekarang ni aku tengah jiwang dengar lagu Suratan dari kumpulan Slam. Suara Zamani memang menusuk kalbu,
Segar di ingatan
Sejarah luka yang berlaku
Terpahat kenangan
Cerita cinta ku pada mu
Tiada duanya
Biar berjuta tidak sama
Indahnya cinta mu
Setulus budi mu pada ku
Telah ku terima
Suratan takdir Yang Esa
Cinta manusia
Suka dan duka di tangannya
Sedalam renungan
Moga terjawab persoalan
Apakah salah ku
Di mana silap mu
Sudah lumrah kehidupan
Tidak lepas kesalahan
Cinta yang menjadi korban... kesilapan
Saat yang silih berlalu
Masa tak akan kembali
Semua telah berlaku kita insafi
Maafkanlah sayang
Segala kesilapan ku
Tidak terniat sekali melukai dirimu
Ku pohonkan doa
Semoga kau berbahagia
Tempoh hidup ini
Jalanan berduri
Nama mu biarkan abadi... di sini
Mudah-mudahan bersama
Keadaan yang berbeza
Di alam cinta yang kekal... selamanya
Nota_jari: Dengar lagu ni memang lagu putus cinta. Takpe lah, mungkin ni persediaan aku andai tiada jodoh dengan jejaka idaman kalbu.
2 uncang teh :
mcm kenal jek tajuk tu.. mula2 aku ingat ko kopipes entri aku ari tu.. hehehe.. anywayss.. dah lama tak layan slam.. dulu suka gak..
lupa lak nak wish ko.. selamat hari guru!!
ko ade ek tajuk macam ni. eh...tak main la nak kopies2 entri org lain. original beb...original...originaliti kena la jaga. tajuk sama takpe....kandungan tetap berbeza....
yeee..cik jijah..suara zamani sampai sekarang sangatlah mantoppppp....
selamat hari guru juga untuk ko.
Post a Comment