Penat....!
Itu yang dapat aku simpulkan untuk kehidupan aku sepanjang minggu lepas sampai aku demam, sampai aku selsema peringkat rendah, dan sampai aku hilang suara dan sakit tekak. Inilah gara2 tekanan yang maha dasat yang terjadi lepas digabungkan dengan tekanan akibat exam dan tekanan akibat keje. Pergh!!!! memang tahap boleh pecah kepala dah sebenarnya ni.
Minggu lepas...semua keje kena disiapkan....marking dan key-in markah lab student, jahit manik baju tunang adik aku dan persediaan lawatan audit dr pihak MQA (minggu lepas) dan EAC (minggu depan), btul2 buat aku macam orang yang tak terurus sampai makan pun boleh tolak tepi semata2 nak siapkan semua yang dikehendaki.
Tapi malang tu sememangnya tak berbau walaupun awal2 lagi dah dapat hint nak jadi malang tu. Akibat dari kesibukkan nak siapkan keje sampai langsung tak makan, maka pada petang Isnin minggu lepas, iaitu selepas pulang dari keje, ketika aku singgah untuk membeli manik dan membeli makanan untuk makan petang, maka akibat kemamaian aku, maka terjadilah episod aku melakukan aktiviti drift didalam longkang. (guna perkataan drift best skit dari guna perkataan langgar dinding longkang). Maka inilah yang terjadi pada kereta aku a.k.a kereta adik aku sebenarnya.....
nampak tak itu bumper yang dah patah dan tercabut dari rahangnya
siap dah macam kelopak bunga yang kembang dah bumper ni aku kerjakan masa drift dalam longkang tu
kalau nak drift sila pastikan spare tyre mestilah standard myvi bukan standard kancil yg sangat kecik dan jalan pun tersengguk sengguk..memang jahanam la.
Akibat dari kekurangan kemahiran untuk mendrift, maka telah menyebabkan tayar depan sebelah kiri pecah akibat dicucuk oleh bumper yang pecah dan kembang tu, segala benda besi batang dibawah itu telah bengkok dan kesan dalamannya pula ialah stereng pun jatuh kebawah.
Cerita seronok akibat kekalahan drift ni ialah aku boleh cool lagi time kena tu cumanya masa dah sampai kat kedai tayar barulah kepala lutut aku ni jadi lemah dan pada masa tu la aku rasa...seronoknya kalau kancil merah aku berada disisi aku sekarang ini....
Keesokan harinya iaitu Selasa, aku let go semua keje opis aku untuk dibawa ke bengkel tapi setelah diberi rawatan dan didianogsis..maka kereta itu perlu dimasukkan ke ICU selama 3 hari....Masa ni aku dah tau dah..bukan batang2 besi kete tu je bengkok...dengan aku sekali dah bengkok....
Moral of the story aku kali ni ialah...kalau nak drift tu sila pastikan guna kereta yang buruk, bukan kereta auto, sila guna tayar dan tayar spare yang sesuai dari segi saiz dan pastikan anda cukup kuat supaya tak bengkok dikemudian hari dan pilihlah litar drift yang bersesuaian dan bukannya di dalam longkang.
4 uncang teh :
ambik la balik kancil merah tu..musti hang seronok...
hehhehe...ke hg yg tak sabar na tggu myvi kelabu hg tu
saya tak berani drfit dalam longkang :D
amboihhhhhh alongggggg
Post a Comment