Saturday, November 30, 2013

Kerjaya Lelaki Kacak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:30:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini opismate share dalam whatsapp. Maybe dia snap daripada petikan surat khabar mana-mana ni.
Aku taktau la ini kajian tesis PhD mana ni. Tapi jawatan doktor dapat ranking nombor satu dan tentera dapat ranking nombor 5 untuk kategori lelaki kacak. Kenapa ek?

Ini teori yang dapat aku fikirkan sendiri daripada hipotesis kotak hitam.
  1. Kebanyakkan doktor lelaki yang aku jumpa memang nampak handsome pun walaupun berisi. Nape ye? Adakah sebab tutur katanya yang lemah lembut semasa merawat pesakit?
  2. Kacak ke peguam lelaki ni? Aku rasa biase aje pun. Maybe sebab peguam ni adalah seorang yang pandai berkata-kata. Bab pusing ayat putar ayat kasi sama diorang. Nama pun peguamkan.
  3. Pelakon....ni no wonder la jatuh dalam kategori kacak sebab pelakon ni jenis yang kena jaga imej. Imej ni kalau kena gaya akan buat orang yang huduh pun kelihatan kacak dan jelita. 
  4. Olahragawan?? Pada aku takde la kacak sangat pun. Maybe sebab diorang ni orang sport so jenis yang jaga badan. Muka biasa-biasa aje pun tapi sebab orang sportkan jenis badan segak dan tegap...tu kot nampak cantik.
  5. Tentera. Aku fikir pun sebab badan tegap dan juga imej. Imej tentera kan kena sentiasa kemas walaupun kulit garing kena panas sebab berkawad. So memang payah la kita nak tengok tentera ni berperut boroi. Ye tak? Eh...tapi apsal polis tak kacak? Hahahah
Eh..apsal diorang tak masukkan kerjaya pramugara sebagai kategori kerjaya untuk lelaki kacak? Bukan ke pramugara atas kapal terbang tu kacak-kacak belaka?

Jadi kesimpulannya, kalau nak dapat suami kacak, korang kena kahwin dengan suami yang ada kerjaya seperti diatas. Kalau husband korang just kerja engineer aje, kacak macam mana pun tetap tak boleh nak masuk ranking lelaki kacak sebab kita tau orang kerja engineer ni mana jenis yang pakai segak-segak kecuali kalau kene buat pembentangan. Kalau tak caya, mai tempat kerja aku ni, most of lecturers ni lulusan engineering, memang la datang keje pakai slack dan kemeja...tapi kurang kacak berbanding 5 kerjaya diatas. Hahahaha

Nota_jari: Kacak ke tak kacak ke...yang penting akhlak kene cantik.

Friday, November 29, 2013

Labu Sayung Gergasi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Takmau cakap banyak, tapi ini antara labu sayung saiz gergasi yang aku jumpa kat Sayung, Perak. Actually ada lagi yang saiz besar tapi tak sempat nak snap gambar sebab lokasi labu yang saiz lagi besar tu kat simpang jalan.
Tempat korang apa yang gergasinye? Moh ler kite share...

Thursday, November 28, 2013

Pokok Angkat

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:13:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Aku ni jarang nak cerita pasal aktiviti kerja-kerja aku. Bukan ape, pada aku blog ni adalah tempat aku keluar sebentar daripada dunia pekerjaan aku yang kadang-kadang rasa dah tahap saturated ni. Bukan benci dengan amanah kerja yang aku buat ni, tapi dah 8 jam fikir pasal kerja aje, ape salahnya bila ada masa lapang tu kita lupakan sebentar cerita pasal kerja ni. Hahaha...

Tapi entri kali ni ada sedikit kaitan dengan tempat kerja aku. Sikit aje...tak banyak pun. Semalam la, ptj aku ni dapat arahan untuk tanam pokok sekitar jalan dalam kampus ni. Tak jauh sangat pun, dalam 200 meter aje jaraknya, lebih kurang 60 anak pokok. Jadi kami pun beramai-ramai la menyahut seruan untuk hijaukan bumi ni.
Inilah pokok yang aku tanam tu. Nama pokok ni "Merawan Siput Jantan". Jangan tanya aku kenapa pokok ni nama macam ni sebab aku pun tau nama pokok ni lepas PA bos aku email memaklumkan hal ni kat semua staf. Tapi itulah....bunyi nama pokok ni kalau dibaca amat menyedihkan pula..."merawan"..kah kah kah.

Aku tak tanam banyak pun, Just ambil tender satu pokok aje. Lagi pun lubang untuk pokok ni dah ready made, so aku cuma letak pokok dalam lubang, letak baja dan kambus balik dengan tanah la. Kira ni macam pokok angkat kami la ni. Mean kami kena jaga, kena belai, kena siram setiap hari sampai besar. Ish...bab siram ni aku memang malas sikit. So memandangkan pokok ni ditanam atas tanah, aku harap sangatlah akar pokok ini pandai berdikari untuk cari air dari sumber bawah. Untuk bab siram pula, aku tender kat air hujan ajelah untuk siram. Hahahahaha...
Ini gambar kenangan aku dengan pokok ni. Nama pun pokok angkatkan. Haruslah ada gambar kenang-kenangan. Nanti 30 tahun kalau umur panjang dan dah jadi Prof (moga-moga dikabulkan), bolehlah tunjuk gambar ni kat pokok sambil mengimbau kenangan masa mula-mula pokok ni ditanam. Kenangan menanam pokok masa jadi pekerja bawahan ni. Hahahah.....Itu pun kalau pokok ni hidup dan masih wujud lagi. 

Bunga Pahar Bunga Pom Pom

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:46:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah...akhirnya siap juga bunga pahar untuk pelamin aku nanti. Aku buat sikit-sikit lepas habis kerja waktu malam sambil-sambil tengok tv. Tak banyak pun aku buat, cuma 100 kuntum tapi memang sampai tahap nak muntah hijau pun ada juga. Dah la aku ni jenis cepat boring dan memang tak suka nak fokus pada satu kerja tu dalam jangka masa yang lama. Aku suka kalau semua boleh siap cepat, setel cepat, dan cepat dan cepat dan cepat. Hahahahaha. 

Tapi bila dah siap rasa satu kepuasan yang sukar diungkapkan. Hahaha....Hari-hari dok asik belek bunga tu, lepas tu puji diri sendiri. Maklumlah...sindrom orang bujangkan. Sape la nak puji memuji kalau tak diri sendiri. Tahap perasan masuk bakul angkat sendiri pun ada juga.

Haip inilah pilihan warna bunga aku. Gabungan warna pink terang dan pink lembut gitu. Auww... Lepas tu aku matching dengan riben kuning dan krim. Simple aje...buat sambil tengok Youtube dan juga idea-idea yang ada kat internet ni. 
Sementara nak usung balik kampung, aku display dulu atas meja makan . Penuh meja tu dengan bunga aje. Dah la lapik meja pun corak bunga. Hahahah. 

Tuesday, November 26, 2013

Inspirasi Dekorasi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:18:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ada ke tak sesiapa di luar sana yang dok pening lagi nak deko rumah macam mana? Pening nak pilih warna cat? Dan pening nak combine warna perabut, cat dan langsir. Kalau-kalau ada yang macam tu..bolehlah tengok-tengok gambar yang aku tepek ni. Inilah antara gambar ruang tamu yang memberi inspirasi kepada aku untuk menyusun atur ruang dalam rumah aku.
For Ikea's lovers....memang memberi inspirasi ni
Biru ni kalau kena cara dan tone warna memang cantik
Kombinasi hijau dan sentuhan merah....cantik ape...color block
Ini gaya kedesaan Inggeris. Tenang je rasa.
Pilihan warna moden, kelabu dan merah. Simple but nice
Nak lagi moden, kelabu dan putih. Tapi bukan pilihan aku la.

Nota_jari: Picture credit to Google.com

Terpengaruh Atau Dipengaruh

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:56:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Dalam istilah elektrik transformer tu bermaksud alat ubah iaitu alat yang mengubah nilai voltan (arus) kepada nilai tertentu. 

Tapi untuk istilah filem pula...transformer itu bermaksud...itulah kartun (filem) transformer yang sangat-sangat terkenal tu.

Jadi inilah kesannya kepada kanak-kanak zaman milenium ni...mereka lebih mengenali transformer filem berbanding transformer yang asal. Buktinya...sila lihat gambar dibawah ini (kawan-kawan share dalam whatsaps)
Salah siapakah ini? Terpengaruh atau diperngaruh?

Friday, November 22, 2013

Tahniah Nani Tahniah Anjang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:58:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Buka FB pagi ni aku dikejutkan dengan jemputan kahwin daripada kawan sematrik aku masa kat Mat Jiwa dulu. Opss...lupa nak intro sikit. Aku ni batch last matrik 2 tahun under USM before KPM take over. Untuk matrik 2 tahun ni, first year tu kena buat kat selected boarding school especially area utara and after a year pula sambung kat main campus USM Penang. Masa buat matrik kat Mat Jiwa ni kami ada 4 kelas yang diambil daripada perkataan J.I.W.A.
So the bride ni budak kelas sebelah. Ok fine...dia nak kahwin sebab maybe dah sampai seru. Tapi yang paling buat aku terperanjat sikit tu ialah the groom tu classmate aku. Hahahah.... senyap-senyap je korang ek.

Both of them memang kamceng la since matrix lagi. Yelah...dua-dua orang tu orang Terengganu. After habis study pun aku difahamkan memang diorang ni still keep in touch (including me). Hmm...patutlah dah lama tak baca status single mingle meroyan diorang kat FB...rupa-rupanya sudah keep in heart. Bukan aku aje yang terkejut, kawan-kawan lain pun terkejut sama.

Anyway...congratulation for both of you. Sorry banyak-banyak sebab aku tak boleh nak attend wedding korang tu walaupun teringin juga jumpa kawan-kawan lama (macam la aku ni glamer sangat time matrik dulu). Well...aku pun tengah darah maniskan...hahhaha...baik elakkan diri nak travel jauh-jauh.Ape pun aku doakan semoga hubungan korang mendapat barakah dunia dan akhirat.

To my friend...Wan Nur Hanani bt Wan Mustafa (nani) dan juga Azrie Razif bin Johari (anjang) ...congratulation again!

Nota_jari: their wedding card is so cute

Thursday, November 21, 2013

Aku & Dia

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:26:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Pre-design kad kawin aku. Sekarang tengah tunggu email dari orang printing sebab diorang nak touch up kad aku tu. Tunggu ajelah ek....

Monday, November 18, 2013

Sticker Goodie Bag

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:22:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku kebosanan sikit. Sindrom "Monday Blues" kot. Hahahah (alasan). Jadi lepas rehat gigih edit gambar kat photoshop untuk buat sticker. Dan akhirnya siap juga sticker aku ni. Lepas ni just gi cari A4 sticker paper je untuk print.

Thursday, November 14, 2013

Rombakan Kecil Di Laci Kabinet

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:49:00 PM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sambung entry pasal dapur lagi. Jangan boring baca ekkkk....hahhaha....

Dulu dah pernah buat entry pasal laci kabinet ni. Masa tu tunjuk laci kedua dan ketiga je yang kemas. Laci first belum kemas. Boleh rujuk silang kat sini

Tapi kali ni aku ade buat sedikit rombakan untuk bahagian laci ini. Malas nak terang panjang-panjang sebab aku rasa otak aku blank dan badan pula rasa macam nak demam je, seram sejuk rasanya.

Laci first (SEBELUM)

Laci first (SELEPAS)

Laci kedua (SEBELUM)

Laci kedua (SELEPAS)

Laci ketiga (SEBELUM)

Laci ketiga (SELEPAS)

Ape yang berubah?

Yeee...laci 1st tu aku dah kemas cantik-cantik dah. Laci kedua pula aku buat simpan baking tray dan alatan baking aku dan laci ketiga pula dah penuh dengan tipuware siap ade yang tudung kaler biru lagi.

Harap Jangan Sesat

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:50:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Susah betul nak lukis peta untuk kad kahwin ni. Nak guna photoshop tapi tak habis ngaji lagi. Last-last guna excell je. Itupun jenuh mengejas. Pusing sana pusing sini. Garis sana garis sini. Lengkuk sana lengkuk sini. End up kira jadilah. Harap-harap takde yang sesat pula nanti ye.

Wednesday, November 13, 2013

Kemas Kabinet Bawah Pula

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:14:00 AM 8 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Semalam aku cerita pasal kabinet gantung. Hari ni aku nak cerita pasal kabinet bawah pula. Sebelum ni aku pernah stori pasal kabinet bawah ni yang belum kemas kat sini.

Seperti yang aku mention dalam entry sebelum-sebelum ni yang kabinet bawah aku jenis takde partition. Takde dinding-dinding atau rak macam kabinet kat rumah orang lain. Kontraktor ni memang buat macam tu. Dia just pasang pintu je and takde dinding yang memisahkan ruang. Jadi menjadi sangat mencabar untuk diri aku macam mana nak menyelesaikan permasalahan ini.

Solutionnya kena beli rak la. Jadi bingung lagi sebab ade ke rak yang bersaiz besar sebab aku nak buat letak periuk belanga aku. So end up aku dapat idea untuk guna rak kasut. Mula-mula tu aku nak beli rak kasut jenis kayu kat Tesco aje. Tapi masa tu mana menyempat nak gi jelajah Tesco, so aku beli la satu rak kasut kat Econsave je. Rak kasut ni jenis plastik dan ada warna tau. Aku ambil warna merah satu. Itu yang first aku beli. Second time beli masa pergi Giant pula. tengok ada rak jenis yang sama aku beli macam kat Econsave. So aku rembat lagi. Kat Giant ni dia jual rak kasut tu terus sekali 2. Ok aku rembat sebab harga pun leih kurang je macam yang aku beli kat Econsave tu. Jadi sekarang aku dah ada 3 rak kasut untuk susun periuk belanga aku.
Inilah rak kasut yang aku beli kat Giant tu. Untuk rak ni aku buat tempat letak periuk aluminium tu dengan non-stick pan. Aku ingat nak beli lagi rak kasut ni nak bagi jadi 3 tingkat tapi tersangkut pula dengan bontot sinki. Terus tak jadi tak jadi nak beli.
Ini rak asal yang aku beli kat Econsave tu. Aku letak kat bawah dapur. Tapi kat sini takde barang sangat nak simpan sebab.....yelah sebab....pikir sendirilah. Hahahaha. Kat bawah dapur ni juga aku letak bekas beras. Mula-mula tu nak letak kat atas tapi rasa macam bekas ni gila gabak punya besar. Tu pasal aku sorok simpan kat bawah je. Kat ruangan ni juga merupakan laluan tong gas aku untuk keluar masuk. So lepas ni kalau nak tukar tong gas tu kena punggah semua yang ada kat sini baru boleh tong gas tu gerak. Ayoooo...
Ini pula keadaan dibawah sinki. See...nampak tak rak kasut warna biru yang aku buat letak periuk belanga aku tu. Tu buktinya kabinet aku ni takde partition. Untuk bawah sinki ni nasib baik muat-muat besen pemberian mak aku yang warna biru tu dan juga periuk kukus. Kalau tak jenuh gak nak cari kawasan untuk nak menyimpan sebab dua benda ni kira jenis besar punya saiz. Lepas tu aku beli rak putih Daiso tu buat letak balang-balang kuih raya dan juga bekas -bekas plastik yang lain. 
Kalau nak diikutkan ruang kat bawah ni memang besar. Saiz 2 kaki kot. Tapi jadi terencat idea nak menyusun tu sebab takde partition (alasan je....hahahaha). Memang kena kreatif betul. Nasib baik ada juga blogger kat luar sana yang share entri pasal susun atur. Jadi boleh juga dapat sedikit sebanyak idea untuk mengemas.

Nota_jari: Maaflah gambar kurang berkualiti sebab snap guna henpon je. Ahkak takde budget nak beli kamera hebat lagi. Huhuhuu

Tuesday, November 12, 2013

Rombakan Kecil Di Ruang Tamu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:06:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Weekend lepas dalam sibuk-sibuk nak siapkan nota kuliah dan juga melilit bunga pahar, aku selit-selit juga aktiviti mengemas rumah. Hmmm....dah sebulan lebih tak kemas, memang tunggang langgang dan berhabuk rumah aku. Nampak sangat malas aku ni. Hahahaha...

Bila dah menyapu, mengemop dan mengemas tu, aku ubah la sikit susunan sofa dan armchair ruang tamu aku tu. Alaaa...bukan ketara sangat pun perubahan dia...just adjust keduduakn armchair tu aje pun.

SEBELUM: Armchair aku tu aku letak menyenget sikit. Gambar yang bawah tu aku snap dari jauh, nampakkan susunan armchair aku tu aku susun ikut bentuk tingkap rumah aku yang semi hexagonal tu.

SELEPAS: Ini pula gambar selepas. Kedudukan satu armchair tu aku selarikan dengan sofa dan satu lagi aku takde nak susun senget-senget dah. Muktamad pada sudut 90 darjah.
Kan ke aku dah cakap takde berubah banyak pun. Cuma aku rasa sendiri la kan, lepas buat susunan secara selari ni lepas tu tarik sikit sofa kelabu tu ke tengah nampak la ruang tu lagi luas. Perasaan aku aje kot. Hahaha..

Selain tu, aku tukar vase bunga tu aje pun. Vase bunga yang asalnya aku letak atas meja makan aku letak kat ruang tamu, manakala vase bunga ruang tamu tu aku letak kat meja makan. Berkalih tempat. Untuk labu sayung pula, aku letak balik labu sayung asal yang hitam legam tu. Lampu labu sayung yang aku baru cerita tempoh hari, aku angkut letak kat bilik belakang dulu. Hold la dulu sebelum dapat beli meja console atau kabinet atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

SEBELUM

SELEPAS

Bila Artis Jadi Pengiring

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:34:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Satu Malaysia dah tahu kan pelakon Fizo Omar dah selamat bernikah dengan anak pengasas tudung Fareeda, Mawar Fareeda tu. Tahniah dari aku.
fizo omar dan mawar fareeda
Picture credit to Beautifulnara

Entry ni bukan nak review pasal majlis diorang sebab aku tau ramai yang dah keluar post pasal diorang ni. Ni aku nak review pasal pembawa dulang hantaran (pengiring eh?) rombongan Fizo Omar.
 photo 1402303_10152034617394414_79637301_o.jpg
Picture credit to Beautifulnara

Kelas kau...aku rasa tak pernah kot tengok majlis nikah artis, geng-geng artis turun padang jadi pembawa dulang hantaran. Tapi untuk majlis Fizo ni yang bawa dulang hantaran semuanya geng-geng artis. Ketua pembawa dulang ni pula Dato' Rosyam Noor. 
fizo omar dan mawar fareeda
Picture credit to Beautifulnara

Kalau kita perasan la kan, artis yang tolong bawa dulang hantaran Fizo ni semuanya bujang-bujang belaka, kecuali Rosyam Noor. Awww....amik berkat majlis Fizo ke bang. Ape pun kita tunggu pula daripada 7 orang "dayang-dayang" Fizo Omar ni (tak termasuk Rosyam Noor ye), yang mana dulu akan follow jejak langkah Fizo untuk naik pelamin. 

Nota_jari: Semua gambar ni bukan milik aku tapi diambil dari blog Beautifulnara. Harap maklum

Susun Atur di Kabinet Gantung

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:23:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Asyik sembang pasal kabinet dapur lama warna coklat tu je, sure korang dah bosankan. So hari ni aku nak sembang pasal susun atur di kabinet gantung aku pula.

Kabinet gantung aku ni bentuk I aje. Ada 3 ruang sebagai ruang storan. Dah nama pun ruang storan, aku pun ape lagi, guna sebagai tempat untuk simpan set pinggan mangkuk aku yang tidak seberapa keadaannya.

Korang ingat lagi kan rupa bentuk dapur aku. Sebelum ni aku bawa melawat dapur aku, aku takde fokus sangat pasal kabinet gantung tu. So kalau nak tengok dapur aku macam mana, boleh tengok kat entri ini (sila klik ye).

Untuk bahagian yang pertama adalah bahagian yang terletak atas peti sejuk. Untuk bahagian ni aku buat simpan koleksi 'Royal Garden' jenama Corelle. Beli design ala-ala English ni sebab satu masa dahulu aku nak deko rumah dengan konsep 'English style". Tapi non ado....tak jadi pun. Yang jadi konsep moden minimalis (bukan moden minimalis tapi moden tak cukup budget). Hahahaha...
See...besarkan ruang simpanan dia. Ko nak sumbat-sumbat semua benda pun boleh. Tapi sayang sebab takde rak. jadi aku just stack je semua benda tu as long nampak kemas dan ada ruang untuk menyimpan lagi. Opss...terselit pula magkuk hadiah sabun Daia ni. Kalau tak magkuk tu kat laci kat bawah, tapi sebab aku dah buat sedikit rombakan, so aku letak dulu mangkuk ni kat ruang ini. Janji tersimpan dan tersusun.
Ini pula ruang disebelah ruang yang aku cerita kat atas tu. Yang ini kontraktor tu buat 2 lapis atas bawah. Tapi still besar lagi ruangan dia. Untuk bahagian atas tu aku letak set pinggan Noritake kesayangan aku. Ala Noritake murah je, bukan yang harga riban-riban tu. Nak beli yang harga riban-riban tu belum termampu lagi. Set ni harga seribu lebih tapi sebab beli time member's sale Sogo dapat la tujuh ratus lebih je. Beli bagi hilang teringin je. Tapi dalam hati ada lagi keinginan nak beli tea set Noritake pula. Tapi itu hold dulu. Tunggu kalau pergi jalan-jalan Langkawi baru nak rembat sebab kat Langkawi kan ke duty free. So barang-barang Noritake ni memang murah (murah yang maksudnya harga tak cecah nilai riban-riban la)
See...ada lagi ruang untuk simpanan. Tapi aku pula yang ngeri nak letak barang kaca banyak-bantak dalam rak ni sebab lantai rak tu kaca. Ntah tahan ke ntah idak. Tu ada pula bekas sup/nasi tambah (apa ntah nama dia...lupa) Royal Garden aku letak kat bahagian ni. Dah bahagian sebelah tu tak cukup, so aku letak je kat sini.
Rak bahagian bawah pula aku buat simpan set jug dan gelas Corelle, tea set Royal Garden dengan tea set yang biru kelabu tu pula dari Ikea. Ikea lagi. Yup..aku memang peminat fanatik barangan Ikea. Next time aku buat entry pasal barangan Ikea aku pula (kalau rajin...hahahha). Aik...ada terselit pula jug plastik Daiso tu. Hehehehe....dah tempat lain takde ruang, aku letak aje la kat situ. 

Aku sengaja letak set cawan kat bahagian bawah ni sebab kalau ada tetamu datang senang aku nak ambil. Takde la perlu panjat bagai. Tapi so far takde la lagi tetamu yang datang yang perlu aku keluarkan set kesayangan aku ni. Kalau ada pun, aku hidang guna cawan Ikea warna hijau aku tu je. Hehehe...Mug aku pun banyak...boleh guna mug juga untuk hidang air kalau ada tetamu (adik-adik aku je pun) yang datang. Self service. Hahahaha

Korang tanya rak ke? Rak tu aku beli kat Daiso dengan kedai Mr. D.I.Y je. Ala kalau pergi kat kedai barangan plastik, mesti ada punya. Kena rajin memunggah kedai. Hehehehe...
Ini pula bahagian terakhir untuk kabinet gantung aku. Bahagian ni yang kecil sekali berbanding dua bahagian yang aku dah stori tadi. Sebabnya kat bawah tu diletak unit rak untuk pinggan. So untuk sini aku buat simpan bekas kuih raya, jug plastik dan juga mangkuk kaca je. Empat biji balang yang corak lengkuk-lengkuk tu adalah bekas kuih yang aku beli untuk buat hantaran tunang aku dulu. Sebenarnya aku beli 6 biji, tapi 2 biji lagi ada kat rumah mak aku. Sama juga dengan balang kuih tu, aku rasa ada lagi yang tertinggal kat kampung.

Rasanya tu je kot stori aku pasal kabinet gantung ni. Buat masa sekarang ni memang nampak macam kemas la sikit (itu pun sebab aku gigih kemas weekend lepas). Aku tak tau la lepas ni jadi rupa yang macam mana pula sebab barang confirm akan bertambahkan. Hahahahaha...

Friday, November 8, 2013

Kenapa Aku Suka Tengok Running Man

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:07:00 PM 10 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Siapa yang suka tengok Running Man sila angkat kening. Hahahaha...
Rancangan variety show terbitan SBS ni memang tengah tip top sekarang ni. Memang ramai peminat, bukan setakat kat Korea, bukan setakat kat Malaysia tapi seantero dunia. Sape-sape yang minat k-pop, dengan drama Korea memang takkan miss la Running Man ni.
Kalau kat Malaysia ni kita boleh layan Running Man ni kat Astro One HD channel 393 (eh dah ada Astro One SD kan kat channel 394 kalau aku tak silap). Tapi kalau sesape yang takde Astro boleh lagi layan Running Man ni kat RTM TV2 setiap petang Sabtu kot kalau aku tak silap. Tapi yang kat TV2 ni dia tayang dari episod Running Man yang mula-mula dulu. Kalau kat Astro ni rancangan yang update dan terkini la.

Aku pun suka tengok Running Man ni. Kalau time tu episod yang best memang gelak tak hengat la aku. Habis hilang semua beban kerja disiang hari. Selain tu aku suka layan rancangan ni sebab peserta dia juga especially Ji-hyo. Ji-hyo ni pelakon terkenal kat Korea, tapi dalam Running Man ni dia memang sempoi sangat. Lagi-lagi kalau dia buat muka blank, blur dan confiused dia tu. Macam tak sangka yang dia tu seorang artis terkenal Korea.
Selain tu aku suka juga nak tengok aksi Kwang-soo yang digelar zirafah dalam rancangan ni sebab ketinggian dia. Paling tak boleh blah kalau dia buat muka confiused dia tu. Hahahaha.....memang tak percayalah yang dia ni adalah model/pelakon kat sana. Lagi best kalau Kwang-soo ni partner dengan Haha dan Jae-suk. Memang lawak la. Lagi-lagi kalau time aksi pengkhianatan diorang ni. Lawak-lawak.

Lagi best rancangan ni sebab para peserta memang tak tahu apa permainan yang akan diorang buat pada setiap episod. Tapi diorang ni memang sempoi habis la. Layan je. Memang takde control ayu atau control macho. Artis-artis jemputan pun sempoi je bila terlibat dengan rancangan ni. Bila diberitahu akan konsep permainan untuk setiap episod, secara automatik diorang akan serap watak untuk tema pada rancangan tu. I

Apsal kat Malaysia ni takde keluar variety show macam Running Man ni yang semua peserta dia takde nak control ayu atau control macho. Rancangan ni best sebab takde pengacara dan para artis yang terlibat tu tak perlu nak mekap tebal segala. Semua datang muka sememeh je. Natural beauty gitu.

Ish...kalau nak sembang lagi pasal Running Man ni memang buat aku tergelak la. So aku stop la dulu. Hari ni pun dah Jumaat, so malam ni boleh layan Running Man kat Astro One HD.

Nota_jari: Semua gambar adalah kredit to pakcik Google ok

Kemaruk Doodle

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:45:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Kalau dah kemaruk dengan doodle tu memang tak boleh nak buat apa dah. Lagi-lagi kalau dah tau cara nak buat doodle kat excell...lagi la jadi ketagih.

Malam tadi tak boleh nak tidur so keluarkan laptop dan start buat doodle burung churp churp ni kat excell. Seriously..ni bukan aku buat sendiri-sendiri tau tapi aku tekap je dengan gambar burung churp churp yang asal. Tapi memang ketarakan perbezaan dia sebab burung churp churp aku takde jambul tapi gambar asal ade jambul. Hahahah...sebenarnya aku tak reti nak lukis jambul tu macam mana. Yang lain-lain tu just guna shape oval je untuk lukis.

Sekarang ni asyik nak explore untuk buat doodle je kat excell dan photoshop.
Churp Churp by ijun

The original Churp Churp

Nota_jari: malam ni nak study cara nak lukis jambul churp churp ni pula.

Thursday, November 7, 2013

Lampu Labu Sayung

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:58:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ada satu entri tu aku ada cerita pasal aku letak labu sayung sebagai elemen deko kat ruang tamu aku. Kalau tak ingat boleh la klik disini.

Tapi sekarang ni labu sayung tu makin membesar dan tetiba berlubang-lubang. Adakah labu sayung aku tu "hidup". (Perasan ayat scary giler tu).
See...kan ke labu sayung aku tu dah jadi lain benor daripada dulu. Kalau dulu hitam legam, sekarang ni elok je jadi warna coklat berkilat. Apakah ia? (ayat skema tak hengat)
Hahaha...sebenarnya ini adalah lampu meja berbentuk labu sayung. Aku beli masa pergi jalan-jalan ke Kuala Kangsar/Sayung weekend hari tu. Saje je perabih minyak kereta. Dah singgah kat kedai labu sayung tu, nampak lampu ni dan harga pula berpatutan, so rembat la satu. Kan ke cantik bila dipasang, cahaya tu merembes keluar melalui lubang-lubang bercorak tu. Nampak cantik je kan.

Buat masa sekarang ni lampu ni landing dulu kat sini. Labu sayung yang asal tu aku alih dulu letak atas meja makan. Tunggu keluar idea baru pula untuk sesi dekorasi yang akan datang.

Tungguuuuu.....

Duck Face

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:34:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Darrien dah pandai buat "duck face". Mesti mama and dedi Darrien buat lawakkan sampai Darrien gelak tak hengat.

Apa pun jom layan aksi terbaru Darrien Rahman ni.

Wednesday, November 6, 2013

DIY: Bunga Pahar

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:32:00 PM 6 uncang teh
Assalamuakaikum wbt.

Fuhhh!!....akhirnya siap juga.
Tapi ini baru satu set bunga pahar untuk majlis marhaban. Yang bunga pahar untuk pelamin tak siap lagi. Adoi.

Oleh sebab tema majlis nikah aku dah jadi warna hijau epal, so untuk bunga pahar ni aku mix warna krim dan hijau epal.

Simple je. Tiru bunga pahar kenduri kahwin adik aku dulu. Senang cerita.

Send from my Windows Phone
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea