Tuesday, September 17, 2013

Identiti Perak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:53:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Aku ni anak jati Perak. Mak ayah orang Perak. IC pun 08, kod pendaftaran negeri Perak. Alamat dalam IC pun still guna alamat Perak walaupun aku dah 8 tahun bermastautin di Perlis, siap beli rumah kat sini lagi. Plat kereta pun aku amik plat Perak, start dengan huruf A. Plan asal pun nak bakal suami orang Perak juga, tapi tak menjadi. Last-last dapat bakal suami anak jati Perlis. Tak pelah...itu pun hati dah sayangkan. Hehehe...

Bila dah namanya anak jati Perak, haruslah ada identiti negeri Perak. Apekah identiti negeri Perak yang sebenarnya itu? Yezza....itulah labu sayong. 
Sebenarnya dah lama mak aku offer labu sayong ni kat aku. Tapi masa tu aku still lagi merempat kat rumah sewa, jadinya aku hold dulu niat nak mengusung labu sayong ni balik Perlis. Bila dah ada rumah sendiri ni, perasaan nak mengusung labu ni balik Perlis sangat membuak-buak. Akhirnya semalam berjaya juga aku bawa balik labu sayong ni ke rumah aku.

Ini labu sayong hitam. Labu sayong hitam ni sebenarnya tempat untuk menyimpan air sejuk zaman dulu-dulu. Kalau simpan air sejuk dalam ni, kesejukkan dia sama taraf macam simpan dalam peti sejuk, selain tu bagus juga untuk kesihatan. Ada lagi satu jenis, labu sayong tu warna coklat, warna asal tanah liat. Jenis tu tak sesuai nak buat simpan air, so lebih sesuai untuk hiasan je (setahu aku la kan).

Tapi labu sayong aku ni takde la aku nak buat untuk simpan air masak. Rumah aku dah ada peti sejuk. Jadinya aku hanya jadikan sebagai hiasan aje. Sampai-sampai je kat rumah, terus aku basuh dan lap labu ni, buang semua habuk yang melekat. Hasilnya, labu aku kelihatan macam baru.
Buat sementara waktu aku letak dulu labu ni atas meja sekali dengan koleksi merah aku. Hitam dan merah, not bad juga kan. Hihihi. Nanti bila aku dah beli kabinet hiasan atau table console, bolehlah pindah kat tempat lain pula. Kat rumah mak aku tu still ada lagi labu sayong kecil-kecil yang aku dapat as souvenir kenduri kahwin kawan-kawan aku. Itu pun aku nak angkut juga tu. Tapi macam aku cakaplah, maybe kena tunggu ada meja console kot. Senang nak menghias pula.

Nota_jari: Lepas ni nak kena cari riben merah atau hitam, nak ganti benang bulu kambing yang ikat penutup labu sayong tu.

2 uncang teh :

! Arjunakirana ! said...

salam... wahhh org perak ye... tp tak nmpk peraknye pun... cube cakap perak sikit nak bace... gagagagag pettakkk :P

~*irjune*~ said...

Saya orang Perak, tapi Perak Utara. Perak Utara takde cakap dialek Perak, kami cakap loghat utara.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea