Assalamualaikum wbt.
Aku ingat kat dalam email dan fb je yang akan dapat msg berbunga-bunga. Rupa-rupanya dalam blog pun ada gak spam dengan ayat yang berbunga-bunga. Kalau tak percaya...baca ni. (sila besarkan untuk pembacaan yang lebih berkesan).
Korang tengoklah...nak tergelak pun ada dengan ayat diorang ni. Blog aku ni sah-sah guna bahasa Melayu. Kalau ada English pun English tunggang langgang. Tapi si hantu Anonymous ni boleh pula puji cakap blog aku ni bagi inspirasi la, idea la...ape-ape la kat diorang. Lepas tu promot product/website diorang.
Kalau komen diorang tu dalam bahasa Melayu dan lepas tu related dengan entry yang aku tulis tu, ade juga logik. Ini komen diorang memang out terus.
Tu pasal aku suka para reader yang sudi nak komen entry aku ni tulis la nama. Jangan tinggal Anonymous je. Sekurang-kurangnya kalau korang tu orang Melayu, tulis la nama Jalak Lenteng ke, Perempuan Melayu Terakhir ke...so at least aku tau la korang tu dah baca blog aku. Jangan langsung tak kenalkan diri. Kalau ko tak kenalkan diri dan setakat biarkan nama as Anonymous je...maka jadilah ko dalam puak-puak golongan spam ni.
Nasib baik la komen-komen korang ni bukan auto approved. Aku buat manual, so that aku boleh tapis komen-komen mana yang perlu aku approved.
0 uncang teh :
Post a Comment