Saturday, April 27, 2013

New Khalifa

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:34:00 AM

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, semalam pada hari Jumaat bertarikh 26 April 2013 bersamaan 15 Jamadil Akhir 1434H, tepat pada pukul 12.12 tengah hari, adik aku selamat melahirkan baby boy seberat 3.72kg. Huh! Berat juga budak kecik ni. Tengoklah....muka seiras muka husband adik aku.....konpem jadi anak bapak ni. Boleh jadi geng bola Liverpool la macam ni.

Mulanya doktor ramal jimah akan bersalin pada pertengahan bulan 5. Tak sangka pula budak kecik tu nak keluar awal. Maybe dia nak join pilihanraya tahun ni kot.

Jimah pun bersalin mudah. Normal. Mak aku call dalam pukul 9 lebih cakap adik aku dah masuk hospital, and pukul 12.45 adik ipar aku call cakap jimah dah selamat bersalin. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan. Aku cakap kat mak aku, Jimah senang bersalin sebab mak aku pun jenis yang senang bersalin juga. Bayangkan 7 orang anak, 6 orang tu mak aku bersalin kat rumah je, cuma adik aku yang bongsu je mak aku bersalin kat hospital sebab doktor risau umur mak aku masa tu dah cecah 36 tahun.

Eh! Melalut pulak. Anyway....tahniah ye jimah dan zizi untuk hampa punya new born baby

Send from my Windows Phone

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea