Friday, January 29, 2010

Kenapa aku kerja gomen?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:28:00 PM 1 uncang teh
Kenapa aku kerja gomen???

Korang pernah terpikir tak kenapa korang boleh keje kat tempat korang keje sekarang. Tak kisah la korang ni keje gomen ke atau swasta ke atau keje sendiri ke atau tak keje langsung. Aku pernah terpikir gak kenapa aku boleh terlontar dan terlantar jauh di negeri Perlis ni (jauh ke Perlis dengan Perak), sedangkan aku tak pernah bermimpi pun yang aku akan merantau menjadi anak dagang di negeri sempadan Siam ni.

Jujurnya, aku memang tak pernah berangan nak kerja dengan gomen ni. Bukan setakat berangan, keje gomen ni memang tak ada dalam list kompeni yang aku nak minta keje masa tu. Impian aku nak keje swasta...sebab macam yang korang tau keje gomen ni faedahnya, antaranya cuti yang banyak dan keje yang boleh dikatakan tak banyak dan tak juga langsung takde keje. Jadi itulah yang aku nak elakkan sbb aku nak keje dengan keje yang boleh buat aku lupa bahawasanya aku ada kehidupan lain. Senang cakap impian aku nak jadi workaholic woman.

Habis belajar aku hantar banyak surat minta keje. Sumber...of course la paper The Star yang menjadi pilihan rujukan selain dari internet dan Jobstreet. Masa tu impian aku nak keje area2 KL la kononnya, sbb sepanjang masa aku belajar dari sekolah asrama sampai U...dunia aku hanyalah di utara tanah air. Dah naik bosan dah aku tengok highway ke utara ni. Jadi aku plan nak gi belah selatan pulak.

Ayah aku suruh aku jadi cikgu lepas habis belajar tapi aku taknak. Aku tak minat. Jiwa aku bukan untuk mengajar. Jiwa aku nak bebas. Sebab tu sebulan lepas habis belajar aku selamber badak je minta keje jadi pembantu kedai buku kat tempat aku. Setahun beb aku keje kat sini. Soooooo...enjoy. Aku buat kedai tu macam aku yang punya walaupun bos ade kat tepi aku. Suka suki je aku marah ngan maki customer yang kurang ajar. Hahahahahaaha...

Lepas tu kawan aku simpati dengan aku. Dia pujuk aku minta keje kat tempat keje aku sekarang ni. Oh! tidak Oh! tidak...jiwa aku bukan untuk mengajar. Banyak kali aku elak tapi akhirnya kawan aku paksa juga aku apply keje kat sini. Demi sebuah persahabatan yang dah terjalin dari sekolah tadika..aku pun dengan berat hatinya apply la juga keje sini...keje gomen tu.

Tak lama lepas tu, akhirnya aku dapat surat panggilan untuk menghadiri sesi temuduga. Orang yang paling happy mestila kawan aku dan famili aku. Masa tu aku dah bawa diri ke Shah Alam untuk mencuba nasib kat sana. Atas titah perintah ayah aku, aku pun balik  kampung dan memaksa diri untuk menghadiri temuduga tersebut.

 Sebahagian daripada opismate aku

Sebelum sesi temuduga bermula, aku sempat berjumpa dengan x-classmate aku masa kat U dulu yang terlebih dulu bekerja di sini. Dari dia la aku tau yang sebenarnya dialah yang menghantar surat application aku ke Bahagian Sumber Manusia kat sini. Oh! yeke...tak tau la plak.Tapi tak pe sebab lepas tu aku pun tau.

Masa sesi temuduga, depan aku ada 5 orang panel. Gabra jangan cakap la. Macam nak luruh jantung ni. Orang pangkat tinggi beb yang temuduga aku. Tapi sebab dalam otak ingat aku confirm tak dapat keje ni so aku pun jawab la semua soalan tu semata2 untuk pertahankan pendapat aku. Prinsip aku, kalau nak kalah biar kalah bermaruah. Walau kita tak suka tapi jangan undur ke belakang. Lawan. Jadi aku pun aplikasikan ape yang telah aku belajar selama ni dan selama aku terlibat dengan aktiviti ditemuduga ini dengan berkesan. Aku ni jenis tak pikir panjang bila membuat tindakan. Lepas bertindak baru la terpikir betul atau tidak cara aku tu. Sama la macam masa aku kena temuduga ni...bila panel tanya soalan, tak sampai 2 minit aku dah jawab. Setiap soalan ada aje jawapan spontan dalam kepala otak aku ni. Sampai salah sorang panel tanya aku, "Junaidah, are u debater". Hahahahah...mati hidup semula aku bukanlah debater dan tak pernah masuk list calon debater pun.

Lebih kurang 2 bulan lepas temuduga tu akhirnya aku berjaya. Diulang...aku BERJAYA. Hah! betul ke aku lulus temuduga yang macam hampeh aje tu. Masa tu perasaan 50-50 je nak kerja kat Perlis ni. Almaklumlah...5 bulan aku enjoy idup kat Shah Alam. Sekarang nak kena pindah Perlis yang...alahai memang jauh beza dengan Shah Alam tu.Tak heaven langsung hidup kat Perlis ni. Shopping complex pun takde. Manusia yang paling gembira tentulah famili aku, makcik2 pakcik2 aku, serta kawan2 aku yang dah berusaha bantu aku hantar application form.

manusia merangkap kawan aku yang pujuk aku minta keje kat sini

Dan akhirnya, disinilah aku...anak perantau seorang diri di bumi Perlis ni. Tahun ni dah hampir 5 tahun aku bergelar kakitangan gomen.Walaupun satu masa dahulu aku amat elak nak keje gomen dan amat tak suka nak mengajar tapi akhirnya inilah dunia dan rezeki aku. Kawan2 aku yang keje swasta pakat2 tanya macam mana aku boleh masuk keje gomen. Aku jawab,"Inilah rezeki dapat keje lambat". Terus hangin aje diorang. Hahahahhaha...


konon2 macam berdedikasi sangat ler aku ni

Moral of the story:
1. Kadang2 kita cuba elak satu perkara tu sedangkan itulah yang terbaik untuk diri dan hidup kita.

2. Minat dan kemahiran boleh dipupuk, yang penting kesungguhan bekerja.

3. Walau kita tak suka dengan sesuatu perkara, tapi janganlah kita memandang remeh aje perkara tersebut. Semua itu adalah amanah, jadi kena lakukan yang terbaik.

4. Tak semestinya yang cepat dapat tu terbaik dan tak semestinya yang lambat dapat tu hanya mendapat saki baki. Last2 aku yang dapat keje lambat ni dapat yang terbaik berbanding kawan2 aku. (Maklumlah..keje gomen).

Persoalan:
Haruskah aku beri peluang kepada orang itu untuk mengenali aku? Walaupun sebenarnya aku mcm malas nak kenal org itu.

Aku Bengong??!!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:13:00 AM 5 uncang teh
Sebelum aku nak teruskan ngan bebelan aku akibat daripada peristiwa yang berlaku hari ni, aku nak tanya dalam Kamus Dewan Edisi Terbaru ada tak perkataan "Bengong" ni. Kalau ada boleh bagi tau tak apa maknanya. Maaflah, kali terakhir aku bertemu muka dengan Kamus Dewan ni adalah masa aku sekolah dulu dan lebih spesifik lagi masa aku Form 5. Jadi bab perbendaharaan kata aku pun masih lagi edisi lama yang tak pernah di update.

Back to story...kenapa aku bengong?! Mungkin ini adalah kerana penangan serangan yang di panggil TEKANAN kot yang menyebabkan tahap bengong aku menjadi maksima pada hari ini. Tekanan perasaan, tekanan kerja, tekanan belajar dan tekanan sekeliling betul2 membuatkan aku jadi down sangat2 semenjak dua menjak ni.

Orang cakap kalau kita down....sedih....jangan dengar lagu yang spesis sedih, sbb nanti kita jadi lagi tak betul. Tapi since dari minggu lepas aku memang layan lagu Akak Ziana Zain aje. Almaklumlah...most of her song played during my school time.Jadi macam mengimbau kenangan masa zaman sekolah la ni. Zaman gonjeng2 gitu. Ahaks!!!!!!

Hari ni ntah mimpi ape ntah aku telah membuat satu tindakan yang aku rasa sangat-sangatlah membengongkan diri aku. Ntah hantu ape yang rasuk aku hari ni, dengan slumbernye aku dah buat satu confession kat sorang manusia ni yang aku suka dia. Heh! kalau korang..korang berani tak??? Ni semua sbb aku geram bila dia suruh aku berubah la which is aku pernah cakap dalam entri sebelum ini yang aku sangatlah tak suka dengan itu statement. Nasib baik aku mengaku dalam YM aje. Itu pun aku dapat agak yang manusia ni dah terkedu dengan pengakuan berani mati aku ni. Tapi kalau ngaku live pun konpem aku pun terkedu gak. Tapi aku cuma mengaku aku "SUKA" aje kat dia. Global meaning tu. (Korang...SUKA dengan MINAT tu tak sama kan??).  Takde lebih2 pun.

Ahaaa....malu tak bila aku buat pengakuan berani mati tu??? Jawapannya..malu beb! Walaupun cuma dalam YM je tapi aku malu gak sikit. Tapi takpe...esok aku amik cuti. Aku nak bangun lewat sok pagi...plan nak tido balik lepas solat subuh. Jadi confirm aku takkan jumpa ngan manusia ni sampai hari Ahad.Confirm dia akan lupa semua yang aku sembang ngan dia siang tadi. Pagi Isnin aku masuk keje everything will be normal. Hopefully..Insya Allah.

Kenapalah aku baik hati sangat citer kat dia yang aku suka kat dia siang tadi. Inilah bahananya kalau ade yang suka suki on suis kerek aku. Last2 benda yang aku cover selama ni dah terdedah. Nasib baik la dia ni manusia yang ada otak sikit. Kalau jenis yang takde otak...mau dikutuknya aku habis-habisan. Oh! Tidak...Oh! Tidak...

Sekali lagi nak tanya...SUKA dengan MINAT tu tak sama kan????

Oklah...aku stop dulu...tu assignment master-ji aku tgh menunggu untuk disiapkan.

Nota_jari: Sekarang aku tengah dengar lagu Ziana Zain...jiwang beb!


Wednesday, January 27, 2010

Keturunan Si Tanggang telah dijumpai

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:02:00 AM 5 uncang teh
Sejak kecil lagi aku dah didedahkan dengan cerita Si Tanggang ni. Cerita macam mana seorang anak yang sangat2 disayangi oleh si ibu berubah sikap selepas mendapat sedikit kejayaan dan kekayaan. Akibat berkecil hati si ibu ni pun berdoa supaya anaknya di hukum tuhan dan seterusnya menjadi batu (Ok, ibu kalau mendoakan untuk keburukan sekali doa je dah dkabulkan---> ini fakta dan aku rasa bukan auta). Kenapa mesti Si Tanggang...kenapa namanya bukan Si Boncit, Si Boyot, Si Kesuma, Si Kencana atau lain2 lagi nama...kenapa Si Tanggang??? Ok, itu bukan masalah utama kalau nak letak nama apa pun sbb zaman sekarang ni memang ramai anak2 yang dah tak sepatutnya dipanggil anak sebab dah menganiaya ibu sendiri. Bak kata mak aku la kalau time marah kat anak2 dia. "kalau mak tau hampa degil dengan malas macam ni, dari kecik mak picit hidung hampa bg mati". Tapi nasib baik mak aku bela kami adik beradik sampai sekarang dah jadi tua bangka macam ni. Alhamdulillah.

Kasih ibu membawa ke syurga...Ibu..walau sejahat macam mana pun tetap sayangkan anak. Ibu yang tak sayangkan anak tu ibu bangang namanya sbb suka suki je nak buang anak, jirus anak dengan asid dan ada yang jual anak. Tapi bilangan ibu bangang ni tersangatlah kecil dan boleh di kuis dengan jari aje, bak kelemumur yang jatuh di bahu, pakai syampu Head and Shoulder confirm takde kelemumur.

Tapi anak yang jahat macam setan dan ada lagi jahat dari setan memang ramai. Tak terkira. Contohnya macam artikel ni "Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak". Menurut dari petikan akhba Kosmo ni, si ibu ni yang sanggup datang dari Sarawak telah diherdik oleh anak menantu sendiri. Kesian betul tengok si ibu ni. Datang dengan hajat tapi pulang dengan hampa. Aku ingat bila Si Tanggang dengan isteri dia dah jadi batu, maka habislah keturunan dia di muka bumi ni. Tapi terlepas juga satu keturunan dia yang dah bermastautin di bumi Malaysia ni. Rupanya akibat sumpahan batu oleh ibu Si Tanggang, habis keturunannya berhati batu dan berkepala batu sampai sanggup halau mak sendiri.

Makcik Tumi yang telah dihalau oleh anak sendiri ini

Teringin gak aku nak tau keadaan anak si ibu tu macam mana. Cantik sangat ke itu perempuan, kaya sangat ke suami dia tu, rumah batu berapa tingkat, kereta berapa buah, ada Ferrari ke tak. Kalau memang dah taraf jutawan tu nak halau ibu sendiri sampai tak nak mengaku mak tu memang berbaloi la. Tapi kalau setakat ada Honda Accord je (saje bg standard la skit..kalau kata kereta waja atau wira nanti kecik hati pula), lepas tu banglo sebuah dengan satu kompeni yang cuma harap projek kerajaan je, buat habis beras aje yang tak nak mengaku perempuan itu adalah ibu sendiri. Buat malu keturunan Si Tanggang aje sbb Si Tanggang ada kapal besar yang ko ada kete kecik je. Kalau macam ni punya manusia yg tak cukup harta, Tanggang pun tak nak mengaku keturunan dia. Hahahhahah....

Seorang sahabat Baginda pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang antara ibu dan ayah yang mana satu perlu diutamakan dan dihormati. Maka jawab Baginda, "ibu mu". Selepas itu, tanya sahabat lagi, masih dijawab Baginda, "ibu mu". Selepas itu, "ibu mu" jawab Baginda untuk kali yang ketiga. Dan untuk pertanyaan kali ke empat barulah Baginda menjawab " ayah mu". Tengok, betapa mulianya taraf seorang ibu itu. Sebagai anak, kita kena mengutamakan ibu 3 kali ganda daripada ayah sendiri. Kalau nak bangkang cakap ayah masih boleh lagi tapi jangan sesekali bangkang cakap ibu sebab ibu tu ada hak yang lebih utama ke atas anak-anaknya.

Aku tak tau la spesis anak jenis apa yang tak nak mengaku ibu sendiri. Ingat la sikit, satu hari awk pun akan jadi ibu, ada anak, jadi apa perasaan ko kalau anak sendiri buang ko? Sedihkan...lepas tu mula la ungkit cerita tentang pengorbanan ko. Tapi ko tak sedar diri yang masa muda2 dulu ko pun jenis anak jahanam yang tak hormat mak ayah sendiri. Dunia ni bulat. Apa yang kita buat baik atau buruk akan datang balik kepada kita satu hari nanti. Kalau baik...baiklah balasannya. Kalau jahat...hahahha padan muka ko la. Ingat, redha seorang isteri adalah redha dari suami. Redha anak adalah redha dari ibu bapa. Selagi ibu bapa tak redha dan tak ampunkan kita sebagai anak, selama itulah tiada redha Allah untuk kita dan selama itulah amalan kita tak berguna. (maaf..aku ni bukanlah seorang yang arif mengenai agama)

Ok, aku ni mengaku bukanlah anak yang baik sangat dalam erti kata yang sebenar. Aku pun kadang2 ada selisih pendapat juga dengan mak aku. Tapi mati hidup semula, kalau ada sesapa yang cuba nak sakitkan hati mak aku, aku sanggup lawan balik org tu sampai dia musnah. Ni janji aku sebagai anak. Biarlah org nak cakap aku ni hantu brutal ke ape ke, janji maruah mak aku terjaga. Mak aku insan yang paling mulia dalam hidup aku. Dia bidadari syurga yang Allah bagi untuk jaga aku selama ni. Tak ada orang yang boleh lawan kecantikan mak aku, keterean mak aku dalam bab masak memasak,kesabaran mak aku dan kewangian bau badan mak aku walaupun mak aku tak mandi (hihihiihihihi....). Yang penting mak aku ni memang the best la untuk diri aku. Mak aku cukup menderita selama nak besarkan aku adik beradik. Jadi sekarang masa untuk aku balas balik derita mak aku tu dengan kebahagiaan yang tak seberapa ni.

Tapi bukan macam anak makcik dari Sarawak tu. Anak tak kenang budi (ayat stereotaip citer Melayu ni).

Kepada mak aku, Puan Normuia'ni binti Selamat (tengok nama mak aku pun dah menunjukkan mak aku ni sangatlah special), aku, Junaidah binti Ali Mohd Jobran (alamak full name la pulak...huhuhu...nama ayah aku pun special gak kan..the only one in Malaysia nama macam ni), dan adik2 yang lain serta abg sangat2 lah sayang kepada mak ....sayang kepada mak...sayang kepada mak dan sayang kepada ayah dunia dan akhirat. Mak ampunkan dosa kami adik beradik dan halalkan air susu mak yang kami minum selama ni.

Tengok..mak aku sempoi ngan stylo anak pun kena la stylo gak. ekekkeke

Klasik tak gambar mak aku ni.

Nota_jari: maaf aku sedikit emo bila bercakap perihal isu mak ni sbb aku sayang mak aku.


Tuesday, January 26, 2010

Oh! Johnny Depp

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:19:00 PM 2 uncang teh
Hahahha...gila bengong kejap aku hari ni sampai buat 2 entri hari ni. Ah! tak kisah la kan. Demi kepuasan aku dan juga mereka2 yang sudi menjengah blog aku ni...aku nak taip juga entri ni.

Sedang aku membaca-baca di akhbar Harian Metro, aku terjumpa satu artikel pasal lelaki idaman kalbu aku, Johnny Depp. Oh! tidak...Oh! tidak...tapak kaki aku dah menggeletik gatal dan jari jemari aku dah menjadi ringan nak menaip pasal ni. Jadi aku pun carilah gambar2 Johnny Depp untuk ditampalkan di entri kali ini.


hensem kan Johnny Depp ni.

Ni petikan artikel tu:

SELEPAS dinamakan sebagai lelaki paling seksi dunia, bintang Hollywood, Johnny Depp terpilih sebagai lelaki paling bergaya di dunia pula. (tengok..bukan setakat seksi tapi sangat bergaya --->stylo gitu)

Kaji selidik yang dilakukan majalah GQ itu menyaksikan bintang filem The Pirates of the Caribbean itu mengungguli senarai Lelaki Paling Bergaya Dunia 2010, mengetepikan aktor terkenal lain, termasuk Brad Pitt, hero filem Twilight, Robert Pattinson, penyanyi rap, Jay-Z dan bintang Gossip Girl, Ed Westwick. (hero filem Twilight pun kalah)

Tahun lalu, Depp dinamakan majalah People sebagai Lelaki Paling Seksi untuk kali kedua dan gelaran terbarunya ini pasti menjulang lagi statusnya. (dua kali dapat title Lelaki Paling Seksi)

Hah! malas la nak komen lebih2 nanti jadi riak pulak. So, korang boleh la sambung baca kat sini.


Alalala Tok, Tok Jangan SAMAN

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:26:00 PM 0 uncang teh
Alala tok, alalala tok, tok jangan saman...

Ahaaa..pernah dengar tak lagu ni, Atau ingat lagi tak lagu ni. Lagu zaman kecik2 tahun 90-an ni. Aku tak ingat siapa yang nyanyi tapi aku tau ni lagu irama ranggae ni. Memang glamer lagi2 kalau nampak polis atau JPJ buat road block. Hahahha....

Dulu kalau bab saman menyaman ni lebih kepada isu polis, JPJ atau Majlis Bandaran (dan sewaktu dengannya) yang suka keluar surat saman-menyaman ni. Silap parking, Majlis Bandaran saman, memotong di double line, polis saman, lesen memandu mati dan roadtax takde, polis dengan JPJ saman, dan macam2 lagilah saman yang secara teknikalnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan pihak berwajib.

Tapi sekarang pulak cerita saman ni dah berkembang kepada manusia pulak. Kalau kes saman melibatkan manusia ni bukanlah saman parking, saman ekor atau saman sebab dah tak makan saman. Tapi lebih kepada saman malu yang mencecah jutaan ringgit. Tak jadi kahwin...saman. Isu dalam selimut perihal rumah tangga pun....saman. Akhbar keluar artikel merapu...saman (ni patut kena saman sebab dah menjatuhkan maruah), dan macam2 lagilah saman yang aku pun tak paham.

Hari ni aje ada 2 artikel pasal kes saman keluar kat akhbar Harian Metro. Antara berita terhangat masa kini adalah kes saman Fahrin Ahmad kepada Linda Onn (Bacaan selanjutnya), dan kes saman seorang lelaki ke atas bekas tunangnya (Bacaan selanjutnya). Ni lagi satu berita juga tapi tak tau la melibatkan kes saman ke atau tak iaitu mengenai kes antara pemain badminton negara Roslin Hashim dengan bekas isterinya (Bacaan selanjutnya). Tapi kalau dah melibatkan gantirugi tu macam saman jugalah kot.(Maaf kalau aku tersilap tafsir).

Hmmm....macam2. Aku sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti isu2 di negara sendiri kadang2 terasa lucu gak pasal saman menyaman ni. Kalau isu yang nak disaman tu satu isu yang logik (pada aku macam kes FA-LO), mungkin boleh diterima juga atau pasal kes artis saman kedai Gullatis tu kira logik la sebab melibatkan hal maruah dan ada bukti hitam putih. Ini kalau nak saman tapi tak ada bukti hitam putih, musykil gak aku macam mana nak saman sebab semua kos guaman dan mahkamah ni mahal.

Tapi dalam hal saman menyaman ni yang aku confirm akan tersenyum lebar ialah mereka yang bekerja sebagai peguam la. Sebabnya, kalau sesuatu kes tu kalah diorang tetap akan dapat upah dan kalau kes tu menang, lagi banyaklah upah yang akan depa dapat. Ntah2 siap dapat extra komisen lagi. Itu la rezeki namanya kan.

Nota_jari: selama aku ada kereta sendiri dah 2 kali aku kena saman trafik dan banyak kali juga kene saman parking. Semua aku setel sebelum kena saman kat mahkamah. hahhahahha....

Monday, January 25, 2010

Dia ensem ke tak?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:43:00 PM 14 uncang teh
Aha...Dia ensem ke tak? Ayat ape ni? Nampak sangat cam memilih rupakan. Tapi sebagai manusia...sape yang tak nak dapat pasangan lawa, ensem, cantik, kacak dan bergaya kan. Betul tak...betul tak?? Ngaku aje la.

Apa persepsi anda bila dimaksudkan dengan ensem? Siapakah yang anda bayangkan apabila merujuk kepada orang ensem atau mamat ensem. Adakah orangnya adalah seperti:

1. Fahrin Ahmad - aktor kegilaan ramai wanita di Malaysia


2. Takuya Kimura - Pelakon popular Jepun yang takde la ensem tapi mempunyai aura memikat yang sungguh tinggi.



3. Pierce Brosnan - Mantan watak James Bond 007 yang menjadi kegilaan ramai wanita ketika dalam filem James Bond walaupun dah berumur 40-an ketika itu.



4. Afdlin Shauki - Antara artis Malaysia yang mempunyai perwatakan bersaiz XL tetapi sangat hebat berkarya

 

Walau apa pun tafsiran anda, itu semua mengikut apa yang mata anda pandang dan macam mana anda menilai keenseman seseorang tu.
 ..................................................................

Ok..balik pada cerita aku, setiap kali ada orang yang sangat baik hati nak kenalkan aku dengan seseorang, pasti mulut tak reti kontrol aku ni akan kuar ayat ni,"ensem tak dia?". Hahahaha....ayat tak boleh tahan tu. Macam la aku ni jelita sangat macam Miss World atau Miss Universe atau paling koman pun Ratu Kebaya tahun 80-an.

Kawan2 aku selalu marah kat aku sebab ketara sangat nak cari pasangan ensem. Semua asyik bg nasihat suruh pandang hati jangan pandang rupa. Aku cuma boleh sengih aje la sbb semua yang bagi nasihat tu dah ada bf ensem atau suami ensem.  Filosopi aku merangkap falsafah aku bab ni senang aje...kalau hati suka otak setuju kira ok la tu. Kalau pandang dengan mata, pada aku semua org ensem tapi kalau pandang dengan hati dan ada kompromi dengan otak, tak semua akan masuk dalam golongan ensem yang aku cari.

Sebelum ni (atau better ayat selama ni), aku banyak kenal dengan lelaki (atau jantan) dalam hidup aku. Ada yang gigi rongak macam ni (ish menakutkan plak aku tgk)

                                         
(gambar hiasan - credit to Google search image)

Ada yang rendah macam ni
   
(gambar hiasan - credit to Google search image)

Dan ada gak yang gelap macam ni

                                    
(gambar hiasan - credit to Google search image)

Tapi semua jenis manusia ni pernah menjadi kelompok manusia yang pernah aku sayang suatu waktu dahulu. Masa aku jumpa manusia ni hati aku teramatlah suka tapi otak aku tak suka. Aku sayang tapi last2 kene reject! Tengok aku di reject oleh manusia yang boleh dikategorikan sebagai tak ensem!

Kalau aku direject oleh manusia ensem seperti ini:

                                             
 Kwon Sang Woo

Mungkin aku tak kisah kot sebab macam aku cakap awal2 aku bukanlah sejelita Miss World atau Miss Universe jadi no hal la kalau kene reject sebab sendiri yang cari nahas. Betul tak.

Jadi selepas itu maka bila ada yang baik hati nak kenalkan aku dengan sesiapa mesti akan keluar ayat double standard aku tu. Tapi ini bukan bermaksud aku akan reject sesuka hati macam manusia2 jenis diatas mereject aku, tapi aku nak pastikan kriteria yang aku cari itu dipersetujui oleh hati dan otak aku. (No more sms votes please...).

Kalau ikut lelaki idaman aku, aku suka dengan watak Cikgu Onizuka dalam citer Great Teacher Onizuka (GTO) yang dipegang oleh pelakon Takeshi Sorimachi.

                              
Dia tak ensem tapi stylo dan gila2...i like it

Semenjak aku tengok citer ni tahun 2001, memang inilah lelaki impian aku. Chinese look (ni pengaruh cerita Cina, Korea dan Jepun), tinggi, kulit takde la putih jambu atau gelap arang sangat dan yang penting mesti otak gila2 dan stylo. Tapi ada ke realiti macam ni yang boleh terima aku yang macam ni. Takde kan. Jadi aku amat-amatlah menerima hakikat akan semua ni. So kalau yang datang cari aku seperti Kapten Jack Sparrow pun aku terima.(Hahahhahaha)

 
 Kapten Jack Sparrow pun otak gila2 dan stylo

Sebab aku tau kalau Kapten Jack Sparrow ni di grooming oleh imej consultant yang kaki kutuk macam aku ni mesti boleh jadi macam pelakon idola aku ni

 
Johnny Depp

Tapi yang pasti taste aku masih lagi lelaki Melayu yang bukan jenis layu. Sebabnya aku nak husband aku tu nanti bila tua tetap segak macam Dato' Jins Shamsuddin atau Dato' Mustapha Maarof.

Segakkan...

Nota_jari: Ye..aku memang materialistik, rupalistik, dan lipstik. Cuma aku bukan plastik.
                   Sumber gambar : Google Image search engine

Thursday, January 21, 2010

Spread The Love Contest

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:26:00 PM 1 uncang teh
Tengah berjalan-jalan menjengah blog blogger2 yang lain, aku terjumpa satu contest ni yang masih lagi valid untuk aku sertai. Sebelum tu aku terjumpa satu contest yang dianjurkan oleh seorang blogger ni mengenai gambar yang dah di edit. Hmmm....tarikh tutup tu semalam dan aku terlepas nak sertai contest tu. Dalam hard disk ni ada 2 3 keping gambar yang aku edit guna photoshop. Jadi sebab tak nak hampakan hati yang teringin sangat2 nak sertai contest aku pun gatal punggung la join contest yang di anjurkan oleh Cik Ifaqi ni. Bukan hadiah yang aku kejar tapi pengalaman dan keseronokan serta kepuasan di dunia blogger ni.

Ok syarat2 penyertaannya mudah sahaja. Seperti yang telah aku copy paste dari pihak penganjur, syarat2 penyertaan itu adalah:

Term & Condition:


1) Peserta haruslah mempunyai blog



2) copy banner di atas dan letakkan di side bar blog anda...dan link kan kepada... http://iqafilovebuggy.blogspot.com/2010/01/spread-love-contest.html

3) jadi follower blog saya.

4) jadi follower blogshop saya. http://spreaddlove.blogspot.com (bermakna..anda perlu menjadi follower..2 buah blog..hehe)

5) buat entry bertajuk Spread The Love Contest

6) dalam entry anda..haruslah ada banner di atas..linkkan pada.. http://iqafilovebuggy.blogspot.com/2010/01/spread-love-contest.html

7) sila tunjukkan 1 gambar anda yg menunjukkan kasih sayang..tk kire la gmbar couple.,suami isteri,kawan2,anak n ibu..anak n ayah..adik beradik..asalkan menunjukkan kasih sayang.(ingat..1 gambar sahaja!)

8) tinggalkan link entry anda di comment box entry ini.
9) pemenang akan menerima 1 set couple tee dari blogshop saya dan 1 hadiah misteri. Anda boleh memilih design n size yg anda suke. (berapa org pemenang akan diumumkan kemudian)
10) dan last skali..jemput la clik nuff sy skali..haha
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12.00pm - 1 feb 2010

...............................................................................................

Ok...setelah memahami terma dan syarat pertandingan ni, aku pun berusaha la mencari saki baki gambar yang ada dalam hard disk aku ni untuk di pertontonkan kepada penganjur. Dan gambar yang terpilih adalah....


Gambar ni diambil masa ayah saudara aku nak pergi ke Mekah pada tahun 2008. Masa ni anak sulong merangkap abang sepupu aku tu tengah tolong mengikat tali beg sandang biru tu di badan ayahnya. Nampak tak kat situ kasih sayang diantara anak dan ayah. Masa ni kami adik beradik sama2 menghantar pakcik aku dan isterinya di Kompleks Haji Kelana Jaya.

...............................................................................................

Ok...ini lah gambar untuk cik penganjur. Harap memenuhi syarat2 penyertaan. Terima Kasih




YES, I'm Shoeholic

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:08:00 AM 20 uncang teh
Annoying tak kalau aku gatal letak entri ni kat blog aku? Mesti ada yang rasa aku ni annoying la kan sbb macam nak show off je kasut aku ni. Tapi, memandangkan ini blog aku sendiri, jadi rasanya aku boleh la letak apa yang aku suka as long as tak mengganggu ketenteraman awam dan tak menjejaskan kesihatan si pembacanya.

Macam entri yang pasal jam tu, entri ni diwujudkan adalah khas untuk memenuhi permintaan Puan Zue dan untuk kepada sesiapa yang sudi nak menjengah blog ni. Kepada yang rasa2nya tak sanggup nak menjengah, anda tidak dihalang untuk tidak meneruskan bacaan anda di entri ini.




Ini ler sebahagian daripada kasut aku. Kebanyakkan kasut aku ada yang dah rosak dan ada yang dah aku bagi kat sepupu aku. Pemurah tak aku ni? Hehheheheh

AMARAN: Kasut ini bukan untuk dijual!



nota_jari: maaflah Puan Zue, gambar ni kecil skit sbb kalau letak file besar makan space banyak.

Time is Precious

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:31:00 AM 6 uncang teh
Ok...awal2 aku dah tau yang entri aku kali ni amat-amatlah menjengkelkan sebab macam nak show off apa yang aku ada kat korang semua. Jadi dengan awal2 lah juga aku nak bagi WARNING kepada sesiapa yang rasa entri ni amat menjengkelkan supaya angkat kaki aje daripada terus meneruskan niat untuk membaca entri yang ini.

Untuk pengetahuan, entri ini di buat sebagai memnuhi permintaan kawan sekolah aku yang nak sangat2 melihat koleksi jam tangan aku yang tidaklah seberapa nilai pasarannya itu yang mana kalau digadai di kedai pajak gadai pun belum tentu laku hendaknya.

Kepada kawan sekolah aku yang bernama Puan Zue, di sini aku persembahkan koleksi antik jam tangan aku untuk mata ko tengok. Lepas ni jangan la kuar ayat budak sekolah tadika yang tak nak kawan dengan aku sbb aku pun nanti akan kuar ayat sekolah tadika juga kat ko.


Aku dah pernah buat entri untuk jam GL ni tahun lepas

Ni jam jenama Che Che New York

jam ODM, free gift masa beli kamera Sony suatu masa dulu.

Percaya tak kalau aku kata jam kat tengah tu harganya cuma RM8 sahaja.

Nota_jari: Puan Zue, ko dah beli ke jam yang ko citer siang tadi?

Wednesday, January 20, 2010

Sekarang aku tengah BENGANG!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:27:00 PM 0 uncang teh
Ye....sekarang aku tengah BENGANG kejap.

Ok..jam kat laptop aku dah pukul 5.00 pm. Lagi 10 min dah masa untuk habis keje. Tapi takpe....hari ni aku balik lambat, bukan sebab aku ni seorang pekerja yang tersangat rajin atau sebab beban kerja yang sangat berlambak (sebenarnya sudah mula nak berlambak) sehingga memaksa aku untuk stay over time (maaf untuk jawatan aku dalam sektor gomen ni mana ada istilah over time kalau kene siapkan keje selepas waktu pejabat), tapi sebabnya hari ini aku telah terbangun lambat dari tido yang menyebabkan aku terpaksa datang 20 min lewat ke pejabat. Jadi, natijahnya aku kena la balik lewat hari ni...

Berbalik kepada kes bengang aku tadi. Aku baru je terima no telefon dari satu no yang tidak dikenali. Aku pun jawab aje la sbb ingatkan ade student yang call (walaupun aku dah warning jgn call aku cukup anta sms aje dan mentionkan nama). Bila aku jawab dengan suara yang sangat acuh tidak acuh, terdengar suara lelaki dihujung talian yang ayatnya dalam loghat indon tanya ni no Puan Junaidah ke (bengang tahap pertama sebab suka hati panggil aku puan walaupun aku ni masih lagi CIK DARA)? Aku tak mengiakan atau menidakkan tapi aku tanya siapa sebab aku ingat lecture indon kat tempat kerje aku. Tapi bila dia intro diri dia dari salah sebuah hotel di Perlis ni aku jadi cuak. Aik! call dari hotel kenapa guna no hp. Kenapa tak guna direct line aje. Lepas tu suara plak loghat indon dan siap ada bunyi bising as background sound. Betul ke call dr hotel yang quite terkenal gak la kat Perlis ni. Manusia yang mengaku call dari hotel "itu" tanya aku kat mana sbb hotel ada buat event (ni nak kena gi jenguk sbb opis aku dekat je dengan hotel yang dimaksudkan), so maybe dia nak jemput kot. Tapi aku malas nak layan aku cakap aku ada kat KL dan terus off hp.

Lepas tu meter tahap bengang aku terus naik. Dari takde idea nak update blog ni terus bersemangat waja nak melepaskan sedikit kemarahan akibat kena serangan bengang tahap dewataraya.... Nasib baik aku malas nak layan manusia itu, kalau tak lagi naik ler meter bengang aku.

Ok...sebab aku taknak menghampakan korang semua...ini la no telefon mamat hotel yang bersuara dalam loghat indon itu....+60149333299. Kalau betul dia ni mmg mamat hotel original...bagus la. Tapi kalau penipu....haaa...siaplah ko kene balasan dari Allah di kemudian hari.

Friday, January 15, 2010

Dua peristiwa di negeri Perlis dalam masa seminggu.

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:57:00 PM 7 uncang teh
Panjang pulak tajuk aku kali ni. Ini semua pasal kes buang ayah dan terbaru kes kena tipu pasal kahwin, yang mana kedua2 kes ni berlaku di negeri Perlis yang permai dan berlaku dalam masa seminggu. Semalam, Harian Metro melaporkan pasal kes pertama iaitu kes buang ayah (yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung) di perhentian bas depan sekolah rendah di Kangar dan hari ni pula pasal laporan berita seorang inspektor polis yang datang untuk bernikah tetapi di sambut pengantin perempuan dengan hanya berkain batik sahaja (klik sini untuk bacaan lanjut). Dan berita mutakhir pula yang baru disiarkan di Buletin Utama dan dah di laporkan dalam Harian Metro online pula pasal ayah yang sakit jantung tapi ditinggalkan di sebuah pusat dialisis di Seriab (baca sini).

Kes 1: Buang ayah
Dalam seminggu ada 2 laporan di Harian Metro pasal kes buang ayah. Laporan pertama pasal ayah kena tinggal di perhentian bas, manakala yang terbaru seorang ayah ditinggalkan di sebuah pusat dialisis. Perkara pertama yang aku nak komen dan kutuk adalah anak lelaki 2 orang ayah tu tak layak jadi anak sesiapa pun. Ok, aku boleh terima kalau suatu ketika ketika ayah2 mereka itu masih muda mungkin ada selisih faham, selisih pendapat diantara anak dan ayah atau ada perkara yang menyebabkan si anak berkecil hati dengan ayah atau mungkin masa muda2 dulu ayah diorang ni merupakan ayah yang teruk. Aku pun sebagai manusia selalu gak berselisih pendapat dengan ayah aku. Normal la tu. Aku orang muda, cara fikir lain...ayah aku orang tua...cara fikir pun lain. Tapi itu bukan alasan untuk kita buang ayah sendiri.

Pada aku la kan....kalau tak disebabkan haram anak buang nama ayah yang dibin kepada anak diorang ni, aku rasa baik diorang buang sekali nama ayah yang dibinkan kat diorang. Tak malu ke...ko pandai buang ayah kat tepi jalan...tapi apsal dalam kad pengenalan dengan surat beranak tu nama ko masih lagi dibinkan kepada ayah ko tu? Kalau aku malu...tersangat malu. Tapi manusia bangang yang buang ayah diorang ni bongok tahap gaban. Buang ayah tapi bagi alasan yg sangat2 tidak logik dan tak masuk akal (eh! mamat yang buang ayah tu sekolah sampai darjah berapa ek?). Ada ke bagi alasan sebab ayah dia jadi pengacau dalam keluarga dia sebab tu dia nak buang ayah sendiri.

Aku rasa la kan, bukan ayah dia yang jadi pengacau, tapi anak dia tu yang dah sewel. Dia tak tau ke, Allah tu maha berkuasa, dia tu pun ada anak, apa yang dia rasa kalau satu hari nanti anak dia buang dia juga sama situasi macam dia buang ayah dia sekarang ni. Tak amibil iktibar betul dari iklan raya Petronas pasal anak perempuan dia yang jaga ayah yang baru keluar hospital sambil lewa tu.

Yang menantu orang tua tu a.k.a isteri kepada mamat sewel tu pun sama bodoh gak. Ko tak belajar agama ke? Macam mana ler dulu ko boleh lepas kursus masa nak kahwin tapi tak tau hukum hakam agama dan adab kekeluargaan. Ni mesti masa kahwin dulu jenis yang tak sabar nak pikir buat sex aje sampai ajaran agama pun tak ingat. Kalau tak tau meh sini aku yang bujang ni nak bagi tau, bila dah kahwin, ayah dan mak mertua tu taraf diorang dah sama taraf macam mak ayah sendiri dan hukumnya adalah wajib. Diulang...WAJIB. Jadi kepada isteri, adalah wajib kepada anda menjaga mak dan ayah mertua melebihi mak ayah sendiri sebab selepas perempuan kahwin, keluarga suaminya adalah keutamaan kepada si isteri. Tapi....nak buat macam mana bini mamat sewel tu pun sama sewel gak.

Kes 2: Kes Inspektor Polis tak jadi kahwin
Ni pulak kes pegawai polis yang nyaris2 nak kahwin dengan isteri orang. Pelik tak, selama ni masa merisik, bertunang dan menetap belanja takkan la keluarga lelaki tu tak pernah deal dengan mak ayah si perempuan tu. Ok, kata dah berkawan selama 3 tahun, takkan la si lelaki ni tak pernah sedar yang awek dia tu isteri orang. Dan, kata sama2 keja sebagai pegawai polis, takkan la tak boleh nak check status "tunang" tersayang tu. Nama aje pegawai tapi apsal la boleh tiba2 jadi camni (tak boleh kutuk polis lebih2 nnt kena saman).

Aku rasa yang salah ni si pompuan tu. Apa motif pun aku tak tau. Lepas tu boleh pulak ajak si lelaki tu kahwin lari kat Siam. Bodoh betul. Ko tu polis, apsal la nak cari pasal nak kahwin lari. Nasib la si lelaki ni panjang akal sikit so dia cepat sedar. Kalau tak sedar juga...hmmm...ntah apa ntah yang nak jadi. Mau 2 2 orang manusia ini kena tindakan tatatertib.

Itulah, ada yang bujang gi cari bini orang. Nasib baik cepat sedar. Kalau tak lagi la malu dan berdosa.

Kesimpulan:
Ape la lagi yang nak jadi dengan dunia sekarang ni. Mungkin inilah tanda2 akhir zaman. Anak menjadi tuan kepada orang tua, manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi, banyak ibu2 yang membuang anak sendiri, ramai manusia yang berpura2 alim dan lebih alim daripada orang alim, dan sana sini manusia berbuat dosa tanpa batasan.

Ya Allah...ampun dosa aku dan dosa kedua ibu bapa aku.

Thursday, January 14, 2010

Duhai Hati Menangislah Dikau

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:37:00 PM 0 uncang teh
Entah mengapa aku menjadi sangat sedih kebelakangan ni. Rasa ingin menangis tapi walau mata aku ni mengeluarkan air mata, namun tiada kepuasan di dalamnya. Sehinggalah aku tersedar bahawasanya selama ini hanya mata aku yang menangis tetapi bukan hati aku yang menangis, walau sebenarnya hati yang terasa teramat sebak sekali.

Aku ingin menangis dari hati. Mengeluarkan semua dan segala kesedihan yang bersarang di dalamnya. Mengurangkan semua kepedihan akibat hirisan luka yang tidak pernah sembuh. Memberikan ketenangan walaupun sedetik cuma.

Hati, menangislah dikau. Agar ringan segala beban duka selama ini. Sungguh, aku tak mampu nak menampung beban ini lagi.

Tolonglah hati. Aku merayu...menangislah dikau. Temanilah mata yang tak mampu melihat kesengsaraan ini. Lupakanlah seketika janji mu untuk tidak mahu menangis lagi. Tolonglah hati...

Tapi apa yang mampu aku katakan....aku hanya akan menangis sendiri....dan dengan sendiri juga aku memujuk hati ini. Mulia sungguh wahai engkau hatiku.


Susah sangat ke nak SENYUM

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:04:00 PM 2 uncang teh


Pagi tadi selepas touch in kedatangan aku sempat gi sarapan dengan osmet kat satu gerai di Pekan Kangar. Menu sarapan aku roti sardin dengan milo ais. Nyum nyum nyum...(kenyang la sekejap perut aku ni). Lepas habis makan kami pun jalan kaki nak balik opis masing2. 

Masa jalan nak ke parking kete tu, aku terserempak la dengan satu plat kete yang dikenali...ooo....kete opismate aku rupanya. Hmmm...jauh jugak la depa ni datang semata-mata nak sarapan kat Pekan Kangar sbb main opis kami kat Kuala Perlis! Bila nampak kete tu yg sangat2 penuh satu kete, dan makhluk2nya pula dikenali oleh mata dan otak aku, so aku pun senyum la tanda kita ni kenal. Ok...budak driver a.ka pemilik kenderaan itu senyum (which is good)...tapi yg co-pilot dia muka masam aje. Yang jadi bos kat belakang tu aku maafkan la maybe sbb penglihatan dan pandangan depa terhalang atau tak perasan makhluk bernama "aku" sedang berjalan lenggang mak limah.

Apa yang aku nak citer dan komen ni pasal co-pilot tu. Susah sangat ke nak senyum. Mahal sangat ke senyuman anda? Kalau aku ni org yang dia tak kenal...mungkin boleh dimaafkan. Tapi aku ni org yang dia tau aku ni wujud....Jadi tak salah kalau senyum. Senyum itukan penghubung silaturrahim. Orang yang marah pun boleh lembut hati kalau tengok muka seseorang yang manis ketika senyum.

Ok...aku tak nafikan ada manusia yang nampak sombong pada permulaannya tapi lepas dah kenal mudah mesra. Tapi manusia co-pilot ni dengan org yang dah kenal pun dia buat muka sombong.

Aku ingat masa aku sekolah menengah dulu. Tingkata 2 kalau tak silap aku. Cikgu Kemahiran Hidup aku ni sangatlah seorang manusia yang tak reti nak senyum. Kalau senyum pun terpaksa. Itupun hanya untuk cikgu2 atau murid yg baik dengan dia aje (ada ke?) Kami yang jadi anak murid pun dia pandang sipi2 aje kalau tegur atau bg salam. Masuk kelas tensen aje sbb cikgu kurang senyum. Sampai satu ketika...aku dan kawan2 yg sangat tensen ni sampai terlepas cakap minta dia keguguran sbb sangat sombong dan kurang senyum. Allah itu maha kaya....masuk Tingkatan 3 kami dapat berita cikgu tu betul2 keguguran. Rasa bersalah sangat sbb mungkin tuhan mendengar keluh kesah kami terhadap cikgu tu. Lepas peristiwa tu kami semua minta maaf dan selepas tu cikgu tu pun dah pandai senyum. Lepas senyum muka dia semakin berseri dan rasa nak belajar pun seronok.

Itu cerita realiti. Dan realiti itu sentiasa terjadi. Dah banyak manusia yang aku jumpa yg kelihatan sombong dan susah sangat nak senyum especially pada org yg dia rasa tak sama darjat dengan dia. Kalau dalam laman sosial atau blog atau ape sahaja, orang ini akan bg ayat yg bunyinya lebih kurang begini," find me deeper, know me better". Masalahnya, macam mana nak kenal dengan lebih baik kalau nak senyum pun memilih untuk org2 tertentu je. Pada org2 tertentu ni mungkin manusia ini di kenali sbg manusia paling ceria dan happy go lucky...tapi hanya org2 tertentu aje. Org2 yg tak tertentu...korang jgn sibuk la sbb korang mana ada standard. Punya la hipokrit manusia jenis ini.

Aku ada kawan yg sangat pendiam...susah untuk ketawa walaupun time tu lawak dah kira kelakar tahap gaban...tapi dia mudah senyum utk org yg dia dah kenal. So takde alasan la yg org yg susah nak senyum tu org yg pendiam.

Pada org2 yg terpilih rapat dengan manusia ni mmg susah nak percaya yg kawan mereka itu kelihatan memilih untuk senyum. Jadi jgn harap la nak komen lebih2 pasal manusia jenis itu kerana akibatnya kita juga yg kene tegur. Tapi realitinya......itulah manusia hipokrit.

Senyumlah...senyumlah...ahai cik mek molek.....
 

Adakah aku normal??

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:25:00 AM 0 uncang teh
Tadi aku baru je bersms dengan member kamceng aku sambil sedap2 landing tgk tv citer CSI. Dia mention esok dia kena gi site meeting kat Muar. Selain tu dia mention gak yang jantung dia akan berdegup kencang bila dapat bercakap dengan arkitek yang deal projek ni dengan dia, walaupun cuma melalui telefon ketika berurusan pasal kerja. Akunye jawapan senang aje, kalau single and available...proceed aje la utk langkah mengorat.

Jantung berdegup kencang...dag-dig-dug-dag-dig-dug.(macam lagu Haiza Dangdut la pula bunyinya) 

Lama dah aku tak alami keadaan ni atau paling tepat perasaan tu. Perasaan bila mana jantung akan berdegup kencang, hati debar tak terkata, lidah kelu seribu bahasa, hidung kembang menghirup udara dan mata terjegil macam blurr gila. Sungguh...lama....aku pun tak ingat bila kali terakhir aku ada perasaan tu....2005...2006....2007....2008...bila ye...sungguh hilang habis memori aku pasal keadaan ni. Yang ada sekarang adalah cuma perasaan gatal merenyam untuk berkawan2 biasa aje. macam tak normal aje aku ni.hahahhahaha...

Teringin juga aku nak rasa balik semua perasaan dan keadaan tu. Mesti seronokkan sbb aku dah kembali normal. Tapi sampai skrg belum ada tanda2 aku nak kembali normal dalam erti kata yang sebenar sebagai seorang manusia yang normal. Hai cepat la ada putera yang turun dari kayangan datang menegur aku....uhuhuhu......

Tapi bila tu????.....Sabar aje la....

Tuesday, January 12, 2010

Saat diri menjadi seorang penyibuk

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:12:00 PM 0 uncang teh
Macam biasa sampai opis rutin harian aku adalah buka pintu, selak langsir, on air-cond dan on laptop. Tetiba teringat komen kawan aku, Puan Zue yang mengatakan bahawasanya bilik opis aku ini tersangat2lah dull. So dengan semangat yang ala2 membara bak ungun api aku pun mengumpul la semua key chain pemberian kawan2 aku untuk di display kat dinding bilik aku.

Bersusun key chain aku sangkut kat dinding ni

Gajah ngan kangaroo pun aku sangkut gak

Ni souvenir kawin kawan2 aku, akunye souvenir lambat lagi ye!

Lepas habis semua aku lekat kat dinding, aku nak buat apa pula? Sesi lab lambat lagi, pukul 4 baru mula. Perut plak tetiba meragam, 2 kali plak tu kena masuk dalam bilik kecil. Dasyat...dasyat...Balik dr bilik kecil aku teringat kawan aku suruh aku deco dia punya blog. Heheheheheh...masa untuk aku jadi penyibuk la ni. Dapat kuasa untuk mendeco blog nye mengikut kepala otak aku. Jadi masa untuk deco...deco....deco....
                                      

Pemilik asal blog ni (klik) merangkap kawan kamceng ceng aku request sendiri background ni (klik).

Ok...kat bawah ni plak lunch meal aku. Tengok btul2 ye...ada ayam seketul, ikan seekor dan sayur2 yang ala2 fresh untuk konon rahsia awet muda aku (tak percaya?) serta nasi yang penuh satu polistrin ni termasuk sebungkus air limau ais yang sangat2 tawar (mentang2 la harga gula naik, pekedai ni catu penggunaan gula la plak), harga semuanya hanyalah RM4.70......Diulang...RM4.70. Kalau kat tempat korang plak agak2 berapa harga makanan aku ni?

lunch meal aku


Monday, January 11, 2010

Booster untuk semester ini

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:57:00 PM 0 uncang teh
Semalam, lepas abis kelas master-ji aku sempat la meronggeng katak kejap di SOGO. Itu pun sbb kelas abis awal, 3.30 pm (hehehhe...berjaya mempengaruhi lecture supaya abis awal) dan selepas selesai solat zohor, maka bergeraklah aku ke sana bersama mbak supirku iaitu adik aku dan juga kawannya. wakakakakakak....

Port pertama yang kami singgah adalah food court kat atas tu. Adik aku bersama kawannya itu kelaparan la pulak. Aku plak..join sekali la walaupun masa lunch break aku dah hentam sepinggan nasi tomato di kafe tempat kuliah aku. Bab makan aku tak tolak...ade je ruang kosong dalam perut aku.

Lepas makan, aktiviti window shopping dan shopping (maybe). Sempat la adik aku merembat 2 helai tuala (hobi adik aku ngan kawan dia beli tuala aje kejenye), dan kawannya merembat ape ntah benda tu yg aku lihat seperti bekas simpanan makanan aje. Aku plak....merayau la kat ladies department tu dan akhirnya di ground floor melihat handbag, kasut dan baju2 yg ada.

Tiba-tiba.....jeng jeng jeng....aku ternampak akan satu benda ni yang sangat sangat sangat menarik perhatian mata aku.....dompet Guy Laroche. Alahai...sangat menawan kalbu....(sori tak sempat nak snap gambar la plak). Tapi..setelah melakukan operasi matematik tambah tolak darab bahagi serta kamiran serta pembezaan....akhirnya aku hold dulu niat untuk merembat dompet idaman kalbu itu. baki duit plastik aku masih lagi melebihi had...jadi kene setelkan dulu semua baki duit plastik tu atleast kasi tinggal separuh. Itu pun setelah berbincang dengan adik aku selaki p.a tak rasmi aku la. Lagi plak aku baru je beli external hard disk 500Gb berharga RM325 menggunakan duit plastik adik aku. So, kasi setel dulu itu utang sbb melibatkan duit plastik adik aku. Kalau duit plastik aku....boleh delay lagi. Hihihihi.

Nah....aku tunjukka la beberapa post menarik dari external hard disk aku yg baru je dibeli oleh adik aku setelah dipesan oleh aku menggunakan duit plastinya yg semestinya kene di bayar oleh duit kertas aku.

Posing seksi hard disk aku dengan backgroound bantal gambar doraemon kaler biru juga


Salah satu posing yang menarik dari external hard disk 500Gb yg berwarna biru bersinar


Tengok, ejaan kerbau pun leh jadi jenama untuk external hard disk ni. Nasib baik la kerbau tu tak pegi sekolah, kalau tak mau depa wujudkan persatuan kerbau sedunia nak minta royalti sbb guna nama kaum kerbau untuk jadi jenama.
Tak pe...lepas ni aku kena simpan lagi duit aku supaya hajat di hati untuk mendapatkan dompet yang diidamkan akan berjaya di hujung semester ini. Mesti berjaya sebagai salah satu booster untuk sesi pembelajaran aku untuk semester ini. Yippie....













Thursday, January 7, 2010

A Blue Day With A Bluuuuurrrrrrr Situation

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:49:00 PM 0 uncang teh
Another english title but of course with malay entri...hihihihi...(maaf la kepada pakar bahasa).

Pagi2 dah kuar dengan suasana yg sepoi2 dingin dan mendung tak bererti hujan untuk acara wajib tempat keje aku setiap minggu iaitu POCO-POCO.

Walaupun terasa malas untuk pergi tapi sbb polisi keje gomen adalah "Saya Yang Menurut Perintah", maka terpaksa la menghadirkan diri jugak. Tapi dalam hati yang malas nak bersukan ni terasa tersangatlah riang juga sbb aku tak perlu pening nak pikirkan baju apa yang perlu untuk dipakai pada hari ini. So, main aci tarik baju t-shirt, seluar track ngan tudung yg sudah sedia ada di penyangkut itu. (Gembira sekejap). Dan tak sangka plak aku pakai baju biru, tudung biru, stokin belang2 biru, kasut sport biru dan botol air pun kaler biru. I'm the blue girl today. Ahaks!!!
Acara poco2 kegemaran big big bos hari ni abis awal. Ada acara lain plak rupanya. Lepas abis menari ala2 step depan belakang kiri kanan....big big bos kasi ucapan dan intro staff baru. Ada sorang staff baru tu siap cium tangan lagi. Bagusnya tapi ehhehhehhe.....step membodek tahap pertama ke, Bro????

Abis acara mingguan tu kasi penuh perut dulu. Yezza!!! nasi goreng paprik ayam satu, milo ais satu...nyum nyum nyum walaupun takde la sedap sangat dan ayam papriknya yg di masak ala2 sayur campur tu (paprik aku lagi sedap).
Balik rumah rembat beg laptop dan handbag beso terus drift gi opis. Bagus tak....pekerja cemerlang yg dalam list last btul aku ni. Sampai opis sunyi sepi je macam kene serang garuda. Where is everybody??? Konpem bosan je ni org tak ramai. Dah la opis ku ni tersorok di kawasan taman perumahan....
Akhirnya...jadilah aku manusia yang blurr kejap. On YM member gossip takde la plak...argggg!!!! tensen tensen...buka lagu bingit la plak....tensen tensen...anjing umah cina sebelah ni buat rap dan dangdut la plak....tensen tensen....Dah la environment bilik pun dah membosankan dengan warna putih biru...tensen tensen...takde booster lgsg nak buat keje...tensen tensen...


Bilik aku yang sangat dull bersama-sama koleksi buku yang sangat-sangat dull juga


Laptop ngan pc cabuk tu je yg warna hitam

Bosan tak work place aku....semua putih je...dull dull dull


Aku pun dah sama kaler ngan kerusi biru tu

Tu 2 buah buku jadi penghias meja aku dengan botol air warna biru dan bekas pensel pun warna biru!

Ah...hari ni dunia aku jadi biru semua.
Oklah aku malas nak membirukan diri sendiri. Aku chow dulu. Nak gi lab nak gi testing module untuk sesi lab next week plak.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea