Thursday, April 2, 2015

Kenangan Dalam Bilik Bersalin

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:06:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Masih lagi nak bercerita pasal pengalaman bersalin. Kalau ada rasa yang nak muntah hijau tu...minta maaf la ye. Sebelum tu..suka aku nak bagi tahu yang aku ni bersalin kat hospital kerajaan je, kat HTF Kangar.

Kali ni cerita bila aku dah masuk dalam labour room la pula. Ok dalam pukul 5 ptg macam tu aku pun masuk la dalam bilik bersalin. Dalam hati risau bukan main kot-kot kene tegur dengan doktor dalam tu sebab bukaan tadi baru 3cm. Alhamdulillah bila doktor check ngam-ngam dah jadi 4cm.
Bila dah 4cm tu apa lagi, misi pun kelam kabut la pasang alat CTG nak monitor jantung baby kat perut aku. Tapi patern jantung anak aku tak cantik. Jenuh la aku ni kejap mengiring kejap telentang sebab nak pastikan anak aku dapat cukup oksigen so patern jantung dia akan elok la. Bila dah mengiring ni badan aku jadi lenguh, dengan muka tak malunye aku minta misi tu bantal ke ape ke utk sendal belakang badan aku time mengiring tu. Misi yang baik hati pun bagi aku selimut tebal yg digulung-gulung untuk sendal belakang aku. Rasa selesa la sikit.

Walaupun aku mengiring, tapi jantung baby tetap tak ok. Akhirnya aku dengar doktor-doktor tu bincang nak pasang wayar CTG secara internal pula. Alamak...nak kena seluk lagi ke? Ada sorang dokor Cina perempuan ni pun explain la kat aku pasal nak pasang wayar internal ni. Dia bagi tau yang wayar internal ni terpaksa dipasang atau dicangkuk kat kepala baby sebab nak pastikan jantung baby ok. Kawasan kepala yang dicangkuk dengan wayar ni nanti mungkin akan ada luka sikit. Itulah penerangannya. Aku ni cuma mampu angguk aje la. Maka sorang doktor perempuan Melayu pun cuba la pasang wayar tu kat dalam. Dua kali dia seluk tapi tak berjaya. Nak tau doktor perempuan Melayu tu doktor yang aku panggil doktor double check dalam entry sebelum ni.

Dua kali kene seluk tapi tak berjaya nak pasang. Akhirnya doktor Cina perempuan tadi gak yang pasang wayar tu. Diseluknya aku....dikorek-koreknya dalam tu sebab dia nak capai kepala baby kat dalam. Aduh....kalau dah seluk dah ngilu....bila kene godek kene korek lagi la sakit. Tahan nangis je aku time tu.
Tapi walau dah dipasang dengan internal pun, jantung baby aku tetap tak ok. Yang aku ni tiap kali terasa macam contraction tu dapat rasa wayar kat celah kangkang aku tu pun gerak. Akhirnya dalam pukul 7 lebih macam tu aku dengar doktor kat situ berbincang yang diorang nak tanggalkan internal wayar tu. Dalam hati rasa lega je sebab aku rasa tak selesa dengan wayar kat celah kangkang tu.

Lepas maghrib lebih kurang 7.30 mcm tu aku tanya la kat doktor bila nak cabut wayar internal ni. So doktor yang baik hati tu bagitau wayar akan ditanggalkan lebih kurang pukul 9 mlm. Lega aku dengar. Dalam hati masih rasa mampu nak bertahan lagi dengan sakit contraction ni.

Pukul 9 lebih macam tu doktor yang bertugas cuba untuk menanggalkan wayar tu. Kena seluk lagi. Pasrah. Dua tiga kali doktor tu seluk tapi tetap tak berjaya. Last-last doktor tu bagitau wayar tu tak boleh nak cabut sebab doktor Cina tu pasang wayar tu kat belakang kepala baby. Sekali lagi aku pasrah.

Sambil-sambil doktor tu nak cabut wayar diorang check juga bukaan. Sorang doktor tu check kata dah terbuka 8cm. Aku pun rasa happy la sebab kalau 8cm, paling lewat aku deliver pukul 12 tgh malam la. Tapi ada sorang MO ni double check and bagi tau bukaan still 6cm. Masa tu aku terus down. Dari rasa boleh bertahan terus sakit datang bertalu-talu.
Tapi aku tetap cuba bertahan. Mulut terkumat kamit baca doa Nabi Yunus. Misi-misi pun baik datang tolong tenangkan aku sambil-sambil pegang tangan aku. Yang aku ni, bila sakit contraction datang, tangan pun genggam kuat-kuat tangan misi tu. Sian misi tu, mesti dia sakit. Peluh tak payah cakap la, mengalahkan orang berolahraga...memang banyak peluh keluar.Kejap-kejap ada misi datang tolong lapkan peluh. Sakit tak payah cakap la, macam nak putus pinggang. Mata dah bertakung air mata...dok tahan nangis. Tapi tetap sok sek sok sek nangis. Lepas tu datang satu misi ni macam garang sikit, bagi semangat kat aku. Bukan marah tapi dia jadi garang sebab tak nak aku lemah semangat. Perut dok memulas rasa macam nak terberak. Nak bergerak hilangkan lenguh pun tak boleh sebab perut terjerut dengan wayar. Nasib baik ada misi bagi aku sedut gas tapi tetap tak berguna juga sebab makin aku sedut aku rasa sakit.

Last-last sebab tak tahan aku bagitau la kat misi yang aku sakit perut nak berak. Misi pun cakap dengan tegas kata kalau nak berak, berak la. Aku pula cakap kalau terberak nanti kotor. Misi pula jawab kalau dah terberak nanti misi tolong basuh. Tapi akhirnya terpaksa juga cakap kat misi yang aku dah sakit perut sangat nak berak. Masa ni dua tiga kali misi dan doktor tolong aku untuk bukakan jalan. Sehinggalah satu tahap tu tetiba je semua misi dan doktor kelam kabut pasang tiang untuk aku ready bersalin. Misi pun tolong aku untuk push. 

Tiba-tiba aku dengar ada suara bagitau yang jantung baby aku lemah. Lepas tu aku dengar ada doktor cakap nak guna vacuum. Ok dalam hati aku kata, "alamak...jantung anak aku dah lemah, kene vacuum pula". Pasrah lagi. Tapi still usaha nak push juga. Tetiba aku nampak macam ada orang bawa gunting, so aku tau la yang aku akan kene gunting kat bawah tu. Dan dengan secara tiba-tiba juga aku menjerit. Siap kene marah dengan misi sebab jerit. Aku pula siap balas,"sy jerit bukan sebab apa...tapi sebab kena gunting". Dan tak lama lepas tu anak aku pun keluar. Tepat jam 10.26 malam hari Sabtu 13/12/14.

Bila baby keluar diletaknya baby atas perut aku, nampak la baby aku penuh dengan selaput. Lepas tu misi tanya jantina baby aku, aku jawab boy. Lepas tu misi bawa lari baby aku untuk dibersihkan.

Lepas tu misi berusaha untuk keluarkan uri. Ringan je uri aku, dalam setengah kilo. Lepas keluar uri, misi usahakan pula untuk keluarkan lebihan darah. Masa tengah keluarkan lebihan darah tu sempat la misi bagi aku minum air milo dan makan panadol 2 biji.
Lepas tu masa untuk jahit. Oleh kerana aku kene gunting sebab vacuum, kiranya luka aku panjang juga. Misi dah ready nak jahit. Jahit hidup-hidup oiii. Lagi sekali aku risau...tak pernah kena jahit. So aku merayu misi untuk bagi ubat tahan sakit ke atau bius ke. Misi tak bagi bius sebab taknak jahitan buruk, so diorang just inject ubat tahan sakit je kat aku. Tapi jahit secara hidup oiii....ubat tahan sakit pun macam tak berfungsi. Dah la yang jahit tu doktor pelatih (MA). Maklumlah kes episiotomi. Payah nak jumpa. Aku pula dah risau...doktor pelatih. Alamak...nape doktor pelatih, bagi la misi tu yang jahit.

Sambil kene jahit sambil mulut aku terkumat kamit baca surah-surah yang aku ingat. Baca macam orang sasau. Bila jahitan salah, kene buka balik...adoi la...sakit. Nasib baik ada misi senior yang pantau doktor tu jahit. Tapi masa dia jahit otot tu tak terasa sangat. Tapi bila doktor start jahit kulit...memang aku tak tahan. Mengetap aku sambil gigit kain selimut. Sakit...memang tak tahan.
Lepas bertarung lebih 8 jam dalam bilik bersalin tu, akhirnya aku keluar dari wad lebih kurang jam 1 lebih. Alhamdulillah...itulah pengalaman yang paling bernilai yang Allah izinkan untuk aku hadapi. 

Sori ye korang. Cerita panjang. Hopefully korang tak muntah hijau pula ye nanti.

p/s: Ucapan terima kasih untuk para doktor dan jururawat yang bertugas di wad bersalin HTF Kangar. 

12 uncang teh :

misz sheyla said...

Allah..comelnye die...takut bace pngalaman org...walaupun dah merase...luke x kepale baby kena cangkuk tu...kesiannye lahai...

~*irjune*~ said...

ada la parut luka kat kepala baby tapi tak teruk sgt la...

cik mah said...

Tahniah...eh..birunyer bj bby..geram aunty tgok tau..

~*irjune*~ said...

tq cik mah....baju biru tu pun dah tak muat dah...hhihihii

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ijun,
oohoooiii
ngilu akak dok baca he3
kejap gunting
kejap seluk
kejap jahit
:P

~*irjune*~ said...

kalo cerita details lagi ngeri...hahhaha....siap pi marah misi ngan doktor lagi masa dlm bilik bersalin tu

Hayatie Hashim said...

Tahniah dear...pengalaman..anak 1st kan?..akak dulu pun anak 1st lama sgt..9jam dalam LR...anak kedua dan ketiga terus cpt dah..lebih kurang 3 jam je setel dah..hehe..!

~*irjune*~ said...

Hayatie Hashim...yup...itu la pengalaman yg tak boleh lupa bab kene jahit hidup2 tu. kuar LR je dah tak leh nak lelap mata langsung sbb asyik terbayang rasa ngeri kena jahit.

Z@i Z@mR33 said...

Alhamdulillah dpt bsalin normal.sronok baca wlaupon tgh2 baca rs nyilu kt situ...errrrkkkk..

kita czer...sobbbbssss...

IdaShazana said...

bila kenang balik saat nak bersalin, memang seram

syalinda johari said...

alololo tomeynyaaa diaa

syalinda johari said...

alololo tomeynyaaa diaa

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea