Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Friday, October 30, 2015

Makanan Tambahan Yang Aku Amalkan Semasa Mengandung

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:09:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sembang-sembang lagi pasal tips - tips masa mengandungkan Umar Hayyan dulu. Sesambil sembang tu sesambil la aku nak ingat balik apa yang aku makan  masa mengandung dulu supaya kalau ada rezeki lepas ni boleh la nak ingat balik.

Masa mengandungkan Umar Hayyan dulu, Alhamdulillah memang mudah sangat. Bukan langsung takde alahan, ade tapi takde la teruk sangat macam pengalaman orang lain tu. Alhamdulillah masa awal mengandung tu aku masih lagi boleh masak untuk suami, masih mampu cium bau badan suami, dan masih boleh buat kerja dapur la. Dalam masa trimester pertama tu boleh kira ler berapa kali aku muntah atau loya yang boleh dikatakan agak teruk la juga.

Bila dah loya dan muntah ni memang akan buat perut dan tekak kita rasa sangat tidak selesa. Macam aku, bila lepas muntah rasa perit je tekak ni. Kadang-kadang macam ada benda tersangkut kat tekak tu. Sangat tak selesa. So untuk buat aku rasa selesa aku akan minum Gaviscone sesudu. Sebab aku selalunya muntah petang sampai malam, jadinya lepas muntah malam tu aku minum la sesudu Gaviscone tu. Memang rasa selesa especially kalau time nak tidur tu.

Masa awal mengandung dulu pun aku ni payah betul nak membuang. Dah nak jadi sembelit dah. Risau gak aku kalau asik meneran nanti jadi buasir. Selain tu dengan keadaan yang selalu meloya ni aku memerlukan sesuatu yang masam untuk dimakan. Masa mengandung dulu aku memang kurenggg sikit ngan asam-asam ni. Tengok mangga langsung tak teringin. Kalau makan mangga pun aku muntah. Ish...macam mana la dalam tv tu kalau nak bagitau wanita tu mengandung mesti gila nak makan mangga muda. Aku ni...langsung tak teringin betul.

Pasal sembelit aku ni pula, kawan aku syorkan makan ostematrix Shaklee untuk mudahkan aku memerut, aku try juga tapi tak serasi dengan aku. Tetap sembelit. Makan pisang, oren, yogurt...aku try...boleh la 2 3 hari memerut dengan tenang lepas tu jadi balik sembelit. Jadi pada suatu hari tu aku pergi le kat kedai yang menjual makanan yang diimport dari Arab. Nampak jus pati delima Gulsan. Bila baca kebaikan jus pati delima ni antaranya bagus untuk wanita yang alahan masa mengandung. Memandangkan aku tengah alah time tu aku pun beli la jus delima Gulsan tu. Aku amalkan sesudu pagi dan sesudu malam sebelum tidur. Masa mula-mula memang rasa masam sampai berkerut-kerut muka. Lepas dah beberapa kali, rasa sedap pula. Masam yang sedap, and ada rasa manis-manis sikit. Bila aku amalkan amik jus pati delima Gulsan ni, alahan pun jadi kurang dan yang paling best dapat memerut setiap hari. Seronoknya... En.Syg pun kalau dia 2 3 hari tak memerut, amik je jus pati delima Gulsan ni terus la tak cukup tanah lari cari toilet. Hahahah....Lepas tu kawan aku kata kalau amalkan pati delima ni dapat maintain HB elok. Aku tak tau la kan, tapi masa hujung-hujung peknen tu HB aku drop sikit tapi takde la teruk sangat sampai low. Still dalam julat lagi la. Masa HB drop tu ada stop kejap jus delima Gulsan tu. Bila amalkan balik HB aku naik semula. Alhamdulillah...

Selain tu aku amalkan makan kurma masa mengandung dulu. Macam yang kita tahu kurma ni makanan sunnah dan banyak khasiatnya. Jadi amat bagus untuk wanita mengandung mengamalkan makan kurma sebagai snek harian. Selain memberi tenaga, kurma juga memudahkan kita bersalin. Aku makan kurma ni sampai time nak masuk labour room pun dok mengunyah kurma lagi.

Susu...haaa...susu ni memang kena amalkan la. Perempuan mengandung memang digalakkan minum susu. Selain bagus untuk pembentukan tulang bayi, ianya juga bagus untuk tulang kita juga. Sebab, semasa pembentukan tulang bayi ni diorang akan serap kalsium ibu. Jadi ibu kene ready 2 kali ganda kalsium dalam badan untuk kegunaan dua orang. Masa mengandung dulu mula-mula aku minum susu Anmum macam biasa. tapi ada pula yang kata susu Anmum manis nanti anak besar. Yeke??? Bila bosan asyik minum susu Anmum aku tukar susu pula minum Frisomum. Pagi malam minum susu. Kadang-kadang sampai tiga kali aku minum. Tapi still tak cukup lagi tu. Ada sekali aku cramp kat opis, langsung tak boleh nak jalan. Pergi klinik doktor bagi lagi pil kalsium. Haaa...amik. Nak makan ostematrik takut nanti tak boleh nak memerut. Takpe, makan je pil kalsium yang doktor bagi ngan minum susu. Punya la banyak bekalan kalsium aku sampai kawan aku kata nanti anak aku cepat tumbuh gigi. Haaa...memang kot...umur 10 bulan dah 7 batang gigi. Kahkahkah.....so kawan-kawan yang peknen tu sila minum susu ye. Kalau tak boleh minum susu, amalkan pil kalsium ye atau ostematrik Shaklee.

Tak boleh nak minum susu lembu, haaa...silakan minum susu kambing ye. Masa mengandung dulu pun aku amalkan minum susu kambing dari jenama HiGoat. Sedap...tak bau kambing. Hahahah....Masa mula-mula tu aku beli susu kambing jenama apa ntah tapi berbau hamis walaupun dia kata takde bau kambing. Jenuh paksa En.Syg yang habiskan susu tu. Selain tu ada orang kata kalau kita amalkan minum susu kambing semasa peknen Insya Allah baby tak kena jaundice.
Nak minum susu soya sebab nak kulit anak putih? Aku tak galakkan sangat nak minum susu soya ni sebab nak bg kulit anak putih tu hanya mitos semata-mata. Tapi takde pula aku nak melarang korang tak minum susu soya langsung. Minum aje la cuma jangan amalkan. Sekali sekala nak minum tu boleh. Sebab ada sesetengah pendapat kata susu soya ni org Yahudi yang perkenalkan. Wallahualam. Aku pun tak tau la betul ke tak tapi terpulang la kan kat korang. Masa mengandung dulu ada la juga 2 tiga kali aku minum susu soya sebab teringin.

Lagi apa yang aku amalkan ek? Haaa...minum air kelapa. orang kata minum air kelapa ni bagus untuk kulit anak bersih dan takde kerak-kerak kat kepala. Aku takde la amalkan setiap hari pun. Tapi minum juga ler dengan kerap. Nak minum air kelapa ni seeloknya bila kandungan dah cecah 6 bulan keatas. Bila kandungan dah betul-betul kuat. Jangan minum semasa usia kandungan 6 bulan ke bawah. Haaa...silap hari bulan keguguran pula. Sebab air kelapa ni macam kuat juga. Kalau tak tahan memang boleh keguguran.

Selain tu last but not least, aku amalkan minum sesudu minyak kelapa dara pada waktu pagi dan sesudu sebelum tidur. Minyak kelapa dara ni banyak khasiatnya. Selain minum aku juga ada la 2 3 kali sapu minyak kelapa dara ni kat kawasan perinum.Orang kata untuk memudahkan kita bersalin. Kalau amalkan minum minyak kelapa dara bagus untuk kulit baby juga, nampak bersih je bila bersalin nanti. Selain tu masa aku amalkan kelapa dara ni pun amat memudahkan untuk aku memerut. Cuma tak sekerap masa aku minum pati delima Gulsan tu la.
Aku juga ada amalkan makan kismis dan buah cranberry kering yang aku beli dari kedai barangan Timur Tengah. Aku beli cranberry kering tu masa awal-awal peknen tu juga la masa tengah loya-loya sebab buah cranberry kering ni rasa macam masam-masam sikit. Kismis pula aku main aci hadap je kalau makan, takde ikut bilangan ganjil pun sebab sedap. Hahahah...

Aku rasa ini aje la kot yang aku amalkan masa mengandungkan Umar Hayyan dulu. Alhamdulillah...mungkin sebab apa yg aku makan masa mengandung dulu dan juga izin dari Allah swt, jaundice Umar cepat turun. Ada gak orang tanya aku amalkan makan apa masa mengandung yang boleh jaundice Umar turun cepat, haaa....inilah yang aku amalkan. Tapi aku tak tau la mana satu yang mujarab.

Apa-apa pun, semuanya kita kena berserah kepada Allah swt. Kita boleh berusaha tapi selebihnya hanya dengan izin dari Allah. Wallahualam

Notes: Semua gambar adalah diambil dari internet melalui Google.

Monday, September 29, 2014

Aku Yang Keciwi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:14:00 PM 5 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Diam tak diam sekarang ni aku dah masuk dalam trimester ketiga dah. Dah tak lama dah nak bertukar status lagi. Tambah tolak darab bahagi...tinggal lagi lebih kurang 11 minggu je lagi. Alahai...itu pun kalau cukup-cukup 40 minggu. Kalau baby ni tak sabar nak keluar lagi awal....maknanya kurang dari 11 minggu je lagi aku nak tunggu hari.

Ok..hari ni aku nak cerita pasal keadaan aku yang makin keciwi ni. Korang tau ke makna keciwi tu ape? Yelah kalau perkataan "kecewa" tu tau la kan yang bermaksud "frust". Ni keciwi ni benatang ape plak kan?

Keciwi ni perkataan Perlis. Kalau orang Perlis konpem tau. Masa mula-mula aku dengar perkataan ni pun aku rasa pelik. Siap gelak-gelak lagi kat kawan aku. Rupanya keciwi ni lebih kurang macam ni la maksudnya (mengikut pemahaman aku la), terlalu seronok dan beria-beria dengan sesuatu perkara, macam terlalu excited la. Ni yang aku paham. Kalau aku silap paham, minta kerjasama orang Perlis buat pembetulan ok.

Sebab apa aku keciwi? Sebab ni lah....
Haaa....persediaan baby la yang membuatkan aku jadi keciwi. Aku start beli kelengkapan baby ni since kandungan nak masuk 6 bulan. Beli ni bukan ape, takut tetiba aku terberanak awal. Jadi beli la apa yang patut in case emergency la kan. Time ni aku tak berapa nak eksited sangat la. Beli...tengok sekali dua...check apa yang patut, lepas tu simpan. Aku pun cakap kat En.Syg yang aku rasa semua kelengkapan ni dah lengkap dah kot.

And then, senyap-senyap aku beli la sehelai dua kelengkapan baby yang lain yang aku rasa perlu dilengkapkan macam towel tu (mula-mula beli sehelai je, tapi bila fikir balik, kene juga beli lagi sehelai sebab kalau basuh ada towel lain nak ganti). Lepas tu jalan-jalan jumpa baju baby murah aku rembat juga sehelai dua. Sehelai dua je ok...lepas tu dengan tekad cukup la beli baju tu.

So bila dah masuk 7 bulan, aku pun keluarkan la semua kelengkapan baby ni, especially baju, lampin dan sebagainya. Nak basuh. Bila aku kira balik...mak oii...baju baby je dah kat 20 pasang yang terdiri daripada pelbagai saiz dan warna, kecuali warna pink. Hahahah....aku memang tak ready baju pink langsung. Masa nak basuh tu aku tengok balik baju-baju baby ni...rasa...alahai comelnya. Kecil je saiznya, warna pun lembut...comei-comei ko.
Ini separuh je ni yang aku baru basuh. Ada lagi yang belum basuh macam napkin dan towel. Baju-baju semua dah basuh.

Walaupun dah 20 pasang baju baby yang aku ada, tapi aku rasa macam tak cukup je. Check balik...rupanya baju saiz newborn tak banyak. Yang banyak aku beli size M. Andaikata la tetiba baby aku lahir saiz kecil, tak ke gelebeh je baju saiz M tu. So senyap-senyap aku plan nak beli baju size newborn pula dalam 2 3 pasang lagi. 

Jadinya, Jumaat lepas aku ajak En.Syg jalan-jalan kat shopping complex konon-konon nak window shopping aje la. Tapi sebenarnya aku nak rembat baju baby lagi. Plan awal nak beli 2 3 helai...akhirnya aku rembat 5 helai, plus dengan extra beli lagi satu bedung dan 2 helai barut untuk baby. Bila balik rumah, En.Syg senyum je kat aku siap perli lagi tu kata aku excited. Tapi nak buat macam mana kan....umur dah lanjut baru nak merasa dapat anak...so excited tu lain macam la sikit. Hahahaha...
Yes...sekarang aku mengaku, aku sangat keciwi. Teruja nak tunggu khalifah baru di muka bumi ni. Tapi aku control diri sebab tak nak terlalu excited sangat, takut-takut kalau sesuatu perkara buruk yang berlaku, aku tak dapat nak terima hakikat pula nanti. So...cool aje la kan. Walaupun kawan-kawan dah bagi warning/tips cakap baju baby jangan beli banyak-banyak...tapi rasa teruja ni membuatkan kadang-kadang aku jadi lupa diri pula. Tapi nasib baik awal-awal aku dah buat checklist, so sikit-sikit dapatlah control diri aku ni. 

p/s: aku kan suka shopping, kalau tak start takpe, tapi kalau dah start memang payah nak stop. Nak nak pula dah lama aku tak shopping since aku peknen ni.

Saturday, September 20, 2014

Tanamera in The House

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Akhirnya sampai juga bungkusan yang ditunggu-tunggu. Thank you to En.Syg sebab sudi belikan untuk bini kesayangan dia ni. Inilah dia set bersalin Tanamera yang Insya Allah akan aku gunakan semasa berpantang nanti.
 Set Tanamera ni aku beli online dari CHARMSandCOLORS.  Beli set promosi so dapat la free gift 3 biji botol EBM jenama Jingle Jungle (free gift ni boleh pilih). Kos pos pula free. Just bayar harga set Tanamera tu je. Berbaloi kan.

Seperti yang dinyatakan dalam fb CHARMSandCOLORS, set Tanamera ni hanya ada 10 barang je compared set yang lama (tahun lepas kot) ada 11 barang. Maksudnya selain air levender tu, barang-barang yang lain adalah seperti sebelumnya.

Kenapa aku pilih set Tanamera ni?

Kalau nak diikutkan memang banyak set bersalin yang ada kat pasaran. Pilih je..nak yang moden atau tradisional. Tapi aku pilih Tanamera sebab 1st time aku kenal set ni masa adik aku guna waktu dia berpantang tahun lepas. Bila aku amati produk Tanamera ni....ia mengingatkan aku sewaktu mak aku berpantang dahulu. Bau pilis, boreh dan jamu dia tu mendamaikan otak aku. Terus aku ingat jamu-jamu yang mak aku amalkan masa dia berpantang adik-adik aku dulu. Bau dia sangat-sangat kejawaan. Hahaha....almaklumlah aku ni ada darah Jawa sebelah mak aku. Selain tu pula, review yang aku baca kat internet banyak yang kata Tanamera ni bagus sebab berasaskan herba. Ntahlah...aku pun tak tau apa beza herba dan jamu tu. So kalau nak tunggu review aku, korang tunggu la lepas aku gunakan set ni nanti. Sekarang ni aku just nak tunjuk je dulu.

So sape-sape yang berminat nak beli set Tanamera ni secara online bolehlah pm CHARMSandCOLORS untuk keterangan lanjut. Selain produk Tanamera ni ada 2 lagi set bersalin yang fb ni jual iaitu set Amway dan set NR serta lain-lain produk jenama Tanamera.

Thursday, September 18, 2014

29 Perkara Yang Hanya Difahami Oleh Wanita Hamil

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:12:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.
Kawan aku share satu entry ni dan aku rasa macam nak share juga dengan korang. Entri asal dalam English tapi aku translate Melayu la mengikut kefahaman aku. Artikel asal boleh la korang baca dari sini: 29 Things Only a Pregnant Woman Would Understand

Morning sickness, insomnia, perut yang dahulunya ramping dan semakin berkembang, serta terasa menyeksakan sementara menunggu untuk proses kelahiran. Tetapi sebenarnya semua itu amat berbaloi. Nikmati 29 perkara yang perlu ditempuhi oleh seorang wanita hamil sepanjang 9 bulan tempoh kandungan mereka.

  1. Terasa sangat takut tetapi teruja pada masa yang sama. (Ini masa mula-mula mengandung dulu...terasa takut la juga tapi taktau la aku teruja ke tak. Rasanya lebih kepada risau dan takut)
  2. Morning sickness. (Semua wanita hamil mengalaminya especiallya pada trimester pertama. Yang bezanya sama ada teruk atau tidak. Alhamdulillah akunye morning sickness takde la teruk sangat. Muntah manja-manja gitu.)
  3. Pantiliner bukan hanya untuk tempoh datang bulan. (Time mengandung pun aku pakai pantiliner gak. Keputihan aku keluar makin banyak).
  4. Kadang kala mendapat ruam lampin walaupun tidak memakai lampin. (Yang ni aku tak kena. Ada ke sesape yang kena ruam lampin ni?)
  5. Mucus plug. 'Nuff said. (Yang aku tak tau ape...ada sesapa yang paham?)
  6. Terasa seperti Dolly Parton. (Hahaha...ini memang aku rasa sangat-sangat....tapi aku takde la rasa seksi sangat pun macam Dolly Parton tu...seksa adalah sebab rasa macam berat...hahahhah).
  7. 'Cankles' yang melanda keseluruhan kaki anda. (Memang terasa bab ni especially time tidur dan bila sejuk.)
  8. Berjalan terkedek-kedek seperti penguin. (Start dari usia kandungan 5 bulan aku dah terasa berjalan macam penguin dah...sedih oooo...kadang-kadang rasa lawak juga kat diri sendiri...hahahha).
  9. Kagum dengan keupayaan untuk membesarkan seorang manusia. (Hmmmm)
  10. Kesanggupan untuk menahan sakit yang paling teruk dalam hidup anda. 'SOON'. (Aku tak fikir lagi bab ni...nak enjoy je saat-saat yang orang lain kata indah semasa mengandung ni.)
  11. Terasa panas walaupun orang lain terasa sejuk. (Haaa...ni memang aku terasa sangat...sejak dari awal mengandung sampai la sekarang. Laki aku kat sebelah dah menggigil sejuk tapi aku pula dok bising kata panas...panas...panas....)
  12. Terasa ingin membuang air kecil untuk setiap 15 minit sepanjang hari dan sepanjang malam. (Ini bukan terasa 15 minit je nak gi membuang air kecil...kadang-kadang tak sampai 5 minit masuk toilet terasa nak masuk toilet semula.)
  13. Menangis hanya kerana pekerja makanan segera tersilap mengambil pesanan makanan sahaja. (Tak pernah terjadi lagi la...tapi pernah terasa hati kat En.Syg sebab dia beli air kotak soya yang besar tu sedangkan aku nak air kotak soya yang kecil tu yang ada straw tu...masa tu memang sedih sangat-sangat.)
  14. Terasa seperti hendak menumbuk muka seseorang bila mereka mengatakan badan anda gemuk (besar). (Ini memang asyik disebut orang kat telinga aku. Rasa marah dan kadang-kadang rasa sedih la juga..)
  15. Terasa seperti hendak menyusun semua perkara yang berkaitan dengan bayi. (Bab ni aku tak fikir sangat...laki aku je yg uruskan. Hahahahha...)
  16. Kali pertama merasa bayi didalam perut anda bergerak. (Mula-mula tu aku tak perasan sangat bila 1st time baby bergerak...tapi yang paling ketara tu masa usia kandungan 5 bulan...baby bergerak-gerak macam kena ketuk pintu tu.)
  17. Bagaimana hendak mencukur bulu di kawasan sulit apabila anda tidak mampu untuk melihatnya. (Hahahah...bab ni memang haru. Jenuh juga la nak uruskan aktiviti mencukur ni. Gamaknya nanti terpaksa minta kerjasama laki aku la untuk menguruskannya. Takkan la time bersalin nanti nak biar lalang tak bertebas?....hahhahah)
  18. Bagaimana Jabba Hut benar-benar terasa. (Jabba Hut ni salah satu watak dalam Star Wars yang asal....memang besar. Tapi aku takde la terasa seperti Jabba Hut ni lagi.)
  19. Kepentingan fiber. (Yeah...memang kena makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak)
  20. Apabila bayi 'flip' didalam dan menghentak diatas pundi kencing anda. (Bila baby buat flip...memang serta merta aku terasa nak terkucil je...sadis je...tapi bila kat toilet tu yang keluar...alahai...sikit je...kadang-kadang tak keluar ape pun.)
  21. Merancang perjalan keluar supaya memudahkan anda untuk akses ke tandas. (Takde la aku buat rancangan macam ni. So far ok la lagi)
  22. Apa rasanya apabila ditumbuk/ditendang dari bahagian dalam. (Huh...memang senak oo bila kene tumbuk...lagi-lagi kalau aku lambat makan...debuk-debuk je budak ni dari dalam. Terkenan world cup ke?)
  23. Semakin teruja apabila anda mendapat cirit-birit kerana ia menandakan bahawa bayi anda mungkin akan datang tidak lama lagi. (Ini bab paling happy sebab aku ni jenis payah membuang masa bujang/sebelum mengandung dulu. Kalau dapat membuang ni...senyum je aku sepanjang hari. Mood pun ok...nikmat nikmat.)
  24. Terasa kencing sedikit apabila batuk, bersin atau bernafas. (Selalu gak terjadi...so aku akan pastikan aku bawa bekal seluar dalam dalam handbag atau extra pantiliner untuk tukar.)
  25. Ada iklan yang membuatkan anda menangis. (Takde la jadi macam ni kat aku.)
  26. Terasa seperti watak dalam filem Alien. (Hahaha...ini memang aku alami...macam halusinasi pun ada ada juga. Harap-harap baby aku sihat dan sempurna sifat luar dalam.)
  27. Tidur diatas bantal yang banyak. (Huh...nikmat ooo...tapi aku takde tidur dengan bantal banyak macam ni...dapat satu bantal untuk dipeluk dan satu dua bantal untuk lapik kaki time tidur pun jadilah. Yang lain-lain...kena pastikan aku tidur atas tilam yang sedap...kalau tak aku lapik ngan toto.)
  28. Bila seolah-olah anda meletakkan pinggan yang kotor didalam almari dan sos mayonis di dalam laci meja. (Belum jadi lagi la kat aku...minta-minta janganlah sampai macam ni jadinya.)
  29. Menyayangi seseorang dengan mendalam walaupun anda belum menemui mereka. (Feeling seorang ibu...baru start nak mengalaminya.)
Credit pictures and the original article from 29 Things Only a Pregnant Woman Would Understand.

Monday, August 18, 2014

Aku dan Trimester Kedua

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah...minggu ni kalau ikut kiraan aku dah masuk minggu ke 23, dalam trimester kedua dah sekarang ni. Tapi minggu lepas aku pergi scan, aku dalam minggu yang ke 22. Ralat seminggu kat situ. Tapi takpe, yang penting due date tu tetap maintain pertengahan Disember ni. Insya Allah.

Hasil daripada scan (buat scan ultrasound je pun kat klinik), Alhamdulillah baby sihat. Dan harapan aku (sentiasa berdoa kepada Allah) semoga baby akan kekal sihat sehingga dilahirkan dan sehinggalah dewasa. Insya Allah.
Ni scan masa minggu ke 16 kalau tak silap aku la. Masa awal bulan Julai dulu. Gambar scan ni doktor print baby dalam keadaan baring kalau tak silap aku, tapi nampak macam baby tengah menonggeng la pula. Ish tak senonoh betul anak aku ni. Hahahaha.
Ini pula gambar scan masa minggu ke 22 (tapi dalam scan ni dia tulis minggu ke 21). Gambar atas yang bulat tu gambar kepala baby dan yang bawah tu gambar baby tengah baring.

Friday, August 15, 2014

Dugaan Betul

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:57:00 PM 5 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Orang cakap masa mengandung ni ibu kena sihat. Sebab kalau ibu sihat, Insya Allah baby pun sihat. Aku pun harap-harap dan berdoa semoga sentiasa sihat sehinggalah sampai waktu bersalin, tak perlu nak telan-telan ubat sembarangan.

Tapi kuasa Allah takde sape yang boleh halangkan. Kita ni usahalah nak jaga kesihatan, tapi kalau Allah nak uji tu...tetap ada ujiannya. Raya baru je nak masuk minggu ketiga. Tapi macam-macam masalah kesihatan dah berlaku kat aku. Lepas raya hari tu lidah aku kena ulcer sampai tiga tempat. Sakit oooo. Lepas tu, lepas balik dari Bangi pula aku demam dan kena selesema. Dalam masa yang sama juga badan aku naik bintik merah gatal-gatal start dari area pinggang sampai ke kaki. 
Tengoklah bintik-bintik merah kat kaki aku tu. Itu sebahagian aje tu. Lagi banyak kat area peha, betis dan pinggang. Satu dua bintik ni ada la kat lengan dan belakang badan. Sangatlah tak selesa sebab gatal, especially time panas dan berpeluh. Huh....bergaru-garu la aku macam beruk. Nak kata gatal merenyam tu takde la...tapi bila dah rasa gatal, tangan ni memang tak mampu nak tahan daripada terus menggaru.

Doktor diagnose aku as allergic. Dia just bagi krim sapu je. Maka setiap masa aku sapu aje la krim tu. Kalau tak sebab mengandung, konpem ada ubat makan. Tapi bila dah mengandung ni segala jenis ubat amatlah terhad. Sekarang ni aku control tangan la daripada menggaru, dan sentiasa pastikan aku berada dalam keadaan suhu bilik. Sebab kalau panas dan berpeluh, lagi galaklah rasa nak menggaru tu.

Hopefully keadaan ni takkan jadi lama. Minta-minta cepat sembuh. Kawan-kawan doakan saya cepat sembuh ye. 

Thursday, June 12, 2014

Buku Merah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:51:00 PM 5 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sejak mengandung ni makin malas benor aku nak update kat blog ni. Bersawang dah jadinya. Rafe pun ada tanya bila aku nak update blog dengan entry baru. Sebenarnya since mengandung ni idea aku makin jadi kurang. Nak cerita pasal deko dan susunatur rumah pun, takde yang berubah pun kat rumah tu. Cara susunannya sama ja, malah makin bersepah adelah. Nak mengemas pun takde mood. Harapkan kat En.Syg je tolong susun dan kemas sikit-sikit. Tapi kalau dah orang lelaki yang kemas, jangan harap sangat la nak sempurna macam kita buatkan. Janji laki mau tolong dan nampak kemas sudah. Sian kawan-kawan yang nak tau update pasal susunatur, tunggu ye. Nanti bila dah ada idea aku update tau.

Oklah....ini entry pasal mengandung aku la. Dah mengandung ni kita stori pasal baby, perut dan ibu aje la. Ini entry pendek je. Malas nak cerita banyak-banyak (konon aje la).
Yezza....buku merah ni aku dah buat lama dah masa kandungan 10 minggu. Dulu-dulu mak aku panggil kad merah sebab memang cuma sekeping kad yang dilipat dua aje pun. Lepas tu akan diselit2 la dengan nota-nota klinik misi kat kad tu. Tu zaman dulu. Sekarang dah jadi buku. Siap dengan nota perihal kesihatan dan kandungan pun ada kat dalam ni.

Aku buat buku ni kat Klinik Desa kampung En.Syg je. Ingatkan semua jenis pemeriksaan pun dibuat oleh misi kat klinik desa ni. Rupanya diorang refer kat klinik kesihatan (KK) berdekatan juga. Hari Khamis buat buku, hari Isnin dah kene gi KK. Merasalah aku minum air gula perisa oren. Sedap, tapi manis sangat. Kalau letak ais lagi sedap. Nasib baik aku tak muntah. Hahahaha....

Oklah...next time aku cerita lagi pasal kandungan aku serta aku ada alahan ke tak. Sekarang ni aku takde idea dah. Tepu.

Saturday, May 17, 2014

Scan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:18:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas cukup usia kandungan aku 2 bulan aka 8 minggu. Alhamdulillah. Janji dengan doktor yang pada minggu ke 8 tu baru nak buat scan, so aku pun pergi ke klinik la.

Inilah gambar pertama baby aku. Gambar scan. Nak masuk dalam blog ni pun kena scan juga baru boleh save as .jpeg. Perasaan aku buat pertama kali tengok skrin masa doktor scan tu....Subhanallah inilah kuasa Allah. Nampak jantung baby berdegup dup dap dup dap. Tapi aku takdelah nak emosi sampai nangis keluar air mata ke. Mebi sebab aku pun tak tau sangat macam mana aku nak feeling time tengok skrin mesin scanner tu melainkan terlalu kagum dengan kuasa Allah SWT. 
Baby masih lagi kecil bersaiz lebih kurang 1.7cm dan baru dikenali sebagai fetus. Doktor pun hepi je tengok progress baby aku ni. Sihat katanya. Alhamdulillah.....semoga baby akan terus sihat untuk 7 bulan  10 hari yang berikutnya. Amin.

Monday, April 21, 2014

Buatan Orang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:57:00 PM 21 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Aku terkena buatan orang? 

Ye...aku memang dah kena buatan orang. Bukan orang lain pun. Orang yang dekat dengan aku, yang aku sayang, yang aku peluk, yang aku cium. Sape lagi kalau bukan laki aku tu. 

Hahaha....jangan marah la korang semua. Intro ganas je pun.

Alhamdulillah...aku diberi rezeki baru oleh Allah swt. Lepas satu...satu. Tak terhingga ucapan syukur ni aku panjatkan untuk-NYA. Betapa besarnya rahmat Allah untuk hambanya ini.

Macam mana aku tau aku dapat rezeki ni?

Syukur sangat sebab kitaran haid aku sangatlah normal. Lebih kurang 28 hari. Kalau ada ralat pun just awal atau lewat sehari. Jadinya pagi pada hari haid aku sepatutnya datang, aku pun buat la upt test. Beli yang murah je jenama Guardian. Apsal aku eksited sangat ni. Bukan ape, senang sikit, kalau positif takde la aku nak lasak sangat. Kalau negatif boleh la aku lasak-lasak siap nak minum jamu and nak diet nak kuruskan badan la kononnya. Sekali bila dah buat test tu nampak macam positif. Aku tunjuk kat laki aku...senyum-senyum aje dia. Tapi aku cool and cakap maybe ada ralat. So kene tunggu sehari dua lagi. Sabar.
Nampak tak samar-samar je 2nd stripe dia tu.

Esoknya pagi-pagi mandi nak pergi kerja tu aku buat upt test lagi. Kali ni guna yang jenama lain pula and harga mahal sikit dari yang Guardian tu. Tapi kali ni bukan setakat samar-samar, tapi memang tak keluar langsung 2nd stripe dia tu. Rasa kecewa sikit tapi sebab dah agak keadaan ini akan jadi, aku ok je. So standby je pakai pad untuk peot la. (Kali ni tak snap gambar sebab result negatif kan).

Sampai opis gebang dengan member yang kahwin 2 bulan awal dari aku tapi sangat super eksited nak pregnant. Bila aku tunjuk gambar yang mula-mula tu, dia jadi super duper eksited pula. Sia suruh aku check sekali lagi guna upt digital pula.Balik dari opis, terus singgah Guardian and beli upt lagi. Bukan satu...tapi 2. Hahaha...aku memang akan beli 2 set tester ni; satu yang murah...satu lagi yang mahal. Satu jenama Guardian and satu lagi jenama apa-apa ajelah.

Pagi tu sekali lagi aku buat test, sebab peot aku still tak kunjung tiba. Sekali lagi guna jenama Guardian yang murah (tapi mahal sikit daripada yang mula-mula aku guna tu). Result dia...nampak macam positif, tapi 2nd stripe tetap tak clear. Hampa.
Nampak garis tapi tak clear.

Bila garisan masih lagi kurang jelas, aku standby aje la dengan pad kalau-kalau aku peot lagi. Tapi nan ado pun. Hati dah sangsi dah ni. Takkan aku pregnant kot. Tapi bab mengantuk tu jangan cakap la...azab nak menahannya. Last-last tumbang juga kat bawah meja...lena.

Pagi berikutnya, hari Rabu. Terjaga pukul 4 pagi tengok laki takde kat sebelah. Rupanya dia layan bola. Bila dah terjaga tu, nak tido balik jadi satu hal. Boleh pula termenangis secara tiba-tiba. Meroyan ke ape. Bila dah tak boleh tido, ape lagi buat upt test la. Kali ni guna yang mahal punya jenis digital. Kalau yang mahal ni still tunjuk negatif, aku nak beli yang jenis Che Ta punya plak, kot-kot lagi jitu bacaanya. (selagi tak kuar darah peot dan selagi aku tak puas hati, selagi tu aku plan nak buat upt test ni). Dan resultnya...confirm, jelas dan nyata... I'm pregnant.
Terus tunjuk kat laki yang tengah layan bola. Senyum aje dia kat aku. Tapi dalam hati aku still macam...betul ke ni? Hahahha....Terus aku whatsapp bestie aku bagitau pasal hal ni. Tunjuk sekali dengan bukti. Whatsapp pukul 4 pagi, dia reply pukul 9 pagi.

Pukul 9 pagi sebab nak lagi confirm, terus aku pergi klinik panel. Request doktor perempuan (sebab klinik ni kadang-kadang ada doktor lelaki yang datang). Senang...bayaran perubatan claim dengan majikan aje. Hihihi...Kat klinik kene buat upt  lagi, lepas aku bagi tau peot aku lewat 3 hari. Kali ni..hah kau...clean and clear 2 2 garisan tu. Takde samar-samar. Doktor pun senyum-senyum ucap tahniah sambil buat kiraan kat aku. Baru 4 minggu katanya. Masih kecil lagi. Kalau nak scan pun tak nampak. So dia suruh datang bila masuk minggu ke 8 untuk scan. 

Sekarang dah masuk minggu ke 6. Aku masih dalam proses nak adapt dengan situasi baru aku ni. Kesemputan tu tak payah cakap la. Keluar toilet pun dah semput. Drive kete dari rumah ke opis pun dah rasa semput. Kadang-kadang aku terfikir betul ke aku tengah pregnant ni sebab aku tak rasa alah lagi (Alhamdulillah..minta-minta takde alahan langsung). Lepas tu kalau bab kata mengantuk and kuat makan, dari bujang sampai sekarang aku memang jenis kuat tido dan kuat makan. Cuma dapat rasa yang bila waktu malam je pukul 9 aku dah pengsan. 

Cuma yang ketara breast aku dia punya tegang...Masya Allah...sakit ooo....ngilu dan sangat sensitif. Lepas tu aku makin kuat berpeluh especially bila masuk minggu 6 ni. Kalau lepas solat tu, peluh keluar macam bersauna, walhal pakai telekung kain cotton je pun. Kadang-kadang lepas mandi atau lepas masak...memang macam air hujan je...peluh ya amat. Malam-malam badan rasa panas macam nak demam, tapi tak demam pun.

Aku tak buat lagi kad merah tu. Ingat nak tunggu pergi scan kat klinik swasta dulu baru nak gi buat kad kat klinik kerajaan. Nak bagi betul-betul hati aku puas dulu. 

Ape-ape pun doakan yang terbaik untuk rezeki kami ni dulu ye. Amin
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea