Wednesday, August 5, 2015

Kedai Tanpa Nama

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:23:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Lai lai....peminat deko taman gaya english style dan juga peminat pokok-pokok bunga...ni ada satu kedai aku nak recommend kat korang ni. Sebelum aku bagitau kat mana lokasi kedai ni...meh layan gambar-gambar amatur yang sempat aku snap ni. Kasi korang lagi semangat nak tau pasal kedai ni.
ni masa nak masuk ke kedai ni....sempat snap dari dalam kereta

lokasi dia tepi jalan je...kedai ni takde nama

antara pokok bunga yang ada

yang bawah bangsal tu pokok orkid

aneka jenis pasu dan hiasan batu yang comel-comel

kalau jenis suka english style mesti suka dengan basikal putih ni

taknak pasu kaler...pasu takde kaler pun ada

ni anak pokok buah tin

kincir angin pun ada siap ngan ayam itik lagi

Lokasi kedai ni senang je sebab tepi jalan besar Jalan Pauh-Padang Besar, dan bersebelahan dengan Felda Rimba Mas. Kalau korang datang dari UniMAP Pauh tu...korang straight aje la sampai jumpa pos UPP and then atas skit pos UPP tu sebelah kiri jumpa Felda Rimba Mas dan sebelah tu kedai ni ler. Kedai ni takde nama so korang kena alert sikit la.

Jom pakat-pakat orang Perlis dan orang Kedah yang berhampiran bolehlah serbu kedai ni. Semua barang ni Siam mari. Harga pun berpatutan. 

Korang nak tau apa yang aku beli...aku beli pokok bunga raya kaler pepel aje...RM15 untuk anak pokok pasu kecil.

5 uncang teh :

lia ummiirfan said...

wahh..! banyaknya pokok bunga dan barang-barang deko.. cantikk.. :))

Ayu Rashid said...

wahh besarnya bilik dia. ada ruang tu untuk solat dan ehemm ehmm golek2 time lunch hour hahaha.

Well, nampak sangat biasa buat gitu kan? heehehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ijun,
uols peminat bunga yer:)

sya_adik said...

salam kak sy cari sgt bicycle english style ni blh sy dptkn no kedai ni? nk beli scara pos sy stay jhor..tga mncari sgt :)

~*irjune*~ said...

untuk sya_adik,
Sy tak berani nak janji tapi Insya Allah kalau sy ada pergi ke kedai ni sy cuba dapatkan ctct no kedai ni. Ini kedai orang Siam Petani, sy tak tau la dia ada buat pos atau tak. Most of the customer datang cash n carry. Lokasi kedai ni pula bukan laluan utama saya jadinya untuk dapatkan ctct no secepat mungkin memang sy tak berdaya. Tapi saya akan cuba...Insya Allah...tak janji.

Harap faham.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea