Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Monday, September 18, 2017

Birth Story: Naurah Nafeesa

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:33:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Lama dah nak cerita pasal pengalaman bersalinkan Naurah Nafeesa tp asyik terlupa je. At least dgn cara ni boleh juga diabadikan sbg kenangan utk aku satu hari nanti.

Untuk pengetahuan semua, aku bersalinkan Cik Naurah pada pagi Ahad 9 April 2017 jam 10.06am secara normal dalam masa 30 min je. Haaa...inilah yg aku nak ceritakan tu. Tapi apa pun ini semua atas izin Allah, redha suami, redha mak ayah dan juga kuasa doa.

Bercakap mengenai kuasa doa ni, sebenarnya selepas aje aku bersalinkan Cik Umar dulu mmg aku berdoa kalau diberi rezeki anak kedua, aku nak sampai2 hospital je terus bersalin. Ya...aku nak bersalin mudah, nak bersalin normal, tak nak sakit lama-lama, taknak duduk dalam LR lama-lama, taknak kena jahit bawah (ini Allah tak bg izin). Dekat semua orang aku cakap macam tu especially kat suami aku. Berkali-kali aku cakap kat dia and minta dia doakan macam tu. Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan aku dan izinkan apa yg aku doakan selama ni.

Minggu 39

Minggu terakhir sebelum bersalin aku masih lagi bekerja. Memang kali ni aku tak ambil cuti awal mcm masa mengandungkan Umar dulu. Sebabnya aku nak mudah bersalin kali ni, so aku nak kena aktif, selalu gerak jalan sana salan sini. Jadinya aku tak ambil cuti. Tapi memandangkan kerja yang sedia ada aku dah siapkan sebelum masuk ke minggu 38, so minggu ni aku rilek aje la. Melepak dengan kawan2 je sambil menyicah pelam.

Masa ni cara aku jalan dah memang betul2 macam penguin. Contraction tu rasa mild aje. Kadang2 rasa Braxton hick dan rasa mengeras sikit tapi aku abaikan aje.

7 April 2017 (Jumaat) 

Appointment dengan doktor kat KK. Sepatutnya kena datang klinik on EDD if tak bersalin lagi. Tapi memandangkan EDD aku masa hari Ahad, doktor suruh datang hari Jumaat. Hari Jumaat ni aku ambil cuti tahunan. Masa ni doktor check segala la, kedudukan baby, berat baby, condition baby, air ketuban, HB dan Alhamdulillah semua ok. Paling aku terkejut HB aku dalam sebulan boleh naik dari 11.5 ke 12.9. Memang naik mendadak tu, almost 13. So takde la aku risau sangat bila bersalin nanti.

Balik dari KK aku ajak suami aku pergi makan terus. Yelah, nak masak pun takde bahan basah dah. Lagi pun plan nak balik rumah mertua masa berpantang, so mmg takde bahan nak masak ler. Masa makan ni aku start rasa sakit. Contraction tu dah datang tapi still aku igt false alarm lagi and buat tak tau.

Lepas balik rumah, suami siap2 nak solat Jumaat. Aku pula duduk menyandar kat sofa. Masa ni baru aku terasa sakit macam nak bersalin. mengeras je. Aku just rilek je. Tarik nafas lepas, tarik nafas lepas sampai aku terlelap. Elok terjaga sakit tu dah kurang, so aku decide nak kemas dapur aku sebelum kami balik kg. Maklumlah sepanjang aku sarat, dapur tu pun dah macam kene bom je. Maka dgn menahan sakit yang kejap ada kejap takde, aku sempat kemas dapur, lap kaunter dan simpan dan susun segala yang perlu dalam peti sejuk atau tempat yang sesuai. Ini semua berdasarkan pengalaman masa bersalinkan Umar dulu, aku biarkan aje semua kat luar, last2 abis semua sos aku berkulat. So kali ni simpan siap2 dalam peti sejuk. Bila semua dah ok aku back to rest again.

Bila suami balik dari solat Jumaat aku bgtau la aku dah rasa sakit tapi takde keluar apa2 tanda sama ada darah, lendir atau air ketuban pecah. Suami tanya nak pergi hospital ke, aku kata nanti dulu. Tunggu malam nanti kalau2 ada keluar tanda lagi. So malam tu kami decided tidur lagi semalam kat rumah kami supaya senang nak ke hospital if aku dah sakit nak bersalin.

Tapi malam tu langsung aku tak rasa sakit. Semua back to normal. Rilek je aku.

8 April 2017 (Sabtu)

Pagi-pagi kami siap2 angkut semua barang2 untuk balik kg. Kebetulan pula aku kena pergi ke KKD Felda Chuping untuk check jantung baby memandangkan aku macam dah ada rupa nak overdue. Lupa nak bgtau semua, sejak mengandungkan Cik Umar lagi aku buat check up kat KKD kg suami aku sbb mudah dan misi pun mesra.

Masa checkup jantung tu misi ada tanya juga if aku ada tanda2 nak bersalin, sambil gelak2 aku cerita la apa yang jadi kat aku masa hari Jumaat tu. Misi memang risau siap ingatkan aku supaya cepat2 pergi hospital kalau dah rasa sakit. Aku kata ok je. Lepas checkup aku ajak asben aku gi sarapan dulu. Aku nak makan capati, so kami patah balik pergi Arau.

Serius siang hari Sabtu tu mmg aku langsung tak rasa sakit contraction mcm yang aku rasa masa hari Jumaat semalam. Mild contraction macam false alarm ada la. Kot2 nak keluar tanda darah macam masa bersalinkan Umar dulu pun takde juga Tapi aku rilek lagi. Sehinggalah dekat maghrib tu aku pergi ke bilik air and ada lendir warna coklat keluar. Ala kecil je lendir dia macam saiz tahi hidung. Aku bagitau la suami aku pasal tu. Terus dia cakap kuat-kuat kat kak ipar aku kata aku dah nak bersalin dah. Yang kak ipar aku pun risau terus suruh aku contact misi untuk confirmkan. Aku ni macam malas la sbb aku tak nak jadi macam masa bersalinkan Umar dulu, misi KKD check bukaan dah 3cm, tp sampai hospital baru 1cm. Tak ke haru jadinya. Kebetulan pula petang tu hujan, lagi la aku malas nak ctct misi yang bertugas.

Tapi aku dah start rasa tak sedap hati dah sbb dah keluar tanda. So aku whatsapp la misi yang mmg handle kes aku. Dia nasihatkan aku pergi ke hospital terus untuk confirmkan. Kalau dah buka jalan boleh lepak terus kat hospital. Kalau belum buka balik rumah je. Tapi sebab hujan lebat lagi aku dok 50-50 lagi. Suami aku tggu green light je dari aku untuk gi hospital.

Elok hujan nak berhenti aku pun terfikir, ntah2 betul kot itu tanda nak bersalin. Aku pun dah start sakit masa hari Jumaat tu. Karang kalau aku delay gi hospital kang anak aku dah berak dalam perut lagi haru. Kalau xde bukaan boleh terus je balik rumah sendiri kat Kangar tu and tidur sana je, tak payah balik kg. Terus aku call pengasuh Umar kata nak hantar Umar ke rumah dia malam tu juga. Pengasuh ok je memandangkan aku dah bgtau nak hantar Umar masa aku kene check in ke hospital.

Pukul 11 malam elok je lepas hujan kami gerak ke Kangar. Jarak antara kg suami aku ke Kangar lebih kurang 30 min. Dalam perjalanan ni aku start pantau masa contraction aku, dah jadi 5-6 minit sekali sakit. Aku bagitau suami aku, dia naik risau. Sampai rumah pengasuh aku gigih lagi dukung Umar. Masa ni Umar dah lena dah sejak dari dalam kereta lagi. Aku peluk cium Umar dan terus ajak suami ke hospital. Dalam hati rasa sedih dan sayu juga sbb ini 1st time aku berpisah dgn Umar since dia keluar wad sbb kuning dulu.

9 April 2017 (Ahad)

12 am

Kami sampai ke HTF Kangar. Masa nak ke bilik ape ntah nama dia aku lupa tp bilik untuk ibu2 mengandung buat checkup berkaitan kandungan kalau sampai kat hospital ni, suami pula terpaksa parking kereta jauh sikit dari pintu utama, so terpaksa la aku berjalan lagi. Tapi takpe, aku suka, kan aku nak mudah bersalin so aku mmg nekad selagi mampu aku nak berjalan je. Bila sampai ke bilik operasi tu, register bagai, tukar baju semua, terus doktor check bukaan and check jantung baby. Dah 3cm loose dah. Doktor tanya aku sama ada nak balik or nak stay kat hospital. Kalau ikut aku nak stay hospital la sbb aku memang malas nak balik rumah n then dtg hospital pula kalau terasa sakit, dengan parking hospital pun yang malam2 payah nak parking. Lagi pula dah 3cm dan doktor pun kelihatan macam berat je nak lepas aku balik ke rumah sbb dah 3cm loose, bila2 masa je boleh pergi ke 4cm.
Maka malam itu aku check in la kat wad HTF.

1.30 am

Settle bab check in ke wad. Sebab aku kuli gomen, so aku dapat la katil wad kelas 2. Satu bilik ada 4 orang dengan lampu tidur yang ala-ala hotel, ekon dan bilik air yang sangat selesa. Apa beza wad kelas 2 dengan kelas 3 untuk wad bersalin ni ialah, kelas 3 ada kipas dan bilik dia takde pintu tapi tetap ada bilik mandi. Itu je...yang lain semua sama ye. Lepas suami aku hantar beg dan raga makan dan lepas siap salam cium tangan minta ampun bagai dgn suami, dia pun balik rumah untuk rehat. Lupa nak inform, rumah aku sebenarnya kat Kangar je lebih kurang 10 - 15 min dari hospital.

4.00 am

Aku start rasa sakit contraction yang heavy. Dalam hati aku kata takkan nak bersalin pagi-pagi buta macam ni kot. Ish tak boleh jadi, terus aku makan buah kurma yang memang aku bawa dan minum air selusuh yang suami aku buatkan. Kali ni aku minum air selusuh sikit2 je bila rasa sakit. Tak macam masa Umar dulu aku minum sekaligus air selusuh tu tp tak jadi apa pun. Hahahahaha....

jam 4 pagi ni juga masa misi melawat wad untuk check up. Masa ni misi tanya aku la if aku sakit dah or blom. Sbb tak nak masuk LR awal, aku kata la masih boleh bertahan. Lepas habis makan kurma and turn misi melawat, aku pantau masa contraction terus jadi 10min sekali sakit. Aik takkan lepas makan kurma terus panjang pula beza waktu contraction ni. Tapi aku ok lagi walaupun bila dah sakit tu rasa macam nak jatuh katil  guling2. So aku doa kat Allah minta aku sempat solat subuh dulu sebelum bersalin. Alhamdulillah..Allah makbulkan doa aku untuk solat subuh. Siap mandi air panas ngan basuh rambut lagi.

7.30 am

Ini masa doktor pakar dan para doktor yang lain melawat wad. Bila doktor check perut aku dia terus kata baby dah betul2 kat laluan dah ni, bila2 masa boleh bersalin. Siap tanya aku boleh tahan lagi tak. Aku dengan confident nya cakap boleh tahan lagi sakit ni (kes tak nak duduk dalam LR lama2 kan). Bila doktor keluar tu adalah masa untuk sarapan. Alang2 dah dekat waktu makan, aku pujuk baby supaya bg aku peluang untuk makan dulu. Suami belikan aku sandwich dgn nasi bungkus, tp aku mkn sandwich je.

8.00 am

Suami call tanya aku ok ke tak. Aku kata macam ok..macam tak. Tapi sebenarnya lebih kepada macam tak tahan dah pun. Aku bagitau nanti kalau tak tahan juga dekat pukul 8.30 pg aku bgtau misi la.

8.30 am

Dah tak tahan sakit dah. contraction dah 2-3 minit sekali. Aku bagitau misi aku dah tak tahan dah. Misi cakap sekejap untuk dia pergi tanya doktor. Bila ok dia datang bagitau doktor suruh pergi jumpa kat bilik pemeriksaan. Bila misi tanya nak guna wheelchair ke tak, aku kata aku boleh berjalan lagi. Masa ni aku mampu lagi berjalan elok. Sakit tu tak berapa sangat la. Kira ok lagi la jalan tu laju la juga (laju cara org sarat la). Bila masuk bilik pemeriksaan untuk check bukaan rupanya dah 5cm. Terus doktor suruh misi call LR untuk booking bilik. Nasib baik ada 1 bilik yang kebetulan kosong sbb baru je ada sorang tu lepas bersalin, so mmg rezeki aku la nak bersalin pagi. Balik dari checkup bukaan tu aku dah tak boleh jalan laju dah. Berjalan selangkah je dah contraction. Selangkah je kene stop sbb contraction. Sampai je kat katil terus call suami kata dah buka 5cm and nak masuk LR dah. Kelam kabut suami masuk wad untuk temankan aku. Yang aku pula, lepas siap call tu mengiring mengkrekot dok tahan sakit contraction yang maha hebat sampai siap tangan menggigil2 dan berpeluh-peluh. 

9.10 am

Tak ingat exactly pukul berapa tapi dekat2 pukul 9 lebih la misi datang bawa wheelchair untuk tolak aku gi LR, tapi sbb contraction kuat sangat aku minta tempoh dalam seminit dua untuk contraction cool sebelum turun ke katil. Tengok aku dok tahan sakit teruk sangat, terus misi decided tolak aku dengan katil gi LR. Dekat suami, misi pesan untuk terus turun ke LR dekat tingkat sekian sekian (tak igt tingkat berapa).

9.20 am

Ini pun aku tak ingat juga..so aku buat anggaran aje la ye. Masuk je dalam LR terus misi pasang tiub kencing dan doktor perempuan India datang untuk pecahkan air ketuban. dua tiga kali juga doktor ni try pecahkan tapi air ketuban aku keluar sikit sangat. Sbb risau kot dia panggil sorang lagi doktor perempuan Melayu untuk double check. Bila doktor Melayu tu check dia kata kepala baby dah masuk laluan dah...dah dekat tapi still dok pelik sbb air ketuban aku kuar sikit je. Masa ni rasa macam nak keluarkan aje teori aku mengatakan kepala baby dah engage ke bawa so mesti dia tutup pintu tu and air ketuban tu kat atas dah. Tapi sbb sakit punya pasal and teori aku pun bukan betul sangat aku diamkan aje la. Hahahah...lepas tu aku dengar ada misi (bidan) masuk bilik and tanya aku "puan rasa macam nak berak ke?". Aku cakap ye. Terus misi tu suruh aku berak je. Tapi aku sempat tanya lagi, boleh ke aku nak berak sbb masa check bukaan aku td baru 5cm. Ikut pengalaman kene tggu sampai 10cm baru boleh meneran. Misi kata takpe, berak je sbb dah nak berak pun. Ok..maksud berak kat sini bukanlah berak betul tu tapi meneran untuk bersalin. Sbb sakit bersalin ni macam sakit nak terberak akibat sembelit yang sakit maha dasyat.

Aku tak tau la bila masa misi ramai2 masuk dalam LR aku and berdiri keliling aku sambil bg semangat untuk push baby. Yang aku sedar, kelibat kedua-dua doktor dah takde. Oleh sebab kali ni aku nak bersalin normal tanpa apa2 bantuan, so mmg normal betul la. Misi tu punya kerobek kat bawah tu untuk bagi ruang baby keluar. Patutnya kita push bila ada contraction kan, ni tak sempat contraction datang balik aku kene push juga. Memang sedaya upaya la cari tenaga, curi nafas untuk push baby. Nasib baik aku dah sempat praktis masa time dalam toilet. Nak je masa kene push tu aku nak minta vacuum je baby tu sbb sakit sangat kene kerobek ngan misi, tapi itu semua aku hanya mampu menjerit dalam hati je. Hahahaha....Tengah kalut2 nak meneran tu suami aku sempat masuk dalam LR juga. Mula2 tu dia kata tak nak masuk, aku kata terpulang la. Aku pun tak harap sangat la dia masuk, tp kalau masuk pun ok la kan. Rupanya elok je dia sampai depan kaunter guard terus guard panggil dia suruh masuk dalam LR. Tak sempat nak isi borang bagai suami pun masuk je sbb aku dah nak bersalin dah lepas tu.
Naurah slps 2 jam keluar dari perut ummi

10.06 am 

Tak lama lepas suami masuk (masa dia masuk ni kepala baby dah nampak dah), aku pun selamat bersalinkan baby Naurah. Elok baby keluar je misi tanya jantina baby terus misi letak baby atas dada aku. Sentuhan pertama baby dgn ibu. Pengalaman pertama ni. Masa Umar dulu takde sebab elok je aku cam jantina baby, terus misi bawa lari Umar sbb Umar dah nak lemas dah masa tu, sbb tu Umar kene vacuum. Tapi untuk Naurah ni dpt la merasa momen sentuhan pertama tu.

Elok je berjaya meneran keluar Naurah, aku mmg ketar sangat2. Tak tau nak describe macam mana aku mengetar tu. Rasa macam mengetar menggigil macam nampak hantu kot. Tapi hantu pun aku tak pernah nampak. Hahaha...Nasib baik la ada suami, so dia lah yang tenteramkan aku.

Ok..perkara pertama yang aku sempat cakap ngan suami aku ialah...baby Naurah ni cerah dari Umar. Alhamdulillah, bby girl mmg elok la cerah bak kata suami la. Bila dia letak kat dada tu aku rasa macam nampak ayam golek je duduk atas dada aku. Tapi serius momen tu mmg sangat indah dan istimewa. Sentuhan pertama antara aku dan Naurah dan pandangan pertama antara aku dan Naurah. Selama ni cuma rasa tendangan dan tumbukan padu Naurah masa dalam perut. Kali ni dapat tengok dekat2. Hahaha..mcm tak caya pun ada juga...aik takkan baby besar ni boleh keluar kot lubang bawah tu. Tapi kuasa Allah kan, dia bg keistimewaan tu hanya utk wanita je. 

Lama juga la baby Naurah duduk atas dada aku. Boleh la aku sentuh2 peluk2 sesambil misi potong tali pusat dia.  Lepas tu misi suruh suami ambil wudhu untuk terus azan dan iqamah kat baby Naurah. Hahaha...ngan tertogel2 nya Naurah mendengat kalimah kebesaran Ilahi dari abi dia.

Macam biasalah elok je kita bersalin, misi akan terus cucuk ubat apa ntah kat peha kita, rasanya mcm anti tetanus je utk elak kita kancing gigi, bg makan paracetamol dan minum air milo. Lepas misi bawa Naurah untuk bersihkan badan dia, masa untuk misi keluarkan lebihan darah nifas dan proses pengeluaran uri. Lepas berjaya keluarkan uri, masa untuk proses jahit pula. Ini part yang paling scary kat aku bila bab bersalin. Aku sempat tanya kat misi teruk tak luka koyakan aku kali ni. Alhamdulillah misi kata tak perlu nak jahit banyak sbb cuma ada sedikit regangan dekat kesan luka jahitan yg lama. So misi cuma perlu jahit sikit je untuk ketatkan balik regangan tu, maknanya kene jahit kulit la hidup2. Adoi...terbayang dah situasi aku yg nak menggigit selimut yg ada atas aku masa tu. Tapi Alhamdulillah...kali ni misi bg ubat bius kat aku. So takde la rasa sakit sangat. Cuma bila misi tarik benang tu ada la sikit rasa ngilu akibat ketajaman benang tu. Lega la kan.

Tapi kesakitan aku tak habis setakat itu sahaja. Elok siap semua dan misi bagi aku berehat sebentar kat LR tu, aku dapat rasa lagi sakit macam contraction dok ada lagi, dengan rasa pinggang yang macam nak tercabut, sebiji macam sakit nak bersalin. Dalam hati dok kata, aik...takkan aku nak bersalin lagi kot. So bila misi datang hantar Naurah untuk bonding dengan aku, aku pun tanya la kenapa jadi macam tu sbb masa Umar dulu takde langsung rasa macam ni. Misi tu pun bagitau la kemungkitan sbb batu meroyan jatuh tu akibat terlalu kuat meneran. Selalunya anak pertama memang tak rasa, tapi untuk anak kedua akan rasa la, ketiga dan seterusnya kemungkinan akan rasa. 

Ok...bila misi datang bawa Naurah kembali kat aku ni, elok je aku tatap balik wajah Naurah terus aku jadi pelik. Sebabnya Naurah ni cerah gila. Rasa macam nak tanya je kat misi betul ke ni anak aku sbb cerah sangat dari aku. Hahahaha....Sbb masa keluar dari perut tu takde la cerah sangat, rupanya lepas misi bersihkan Naurah terus Naurah jd cerah...bukan setakat cerah..boleh dikategorikan sebagai putih. Hahahaha.....
Naurah Nafeesa at day 2


12.00 pm

Kali ni aku tak duduk lama pun dalam LR macam masa bersalinkan Umar dulu. Lebih kurang pukul 12 tgh hari misi datang untuk bawa aku naik semula ke wad. Oleh sebab aku turun ke LR dgn katil, so naik ke wad pun dengan katil juga la. Rasa mcm org bersalin csec je sebab naik ke wad dgn katil, lepas tu baby pula duduk celah2 kangkang kita. Hahaha...rasa comel la sangat masa ni.

Dalam wad aku tak habis belek lagi si Naurah ni. Bila suami datang dia pun terkejut sebab Naurah cerah sangat2 compared masa mula2 dia keluar dari perut. Apa2 pun kami suami isteri bersyukur sbb Naurah lahir dgn selamat dan sempurna sifat serta sihat.

Ok..itulah serba sedikit pengalam aku masa nak bersalinkan Naurah Nafeesa. Sekarang ni Naurah dah umur 5 bulan setengah dah pun. Sentiasa suka senyum, suka gelak dan kuat bebai la juga. Apa2 pun kami suami isteri sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 kami, Umar Hayyan dan Naurah Nafeesa untuk menjadi anak soleh dan solehah.

Naurah at 5 month

Friday, October 16, 2015

Persediaan Bersalin Di Hospital Kerajaan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:42:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Minta maaf ye kawan-kawan sebab aku update entri ni. Sebenarnya nak cerita pengalaman aku tentang persediaan bersalin kat hospital Kerajaan. Maybe boleh juga dijadikan panduan kepada sesiapa yang bersalin kat swasta. Aku tulis ni sebab masa aku nak bersalin tahun lepas, aku banyak google bab persediaan ni tapi most of the tips bukan daripada pengalaman penulis tu sendiri. Selain tu entry ni gak untuk peringatan diri sendiri gak kalau lepas ni ada rezeki nak tambah zuriat. Hehehhe....
#throwback Umar Hayyan masa 0 day. Kecil je time ni...

Yang kat bawah ni adalah dokumen penting masa nak daftar masuk wad ye kawan-kawan.

1. buku merah - start dari tarikh buat buku merah ni teruslah usung selalu. Jangan nak letak merata-rata. Jangan bila ada appointment dgn klinik baru nak bawa. Sebabnya kita ni bersalin belum tentu tarikhnya. Dibuatnya tetiba kene bersalin awal...buku pula tertinggal kat rumah...tak ke haru. Ingat ye buku merah tu.

2. GL - ini untuk kakitangan kerajaan atau suami kakitangan kerajaan. Kalau boleh buat dua GL, 1 untuk ibu dan satu lagi untuk bakal baby tu. Yelah kene prepare gak untuk baby sbb kita tak tau kalau2 baby kene tahan wad ke tak. So takde lah perlu nak ctct org HR minta GL 2 3 kali. Ada sesetengah jabatan tu GL boleh online lagi senangkan. Tapi kalau dah kelam kabut dengan hal kat hospital kadang-kadang buat kita lupa pasal GL ni. So ingat ye..prepare GL untuk ibu dan bayi.

Yang ini pula persediaan untuk ibu ketika di wad. Macam kes aku ni kene duduk wad sampai 3 malam sebabnye aku admit wad hari jumaat, pagi sabtu kene induce, baby bersalin sabtu malam, lepas tu kena tahan wad lagi semalam sebab bersalin secara vacuum.


1.Kain batik/skirt labuh - bawa la dalam 2 helai. Kain batik ni habuan untuk kita pakai masa nak balik dari hospital dan habuan nak buat lapik dalam troli baby tu nanti. Kalau tak pun bawa je sehelai skirt labuh...skrg kan dah moden. Tapi pada aku better lagi pakai kain batik sbb boleh bentuk bontot kita bila pakai kain batik ni sbnrnya...(nantilah aku citer).

2. Baju t-shirt - Bawa la sehelai je sudahlah untuk kita pakai masa nak keluar dari hospital nanti. Lagipun masa dalam wad nanti kita cuma pakai baju yang hospital bagi tu. Baju kaler pink untuk ibu-ibu yang belum bersalin dan hijau untuk ibu-ibu yang sudah bersalin.

3. Baju sejuk - ni optional sebenarnya ni. Ada yang nak bawa ada yang tak bawa pun xpe. Untuk kita pakai masa nak keluar dari hospital juga ni. 

4. Stokin - bawa la 2 pasang. Stokin ni kene terus pakai lepas kita keluar dari labour room. Jangan gatal nak tunggu balik rumah baru nak pakai.

5. Selipar/sandal - pakai selipar/sandal je senang especially bila bab nak gi toilet tu.

6. Tudung - selai je sudah. tudung tu la yang kita nak lenjan sepanjang 'percutian' kita kat wad tu. paling senang tudung sarung je. Macam aku ritu dah terpakai tudung bawal, nasib baik senang je time nak sarung.

7. Toiletries - Jangan lupa bawa ye. Berus gigi, ubat gigi, sikat, sabun mandi, pencuci muka. Lepas bersalin kene mandi ye. Bukan mandi dengan air sejuk tau tapi dengan air panas. Memang kena mandi. Takkan korang sanggup biarkan badan korang melekit dengan darah nifas bertepek-tepek? So mandi aje la...at least time tgh hari tu dengan air panas. Jangan risau toilet hospital kerajaan ada sediakan air panas untuk kita mandi.

8. Pad - Ni penting ni. Lepas bersalin kita akan dipakaikan dengan pad yang ada tali tu tanpa pakai underwear. Lepas tu takkan nak biarkan aje. Kene ganti. So bawa la pad korang tu satu pek  ye.

9. Underwear - ni penting kene bawa ye. Time kat labour room tu memang kita kene buka semua bra ngan panties tu. Tapi lepas tu kene pakai la balik kan bila dok kat wad. Better pakai jenis nursing bra, senang nak menyusukan baby nanti.

10. handphone dan power bank - penting ni. Kalau bawa handphone aje tapi payah nak charge buat apa. So paling senang bawa ler power bank siap-siap supaya senang nak charge hp tu. Kalau tak mengelupur pulak nak cari plug untuk charge.


Ok...setel bab mak (kalau takde yang terlupa tulis la). Ni nak sembang bab baby pula.

1. Baju new born - 2 pasang dah ok. Terpulang la nak bawa yang baju yang macam mana, jenis seluar panjang ke, seluar pendek ke, rompers ke, lengan panjang ke, lengan pendek ke. Macam aku dulu aku bawa 3 pasang tapi yang pakai 2 pasang aje. Sepasang dipakai masa lepas lahir terus la sampai pagi Isnin tu. Pagi Isnin tu misi minta untuk mandikan baby ngan tukar baju, so masa tu la baru nak tukar baju (kes kena tidur lama kat hospital.

2. Mitten dan booties - 2 pasang pun dah ok. 2 pasang mitten dan 2 pasang bootie. 

3. Newborn diapers - bawa la banyak dalam 10 - 15 keping sebab lepas bersalin baby akan poopoo banyak kali. So memang kena kerap tukar la. Kalau anak tak kena tahan wad maybe 10 keping diapers tu tak habis guna. Tapi kalau tetibe anak kena tahan wad tu, standby ler diapers tu lebih lagi.

4. Kain lampin - bawa la dalam 3-4 helai untuk kegunaan bayi. Kain lampin ni nanti guna dia untuk bedung baby dan juga untuk selimutkan baby. 

5. Tuala kecil - bawa la sehelai dua tuala kecil untuk lap badan baby dan juga untuk tutup ubun-ubun kepala baby tu. 

6. Selimut baby - bawa sehelai sudah yang jenis ada topi kat kepala tu. Boleh bawa masa nak bersalin tu nanti sebab nanti misi lepas bedung baby dengan napkin akan balut baby dengan selimut tu. Nampak comey je nanti.

7. Bantal dan bantal peluk - Ni aku advice bawa la satu bantal kecil dan satu bantal peluk. Aku masa mula-mula tu terlupa nak bawa. Jenuh call asben suruh ambil kat rumah. Nasib baik rumah dengan hospital tu dekat. Sebelum tu terpaksa lapik kepala baby dengan kain napkin untuk jadikan bantal. Bantal ni untuk lapik kepala bayi, bantal peluk pula untuk sendal baby especially lepas menyusu tu nak bagi senang bayi mengiring. Baru dia selesa sikit.

Ok...daripada barang-barang baby yang korang bawa ni, sila asingkan siap-siap barang yang perlu korang bawa untuk masuk ke labour room tu. Jangan bila nama dah kena panggil baru kelam kabut nak asingkan barang untuk dibawa ke labour room. Masukkan aje barang tu dalam plastik sebab nanti masa kat labour room tu plastik tu misi akan sangkut kat tepi katil kita. Ni aku senaraikan barang yang korang perlu bawa masa nak masuk dalam labour room tu.

1. sepasang baju newborn
2. sepasang mitten dan sepasang booties
3. sekeping newborn diapers (2 keping pun xpe)
4. Kain napkin sehelai.
5. Selimut baby yang ada topi tu

Settle bab barang-barang. Ni pula bekal yang perlu dibawa untuk ibu makan masa dalam wad.

1. Air kosong sebotol 
2. Flask air panas (air panas boleh minta dari misi masa diorang edarkan makanan time makan tu)
3. Cawan, sudu,garfu, pinggan (bawa yang plastik sudah)
4. Kurma (bagus dimakan sebelum masuk bersalin sebab kurma memberi tenaga untuk kita mudah bersalin)
5. Air selusuh (kalau ada bawa and minum sebelum masuk labour room)
6. Roti / biskut kering (masa breakfast misi akan edarkan roti dan sepaket milo untuk kita makan tapi konpem macam tak cukup (pengalaman aku). So prepare la roti/biskut kering sendiri.
7. Beberapa paket milo 3in1.
8. Susu tepung - aku memang bawa susu tepung masa dalam wad sebab masa peknen kan kita kena minum susu banyak dan lepas bersalin pula kene juga minum susu untuk banyakkan susu badan.
9. Air kotak - ni optional ni. Kot malas nak bancuh air, minum aje air kotak coklat or susu kotak terus. Senangkan. Tak payah nak angkut banyak barang.
Umar Hayyan dah 10 bulan dah masa entri ni keluar. 

Aku rasa itu aje kot barang-barang yang perlu dibawa masa kene admit wad dulu. Telekung memang aku tak bawa sebab aku guna je telekung kat dalam surau wad bersalin tu. Yelah...ada yang kata selagi kita tak bersalin selagi tu kita kene solatkan. So aku guna aje telekung yang ada dalam surau tu. Kalau ada apa-apa lagi yang perlu dibawa, korang list aje dalam komen ye. Kalau ikut aku, itu ajelah barang yang aku bawa dulu.

Tuesday, August 18, 2015

Bekal Makanan Umar Hayyan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:56:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak stori pasal bekal makan Umar Hayyan pula. Haiyaaa...itu pun mau celita ka? kikikiki...

Ok...tujuan aku cerita ni sebab aku tau kat luar sana ramai yang menjadikan internet sebagai rujukan. Mana ler aku nak tau kot-kot entri ni akan menjadi sumber rujukan satu hari ni.

Aku start bagi makan kat Umar masa umur dia genap 6 bulan. Makanan pertama yang masuk kat Umar adalah bubur nasi yang aku blend halus dan dicampur dengan susu ebm. Kenapa perlu campur dengan susu ebm pula? Sebab selama 6 bulan ni bayi cuma tau 1 rasa dan 1 bau sahaja iaitu susu ibu, so dengan mencampurkan susu ibu ke dalam makanan bayi takde la nanti baby jadi confused bila bab nak makan
Ini 1st time Umar makan bubur nasi. Nampak tak muka dia sedikit pelik tapi dia still suka nak makan.

Masa bulan puasa dulu aku rajin juga masak makanan Umar setiap hari. Bila bangun sahur je, sementara kami makan sahur aku masak bubur. Elok habis makan bubur pun kembang. Sekejap aje kan. 

Kenapa sekejap? Sebab aku dah blend halus beras tu. 

Macam mana nak blend halus kalau beras kena basuh dulu? Mula2 ambil beras biasa tu dan basuh bersih-bersih. Lepas tu toskan airnya. Lepas tu korang sangai sampai kering. Sangai ni maksudnya goreng tanpa minyak. Dah kering (warna beras sedikit perang), blend halus. Lepas simpan.
Gini ler rupa beras tu..

Lepas tu dah habis puasa aku jadi malas. Macam mana tak malas...paling awal jam 8.30 malam Umar dah ajak masuk tidur, lepas tu jam 7.30 pagi baru Umar lepas untuk aku gi mandi. Eh...Umar juga yang ummi salahkan. Takdelah....ummi pun malas juga. So solutionnya aku masak stok untuk 2 atau 3 hari siap-siap and then simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, aku just rendam dalam air panas untuk panaskan je. Kat pengasuh Umar pun aku pesan macam tu.

Aku memang tak follow sangat 4 days rules yang kena bagi makan puree tu. Aku terus bagi makan bubur nasi. Tekak Melayu la kan. Tapi lepas seminggu aku praktiskan bubur nasi dengan susu ibu, baru aku try mix bubur nasi dengan bahan lain macam epal, kentang, kurma, dan lobak merah. Bahan-bahan campuran ni aku jadikan puree dulu supaya senang bila nak masak aku just campak aje dalam nasi yang mendidih. Bila aku buat campuran macam ni rupanya bubur nasi tu jadi manis-manis buah gitu.

Sebenarnya aku memang follow cara mak aku pun. Teringat masa aku kecil-kecil dulu mak aku akan masakkan nasi lembik untuk adik aku yang masih baby dan bila nak makan tu mak aku letak serbuk ikan bilis. Serbuk ikan bilis tu pun mak aku buat sendiri dan aku yang kadang-kadang tolong tumbuk. Tapi untuk sesuaikan dengan keadaan sekarang, aku campur la dengan puree sikit untuk bagi rasa manis.

Umar memang kurang suka makan puree. Aku try bagi puree apple dengan susu ibu tapi dia tak berapa suka. Try juga bagi pisang lenyek dengan susu ibu, lagi la dia kurang suka. Bila aku perati rupanya Umar ni jenis yang kurang suka makanan manis. Manis-manis sikit takpe. Serupa dengan perangai abi dia. Jenis yang kurang suka manis. 

Bila umur Umar masuk 7 bulan lebih, aku start campur dengan serbuk ikan bilis. Serbuk ikan bilis ni aku buat sendiri. Cara yang sama macam buat beras tu. Basuh bersih ikan bilis yang dah dibuang tahi dengan tulang. Lepas tu sangai lepas tu blend halus. Bila aku nak blend nasi tu aku campur je ngan serbuk ni dan diblend sekali. 
Ha..ni rupa serbuk ikan bilis buatan sendiri tu.

Campur aje dalam bubur nasi yang dah masak tu

Tara...hasil yang dah siap aku masukkan dalam bekas kecil ni, bagi sejuk dulu sebelum masukkan dalam peti sejuk.

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:11:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru didunia.


Tak lupa juga ucapan selamat hari guru untuk cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah yang telah mengajar saya di:

  • Tadika Islam Alor Pongsu (1985-1986) - Cikgu Dah dan Cikgu Fauziah
  • Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu (1987-1992)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu (1993-1995)
  • Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Penang (Feb 1996) - sebelum cabut gi MRSM
  • MRSM Balik Pulau, Penang (1996-1997)
  • Matrikulasi Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani, Kedah (1998)
  • Matrikulasi Sains USM, Penang (1999)
  • Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Penang (2000 - 2004)
  • Sekolah Memandu Soon, Bagan Serai, Perak (2004)
  • Advanced Manufacturing Institute and Universiti Malaya (2005) - Ini ambil kursus INSEPS untuk Advanced Diploma.
  • Universiti Teknologi Malaysia, Johor (2009-2011)

Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Allah yang mampu untuk membalasnya.

Thursday, January 30, 2014

Kenangan Lalu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:41:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Semalam kemas-kemas bilik. Maklumlah nak ready untuk transform jadi bilik pengantin. So kenalah cuci sapu kemas apa yang patut.

Bila dah start kemaa tu, apa lagi sambil-sambil la buat 5S kat fail-fail lama masa zaman belajar dulu. Bila dah kemaa-kemas tu terjumpalah keratan akhbar pasal sekolah lama.

Ini berita pasal pasukan bola baling sekolah menengah kat kampung masa aku f5 dulu. Time ni aku dh tukar gi mrsm. Tapi tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula sekolah lama kan.

Bila baca je pasal berita ni kat paper, rasa bangga tu tak dapat digambarkan. Tidak dapat dinafikan masa tahun tu pasukan bola baling wanita sekolah amat digeruni oleh sekolah lain. Seingat aku la, setiap kali ada perlawanan gelaran juara memang tak lepas. Sebab tu pasukan sekolah aku tu jadi wakil daerah untuk perlawanan peringkat negeri.

Korang mesti pikir...hek eleh...citer lama pun nak sembang. Sebenarnya aku nak bagi tau yang aku sangat bangga dengan sekolah lama aku. Walaupun sekolah tu kategori sekolah luar bandar, kami berjaya buktikan yang sekolah kami mampu beri saingan dalam semua bidang.

Alhamdulillah, setakat ini yang aku tahu sekolah aku antara sekolah yang berada di ranking atas peringkat negeri Perak untuk exam pmr dan spm.

Tahniah untuk kawan-kawan sekeian

Send from my Windows Phone

Wednesday, January 1, 2014

Good Bye 2013....Welcome 2014

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:49:00 PM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sepatutnya entri ni aku kena buat semalam sempena hari terakhir 2013, tapi tak sempat sebab bila siangnya aku sibuk dengan sesi lab yang berlanjutan sampai 4 jam, manakala malam tu pula keluar dengan En.Syg jalan-jalan sekitar Kangar sambil tengok bunga api. 

Hari ini dah masuk tahun baru, dah 1 Januari 2014. Tahun bertukar tetapi aku tetap sama.

Wishlist?!
Aku ni bukan jenis spesis yang ada wishlish untuk setiap tahun. Aku jenis main aci ikut kepala otak sendiri je. Tak de la plan nak beli itu ke, beli ini ke, buat itu ke, buat ini ke. Sebab pada aku kalau aku tak dapat apa yang aku hajatkan tu, ianya akan menyebabkan aku jadi sangat-sangat sakit hati sebab terbeban dengan satu benda yang membebankan aku. Tapi ini bukanlah bermakna aku langsung takde hajat ape-apa dalam hidup aku, cumanya hajat aku tu adalah jenis yang open selama mana aku masih bernafas di bumi Allah ini serta diberi kesihatan yang baik oleh-Nya. 

Azam tahun baru...
Kalau tiap-tiap tahun aku selalu cakap nak cari 'azam' untuk diri aku tapi Alhamdulillah pada tahun 2013 aku dah jumpa 'azam' aku tu sendiri. Jadinya untuk azam tahun baru 2014 ni, seperti tahun-tahun sebelum ni juga, aku nak perbaiki lagi amal ibadat aku dengan Allah, dan teruskan berbakti untuk kedua ibu bapa aku serta famili aku. Dan of course ada satu azam baru yang aku nak tambah iaitu menjadi bidadari untuk En. Syg.

Jom kita review peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2013 yang lalu.
  1. Holiday ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam dengan kawan-kawan opis. 1st time buat passport dan pergi melancong ke luar negara ni. Seronok sangat.
  2. Terjebak dengan banjir kilat di kawasan rumah makcik aku kat Shah Alam masa aku pergi ke sana untuk tujuan shopping kat Sogo. Hampir 10 tahun kampung makcik aku tu tak banjir tapi tiba-tiba tahun 2013 tu kena serangan banjir kilat la pula. 
  3. Dilantik sebagai Pemangku Penolong Pendaftar opis aku. 1st time buat keja admin ni. Stress dan kelam kabut betul hidup aku selama 3 bulan pangku jawatan ni. Hari-hari balik rumah aku nangis sebab tekanan sangat.
  4. Akhirnya aku berpindah masuk ke rumah baru. Yahooo...rumah aku sendiri yang dibeli dengan titik peluh sendiri. Seronok sangat. Tapi tetap rasa sedih nak meninggal kejiranan di taman lama aku. 5 tahun dok menyewa kat situ. Syahdu ooo.
  5. Kelam kabut uruskan hal rumah baru seperti grill, langsir, cat, beli perabot dan juga urusan pindah rumah. Nasib baik ada En. Syg. Dia la yang banyak tolong aku. Kalau tak memang pancit gak la hidup aku ni.
  6. Siapkan kabinet dapur rumah baru. Ini part yang paling aku suka ni, buat kc.Tapi bila suka kena la berbaloi dengan harga kc tu. Tutup sebelah mata aje la kan.
  7. Selepas 2 tahun, Bos bagi workload untuk mengajar student diploma balik. Terkial-kial aku nak mengajar sebab selama 2 tahun ni aku rilek je jaga sesi makmal untuk student degree.
  8. Dapat anak buah baru. Hoyee...ini pun aku suka juga sebab adik aku dapat baby sulong dia. Darrien Rahman nama diberi. 
  9. Dapat ahli keluarga baru iaitu adik ipar baru. Adik lelaki aku berkahwin pada tahun 2013.
  10. First time beraya dengan adik ipar baru, tapi Darrien pula balik raya rumah paknek kat Serawak.
  11. Banyak habiskan duit bershopping kat Ikea je sebab nak penuhkan rumah baru dengan perabot yang sesuai. Kalau aku sendiri tak turun ke Ikea, aku pesan kat kawan-kawan yang balik KL untuk tolong belikan. Addicted betul aku dengan barang-barang Ikea ni.
  12. First time aku drive ke Ikea tanpa ditemani oleh adik aku si Jimah tu. Hahaha...siap sesat-sesat lagi. Tapi sekarang dah terrer dah jalan nak gi sana.
  13. Cik Kam datang Perlis...Yeay.....selepas hampir 8 tahun akhirnya kawan aku Cik Kam datang Perlis dan orang pertama dikalangan kawan-kawan aku yang datang ke rumah baru aku.
  14. Terjebak dengan penulisan blog mengenai idea susun atur dan dekorasi rumah. Sebelum ni blog aku ni tempat aku merepek dan merapu je. Tapi untuk 2013 akhirnya aku dah nampak hala tuju blog aku ni.
  15. Beraya sebagai orang bujang untuk kali yang terakhir dan sambut birthday sebagai orang bujang untuk kali yang terakhir gak.
  16. Jumpa ramai kawan-kawan blog yang mempunyai minat yang sama mengenai susun atur. Otai-otai diorang ni.
  17. Jumpa 'azam' tahun 2013 dah iaitu En. Syg.
  18. Dapat hadiah sempena birthday daripada En.Syg iaitu cincin risik.
  19. Akhirnya...aku bertukar status menjadi tunangan orang. 
  20. Terjebak dengan operasi DIY untuk majlis kahwin awal Februari nanti.
  21. Terjebak dengan kemahiran lukisan doodle. Sekarang ni dah tau sikit-sikit dah cara nak lukis doodle guna Excell ngan photoshop.
  22. Adik aku yang bongsu masuk uitm Arau dan adik aku yang no 5 dapat masuk balik ukm bangi selepas setahun bercuti.
  23. Bestfriend aku si Rafeah datang bercuti ke Bukit Merah dan akhirnya mak dia sampai juga ke rumah aku di Perak. Alhamdulillah. Si Jenap rafe pun akhirnya dapat berjumpa dengan Edward aku. Mazda love Honda. Hihihihihi.
  24. Mak aku masuk hospital sebab nak buat pembedahan lutut. Merasa la aku tidur kat hospital Taiping tu beberapa malam disamping berbakti kepada mak aku.
Aku rasa cukup kot review pasal diri aku sepanjang tahun 2013 ni. Walaupun nampak banyak sangat peristiwa yang berlaku pada tahun 2013 ni, tapi serius cakap, aku rasa tahun 2013 ni macam sekejap aje datang. Tup tup dah jumpa tahun 2014. Ape pun aku harap tahun 2014 akan bagi lagi banyak peristiwa dan kenangan baru yang lebih menyeronokkan untuk diri aku dan juga famili aku.

Sunday, December 15, 2013

Aku Dan Stesen Bas Kangar

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:04:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini kisah aku dan stesen bas Kangar. Memang penuh dengan kenangan ni. Selama 2 tahun setengah berulang-alik Kangar-Shah Alam-Kangar menghabiskan sesi mengaji master-ji aku tu, dekat sinilah aku tercongok macam orang blank sambil tunggu bas untuk pergi ke Shah Alam, dan tercongok sorang-sorang tunggu hari siang sikit bila sampai dari Shah Alam untuk pergi ambil kereta.
Aku pernah nangis sorang-sorang bila turun dari bas dari Shah Alam sebab masa tu bas sampai Kangar pukul 5.30 pagi. Nak pergi ambil kereta takut sebab kereta aku park kat belakang bangun. Gelap. Jadinya sementara nak tunggu pukul 6 pagi, aku melepak sorang-sorang sambil nangis, mengenangkan diri sendiri yang terpaksa berdikari sorang-sorang demi untuk menuntut ilmu.

Itu cerita 2 tahun yang lepas. Cerita dari tahun 2009 sehingga tahun 2011. Cerita pengorbanan untuk menuntut ilmu. Dan Alhamdulillah....semua itu amat berbaloi. Dan setiap kali aku lalu depan Stesen Bas Kangar ni, hati aku menjadi sayu bila semua kenangan dulu menjelma.

Send from my Windows Phone

Friday, November 22, 2013

Tahniah Nani Tahniah Anjang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:58:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Buka FB pagi ni aku dikejutkan dengan jemputan kahwin daripada kawan sematrik aku masa kat Mat Jiwa dulu. Opss...lupa nak intro sikit. Aku ni batch last matrik 2 tahun under USM before KPM take over. Untuk matrik 2 tahun ni, first year tu kena buat kat selected boarding school especially area utara and after a year pula sambung kat main campus USM Penang. Masa buat matrik kat Mat Jiwa ni kami ada 4 kelas yang diambil daripada perkataan J.I.W.A.
So the bride ni budak kelas sebelah. Ok fine...dia nak kahwin sebab maybe dah sampai seru. Tapi yang paling buat aku terperanjat sikit tu ialah the groom tu classmate aku. Hahahah.... senyap-senyap je korang ek.

Both of them memang kamceng la since matrix lagi. Yelah...dua-dua orang tu orang Terengganu. After habis study pun aku difahamkan memang diorang ni still keep in touch (including me). Hmm...patutlah dah lama tak baca status single mingle meroyan diorang kat FB...rupa-rupanya sudah keep in heart. Bukan aku aje yang terkejut, kawan-kawan lain pun terkejut sama.

Anyway...congratulation for both of you. Sorry banyak-banyak sebab aku tak boleh nak attend wedding korang tu walaupun teringin juga jumpa kawan-kawan lama (macam la aku ni glamer sangat time matrik dulu). Well...aku pun tengah darah maniskan...hahhaha...baik elakkan diri nak travel jauh-jauh.Ape pun aku doakan semoga hubungan korang mendapat barakah dunia dan akhirat.

To my friend...Wan Nur Hanani bt Wan Mustafa (nani) dan juga Azrie Razif bin Johari (anjang) ...congratulation again!

Nota_jari: their wedding card is so cute

Monday, October 21, 2013

Tahniah Mila

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:43:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sabtu sebelum nak Raya Aidiladha tu aku attend majlis kenduri x-roommate  masa 1st year kat USM. Lama juga tak jumpa dengan dia since habis study tahun 2004 dulu. Tapi nasib baik la ada FB ni, so kat sini la dok update perkembangan terkini dan sensasi.
Tahniah ye Mila. Senyap senyap je ek. Tup tup jemput makan kenduri. Kenduri pula ala ala tema Bollywood tu. Elok sampai je disambut dengan lagu Hindustan. Yelah kan...Mila ni kalau tak silap aku ada darah-darah India kot. Tengoklah hidung dia tu tinggi je terletak. Takde la macam hidung aku yang macam cerobong asap tu. Hahahaha..

Teringat masa 1st year kat USM dulu. Masa tu still kat USM cawangan Tronoh, Perak, sebelum pindah ke Penang lokasi yang sekarang ni. Dalam bilik aku tu dah jadi port budak2 Kimia bergosip. Aku yang budak Elektrik ni pun join sekaki la. Seronok dengar sambil gelak-gelak. Apelah sangat gosip kami ni kalau tak pasal student couple, kafe makan tak sedap, shopping ke Ipoh sampai terlepas bas, skodeng senior dan macam-macam lagi la. Paling tak pun kami bergosip sebab nak hilangkan stress study. Lawak betul bila teringat.

Kejap je kan semua tu berlalu. Tapi kenangan tetap abadi dalam ingatan. Anyway...Tahniah sekali lagi ye Mila. Semoga diberkati suami isteri didunia dan diakhirat. Amin.

Thursday, September 12, 2013

Suatu Masa Suatu Ketika

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:47:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt


Sejak dari malam tadi aku terkenang-kenang kehidupan asrama aku masa sekolah dulu. Rindu kat kawan-kawan, rindu kat cikgu, rindu kat dewan makan, rindu kat kelas, dan of course la rindu kat bilik asrama.

Aku ni dulu bukannya budak pinter sangat. UPSR pun cukup-cukup makan. Masa dapat result UPSR dulu aku terkejut gak sebab macam mana la boleh dapat result yang macam tu sebab aku pun tak tau bila masanya aku study. Buku latihan pun takde time tu. Betul-betul hanya guna buku latihan yang cikgu bagi je.

Masuk sekolah menengah baru struggle nak study. Ish masa ni takde la nak struggle sangat sebab bila masuk sekolah menengah tu kawan-kawan yang pandai masa UPSR dah blah masuk sbp. So masa itu boleh la aku menunjukkan kehebatan aku pula. Ala....sekolah kampung aje pun. Memanglah nampak hebatkan. Cer masuk sekolah kat bandar, maunye aku ni masuk kelas belakang.

Yeah...balik pasal cerita asrama. Aku masuk asrama masa Form 4. Bukan tak sayang sekolah lama, tapi dah sekolah lama tu takde aliran sains tulen/sains teknikal, so kena la berhijrahkan. Cikgu-cikgu pun masa tu amat menggalakkan kami pindah sekolah, tak kiralah sekolah vokasional ke, sekolah teknik ke ataupun sbp. Mula-mula tu aku dapat tawaran teknik dan sbp je. Yang best tu sbp yang aku dapat tu adalah sekolah best friend aku masa sekolah rendah dulu. Seronok juga kan sebab dapat sekolah yang sama dengan bestie ko. Tapi bestie aku time tu nak pindah pi sekolah lain sebab sekolah lama dia tak offer aliran sains tulen. Jadi end up aku pilih masuk teknik aje la. Lagipun abang aku sekolah kat sekolah teknik yang sama. Jadinya mak aku takde la risau sangat sebab abang aku ada nak memantau aku. Sekolah teknik ni kalau kita ada abang atau kakak, jadi senior-senior ni takde peluang nak buli kita. Sama macam aku la. Hahahhaha....

But aku tak enjoy sangat masa kat asrama teknik ni. Ko bayangkan pukul 3 pagi dah bangun gi mandi. Lepas tu sambung tido balik, and bangun subuh terus siap-siap pergi sekolah. Before ke kelas nak kena angkut tong sampah besar kat asrama bawa gi kat tempat kumpul sampah belakang dewan makan. Ooo...memang tekanan betul aku time tu. Lagi-lagi tekanan bila tengok senior boleh enjoy mandi lagi pukul 6.30 pagi sedangkan kami yang junior ni dah berbaris untuk ke kelas. What the %#^%&#. Makanan...haaa...aku memang tak lalu tekak bila makan kat dewan makan sekolah teknik ni. Tak sedap. Sup sejuk and manis pula tu, ikan kecik, sayur keras...aku tak tau la macam mana la abang aku boleh bertahan duduk kat sekolah ni. Aku lebih rela makan nasi kosong dengan lauk ikan kering je daripada makan makanan kat asrama tu. Tak sedap beb (time aku sekolah dulu la).

Sebulan aku duduk kat teknik aku dapat tawaran mrsm pula. Yes..this is the time to run away. Lagi pun pengetua teknik dah bagitau, once u masuk teknik, memang susah nak keluar melainkan u get better offer from better school. So, mrsm lagi ok dari teknik kan. Masa untuk cabut la. Time tu ayah aku tak bagi pindah dah. Dia suruh aku stay kat teknik je. Maklumlah duit dah banyak habis untuk preparation aku ke teknik. Tapi aku tak kira, aku nak pindah sekolah juga. Alasan aku, makanan teknik tak sedap, aku tak boleh nak study. Bagus tak alasan aku. Lepas tu abang aku pun bagi sokongan aku pindah sekolah. Huhuhu...taknak aku spy aktiviti dia kat teknik ler tu. Hahahaha...

Pujuk punya pujuk, ayah aku lembut hati. So dia hantar la juga pergi mrsm. Bukan jauh pun, still dalam negeri yang sama dengan teknik tu. MRSMBP. Masuk mrsm, ayah aku kasi warning jangan gatal nak keluar asrama dah walaupun makanan tak sedap. First soalan yang ayah aku tanya kat aku bila aku call dia masa 1st time adalah makanan sedap ke tak. Dan jawapan aku, yeah...makanan mrsm mmg sedap dan mewahhhh. Ayam seketul besar, buah tembikai besar-besar, air nak tambah banyak kali pun tak kena marah. Memang heaven duduk kat mrsm. Lagi pun asrama pun selesa, katil single not double decker macam kat teknik. Lepas tu aku tak perlu bangun pukul 3 pagi untuk mandi pergi sekolah, bangun pukul 7 pun sempat lagi nak mandi dan bersiap-siap ke sekolah.

Hiduplah aku selama 2 tahun kat mrsm tu. Kalau masa kat teknik dulu aku terasa juga homesick, tapi masuk mrsm aku takde rasa homesick sangat. Sebabnya mrsm ni berada di kawasan kampung. Dan aku adalah orang kampung. So aku sangat suka dengan environment itu. Belakang asrama ada kebun durian dan rambutan. Pagi-pagi nak pergi sekolah pula tak payah rawcall kecuali perbarisan pagi aje. Lepas tu senior dan junior pula di asingkan blok. Tak ke seronok time itu. No buli-buli.

Wah...memang membuat hati aku rindu dengan kehidupan asrama. Gambar tu banyak tapi aku malas nak scan. Nasib baik geng-geng sekolah ade share gambar kat fb. So, aku copy and paste aje la.


Ini gambar kelas aku masa Tingkatan 4. Yes, kelas aku takde cikgu kelas pun. Kami cuma ada cikgu yang menyelia kelas aje. So seorang cikgu maybe akan menyelia 1 atau 2 kelas. Masa ni semua masing-masing muka innocent aje. Tapi sekarang ni masing-masing dah jadi bapa n mak orang. Dan yang paling penting, masing-masing dah jadi MANUSIA. Thanks cikgu sebab sabar mengajar kami dulu.

Masa kat mrsm memang banyak aktiviti yang kami buat dan sekolah anjurkan. Walaupun duduk asrama tapi kami enjoy.

Time ni ade aktiviti gotong-royong kot, orang lain pulun buat kerja kami ambil gambar je kerjanya.

Time asrama kalau tak ambil gambar memang tak sah. Masa aku sekolah dulu mana ade kamera digital macam sekarang. Semua pakai filem gulung lagi. Kawan-kawan aku gigih beli filem yang takde warna ni untuk ambil gambar macam ni. Tapi hasilnya...cantikkan.

Outing ramai-ramai dengan classmate untuk makan pizza. Ini girls outing ni. Gigih la kami semua ni naik bas dari Balik Pulau untuk ke Komtar. Bas pula bas buruk yang takde aircond, dengan jalan dari Balik Pulau tu yang macam ular kena palu. Pening aku. Tapi sebab makan punya pasal...aku ok je.

Sekarang ni tengah gila trend color block. Elehhh..aku dah buat color block tu lama dah dari sekolah dulu. Tengoklah...baju kuning, tudung aku kaler biru. Ada aku kesah time ni. Janji tudung aku tu menjadi dan tak senget benget.

Ini gambar lawatan kelas aku ke Cameron. Naik bas maktab yang takde aircond. Bas pula corak macam bas tadika. Hihihi...Sekarang ni aku rasa Sri Juliana ni dah naik taraf jadi hotel kot. Dulu chalet aje, senang cakap...rumah orang. Masa ni pergi Cameron kalau cakap still keluar asap kat mulut. Tapi kalau sekarang ni, asap takde keluar dari mulut dah, tapi banyak keluar dari ekzos kereta. Nampak sangat Cameron dah kurang sejuk.

Ini aktiviti akhir kami sebelum nak SPM. Buat BBQ kat belakang kelas. Daging tu minta makcik dewan makan yang sediakan. Kami just ambil dan bakar. Seronok sangat. Cikgu pun tak marah. Makan sampai puas tapi kena balik asrama sebelum pukul 11 malam. Kalau tak kena kunci grill asrama. 

Kalau nak diikutkan banyak lagi gambar masa kat mrsm tu. Tapi sebab malas nak pergi belek dan scan. Jadinya tempek aje gambar yang sedia ada.

Monday, June 24, 2013

Kalkulator

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:44:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Hari ni nak cerita pasal kalkulator pula. Untuk orang teknikal macam aku ni, kalkulator amatlah penting dalam kehidupan seharian. Lagi-lagi kalau yang berkecimpung dalam arena akademik. Sangatlah penting terutamanya bila nak kira markah pelajar.


Ini adalah kalkulator yang aku guna sejak dari zaman matrik tahun 1999, sampai la aku habis mengaji master tahun 2012. Seingat aku hanya sekali je aku pernah tukar bateri kalkulator ni iaitu masa tahun 2003, time exam final year. Ye la kan, saat genting tu, so aku tanak la disebabkan kalkulator habis bateri aku kena extend. Lepas dari tu aku dah tak tukar bateri dah sampai la aku sambung ngaji master tahun 2009. Masa tu nak juga aku tukar bateri baru ataupun nak beli kalkulator baru terus, tapi asik tertangguh je. Last-last berjaya juga lulus semua exam walaupun dalam hati cuak gila takut bateri kong. Walaupun macam tu, kalkulator ni masih lagi boleh digunakan, dan bateri pun still ok lagi. Cuma papan display dia tu je yang dah lusuh, tanda kalkulator ni dah out of date.



Ini pula kalkulator baru aku. Baru je beli. Aku beli pun sebab pergi kedai teman adik aku beli kalkulator, so aku beli sekali la untuk diri aku. Rupa still lagi sama macam yang lama, melainkan terdapat beberapa penambahan fungsi. Display pun makin canggih. Semua jenis pengiraan arimetik boleh terus kira siap boleh simpan formula (yang ringkas aje la). Sekarang ni aku dok terkial-kial study pasal kalkulator ni. Adat orang akademik la kan, semua benda nak kena study dulu sampai paham baru rasa yakin nak apply. So sekarang ni manual penggunaan tu aku baca macam baca buku teori litar, baca sikit try n error. Itu pun still tak paham juga. Setakat operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang biasa tu aku paham la. Nak yang complicated sikit, lambat la sikit

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea