Showing posts with label Susunatur. Show all posts
Showing posts with label Susunatur. Show all posts

Wednesday, August 12, 2015

Pejabat Baru, Susunan Baru, Deko Pun Baru Juga

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:27:00 PM 1 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hari tu aku just buat teaser untuk opis baru aku je. So hari ni setelah berpenat lelah mengemas dan mendeko...tibalah masanya untuk aku dedahkan segalanyanya...

cis...ayat tak boleh blah btul kali ni...bahasa apakah ini? (ngutuk diri sendiri)

Ha inilah opis aku buat masa ni lepas pindah jabatan. Besar bilik ni macam bilik prof, sedangkan aku ni cuma pegawai cabuk je. Tapi doa-doakanlah ye kot2 memang rezeki aku boleh gak achive sampai jawatan prof tu. Kalau compared ngan bilik lama masa kat jabatan lama dulu, lebih kurang je besar dia (baca sini). 

Cerita pasal deko bilik ni pula sebab aku dah tepu nak mendeko kat rumah sendiri. Bila dah ada baby ni, segala jenis deko macam tak masuk je dengan kehendak dan konsep yang aku nak. Last-last biarkan aje la.....penyudahnya bersepah. Bila dapat pindah masuk ke pejabat baru ni, semangat mendeko tu datang. So ape lagi, mendeko la aku sementara free ni.

barang-barang untuk deko ni datang dari opis lama (hak sendiri kan). Ada juga yang aku angkut dari rumah. Dan ada juga yang aku gatal beli baru. 

Macam wallpaper tu aku beli kat Kaison Aeon Manjung je. Wallpaper murah, segulung RM19.90 siap dengan gam (kertas sticker). Ni kes teringin sangat nak letak wallpaper kat rumah tapi tak jadi so letak kat opis aje la. Tapi disebabkan ketinggian yang tak mengizinkan, maka wallpaper aku lekat tak penuh. 

Wall shelf ni pula aku beli kat Giant Alor Setar. Masa aku teaser kat fb, ramai kawan aku tanya kat mana nak beli wall shelf ni. Diorang ingat aku beli kat Ikea, sebab aku memang peminat barang Ikea, tapi sebenarnya beli kat Giant aje pun. Harga dia berpatutan la juga, untuk satu set ni yg ada 3 size ni cuma RM33.90 aje. Kebetulan waktu aku gi beli ni ada warna merah, hitam dan putih. Sebab nak naikkan seri, aku saje pilih yang warna merah.
Haaa...kau...kat atas nampak cantik...kat bawah wayar berselirat. Aku memang bukan jenis nak mendeko atas meja sebab bila aku sibuk penggunaan meja kerja aku adalah pada tahap maksimum. Ini belum lagi aku nak letak printer bagai ni.

Yang gambar kat bawah ni pula sangat-sangat disaster. Aku dah siap lekat cantik-cantik polistrin dengan wrapping paper merah tu and then lekat kat dinding habuan untuk aku display koleksi keychain aku tu. Buat hari Khamis minggu lepas. Sekali hari Selasa semalam masuk opis polistrin tu dah terbalik terjatuh. Habis bersepah keychain-keychain aku. Buat sementara aku biarkan la dahulu sudut disaster ni sementara aku nak dapatkan idea penyelesaian untuk masalah ni.

Itulah serba sedikit cerita deko untuk opis baru ni. Nanti kalau ada apa2 update, aku update lain ye. Kepada kawan-kawan yang datang melawat.......selamat menjamu mata korang korang ye.

Wednesday, August 5, 2015

Kedai Tanpa Nama

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:23:00 PM 5 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Lai lai....peminat deko taman gaya english style dan juga peminat pokok-pokok bunga...ni ada satu kedai aku nak recommend kat korang ni. Sebelum aku bagitau kat mana lokasi kedai ni...meh layan gambar-gambar amatur yang sempat aku snap ni. Kasi korang lagi semangat nak tau pasal kedai ni.
ni masa nak masuk ke kedai ni....sempat snap dari dalam kereta

lokasi dia tepi jalan je...kedai ni takde nama

antara pokok bunga yang ada

yang bawah bangsal tu pokok orkid

aneka jenis pasu dan hiasan batu yang comel-comel

kalau jenis suka english style mesti suka dengan basikal putih ni

taknak pasu kaler...pasu takde kaler pun ada

ni anak pokok buah tin

kincir angin pun ada siap ngan ayam itik lagi

Lokasi kedai ni senang je sebab tepi jalan besar Jalan Pauh-Padang Besar, dan bersebelahan dengan Felda Rimba Mas. Kalau korang datang dari UniMAP Pauh tu...korang straight aje la sampai jumpa pos UPP and then atas skit pos UPP tu sebelah kiri jumpa Felda Rimba Mas dan sebelah tu kedai ni ler. Kedai ni takde nama so korang kena alert sikit la.

Jom pakat-pakat orang Perlis dan orang Kedah yang berhampiran bolehlah serbu kedai ni. Semua barang ni Siam mari. Harga pun berpatutan. 

Korang nak tau apa yang aku beli...aku beli pokok bunga raya kaler pepel aje...RM15 untuk anak pokok pasu kecil.

Teaser: Office Baru

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:57:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Malas nak sembang panjang-panjang....kasi teaser dulu....

Wednesday, July 8, 2015

Kemas-Kemas Raya

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:03:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Lama dah tak update pasal kemas-kemas rumah ni. Macam biasa tempat yang paling aku suka kemas mestilah dapur. Dapurku duniaku...hahhaha...Takde ape pun yang berubah melainkan tertambah sebuah peti deep freezer; sebab mudah nak simpan ebm kan. Oklah....jom layan gambar sekeping dua ni.









Ok...itu aje...babai....

Monday, October 20, 2014

Makeover

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:59:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Amboi...makin membuyung perut ni aku pun makin malas nak update blog. Sorry la kawan-kawan...serius memang takde idea nak update banyak-banyak macam dolu-dolu. Pembawaan budak kot (alasan...cehh).

Hmm...dah setahun lebih aku duduk kat rumah sendiri, susunatur pun banyak tak berubah. Baru-baru ni En.Syg bagi cadangan untuk ubah susunatur ruang tamu. Pada aku itu cadangan yang bagus cuma kena try and error la sebab takut susunatur yang baru tu akan membuatkan rumah sempit aku makin kurang selesa. 

Sempena cuti hujung minggu semalam tu, aku try la minta tolong En.Syg untuk kemas rumah sementara aku pula boleh la nak masak. Kalau nak harap aku kemas rumah, memang aku dah tak larat dah. Masak ni pun aku cuba gigih kuatkan semangat je untuk laki aku tu. Ikut hati..memang nak rehat je dengan kaki dah bengkak bagai dan jalan pun dah macam penguin capik. So, En.Syg pun setuju la nak tolong kemas rumah dan tukar susunatur ruang tamu tu. 

Berbanding dengan susunatur lama, aku rasa susunatur yang baru ni nampak macam ruang tamu aku tu luas. Rasa macam tenang je. Eh...korang nak tengok ke gambar tu...haaa...meh sini aku tepek 2 3 keping gambar ruang tamu aku selepas di makeover oleh En.Syg.
Ini pandangan daripada pintu bilik utama. Kena ambil dari posisi senget, itu pun nampak sebahagian je.

Sila abaikan teddy bear dan bantal atas meja tu. Tu habuan untuk lepak kat lantai untuk tengok tv.

Wing chair ni dah replace tempat tv yang lama. Side table  putih tu side table Lindved yang baru je aku beli kat Ikea bulan lepas. Baru je pasang. Hehehhe...

Lokasi tv pula dah replace ke tempat wing chair tu.

Pandangan dari lokasi tv. Dah macam ada 2 ruang yang berbeza, ruang tamu dan ruang makan.

Rak buku kekal kat tempat lama. Nampak luaskan kawasan ruang tamu aku berbanding susunatur yang lama.

Ruang makan tetap kekal dengan susunatur lama. Try juga ubah meja makan tu jadi melintang tapi makan space pula. So kekal aje la cara susun meja makan tu dengan gaya memanjang.

Lepas makeover ni rasa dapat refresh balik life kat rumah ni. Dan satu lagi, semua sofa dan wing chair aku akan dapat digunakan secara maksimum (sebelum ni wing chair tu takde sape yang nak duduk sebab tak boleh nak tengok tv).

Ape pun tq untuk En.Syg sebab sudi tolong untuk makeover susunatur ruang tamu. Tq ye Abg.... :D

Monday, September 22, 2014

Rak Baru

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt...

Yuuhuuu...geng susunatur semua. Kali ni aku nak sembang sambil menunjuk rak baru kat kaunter dapur aku pula. Hahahaha....tetiba aje kan. Bab nak menunjuk memang nombor 1 kat aku. Wakakaka....

Sebenarnya takde ape pun. Last week masa hantar parent aku gi Haji  kat Kelana Jaya tu sempatlah aku singgah Ikea sekejap. Hampir setahun lebih ooo...aku tak jejak kaki kat Ikea. Showroom pun dah berubah, tapi aku tak sempat nak snap la pula. Ini 1st time jalan-jalan ke Ikea ngan laki aku. Hehehe...walaupun kaki dah bengkak dan jalan pun dah macam penguin, tapi demi Ikea tetap aku gagahkan juga. Hahahahha...

Kat Ikea ni aku sempat merembat beberapa barang tapi dikawal selia oleh En.Syg. Time bujang dulu takde sape yang nak larang, so bila dah kawin ni kene la tanya pendapat En.Syg juga. So antara yang aku berjaya rembat adalah rak Variera seperti dibawah ni.
Rak Variera - ehsan dari Ikea

Bila dah sampai rumah maka aktiviti menyusun atur la. Jadi inilah lokasi dimana aku letak rak ni.
Ye...ini sudut favorite aku ni. Sebelah dapur dan sebelah sinki. Senang nak capai semua segala time masak. tapi En.Syg kurang gemar sikit sebab katanya nanti bakul sos tepi dapur tu senang terkena minyak. Tapi nak buat macam mana...hanya itu je ruang yang ada. Aku pula malas nak letak jauh-jauh...malas nak bergerak.
Oklah..tu je kot nak share kali ni. Lain kali aku share benda lain pula. Insya Allah...

Tuesday, August 19, 2014

Spring Cleaning: Kemas Dapur Mana Yang Termampu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:31:00 AM 8 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini cerita weekend lepas. Selepas berzaman aku membiarkan rumah aku diuruskan oleh En.Syg, akhirnya weekend lepas aku gagahkan juga diri aku ni untuk mengemas bahagian dapur dulu. Aku memang mengaku, since aku disahkan mengandung ni, last aku all out mengemas rumah aku masa usia kandungan aku 2 bulan. Lepas tu aku jadi malas sangat nak mengemas, memang ketara sangatlah rumah aku tu bersepah tapi takdelah sampai menyemak biji mata (eh!...boleh ke? hahahha).

Ini adalah keadaan dapur aku sebelum aku start mengemas. Ruang yang ada cuma cukup-cukup untuk aku buat keje memasak je. Semua benda main aci letak je dengan anggapan kendian-kendian baru nak kemas. Tapi kendian-kendian aku tu ambil masa juga la.
Tengok...area rak pantri aku yang sangat sepah. Kordial minuman ngan penyembur serangga pun boleh ada kat level yang sama.
Agak-agak korang berapa lama aku tak cuci dapur aku tu? Malaskan aku ni.
Tu dia...main aci letak je kat rak pinggan aku ni. Siap ada botol kosong pati delima lagi tu.
Dengan polistren bersepah atas kaunter. Adoi laaa...

Itu belum lagi aku tunjuk keadaan dalam kabinet bawah tu. Main aci letak je kuali, belanga dan periuk asalkan tak nampak serabut. Tak sanggup aku nak tunjuk keserabutan itu disini.

Jadinya, dengan tenaga yang tak seberapa ini, sambil mengesot-ngesot dilantai, mak labu ni pun gagahkan diri untuk mengemas. Susun apa yang patut. Sapu apa yang perlu. Jadi inilah sebahagian yang mampu mak labu ni siapkan dengan kudrat yang ada.
Satu level rak pantri aku ni untuk bahagian minuman dan biskut aje. Segala jenis minuman milo, ribena, susu semua ada kat sini. Level lain aku masih kekalkan untuk simpan peralatan memasak aku macam blender dan tefal actifry aku tu.
Ini kaunter bahagian bawang. Sapu-sapu kemas-kemas dari segala percikan minyak yang ada. Segala jenis sos untuk memasak aku letak dalam bakul putih tu, manakala bakul merah tu pula untuk botol lada dan serbuk secukup rasa aku. Yang lain-lain masih kekalkan fungsi yang sama.
Bolehlah...nampak la berkilat dan kemas sikit berbanding sebelum ni.
Takde banyak sangat pun yang berubah. Tu sebonjot plastik tu adalah plastik kosong yang aku tak sempat nak lipat dan kemas lagi. Pelan-pelan kayuh. Kain buruk untuk lap kaki pun still nampak bersepah lagi kat lantai.

Ikutkan hati memang nak setel semua cepat-cepat. Tapi vitamin M ni banyak sangat. Semua yang nak dibuat kene tunggu mood rajin datang dulu. Tapi takpelah, buat sementara waktu ni aku buat mana yang termampu dulu. 

Dapur dah setel, lepas ni nak kemas ruang tamu pula. Adoyaiii....kene buat pelan-pelan la ni.

Monday, April 14, 2014

Kemas Pejabat La Pulak...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:36:00 PM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Holaaa....jom hari ni nak sembang pasal kemas-kemas pejabat pula. Asyik cerita pasal kemas rumah je, yang kat pejabat jadi tunggang langgang. Wah korang ni...asal nak start stori pasal kemas mengemas...cepat aje kan.

Ini cerita minggu lepas sebenarnya. Semester diploma dah habis. Marking semua bagai pun dah siap. File pun dah submit. So ape lagi, sesi kemas mengemas la. Satu semester bilik bersepah macam tempat pembuangan sampah aje. Kertas-kertas tu tak payah cakap la...main aci campak je. Janji senang nak ambil bila perlu.
Tengok...inilah rupe bilik aku ni. Kalau nak diikutkan lagi bersepah sebenarnya. Kertas-kertas makmal student, test dengan assignment elok je tersusun kat lantai. Tapi dah sempat simpan dalam almari, baru perasan tak ambil gambar bersepah ni. So, snap ajela kan. Janji boleh tunjuk as bukti yang bilik aku memang bersepah bagai.

Pulun aku menyusun, mengemas dan menyisih semua barang. Mana-mana yang still digunakan, aku simpan. Mana-mana kertas yang dah tak nak digunakan aku simpan juga, tapi asing sebab nanti aku nak bawa gi jual timbang kati. Hahaha...

Bila dah siap semua....inilah hasil akhirnya. 
Susunan masih lagi sama. Cuma kali ni bersih la sikit. Aku nak landing lelap atas lantai pun berselera la juga. Baru la rasa luas kalau nak buat kuak lentang.
Almari ni pun baru la nampak fungsinya dengan jelas sebagai tempat simpan fail. Kalau tak kosong aje. Naik menyampah nak tengok kalau asyik kosong aje.
Rak buku ni pula takde la sepah sangat, cuma penuh dengan habuk je. Kemas sikit-sikit dah siap.
Satu bahagian dinding aku jadikan sebagai tempat display key-chain aku ni. Walaupun koleksi key-chain aku ni takde la hebat sangat, tapi sangat sesuai untuk dijadikan elemen dekorasi kat pejabat.
Bahan dekorasi kena ada juga. Bila dah letak frame dan banner tu, takde la nampak kosong sangat dinding tu.
Gigih tau aku snap picture sbb konon-konon nak tunjuk la kebersihan dan kekemasan bilik pejabat aku (untuk sementara waktu).  Huh...perasan pula aku ni. 
Ini satu sudut kat belakang meja aku. Tempat aku letak bekas air dan segala stok makanan (jika ada). 

Buat masa ni bilik aku masih lagi kemas la. Tapi taktau la kalau dah start sem baru nanti. Konpem akan bersepah balik macam tempat pembungan sampah.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea