Showing posts with label Tahukah Anda. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

29 Perkara Yang Hanya Difahami Oleh Wanita Hamil

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:12:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.
Kawan aku share satu entry ni dan aku rasa macam nak share juga dengan korang. Entri asal dalam English tapi aku translate Melayu la mengikut kefahaman aku. Artikel asal boleh la korang baca dari sini: 29 Things Only a Pregnant Woman Would Understand

Morning sickness, insomnia, perut yang dahulunya ramping dan semakin berkembang, serta terasa menyeksakan sementara menunggu untuk proses kelahiran. Tetapi sebenarnya semua itu amat berbaloi. Nikmati 29 perkara yang perlu ditempuhi oleh seorang wanita hamil sepanjang 9 bulan tempoh kandungan mereka.

  1. Terasa sangat takut tetapi teruja pada masa yang sama. (Ini masa mula-mula mengandung dulu...terasa takut la juga tapi taktau la aku teruja ke tak. Rasanya lebih kepada risau dan takut)
  2. Morning sickness. (Semua wanita hamil mengalaminya especiallya pada trimester pertama. Yang bezanya sama ada teruk atau tidak. Alhamdulillah akunye morning sickness takde la teruk sangat. Muntah manja-manja gitu.)
  3. Pantiliner bukan hanya untuk tempoh datang bulan. (Time mengandung pun aku pakai pantiliner gak. Keputihan aku keluar makin banyak).
  4. Kadang kala mendapat ruam lampin walaupun tidak memakai lampin. (Yang ni aku tak kena. Ada ke sesape yang kena ruam lampin ni?)
  5. Mucus plug. 'Nuff said. (Yang aku tak tau ape...ada sesapa yang paham?)
  6. Terasa seperti Dolly Parton. (Hahaha...ini memang aku rasa sangat-sangat....tapi aku takde la rasa seksi sangat pun macam Dolly Parton tu...seksa adalah sebab rasa macam berat...hahahhah).
  7. 'Cankles' yang melanda keseluruhan kaki anda. (Memang terasa bab ni especially time tidur dan bila sejuk.)
  8. Berjalan terkedek-kedek seperti penguin. (Start dari usia kandungan 5 bulan aku dah terasa berjalan macam penguin dah...sedih oooo...kadang-kadang rasa lawak juga kat diri sendiri...hahahha).
  9. Kagum dengan keupayaan untuk membesarkan seorang manusia. (Hmmmm)
  10. Kesanggupan untuk menahan sakit yang paling teruk dalam hidup anda. 'SOON'. (Aku tak fikir lagi bab ni...nak enjoy je saat-saat yang orang lain kata indah semasa mengandung ni.)
  11. Terasa panas walaupun orang lain terasa sejuk. (Haaa...ni memang aku terasa sangat...sejak dari awal mengandung sampai la sekarang. Laki aku kat sebelah dah menggigil sejuk tapi aku pula dok bising kata panas...panas...panas....)
  12. Terasa ingin membuang air kecil untuk setiap 15 minit sepanjang hari dan sepanjang malam. (Ini bukan terasa 15 minit je nak gi membuang air kecil...kadang-kadang tak sampai 5 minit masuk toilet terasa nak masuk toilet semula.)
  13. Menangis hanya kerana pekerja makanan segera tersilap mengambil pesanan makanan sahaja. (Tak pernah terjadi lagi la...tapi pernah terasa hati kat En.Syg sebab dia beli air kotak soya yang besar tu sedangkan aku nak air kotak soya yang kecil tu yang ada straw tu...masa tu memang sedih sangat-sangat.)
  14. Terasa seperti hendak menumbuk muka seseorang bila mereka mengatakan badan anda gemuk (besar). (Ini memang asyik disebut orang kat telinga aku. Rasa marah dan kadang-kadang rasa sedih la juga..)
  15. Terasa seperti hendak menyusun semua perkara yang berkaitan dengan bayi. (Bab ni aku tak fikir sangat...laki aku je yg uruskan. Hahahahha...)
  16. Kali pertama merasa bayi didalam perut anda bergerak. (Mula-mula tu aku tak perasan sangat bila 1st time baby bergerak...tapi yang paling ketara tu masa usia kandungan 5 bulan...baby bergerak-gerak macam kena ketuk pintu tu.)
  17. Bagaimana hendak mencukur bulu di kawasan sulit apabila anda tidak mampu untuk melihatnya. (Hahahah...bab ni memang haru. Jenuh juga la nak uruskan aktiviti mencukur ni. Gamaknya nanti terpaksa minta kerjasama laki aku la untuk menguruskannya. Takkan la time bersalin nanti nak biar lalang tak bertebas?....hahhahah)
  18. Bagaimana Jabba Hut benar-benar terasa. (Jabba Hut ni salah satu watak dalam Star Wars yang asal....memang besar. Tapi aku takde la terasa seperti Jabba Hut ni lagi.)
  19. Kepentingan fiber. (Yeah...memang kena makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak)
  20. Apabila bayi 'flip' didalam dan menghentak diatas pundi kencing anda. (Bila baby buat flip...memang serta merta aku terasa nak terkucil je...sadis je...tapi bila kat toilet tu yang keluar...alahai...sikit je...kadang-kadang tak keluar ape pun.)
  21. Merancang perjalan keluar supaya memudahkan anda untuk akses ke tandas. (Takde la aku buat rancangan macam ni. So far ok la lagi)
  22. Apa rasanya apabila ditumbuk/ditendang dari bahagian dalam. (Huh...memang senak oo bila kene tumbuk...lagi-lagi kalau aku lambat makan...debuk-debuk je budak ni dari dalam. Terkenan world cup ke?)
  23. Semakin teruja apabila anda mendapat cirit-birit kerana ia menandakan bahawa bayi anda mungkin akan datang tidak lama lagi. (Ini bab paling happy sebab aku ni jenis payah membuang masa bujang/sebelum mengandung dulu. Kalau dapat membuang ni...senyum je aku sepanjang hari. Mood pun ok...nikmat nikmat.)
  24. Terasa kencing sedikit apabila batuk, bersin atau bernafas. (Selalu gak terjadi...so aku akan pastikan aku bawa bekal seluar dalam dalam handbag atau extra pantiliner untuk tukar.)
  25. Ada iklan yang membuatkan anda menangis. (Takde la jadi macam ni kat aku.)
  26. Terasa seperti watak dalam filem Alien. (Hahaha...ini memang aku alami...macam halusinasi pun ada ada juga. Harap-harap baby aku sihat dan sempurna sifat luar dalam.)
  27. Tidur diatas bantal yang banyak. (Huh...nikmat ooo...tapi aku takde tidur dengan bantal banyak macam ni...dapat satu bantal untuk dipeluk dan satu dua bantal untuk lapik kaki time tidur pun jadilah. Yang lain-lain...kena pastikan aku tidur atas tilam yang sedap...kalau tak aku lapik ngan toto.)
  28. Bila seolah-olah anda meletakkan pinggan yang kotor didalam almari dan sos mayonis di dalam laci meja. (Belum jadi lagi la kat aku...minta-minta janganlah sampai macam ni jadinya.)
  29. Menyayangi seseorang dengan mendalam walaupun anda belum menemui mereka. (Feeling seorang ibu...baru start nak mengalaminya.)
Credit pictures and the original article from 29 Things Only a Pregnant Woman Would Understand.

Sunday, March 23, 2014

Teaser

masa minum teh ~*irjune*~ pada 7:19:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Teaser aje ni. Full text next time ye.


Send from my Windows Phone

Saturday, March 8, 2014

UK vs US

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:00:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

British and American English. Sama tapi tak serupa. Check it out...


Tuesday, February 18, 2014

Ladang Nipah Kipli Kuala Sanglang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:39:00 PM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sabtu lepas famili in law ajak gi makan kenduri ke Felcra Lubuk Sireh kat Padang Besar. Sampai sana dah dekat-dekat pukul 3, memang tengah orang ramai. Tengok lauk pauk pun semakin kurang. Jadinya aku cuma makan sedikit je walaupun perut tengah dok berkeroncong bagai. Rupa-rupanya ayam goreng tengah digoreng kat belakang rumah (second round goreng kot). Melepas la pula nak makan ayam goreng panas-panas.
Selalu aku yang jadi supir, sekarang ni dah ada supir baru so boleh la selfie bagai. (besar pula hidung aku...hahhaha)

Habis kenduri tu sempat la jalan-jalan ke Padang Besar sekejap beli ikan bilis untuk mak. Nama je duduk Perlis, tapi nak pergi Padang Besar ni once in the blue moon ok. Balik dari Padang Besar tu En.Syg tanya nak gi mana lagi. Aku ni pula rasa bosan nak balik rumah. So ajak En.Syg pergi rumah makcik dia kat Jejawi tu. Lagi pula makcik En.Syg pernah bagi tau nak ajak gi ladang nipah kat Kuala Sanglang.

Lepas Asar kitorang pun gerak ke Kuala Sanglang nak cari ladang nipah yang dimaksudkan. Ladang Nipah Kipli ni rupanya dah banyak kali keluar tv dan akhbar. Tu pasal makcik En.Syg ni teringin sangat nak pergi. Lokasi ladang ni senang je. Kalau dari Kangar tu, sebelum sampai ke pintu gerbang sempadan Perlis-Kedah ada satu simpang ke kanan menghala kearah Kuala Sanglang. Atas sikit daripada Balai Polis Kuala Sanglang tu dan sebelum sampai Pekan Kuala Sanglang tu ada signboard Ladang Nipah Kipli menghala kearah kanan, masuk je jalan tu lebih kurang 200 meter macam tu sampai la.
Make sure jumpa signboard ni, so confirm dah sampai la tu.

Kat Ladang Nipah Kipli ni sebenarnya ada gerai yang dibuka untuk pengunjung menikmati air nira nipah. Selain tu pengunjung juga boleh la melayan perasaan sambil makan laksa, ABC, laicikang, bihun sup dan lain-lain lagi. Harga satu jug nira nipah (lebih kurang 1 liter) adalah RM6 sahaja. 
Dah sampai kita bergambar dulu dengan makcik dan sepupu En.Syg.

Suasana kat ladnag nipah ni memang best. Kebetulan pula sekarang ni tengah musim angin timur kat Perlis, dan of course musim kemarau, so kawasan pokok nipah ni memang tengah kering kontang la dan sejuk je. Lagi-lagi pula kalau sambil minum air nira nipah atau ABC atau laicikang...perghh..memang tenang je rasanya.
Konsep urus niaga ni adalah layan diri. Ko takdenye sampai-sampai terus duduk dan budget ada budak pelayan datang amik order. Nak duduk pun susah sebab pergi time cuti Sabtu Ahad...orang ramai. Itu pun nasib baik la tak lama mana berdiri ada satu meja kosong. Jadi dapatlah kami semua duduk ramai-ramai.
Saje je snap dari celah-celah pokok nipah ni. Tapi sebenarnya kami duduk kat bahagian luar daripada kawasan nipah ni. Kalau nak ikutkan bahagian dalam lagi best siap ada pondok lagi.
Nampak tak meja kerusi dan pondok kat bahagian dalam ni. Time kering-kering ni takde la nampak becak sangat.
Lepas habis makan aku dan En.Syg ambil kesempatan nak explore kawasan ni. Saje nak tengok-tengok sementara dah datang dari jauh ni.
Meriah tak meja kami dengan laicikang. Panas-panas ni bila dapat minum laicikang memang heaven. Tapi nak dapat laicikang ni jenuh juga la menunggu. Customer punya la ramai. Kesian juga kat akak pekerja tu nak siapkan order pelanggan. Dah la kawasan gerai tu cam sempit je. Next time owner ladang nipah ni memang kena besarkan sikit kawasan gerai tu supaya pengunjung selesa dan tak berasak-asak.
Bila dah berlaki ni best sikit la sebab dah ada tukang ambil gambar. Hahahah....kalau tak takdenye nak ada gambar sendiri dalam hp ni. Hihihihi....

Lupa nak mention, Ladang Nipah Kipli ni dibuka dari jam 11 pagi sehingga 7 petang. Buka setiap hari ke atau tak....lupa pula aku. Tapi yang confirm hari Sabtu dia buka la. Hahahhaah. Sebab aku gi kat sini hari Sabtu kan. Tapi serius cakap air nira kat ladang nipah ni tak leh nak lawan air nira nipah paklong En.Syg yang aku minum masa kenduri kat Perlis hari tu. Sedap dan fresh lagi, terkenang-kenang sampai sekarang.
Dah nama tempat pun Kuala Sanglang. Haruslah lokasinya dia kawasan kuala sungai yang berdekatan dengan laut. Balik daripada ladang nipah tu kami lalu jalan tepi laut, so nampaklah kelibat sunset yang sangat cantik. Subhanallah. Bila En.Syg slowkan kereta, aku pun sempatlah snap gambar matahari jatuh tu dengan hp je. Jadilah kan...dapat juga gambar sunset. Hahahahahhaha.....

Friday, November 8, 2013

Kenapa Aku Suka Tengok Running Man

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:07:00 PM 10 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Siapa yang suka tengok Running Man sila angkat kening. Hahahaha...
Rancangan variety show terbitan SBS ni memang tengah tip top sekarang ni. Memang ramai peminat, bukan setakat kat Korea, bukan setakat kat Malaysia tapi seantero dunia. Sape-sape yang minat k-pop, dengan drama Korea memang takkan miss la Running Man ni.
Kalau kat Malaysia ni kita boleh layan Running Man ni kat Astro One HD channel 393 (eh dah ada Astro One SD kan kat channel 394 kalau aku tak silap). Tapi kalau sesape yang takde Astro boleh lagi layan Running Man ni kat RTM TV2 setiap petang Sabtu kot kalau aku tak silap. Tapi yang kat TV2 ni dia tayang dari episod Running Man yang mula-mula dulu. Kalau kat Astro ni rancangan yang update dan terkini la.

Aku pun suka tengok Running Man ni. Kalau time tu episod yang best memang gelak tak hengat la aku. Habis hilang semua beban kerja disiang hari. Selain tu aku suka layan rancangan ni sebab peserta dia juga especially Ji-hyo. Ji-hyo ni pelakon terkenal kat Korea, tapi dalam Running Man ni dia memang sempoi sangat. Lagi-lagi kalau dia buat muka blank, blur dan confiused dia tu. Macam tak sangka yang dia tu seorang artis terkenal Korea.
Selain tu aku suka juga nak tengok aksi Kwang-soo yang digelar zirafah dalam rancangan ni sebab ketinggian dia. Paling tak boleh blah kalau dia buat muka confiused dia tu. Hahahaha.....memang tak percayalah yang dia ni adalah model/pelakon kat sana. Lagi best kalau Kwang-soo ni partner dengan Haha dan Jae-suk. Memang lawak la. Lagi-lagi kalau time aksi pengkhianatan diorang ni. Lawak-lawak.

Lagi best rancangan ni sebab para peserta memang tak tahu apa permainan yang akan diorang buat pada setiap episod. Tapi diorang ni memang sempoi habis la. Layan je. Memang takde control ayu atau control macho. Artis-artis jemputan pun sempoi je bila terlibat dengan rancangan ni. Bila diberitahu akan konsep permainan untuk setiap episod, secara automatik diorang akan serap watak untuk tema pada rancangan tu. I

Apsal kat Malaysia ni takde keluar variety show macam Running Man ni yang semua peserta dia takde nak control ayu atau control macho. Rancangan ni best sebab takde pengacara dan para artis yang terlibat tu tak perlu nak mekap tebal segala. Semua datang muka sememeh je. Natural beauty gitu.

Ish...kalau nak sembang lagi pasal Running Man ni memang buat aku tergelak la. So aku stop la dulu. Hari ni pun dah Jumaat, so malam ni boleh layan Running Man kat Astro One HD.

Nota_jari: Semua gambar adalah kredit to pakcik Google ok

Friday, November 1, 2013

Organization Personality

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:20:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Jalan-jalan gi blog Nota Ibu, ada link untuk buat kuiz personaliti susunatur kat sini. Jadi teruja nak buat la juga. Nak tau aku ni personaliti jenis apa. Bila dah buat..keputusannya adalah...aku ni jenis "Party Planner's Organization Personality"

Jadi..orang yang "party planner's organization personality" ni jenis macam mana, sila baca kat bawah ni (malas nak translate).


A Fun Personality

A Fun Personality

"Are you the first person to raise your hand in favor of getting together with friends but would rather leave the organization up to someone else? Then you might have what professional organizer Audrey Thomas calls a party planner's organization personality. Because you have an extensive list of other exciting things you'd rather be doing than, say, cleaning out your closet, staying focused on the task at hand is often challenging. Take control by taking a page from this collection of ideas (and download our free organizational checklist to keep you on track). When your storage solutions are fun to use and pretty to live with, you'll be more likely to want to get organized and to stay that way."

Jadi..korang pula jenis personaliti yang macam mana. Jom try test tengok. Enjoy the quiz

Sunday, August 4, 2013

Rekod Tertua Dan Pertama Yang Dipegang Oleh Taiping (Mengikut Tahun)

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:37:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Taiping yang bermaksud ketenangan abadi dalam bahasa Mandarin  merupakan Ibu Negeri Perak sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selain daripada Bukit Larut (Bukit Maxwell) yang menjadi pusat peranginan tertua dan Taman Tasik Taiping sebagai tasik tertua di Semenanjung Malaysia, bandar ini juga merupakan laluan keretapi pertama dibuka antara Taiping dan Port Weld (Kuala Sepetang). 

Taman Tasik Taiping (Sumber: Google)

Berikut merupakan rekod tertua dan pertama yang dipegang oleh Taiping:
  1. Lombong bijih timah terbuka di Semenanjung (1844)
  2. Kolam renang - Kolam Renang Kemahkotaan (1870)
  3. Gudang senjata dan meriam (1870)
  4. Mahkamah Majistret (1874)
  5. Balai Penghulu (1875)
  6. Port Weld (1877)
  7. Pasukan Polis (1879)
  8. Kediaman Residen (1879)
  9. Pusat peranginan tanah tinggi - Maxwell Hill (1884)
  10. Rest House (1894)
  11. Masjid - Masjid Tengku Menteri (1897)
  12. Pejabat Kerajaan (1879)
  13. Pejabat Pos dan Telegraf (1880)
  14. Taman tasik - Taman Tasik Taiping (1881)
  15. Hospitak swasta dan kerajaan (1880)
  16. Kelab - New Club (1881)
  17. Stesen keretapi dan gudang (1881)
  18. Bangunan pasar - Taiping Market Square (1884)
  19. Muzium - Muzium Perak (1883)
  20. Penjara - Penjara Taiping (1879)
  21. Laluan keretapi - dari Port Weld ke Taiping (1885)
  22. Kelab lumba kuda - Perak Turf Club (1886)
  23. Gereja Anglican - All Saint Church, Taiping (1886)
  24. Sekolah Inggeris - King Edward VII School (1883)
  25. Menara jam - Menara Jam Besar (1881)
  26. Esplanade - Padang Esplanade (1890)
  27. Akhbar Melayu - Seri Perak (Jun 1893)
  28. Akhbar Inggeris - Perak Pioneer (4 Julai 1894)
  29. Akhbar Tamil - Perak Verthamani (1894)
  30. Pasukan tentera - Malay States Guides (1896)
Sumber: Harian Metro (Khamis - 1 Ogos 2013)

Monday, July 15, 2013

Produk DNA Babi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:35:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sekadar untuk berkongsi info dengan saudara seagama. Aku dapat email daripada big bos aku mengenai surat pekeliling yang dihantar oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis berkaitan penemuan DNA babi didalam 2 produk yang diimport dari Thailand.

Dua produk ini iaitu Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP) merupakan produk yang dikilangkan di Songkhla, Thailand. Well, korang tau la kan, Perlis ni sempadan je dengan Thailand tu. So banyak la juga produk-produk dari negara jiran tu yang dijual disini especially di Padang Besar. 

Nasihat aku (memetik nasihat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis), berhati-hatilah dalam memilih makanan. Kalau rasa was-was dengan makanan yang dijual digerai, beli je sendiri fish roll dan fish stick jenama Malaysia yang Insya Allah dijamin halal, lepas tu korang masaklah ikut suka hati korang. Janji darah daging kita terpelihara keimanannya.

Di sini aku tepek gambar 2 produk tersebut.



Fish Roll

Filament Fish Stick

Kat sini gak aku tempek salinan pekeliling daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Untuk maklumat lanjut boleh terjah lama web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis ni.

Monday, March 11, 2013

50 Perkara Menarik Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:48:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Kenal tak dengan Tan Sry Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau adalah taikun perniagaan Melayu kelahiran Kedah. Senang cakap, antara jutawan Melayu kat Malaysia. Kalau datang Alor Star, jangan lupa singgah ke Masjid Al-Bukhary sebelah Souq Al-Bukhary (yang ada Giant tu) untuk solat. Sangat besar dan cantik masjid itu.

Dekat FB ramai share satu artikel ni, jadi aku pun nak share juga kat blog aku sebagai panduan untuk kita semua. Artikel asal ni aku share dari FB Saudara Mohd Asri Md Jamil. Kredit untuk Saudara Mohd Asri.


50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary:


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan


2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea