Happy Hour
Sesi Minum Teh
Popular Posts
Blog Layan Otak
Inspirasi Susun & Deko
Mereka Sangat Kreatif
Followers
Tuesday, August 18, 2015
Bekal Makanan Umar Hayyan
Tuesday, September 23, 2014
Spaghetti Cili
Monday, September 22, 2014
Pizza Roti Gardenia
Thursday, October 10, 2013
Al Madinah Mandhi
Monday, September 30, 2013
Pizza Roti Paratha
Saturday, December 29, 2012
Along Char Koew Tiaw
Satu Malam Mee Berasap
Friday, February 3, 2012
Jom Masak
Jadinya, jom la beramai2 kita masak dengan merujuk kepada resepi Chef Hanieliza....
Monday, March 21, 2011
Mari Main Masak-Masak
Thursday, August 19, 2010
Ayam Goreng Bumbu Halia
Wednesday, August 18, 2010
Ayam Masak Merah Secukup Rasa
Ok jom kita layan resepi cincai aku kali ni...sangat simple dan sangat sempoi.
Cara memasaknya:
1. ayam digaul dengan sedikit kunyit dan garam
2. goreng ayam sampai masak tapi jangan sampai garing macam nak buat ayam goreng tu (nak tau ayam tu dah masak bila nampak minyak goreng tu semakin jernih dan ayam sedikit kekuningan)
3. angkat dan tos kan ayam tersebut
4. tumbuk atau blender bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.
5. tumis bahan yang diblender, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
6. Masukkan sos tiram dan sos
7. masukkan ayam yang dah digoreng dan juga air. Biar seketika sampai mendidih.
8. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan secukup rasa. (garam jgn byk sgt sbb sos tiram tu dah masin dan ayam pun dah bergaram)
9. Masukkan santan (semalam aku guna santan kotak je dalam 2-4 sudu besar).
10. Biar mendidih dan pastikan rasa semua dah cukup, tutup api, angkat dan sedia untuk dihidang.
11. Nak lagi wangi, boleh je letak daun sup.
Tuesday, January 5, 2010
Puding Laici Koktail
BAHAN-BAHANNYA
1 paket agar-agar
1 tin susu sejat Ideal (jenama apa pun tak kisah lah)
1 tin buah laici
1 tin koktail buah
gula secukup manis
esen vanila
CARA MASAK
- masak agar2 mengikut aturan. Bab ni aku tak tere nak bagi sukatan air. Tapi lebih kurang dalam 1.5 liter kot untuk sepaket agar2. (air jgn byk sbb lepas tu nak masukkan susu pulak.
- buah laici di kisar dengan sedikit air sirap yg dalam tin tu. sikit aje tau.
- asingkan koktail dr sirap dalam tin tu.
- selepas agar2 dah hancur, masukkan gula secukup manis. jangan banyak sangat sbb nnt susu tu pun manis.
- selepas gula hancur, masukkan susu sejat dan kacau.
- masukkan laici kisar.
- masukkan buah koktail.
- selepas mendidih sekejap, angkat dan masukkan dalam loyang serta sejukkan.
Tuesday, August 25, 2009
Mee Kuah sempoi
MEE KUAH SEMPOI
Bahan-bahan:
1/2 kilo udang saiz sederhana (nak guna yg kecik pun takpe...ikut suka la)semangkuk kecil ayam yg dah di potong kecil2.
500 gm sotong (potong ye)
5-6 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih (lebihkan skit bawang putih)
20 tangkai cili kering
100gm udang kering (ditumbuk)
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar sos cili
2-3 sudu sos tomato
kicap manis (amaun tu depend sbb nak bg kuah tu gelap sikit)
sayur sawi di potong2
3 biji telur ayam (kalau telur ayam saiz besar 3 biji dah cukup..kalau saiz kecik letak la 4 biji)
air (utk kuah)
minyak utk menumis
gula
garam
mee kuning
PENYEDIAANNYA
blender bersama bawang merah, bawang putih, cili kering.
panaskan minyak dalam kuali (senang keje masak dalam kuali ni).
tumis bahan blender sampai masak dan naik bau.
masukkan udang kering yg dah ditumbuk dalam bahan tumis.
masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.
masukkan sotong dan ayam.
masukkan air...biarkan seketika utk bg lembut sotong dan ayam tu.
(air utk kuah tu ikut suka korang la nak letak byk mana sbb kuah tu depend pd korang tapi jgn la cair sgt).
bila sotong dah lembut, masukkan udang.
bila udang dah masak, masukkan sayur sawi.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
akhir sekali, pecahkan telur ayam kedalam kuah dan kacau supaya telur tu hancur.
celur mee kuning dalam air panas sekejap.
ok..sedia utk dihidang.
Note: dalam masakan aku tu aku tak letak sotong sbb tak beli sotong. korang letak la kalau nak letak. lepas tu adjust la amaun bahan2 tu mengikut citarasa dan kesesuaian famili korang.
SELAMAT MENCUBA
Monday, August 24, 2009
PETUA DARI DAPUR
caranya, kalau kita nak tau masakan kita tu cukup masin ke tak, korang perhatikan asap yg kuar dr kuali/periuk korang tu. kalau asap dia tegak naik keatas lepas korang letak garam...maknanya dah cukup masin la tu. kalau asap tu asik gerak secara rawak...masih kurang masin.
kalau nak manis plak....korang cium aje bau masakan korang. kalau bau wangi manis2..itu maknanya dah cukup manis la tu.
ok itu je petua dari dapur kali ni...lain kali aku bgtau lagi lepas aku tanya mak ngan ayah aku.
adios
Rendang Pedas Udang
Di atas permintaan kawan2 aku...di sini aku post kan resepi ni kat blog ni untuk korang mencubanya. happy memasak.
RENDANG PEDAS UDANG
bahan-bahan
udang saiz sederhana (kalau kat kedai tu sekilo RM12++)-jgn la buang kulit tu..nnt tak sedap.
bawang merah (dihiris)- byk sikit tau dalam 5-6 ulas tu
bawang putih (dihiris)-jgn byk sgt.
3-4 helai daun kunyit (dihiris)
3-4 batang serai (dihiris)
21 tangkai cili kering (blender)- kalau nak pedas tambah lagi...kalau taknak pedas kurangkan la.
santan(diambil pati dalam 1 mangkuk besar) - santan ni aku amik perahan yg pertama sbb nak pekat kan.
segenggam kelapa parut (optionally sbb resepi asal dia letak)
daun pandan sehelai (kasi wangi-aku yg letak, resepi asal takde pun nak letak)
garam dan gula secukup rasa.
penyediaannya.
1.masukkan santan dalam kuali (periuk).
2.lepas tu masukkan bawang merah, bawang putih, cili belender, serai dan daun pandan dalam santan tu.
3.kacau perlahan2 santan tu sampai mendidih (korang kene jaga santan ni takut nnt pecah minyak).
4.bila dah mendidih sikit masukkan daun kunyit yg dah dihiris. kacau lagi sampai mendidih.
5.lepas tu masukkan udang dan kelapa parut tu.
.6masukkan garam dan gula secukup rasa.
7.masak sampai kuah tu nampak kering sikit. kalau nak ade kuah jgn la kasi kering2 sgt.
8.dah masak sedia utk di hidang.
p/s:korang adjust la amaun setiap2 bahan mengikut kesesuaian famili korang ye.
selamat mencuba.















