Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Monday, January 18, 2016

Jalan - Jalan ke Zoo Taiping

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:39:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hujung tahun lepas...exactly pada 26 Dis 2015, sempatlah juga aku mengajak En.Syg jalan-jalan ke Zoo Taiping. Lagi pula cuti Krismas sampai 4 hari, dan aku pula balik kg kat Perak, molek sangatlah kalau nak ke zoo tu. Yelah setahun tahun lepas aku tak kemana-mana..so apa salahnya gi zoo jalan-jalan bawa Cik Umar tengok binatang. Umar pun dah cukup umur setahun bulan Disember lepas dan dah tau tengok-tengok binatang dah.

Last aku gi Zoo Taiping ni masa tahun 2001 kot. Pergi dengan kawan-kawan USM, naik bas merah dari Parit Buntar sampai Taiping. Hahahaha...kenangan betul.

Kami bertolak dari rumah pun dah dekat pukul 4 petang. Biasalah dah ada anak ni takde la boleh nak keluar on time. Bila sampai area taman tasek tu...Masya Allah kereta punya la banyak. Alahai....lupa...cuti Krismas...cuti sekolah...hari Sabtu pula tu...konpom la banyak kereta sebab hari cuti. Nasib baik ada la juga parking tapi jauh la juga sampai depan sekolah SERATAS tu dan kene bayar RM3...hmm...buat duit betul.

Ok sampai depan zoo abi nak ambil gambar ummi dgn Umar. Empat kali snap baru dapat muka Umar sengeh macam ni. Kalau tak muka ngantuk je..maklumlah Umar tak cukup tidur hari ni. 
Lepas tu ummi nampak pula wall of fame Jejak Warisan. ok...kita letak kaki kita kat sini..minta abi snap gambar. Tapi kaki abi just masuk sebelah je. Ish tak geng betul la abi ni. Umar pula bila suruh berdiri terus berdiri...kalau tak selalunya lembik lutut. Oooo...tu kasut biru tu kasut baru Umar. Ummi belikan sebab nak bagi semangat untuk Umar start berjalan. Kira masa gi zoo tu 1st time Umar pakai kasut baru.

Kawasan kaunter tiket zoo memang banyak dah berubah. Tapi kami tak sempat nak snap gambar sebab kami beli tiket pukul 5.30 pm dan kene keluar selewatnya pukul 7.30 pm. Sebab start pkul 8 malam pula utk sesi Night Safari dan harga tiket dah lain. Aku tak ingat berapa harga tiket, tapi masa beli tu kerani tiket tanya kami datang dari mana, siap tengok IC lagi tu. Nasib baik En. Syg kata datang dari Bagan Serai. Lepas tu tengok kat resit harga tiket sedikit murah dari harga yg diorang display. Maybe ada diskaun kot untuk penduduk tempatan. Ahaksss......jangan marah ye.

Mula2 kami plan nak naik tram...tapi bila tgk kat tempat menunggu tu penuh, kami decide nak jalan-jalan je. Lagi pun tengok ramai gak pengunjung yang berjalan. So kalau join diorang ramai-ramai jalan takde la rasa penat sangat. Lagi pula kalau jalan-jalan ni dapat tengok, teliti dan telek binatang tu lama-lama. Tapi baru je start nak jalan aku dah jatuh terpeleot. Masa jatuh tu tercakap opocot...apa lagi gelak mengekek la Cik Umar kita. Sakit dia boleh tahan la juga...nasib baik boleh jalan. Dah la kene dukung Cik Umar. Nasib baik tak tergolek ngan Cik Umar. 
Yang Cik Umar pun, sepanjang jalan tu langsung tak nak abi dukung. Nak ummi dia je yang dukung. Adoiii...masa ni dok bayang kalau ada stroller kan best. Dengan kaki terasa terseliuh sikit...terpaksa la ummi dukung Umar yang berat dah hampir 10kg tu. Bila Umar tak nak dengan abi, seronoklah abi jalan sensorang sambil menelek segala binatang yang ada kat zoo ni. Maklumlah 1st time kot abi datang Zoo Taiping. Hahahaha...sib baik abi kawin ngan orang Perak kan. Hahaha...Nasib-nasib...bila dah pertengahan jalan tu Umar dah nak abi dukungkan. Fuhhhh...!!! lega ummi. Dapatlah ummi jalan sensorang sambil berselfie...hahhaha. 

Ni la model Celcom xpack burung hantu tu. Segak betul burung ni. 

Ni ummi dah tak larat nak dukung Umar ni. Berlatar belakangkan kandang singa ni. Tapi semua singa terkangkang tertido. Penat kot. Tapi elok je kami sampai kat area Safari...dengar suara singa ni mengaum...kuat oii...
Masa ni Umar dah nak abi dukungkan. Ummi pun lega. Belakang tu burung flamingo.

Inilah beruang matahari. Kecil je beruang ni. 

Ni aku tak ingat kandang burung apa...tapi ada keluang dalam kandang ni. Umar suka betul tengok keluang yang tergantung-gantung tu. Tak snap plak gambar keluang tergantung.
Kuda belang ni statik je depan pagar ni macam dia dok berposing je...

Ini kat kandang burung emu ngan kancil pula.

sebab abi yang dukung Umar, ummi pun bolehlah berselfie dengan burung emu...tengok burung tu macam tau je kita tengah snap gambar dia pun sempat senyum.

Zirafah tengok dari jauh je...kalau dapat tengok dekat-dekat mesti Umar suka

Masa tengok gajah ni pun Umar kagum gak...tak berkelip dia nengok gajah yang besar-besar ni.

Last sebelum keluar nampak burung kakatua. Umar suka bila ummi sebut bird bird. Tengok...Umar sempat lagi senyum bila abi snap gambar...tapi muka ummi dah penat. Last-last nak keluar..Umar dah taknak abi yang dukung. Terpaksa la ummi dukung ensem boy ummi ni.

Sebenarnya banyak juga binatang yang ada kat zoo ni. Walaupun masuk dah kira petang sangat tapi puas hati juga la sebab dapat tengok banyak binatang. Kesan positif kat Umar pula, dia dah boleh cam beberapa binatang kalau nampak kat tv...dan antara binatang tu semestinya gajah la. Hahahaha....

Apa pun memang berbaloi bawa anak-anak jalan-jalan ke zoo. Tak kisah la zoo mana-mana pun. Tengok binatang ni antara pelajaran yang bagus juga untuk anak-anak kita. Lepas ni plan nak bawa Umar tengok Night Safari plak...tapi kene tunggu Umar besar sikit so takde la risau sangat.

Ok..bai





Thursday, January 7, 2016

Darrien Rahman vs Umar Hayyan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:32:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini gambar lama ni. Lama dok plan nak buat entry baru hari ni tercapai hajat tu. Tak ingat bila gambar ni diambil, tapi kalau tengok gaya Cik Umar boleh duduk tu masa dia umur 8 bulan la. Masa ni muka dia tengah gebus gebas bulat. 

Ok jom layan 2 gambar Umar dan Darrien ni. Bila 2 sepupu berjumpa.....


Ok bye

Wednesday, September 9, 2015

Ku Relakan Kau Pergi.....Al Fatihah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:38:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Al Fatihah
Hari ni genap 8 hari embah wedok (nenek -lps ni aku sebut embah aje) meninggal dunia. Sekejap aje masa berlalu. Embah meninggal pada hari Rabu jam 5.30 ptg sebab sakit tua. Alhamdulillah...embah sakit tak lama. Lebih kurang 2 minggu je yang mana embah memang betul-betul tenat dan kritikal. Sebelum tu embah dah masuk hospital dah tapi selepas beberapa hari embah dah sihat dan boleh keluar wad dah. Tak sangka 2 3 hari lepas keluar wad tu embah tak sihat balik, terus dibawa ke hospital sehinggalah beliau dijemput Ilahi.
embah

Kami anak cucu memang terasa dengan pemergian embah. Bayangkan selepas embah lanang (datuk) meninggal duni 23 tahun yang lalu, embah adalah tempat kami anak cucu cicit bermanja. Embah juga adalah payung perpaduan kami adik beradik. Bayangkan adik beradik mak aku 10 orang. Kalau orang lain, entah kenal entah tidak dengan sepupu-sepupu. Tapi dalam famili mak aku, kami kenal semua sepupu malahan anak-anak sepupu pun rapat dengan kami. Betapa besarnya pengaruh embah.
lepas ni rumah ni dah kurang seri tanpa embah

Setiap kali balik kampung, embah mesti tanya aku, "Jun..kamu dah makan. Kalau belum pergilah cari atau masak apa yang boleh dimakan". Bukan dengan aku aje, tapi dengan anak cucu yang lain pun macam tu juga. Embah memang ambil berat dengan anak cucu cicit dia. Bab makan memang embah akan tanya dulu.

Percaya atau tidak...aku masih lagi terima duit raya dari embah walaupun umur aku dah 33 tahun. Bila embah kasi, embah mesti selit diam-diam masa bersalam. Nak tolak takut embah rasa kecil hati. So aku terima aje la juga sebab aku suka aje terima duit raya dari embah. Hahahaha...Tapi aku akan hulur balik duit raya tu kat embah sebagai hadiah dari aku. Selalu aku cakap kat embah duit raya dari aku tu untuk embah beli aiskrim. Hahahah...nakalkan aku. Aku memang suka usik embah. Lepas aku kata beli aiskrim, embah mesti gelak-gelak aje. Aku suka kata macam tu sebab dulu kalau embah bagi duit raya kat aku embah akan kata untuk beli aiskrim.
Alhamdulillah...cucu-cucu lelaki embah yang tolong angkat embah ke van jenazah

Antara banyak-banyak cucu perempuan embah, aku cucu perempuan yang paling malas, paling degil, paling kuat melawan dan paling paling palinglah. Kalau ikut ranking, aku ni ranking paling last la. Maklumlah bukan cucu favorite embah. Sape yang tak tau dengan perangai aku. Hahahaha...Embah memang suka marah cucu. Pom pang pom pang. Lagi dia suka adalah marah kat aku sebab malaskan. Hahaha...tapi embah marah dalam bahasa jawa. Aku tau dia marah tapi aku buat taktau aje. 

Antara banyak-banyak cucu juga, aku yang paling suka berdebat dan melawan cakap embah. Kalau aku tak setuju aku cakap aje depan-depan embah. Tapi lepas tu bila tidur kat tepi embah juga aku menyempit.

Bila cerita bab tidur, aku rasa aku la cucu yang selalu dapat tidur dengan embah. Kalau balik raya dulu (dulu pun xde lama sangat time aku tgh study ler), masing-masing akan cari port untuk tidur. Kadang-kadang bila aku dah standby nak tidur embah akan panggil aku, "ijun...kamu tidur dengan embah kat katil ni". Hahaha...best oooo...orang lain tidur kat lantai, aku tidur sedap-sedap sebelah embah atas katil dengan tilam yang sangat sedap. Bila dah lama-lama aku pun dh xde la tidur dengan embah sebab ada cucu lain yang jeles. Hahahahaha...
selamat jalan embah

Sebab aku membujang lama sangat, pernah juga aku terfikir adakah embah sempat hadir kenduri kahwin aku nanti dan kenal dengan suami aku. Tapi Alhamdulillah, walaupun tak sihat, embah datang juga kenduri kahwin aku Februari tahun lepas, kenal dengan suami aku. Bukan tu aje, embah juga sempat jumpa dengan anak aku. Masa aku bawa balik Umar Hayyan jumpa embah, embah sempat main-main dengan Umar Hayyan, siap timang-timang lagi. Masa aku sampai tu embah memang kurang sihat, lepas dapat jumpa cicit, embah terus ceria. Masa nak tidur pun embah kelam kabut carikan kelambu untuk cicit dia tu. Pelik betul dengan perangai embah. Sebab sebelum ni embah tak pernah buat macam tu dengan cicit dia yang lain. Teringat ayat embah kat aku, "kalau kamu tak kahwin kamu takde la mainan macam ni"...merujuk pada anak aku ler tu. Aku sengih aje.

Oleh sebab tahun ni aku beraya kat Perlis, aku memang tak sempat nak balik beraya dengan embah. Terasa sedih la juga sebab setiap tahun aku mesti balik raya rumah embah. Bukan tak nak balik, hari yang aku plan nak balik jumpa embah, Umar Hayyan pula demam. Jadi aku terpaksa cancel plan nak balik raya rumah embah. So, bila mula-mula embah kena masuk hospital sebab sesak nafas tu, dan kebetulan aku pun balik kampung nak jumpa dengan mak aku yang baru lepas operate lutut, aku usahakan juga pergi melawat embah kat hospital. Embah memang happy waktu tu. Maklumlah dapat jumpa Umar Hayyan. 

Seminggu sebelum embah meninggal tu aku dah balik kampung lagi. Masa tu tengok embah dah lemah sangat tapi masih kenal orang. Hati aku sedih tapi aku tetap doakan untuk embah sembuh. Tak sanggup nak tengok embah macam tu.

Hari yang embah meninggal tu makcik-makcik aku memang update pasal embah melalui whatsapp group kami. Masa tu aku pasrah aje bila tengok gambar embah yang latest. Doktor pun dah cakap yang embah dah takde harapan dan minta semua ahli keluarga bersedia dengan apa-apa kemungkinan. Masa solat asar tu puas aku doa minta Allah permudahkan urusan embah. Dah tak sanggup nak tengok embah yang dah tua dan lemah tersiksa macam tu. Masa tengah drive balik kerja asben call bagitau embah dah meninggal. Terus aku tgk whatsapp dan dimaklumkan embah dah meninggal. Hanya Allah je yang tahu keadaan aku masa tu.
82 tahun

Aku pasrah sebenarnya kalau aku tak dapat balik nak tatap wajah embah buat kali terakhir memandangkan aku baru je balik melawat embah minggu sebelum tu. Lepas tu pula asben pun masih lagi demam. Tapi kehilangan orang tersayang ni pastinya akan buat semangat kita pun hilang. Aku cuma mampu tahan sedih aje. Sempat bacakan Yassin dari jauh untuk embah. Tapi mungkin rezeki aku, elok je aku nak masuk tidur, asben tanya nak balik jenguk embah ke tak. Terkejut aku sebab dah pukul 10 malam. Dah lewat nak gerak balik, lagi pula dengan keadaan asben yang kurang sihat. Bayangkan 6 jam perjalanan dari Perlis nak balik Teluk Intan. Risau juga aku. Yelah...embah dah selamat berjumpa Penciptanya...yang kami ni belum tentu selamat lagi. Tapi asben yakinkan aku yang dia boleh drive. Terus aku call adik aku kat uitm bagitau kami jadi balik rumah embah dan minta dia datang segera ke rumah aku. Tepat pukul 11 malam dengan hanya tawakkal kepada Allah, kami memulakan perjalanan balik ke Perak. Alhamdulillah tepat jam 4 pagi kami sampai ke rumah embah. Saudara mara memang terkejut tengok aku boleh sampai. Tapi seperti kata makcik aku la, kasih sayang embah yang membuatkan aku sanggup meredah malam yang sunyi yang penuh dengan jerebu untuk balik jengok embah buat kali terakhir. Pada aku pula, ini bakti aku yang terakhir untuk embah.

Alhamdulillah...lebih kurang jam 10 pagi, embah selamat dikebumikan. 
Selamat jln embah. tenanglah engkau di sana menemui Pencipta muMoga mudah urusanmu di alam sana. Kami anak, cucu dan cicit merelakan pemergianmu. Kenangan bersamamu akan tetap mekar di hati kami. kami akan sentiasa merindui mu.
Semoga Allah akan mempermudahkan urusanmu




Semoga Allah mencucuri rahmat untuk embah tersayang, Hajah Saadiah Amir...amin.

Tuesday, August 4, 2015

Raya 2015

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:28:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Oit...dah 19 hari bulan Syawal baru nak update pasal raya ke? kikikikiki...sori ye geng. Aku baru berkesempatan nak ngadap laptop ni. Tengah-tengah free of charge ni, aku sempatkan diri aku nak update pasal raya tahun 2015.
gigih aku edit picture ni masa malam raya sambil menyusukan Umar Hayyan

Raya tahun ni 1st time aku beraya luar dari negeri Perak. Turn raya kat Perlis. Merasalah beraya sebagai anak perantau. Kalau tanya feeling raya, memang macam tak terasa langsung sebenarnya. Nasib baik dah ada anak ni, ada la semangat nak sambut raya.

Hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri. Baik lagi negeri sendiri. Amboi bermadah pula aku ni. Yelah...walaupun ada orang kata raya kat Perlis ni best...especially kat kampung En.Syg tu, tapi bagi aku biasa aje. Kenapa aku kata biasa....sebab elemen-elemen raya tu kurang. Setakat bunyi mercun sampai jam 2 3 pagi...takdenye meriah. Nasib baik la bos kecik aku tak meragam. Ok....apa elemen penting raya selain mercun dan bunga api...of course la lampu pelita. Ini memang kurang kat kampung En.Syg. Dah ler tu dengan umah in law pun takde lampu pelita....aisey....memang takde feeling la. Compare ngan kampung aku, seawal 21 Ramadan lagi diorang dah pasang pelita. Memang cantik ler nampak lampu pelita tu meliuk lentuk bergerak.

Pagi raya tu aku memang bangun awal. Macam mana ler chek tak bangun awal....ramai benor askar mentua aku balik umah. Alhamdulillah...tahun ni semua adik beradik En.Syg dapat beraya kat Perlis. Memang kelam kabut ler rumah. Lagi sadis...air pula takde time malam raya tu. Nasib baik pagi tu ada....kalau tak...hmmm....tak tahu ler den. 
tu dia askar-askar mertua aku...korang kira ler sendiri

Umar Hayyan pun bangun awal juga. Elok je dia sarapan (makan solid food)...terus dia poo poo. Sebelum En.Syg nak pergi masjid, cepat-cepat minta tolong En.Syg sama-sama uruskan Umar and then cepat-cepat aku pula gi mandi. Nasib baik...kalau tak memang tak sempat ler nak mandi awal sebab Umar pula asik melekat ngan aku.
Sempat snap picture Umar dengan abi aje masa pagi raya tu

Usai solat raya, masa untuk bergambar. Sempat la aku kaler sikit-sikit muka aku. Maklumlah...nak bergambar. Tapi sayangnye...kami tak sempat nak bergambar sefamili raya tahun ni sebab Umar hentam tidur awal. Alahai....Kalau ada pun gambar kami bertiga cuma gambar yang di snap dalam kereta masa gi beraya time petang. Nak pergi beraya awal pun terbantut sebab kes Umar tidur la. Siap kene kejutkan Umar sebab nak ajak dia gi beraya. Nasib baik Umar tak meragam.
Bersama ipar dan biras-biras....semua dah berpunya ye.

Yes...tema raya kami tahun ni hijau lagi, macam tahun lepas. Semua ni gara-gara baju Umar ler. Bila nak beli baju Melayu untuk Umar takde warna biru lembut yang sesuai, jadinya warna hijau pucuk pisang yang kami pilih sebab abi Umar kata boleh recycle baju raya tahun lepas. So ummi Umar folo aje la. 
Dengan kak biras yang sulong ni...

Cerita pasal baju raya pula, aku sebenarnya dah beli baju secara online. Memula nak beli tu aku dah try baju kawan aku yang sama size ngan aku and rasa ok. Bila dah beli aku terasa baju tu macam besar sikit. Hahahah....nak kata aku kurus ler tu kan. Kikikiki...so terpaksa la beli baju lain pula. Sebelum tu masa balik kampung dah ada terbekenan dengan baju kurung ni tapi En.Syg kata nanti dulu sebab baju yang beli online tu belum sampai. Jadi aku sebagai isteri yang mendengar kata, folo aje la cadangan laki aku tu. Sekali bila nak beli baju raya tu...jenuh pusing 1 pekan Jitra nak cari baju tapi langsung takde yang berkenan. Mostly baju raya yang dijual untuk tahun ni adalah jubah, dress dengan baju kurung moden. Aku pula nak baju kurung pesak atau kurung pahang. Senang nak menyusukan Umar. Last-last dapat juga ler sepasang baju kurung pesak kaler hijau...the only baju kurung pesak yang aku jumpa, kaler hijau dan size M serta murah. Ape lagi...rembat jangan tak rembat.
Completed 5 beradik En.Syg

Tahun ni aku all out beraya kat Perlis. Bukan beraya sakan ler.....tapi itulah perjanjian aku dengan En.Syg. Sebabnye tahun lepas aku dah all out beraya kat Perak. Orang lain raya kedua, atau paling lewat raya ketiga dah balik kampung yang satu lagi...aku pula raya ketujuh baru dapat balik Perak. Ok...janji balik daripada tak balik langsungkan. Oleh sebab kene raya kat Perlis lama, so hari-hari aku akan pastikan kami keluar beraya. Kehkehkehkeh...Alasan aku...aku nak merasa raya kat Perlis macam mana. Selain tu nak merasa kutip duit raya bagi pihak Umar pula. Raya ketujuh...En.Syg bagi green light nak balik Perak. Orang lain dah start keje aku baru balik kampung. Tapi tak merasa nak beraya banyak rumah ler sebab Umar pula demam masa raya kesepuluh tu. Jadinye...lepak umah aje la aku.
bos kecik lena dalam buai

Itulah citer raya aku untuk tahun ni. Nak kata raya sakan sangat tu takde la sebab raya diperantauan...kahkahkahakha....tapi tetap meriah dalam kesederhanaan. 
the only picture of us...

Anyway...Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin untuk semua pembaca dan kengkawan blog irjune.blogspot

Friday, September 19, 2014

Tetamu Allah 1435H

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:40:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..kedua ibu bapa aku pada tahun ini telah menjadi antara yang terpilih sebagai tetamu Allah untuk musim haji 1435H. Syukur sangat-sangat. Sebab akhirnya penantian dan kesabaran mak aku untuk menjalankan Rukun Islam yang kelima dimakbulkan oleh Allah swt. Manakala untuk ayah aku pula ini adalah pemergian beliau untuk kali yang kedua.
Sedih....?
Mungkin ada sedikit perasaan sedih sebab berpisah dengan mak dan ayah. Bukan tak pernah berpisah sebab sekarang pun aku dah bermastautin di Perlis. Tapi kali ni perpisahan kami agak jauh...aku di Malaysia manakala mak dan ayah di Bumi Haram, Mekah Al Mukarramah. Tapi Insya Allah, semoga mak dan ayah aku tenang menjalankan ibadah disana.

Kepada kawan-kawan, mohon sama-sama berdoa semoga mak dan ayah aku dipermudahkan dan selamat menjalani ibadah haji di sana, dan mendapat haji yang mabrur. Semoga juga Allah sentiasa melindungi mereka dan memudahkan segala urusan. Dan semoga ibadah kedua ibu bapa aku diterima oleh Allah. Amin.

Wednesday, August 13, 2014

Majlis Pelancaran Ratu Jannah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:31:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini cerita weekend yang lepas. Cerita yang dah nak hampir basi. Weekend lepas abg ipar aku jemput famili mertua aku datang ke rumah diorang di Bangi. So untuk memastikan mertua aku selamat sampai ke destinasi, abg ipar request En.Syg iaitu adik dia la untuk bawa mertua berdua ke Bangi. Bila dah En.Syg pergi, haruslah aku pun ikut sama. Ye lah...En.Syg jadi driver dan aku pula sebagai navigator. Dah macam bodyguard mertua plak kami berdua ni. Hehehe....
Tujuan abg ipar jemput kami ke Bangi ni adalah untuk menghadiri majlis pelancaran produk sulong keluaran syarikat diorang la. Mertua dapat jemputan VIP gitu, yang aku dan En.Syg dapat jemputan kenamaan biasa je. Huhuhu....jadilah...asalkan dapat meja untuk makan.
Produk sulong keluaran syarikat abg ipar aku ni nama dia Ratu Jannah (RJ). RJ ni minuman untuk kesihatan dalaman wanita. Antara ramuan yang digunakan adalah alfalfa dan kolagen. Aku ni nak cerita details pun tak pandai sebab aku tak try lagi sebab tengah mengandung. So kalau nak tau cerita details boleh la tengok kat FB Ratu Jannah.
Ko tengoklah pantun kat label botol RJ ni. Amboi-amboi...memang khusus untuk wanita aje tau. Yang tengah mengandung macam aku ni tunggu dulu sebab ianya tak sesuai untuk wanita mengandung.
Sebab aku ni takde kaitan sangat dengan RJ ni melainkan datang sebagai famili untuk pengasas produk, so takdelah aku beria nak ke depan nak ambil gambar bagai. Ni aku snap dari meja aku je. Bolehlah nampak banner botol tu dari jauh. 

Tukang rasmi untuk majlis ni ialah Pengerusi KUB Sdn. Bhd. Dato ape ntah nama dia. Majlis sepatutnya dah boleh start jam 2 petang terpaksa start lewat 1 jam sebab tukang rasmi sesat. Ayooo....orang KL pun boleh sesat kat Bangi pula. Majlis ni dibuat di Kelab Golf Danau, UKM Bangi. Nasib baik la aku dah survey jalan masuk ke Danau ni. Kalau tak lagi konpem aku pun boleh sesat gak. Maklumlah aku ni datang dari Perlis, plat kereta pula plat Perak. Konfem la buta jalan area Bangi tu. Kalau area Shah Alam tu aku tere la sikit. Hahahah...
Inilah sebahagian stokis-stokis RJ seluruh Malaysia. Stokis Sabah dan Sarawak pun join sekali. Majlis pelancaran ni dibuat sekali dengan majlis sambutan Aidifitri. Makanan....yummy....sedappp. Walaupun pengasas RJ ni biras dan ipar aku je...tapi honestly aku tak pandai bab berniaga ni. Mertua ada tanya juga aku ni tak minat ke nak jadi dealer...huhuhu...Aku cakap kalau bab tolong promosi sikit-sikit tu boleh la, tapi bab nak menjual...hahahha.....aku memang takde bakat. Ala promosi ni setakat tulis kat blog aje la kan. 

Oklah kawan-kawan, kalau-kalau ada sesiapa yang berminat boleh la terus rujuk kat FB Ratu Jannah untuk keterangan lanjut. Keterangan aku cuma sekadar bercerita pasal majlis tu je. Nak cerita pasal produk, minta maaf aku tak pandai.

Harap maklum.

Monday, August 4, 2014

Rindu Darrien

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:59:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Rindu Darrien? Siapa tu? Hahaha...

Anak sedara aku ler tu. Baru umur setahun 3 bulan. Tengah keletah dan banyak akal. Jumpa masa raya haritu tak puas rasanya. Hehehehe...konpem jeles baby dalam perut ni. Alololo....jangan marah ye baby...nanti bila baby keluar ummi sayang baby ler.
Ni sebab nak bagi hilang rindu gatal nak tempek muka Darrien ni. Amik muka Darrien je...muka mak ayah dia aku buang....hahahha (jangan marah ye mama and daddy Darrien ye).

Raya 2014

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:10:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan. Dah raya ke 8 dah hari ni baru gatal nak update pasal raya kan. Hihihi...malu sendiri. Dah la lama tak update entry baru...tup tup upate terus pasal raya.

Alhamdulillah...tahun ni aku beraya berdua, eh bukan berdua tapi dua setengah bak kata suami aku. Raya first as husband and wife, dan juga baby dalam perut. Teruja? Adalah teruja juga. Kalau dulu salam cium tangan dengan mak ayah dan adik-beradik je. Kali ni dapat salam dan cium tangan suami. Nak gelak...tapi tahan la juga...nanti kata takde feeling raya pula. Hahahaha....

Persediaan raya pun dah lain sikit. Dulu beli kuih untuk rumah mak ayah dengan rumah sendiri, sekarang kena adil, kuih rumah mentua pun kena beli juga. Selain baju raya sendiri, baju raya suami pun kena prepare juga. Nasib baiklah suami bukan jenis yg cerewet, lega hati sikit. 

Turn raya? Hehehehe...tahun ni turn raya kat Perak...balik kampung aku ler. Merasa la juga feeling feeling balik raya lewat. Lagi 2 hari nak raya baru balik kampung. Kalau bujang dulu, akulah manusia yang terawal yang akan balik raya, tapi bila dah kahwin ni kene tunggu suami habis kerja dulu baru la boleh balik kampung. Tapi takpe...demi Perak...aku sabor je...ade gak feeling balik kampung tu.

Walaupun baru beraya as huband and wife, tapi kami takde la pula pulun ambil gambar banyak sangat pun. Just ambil gambar kat studio je. Impian waktu bujang dulu la...nak ambil gambar kat studio time raya kalau dah bersuami. Alhamdulillah...ade juga rezeki tu nak bergambar kat studio.

Ni gambar kat studio ni. Ambil background bunga cherry blossom. Nampak macam sweet je, konon-konon macam ala-ala sakura kat Jepun tu. Hmmm...jadilah...tak dapat gi Jepun pun, dapat background ala-ala sakura pun jadi. Yang suami pula dapat la dia mengimbau kenangan masa dia belajar kat Jepun dulu. Jadilah ye abang ye...nanti kita kumpul duit sehari seposen boleh la buat modal melancong ke Jepun ye...

Lepas tu adik aku bagi idea ambil gambar ramai-ramai kami 7 beradik termasuk suami isteri dan anak masing-masing. Yelah...payah sebenarnya nak kumpul ramai-ramai ni. Lagi-lagi nak ajak abang sulong aku tu bergambar kat studio. Kali ni boleh pula dia nak bergambar kat studio. So ape lagi....inilah dia gambar aku adik beradik. Gambar adik beradik je...mak ayah takde dalam gambar. Bertuah punya anak kan kami ni. Hehehehe....

Itulah cerita raya aku tahun ni. Nak cerita details tu, sama la juga macam tahun-tahun lepas, makan ketupat, lemang dan rendang dan lepas tu pergi beraya ke rumah sanak saudara dan kawan-kawan. Bosankan. Hahahaha....

Tuesday, June 17, 2014

Demam Piala Dunia 2014 Brasil

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:51:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini cerita pasal Piala Dunia 2014. Event 4 tahun sekali ni memang dinanti-nantikan oleh hantu bola. Aku panggil hantu sebab most of the game tu live after 12 am. Kebanyakkan lelaki memang minat bola. Tak kurang juga ada juga kalangan orang perempuan pun minat juga dengan bola. Tapi dari pemerhatian aku, pompuan minat tengok bola sebab most of the football player ni hensem-hensem. Hmm...panjang pula mukadimah aku ni.
See....betapa semangatnya laki aku dengan piala dunia ni. Siap lekat jadual perlawanan tu atas notice board lagi. Notice board ni aku beli utk diy buat blackboard tapi tak menjadi-jadi lagi. Bila tak menjadi, maka tersadailah board ni kat ruangan store. Hmmm...pandai juga laki aku ni menggunapakai sumber yang ada. 

Gigih dia minta tolong aku printkan jadual perlawanan ni tapi aku asyik terlupa je nak buat. So weekend tadi balik Perak aku tanya parent aku kot-kot ada sisipan jadual perlawanan tu dari paper yang diorang simpan, ayah aku terus bagi yang dia punya. Suka betul laki aku. Ingatkan dia just nak lipat-lipat and selit tepi sofa dan lepas tu buka time nak tengok je, rupa-rupanya...haa kau...dah macam frame dah dia buat.

So...utk sebulan yang akan datang ni, carta perlawanan piala dunia ni akan menjadi sebahagian dekorasi kat rumah aku la.

Kawan-kawan...ape pula peel masing-masing especially husband korang bila demam bola melanda. Mehlah kita share...4 tahun sekali je pun kisah hantu bola ni melanda dunia.

Tuesday, February 18, 2014

Ladang Nipah Kipli Kuala Sanglang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:39:00 PM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sabtu lepas famili in law ajak gi makan kenduri ke Felcra Lubuk Sireh kat Padang Besar. Sampai sana dah dekat-dekat pukul 3, memang tengah orang ramai. Tengok lauk pauk pun semakin kurang. Jadinya aku cuma makan sedikit je walaupun perut tengah dok berkeroncong bagai. Rupa-rupanya ayam goreng tengah digoreng kat belakang rumah (second round goreng kot). Melepas la pula nak makan ayam goreng panas-panas.
Selalu aku yang jadi supir, sekarang ni dah ada supir baru so boleh la selfie bagai. (besar pula hidung aku...hahhaha)

Habis kenduri tu sempat la jalan-jalan ke Padang Besar sekejap beli ikan bilis untuk mak. Nama je duduk Perlis, tapi nak pergi Padang Besar ni once in the blue moon ok. Balik dari Padang Besar tu En.Syg tanya nak gi mana lagi. Aku ni pula rasa bosan nak balik rumah. So ajak En.Syg pergi rumah makcik dia kat Jejawi tu. Lagi pula makcik En.Syg pernah bagi tau nak ajak gi ladang nipah kat Kuala Sanglang.

Lepas Asar kitorang pun gerak ke Kuala Sanglang nak cari ladang nipah yang dimaksudkan. Ladang Nipah Kipli ni rupanya dah banyak kali keluar tv dan akhbar. Tu pasal makcik En.Syg ni teringin sangat nak pergi. Lokasi ladang ni senang je. Kalau dari Kangar tu, sebelum sampai ke pintu gerbang sempadan Perlis-Kedah ada satu simpang ke kanan menghala kearah Kuala Sanglang. Atas sikit daripada Balai Polis Kuala Sanglang tu dan sebelum sampai Pekan Kuala Sanglang tu ada signboard Ladang Nipah Kipli menghala kearah kanan, masuk je jalan tu lebih kurang 200 meter macam tu sampai la.
Make sure jumpa signboard ni, so confirm dah sampai la tu.

Kat Ladang Nipah Kipli ni sebenarnya ada gerai yang dibuka untuk pengunjung menikmati air nira nipah. Selain tu pengunjung juga boleh la melayan perasaan sambil makan laksa, ABC, laicikang, bihun sup dan lain-lain lagi. Harga satu jug nira nipah (lebih kurang 1 liter) adalah RM6 sahaja. 
Dah sampai kita bergambar dulu dengan makcik dan sepupu En.Syg.

Suasana kat ladnag nipah ni memang best. Kebetulan pula sekarang ni tengah musim angin timur kat Perlis, dan of course musim kemarau, so kawasan pokok nipah ni memang tengah kering kontang la dan sejuk je. Lagi-lagi pula kalau sambil minum air nira nipah atau ABC atau laicikang...perghh..memang tenang je rasanya.
Konsep urus niaga ni adalah layan diri. Ko takdenye sampai-sampai terus duduk dan budget ada budak pelayan datang amik order. Nak duduk pun susah sebab pergi time cuti Sabtu Ahad...orang ramai. Itu pun nasib baik la tak lama mana berdiri ada satu meja kosong. Jadi dapatlah kami semua duduk ramai-ramai.
Saje je snap dari celah-celah pokok nipah ni. Tapi sebenarnya kami duduk kat bahagian luar daripada kawasan nipah ni. Kalau nak ikutkan bahagian dalam lagi best siap ada pondok lagi.
Nampak tak meja kerusi dan pondok kat bahagian dalam ni. Time kering-kering ni takde la nampak becak sangat.
Lepas habis makan aku dan En.Syg ambil kesempatan nak explore kawasan ni. Saje nak tengok-tengok sementara dah datang dari jauh ni.
Meriah tak meja kami dengan laicikang. Panas-panas ni bila dapat minum laicikang memang heaven. Tapi nak dapat laicikang ni jenuh juga la menunggu. Customer punya la ramai. Kesian juga kat akak pekerja tu nak siapkan order pelanggan. Dah la kawasan gerai tu cam sempit je. Next time owner ladang nipah ni memang kena besarkan sikit kawasan gerai tu supaya pengunjung selesa dan tak berasak-asak.
Bila dah berlaki ni best sikit la sebab dah ada tukang ambil gambar. Hahahah....kalau tak takdenye nak ada gambar sendiri dalam hp ni. Hihihihi....

Lupa nak mention, Ladang Nipah Kipli ni dibuka dari jam 11 pagi sehingga 7 petang. Buka setiap hari ke atau tak....lupa pula aku. Tapi yang confirm hari Sabtu dia buka la. Hahahhaah. Sebab aku gi kat sini hari Sabtu kan. Tapi serius cakap air nira kat ladang nipah ni tak leh nak lawan air nira nipah paklong En.Syg yang aku minum masa kenduri kat Perlis hari tu. Sedap dan fresh lagi, terkenang-kenang sampai sekarang.
Dah nama tempat pun Kuala Sanglang. Haruslah lokasinya dia kawasan kuala sungai yang berdekatan dengan laut. Balik daripada ladang nipah tu kami lalu jalan tepi laut, so nampaklah kelibat sunset yang sangat cantik. Subhanallah. Bila En.Syg slowkan kereta, aku pun sempatlah snap gambar matahari jatuh tu dengan hp je. Jadilah kan...dapat juga gambar sunset. Hahahahahhaha.....
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea