Sunday, August 29, 2010

Registration For 3rd Series Club

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:41:00 AM 2 uncang teh
It's my birthday today....hehheh...wish for myself...Happy Birthday Ijun...

Akhirnya....masuk juga ke dalam kelab 3-series ni. Tua? Takdelah...lebih senang aku katakan aku memasuki alam matang. Umur aje meningkat, tetapi aku tetap orang yang sama seperti sebelum ni. Slogan aku senang aje, kita cuma akan menjadi muda hanya sepuluh tahun sekali. Kalau tak percaya, sila terbalikkan nombor 30 menjadi 03...so...muda kan? hahhah (gurau aje).

Tak banyak pencapaian aku sepanjang aku menjalani kehidupan di alam 20-an. Maklumlah, pada aku umur 20-an adalah fasa untuk memulakan kehidupan. Tapi, dalam umur 20-an juga aku banyak belajar mengenai kehidupan sebagai seorang manusia, seorang anak, seorang pekerja dan juga seorang wanita. Kebanyakkan personaliti aku juga terbentuk semasa usia 20-an. Banyak perubahan yang aku alami sepanjang tempoh 10 tahun diusia 20-an. Kalau kawan-kawan sekolah aku tengok keadaan aku sekarang, dibandingkan semasa belajar di sekolah dan mrsm dulu, semua orang terkejut dengan diri aku. Tapi, ciri-ciri brutal aku tetap kekal sampai sekarang. hehheheh...trademark beb...trademark

Perancangan untuk tempoh 10 tahun akan datang....
1. complete master-ji (dah nak pengsan dah ni)
2. beli rumah sendiri (org lain dah beli rumah..aku baru hegeh nak beli)
3. tukar kereta baru...hehhehehe
4. pergi haji
5. plan nak bela anak angkat (kalau still bujang)
6. sambung PhD (kalau masih bersemangat nak belajar).
7. Habiskan hutang PTPTN (tensen bayar hutang ahlong alaf baru ni).
8. Habiskan hutang kereta kancil.
9. Nak melancong puas-puas dalam dan luar negara
10. Nak beli DSLR..
11. Nak beli gadget baru la plak (tengah fikir nak beli apa).

Perancangan panjang-panjang tapi mana perancangan jodoh??? Itu aku tak mampu nak rancang atau nak jawab. Aku serahkan urusan tu pada Allah SWT. Sebagai hambanya, aku akan sentiasa berusaha untuk mencari dan menjadi yang terbaik. Insya Allah.



Monday, August 23, 2010

Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:39:00 AM 0 uncang teh
Mari kita mulakan entri hari Isnin 23 Ogos 2010 ni dengan lirik lagu jiwang daripada kumpulan Arrow. Jom layannnnzzzzzzzzzzzzzzzz................
*********************************************************************************
Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati

Setiap malam
Kutunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu...
Kuterasa dunia ini bagai terhenti

Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerai genggaman mawar dari tanganku

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hati kuini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu dihati

***********************************************************************************
Terima Kasihhhhh............

Thursday, August 19, 2010

Ayam Goreng Bumbu Halia

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:22:00 PM 8 uncang teh
Mari melihat menu berbuka aku semalam...iaitu hari ke-8 berpuasa.

Meriah tak? Ada ayam goreng, sayur masak lemak, ayam masak merah baki semalam, sambal belacan baki semalam juga dan air oren pekat kaw kaw serta tidak lupa kicap pekat manis cap Mudim. Ayam goreng tu bukan sembarangan ayam goreng. Aku perap dengan halia semalaman. Macam nak buat ayam goreng berempah gak la. Aku try buat selepas akak kat tempat keje aku ni asyik bercerita tentang kesedapan ayam goreng bumbu halia ni. Mana boleh kan kalau tak try...nanti terliur pula.

Jom kita try buat ayam goreng yang sama nak?!



Bahan untuk bumbu halia:
Halia - di blend atau di tumbuk serta perah airnya ketepi.
serbuk kunyit
serbuk kari
garam.

Cara nak buat:
Perap semua bahan tu dengan ayam anda semalaman. Aku buat malam lepas berbuka and goreng semasa nak berbuka. Lebih kurang 10jam juga la.
Simpan dalam peti sejuk..bukan dekat bahagian frozen ye.
Note: halia tu kasi banyak sikit ye..baru kaw.

Nota_jari: lepas ni nak try perap apa pula ye?

 

Siapa Yang Nak Jadi Imam Aku?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:05:00 AM 0 uncang teh
Artikel ni aku copy dari seorang pengguna Facebook yang bernama Ayu Zamani. Best pula bila baca sbb inilah realitinya kehidupan. Sekadar untuk berkongsi rasa dan ilmu untuk semua readers blog aku ni (sama ada yang dijemput atau yang tersesat dalam blog aku ni). Harap kita semua sama-sama mendapat manfaat.

********************************************************************************

"saya nak cari suami yang..."

by Ayu Zamani on Tuesday, August 17, 2010 at 5:32pm

Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."
Yang selalu kita lihat, Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..
Yang kita harap dapat lihat, Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat kalau Al-Fatihah pun masih merangkak2
Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama2 membri ingat
Untuk diri sendiri dan saudara2 yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg x kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama2 membaiki diri
Kalau bakal2 suami & bakal2 isteri pakat2 bersihkan hati
Kalau suami2 dan isteri2 dapat ikut segala perintah ilahi
Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar2 sejati

Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni
Bila syariat Allah pakat2 dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali
Seronok di akhirat berganda2 lagi

Nota_jari: Kau Imam di hati ku...


Siapa Ku Di Hatimu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 7:14:00 AM 0 uncang teh
Semalaman rinduku di halaman
Menanti cinta mekar berbunga
Siapa ku di hatimu
Intan atau pun kaca

Semalaman langit tiada berbintang
Asmara ini terpaksa kupendam
Mengumpulnya kembali
Untuk mu kukasihi

Lumrahnya orang yang bercinta
Hidupnya akan bahagia
Tetapi mengapakah kita
Asyik dengan memendam rasa

Siapakah aku di hatimu
Hingga tidur pun tak lena
Ternanti-nanti jawapan
Tertanya-tanya masa depan

Lautan bara bukan ukuran
Onak duri hanya khayalan
Sampai hati engkau usirkan
Mestikah cinta ada hukuman

(image from Google)


Wednesday, August 18, 2010

Dah Sampai

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:12:00 PM 0 uncang teh
Yang ditunggu dah sampai....Dah tak tau nak kata apa. Senyum melebar je dari tadi. Menyengeh pun boleh la juga. Seronok sangat.

Hari ni perfume yang aku order online dah sampai. Encik posmen mmg pandai budget masa la. Memang kebetulan aku ada kat main office time tu. Senyum melebar je depan secretary office. On the spot aku buka parcel tu depan kawan aku. Excited sangat sampai jahanam kotak tu aku buka. Tak kisah la...janji jangan jahanam perfume aku dah la.

Sila berkenalan dengan CK Euphoria 100ml. Wah! memang gabak besar kotak dia. Siap ada balut plastik lagi. Beli CK ni pun sbb housemate aku pakai dan bau dia tersangatlah wangi dan manis. Memang menggoda betul Nak beli kat kaunter, ntah bila la boleh aku jengah kaunter CK tu, nasib baik ade jual online. Jimat budget mileage aku. Hahahhaha.....

bau wangi yang sangat manis

Dan satu lagi...Eh!! ada lagi...aku beli 2 sekali gus. Tapi ni aku beli sbb saje nak try bau aje. Tak sangka pula sangat wangi sampai aku tak boleh hidu. Nasib baik beli 30ml aje. Perkenalkan Estee Lauder Beautiful 30ml.

sesuai untuk mereka yang suka bau wangi yang sangat tajam

Tadi sempat sembang-sembang dengan kawan aku and aku cakap, Estee Lauder ni nanti aku nak pakai masa aku dah kawin. Pakai masa time bendera merah. Bau kuat sangat confirm laki aku tak sanggup nak hidu. Kira signature masa datang bulan la ni. Jadi paham-pahama je la ye bang...hahhaha

Giila sasau tu...sekali 2 botol aku beli. Lepas ni nak jadi hantu parfume plak la. Boleh ke?

Nota_jari: Tunggu hadiah dari si pujaan hati yang kononnya nak bagi sempena birthday hujung bulan tapi jangan mengharap la sebab macam takde je hadiah itu nak muncul depan aku hujung bulan ni.



Ayam Masak Merah Secukup Rasa

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:02:00 AM 2 uncang teh
Dah lama rasanya aku tak masak dalam erti kata betul-betul nak memasak. Sebelum ni aku cuma masak sup dan sayur goreng campak-campak aje. Jadi, semalam dengan semangat membara aku pun pergi la membeli 2 ketul dada ayam dan 2 ketul drumstict ayam. Niat nak memasak ni pun sebab gara-gara hari isnin lepas aku tak berpuas hati dengan makanan yang dibeli dari pasar ramadhan.

Ok jom kita layan resepi cincai aku kali ni...sangat simple dan sangat sempoi.

Bahan-bahannya (berdasarkan kuantiti yang aku masak untuk aku makan sendiri ye)

2 ketul dada ayam di potong sederhana besar
3-4 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
bawang besar dihiris bulat-bulat
sedikit potongan halia
6-7 tangkai cili kering (kalau ada cili blender lagi bagus...)
kulit kayu manis dan bunga lawang
2 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar sos cili
sedikit air asam jawa
santan (jika perlu nak letak untuk kasi lagi lemak)
minyak untuk menumis
garam, gula dan serbuk secukup rasa Maggi

Cara memasaknya:
1. ayam digaul dengan sedikit kunyit dan garam
2. goreng ayam sampai masak tapi jangan sampai garing macam nak buat ayam goreng tu (nak tau ayam tu dah masak bila nampak minyak goreng tu semakin jernih dan ayam sedikit kekuningan)
3. angkat dan tos kan ayam tersebut
4. tumbuk atau blender bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.
5. tumis bahan yang diblender, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
6. Masukkan sos tiram dan sos tomato cili.
7. masukkan ayam yang dah digoreng dan juga air. Biar seketika sampai mendidih.
8. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan secukup rasa. (garam jgn byk sgt sbb sos tiram tu dah masin dan ayam pun dah bergaram)
9. Masukkan santan (semalam aku guna santan kotak je dalam 2-4 sudu besar).
10. Biar mendidih dan pastikan rasa semua dah cukup, tutup api, angkat dan sedia untuk dihidang.
11. Nak lagi wangi, boleh je letak daun sup.


terlupa snap gambar dalam magkuk aku snap terus dari kuali...hahhaha

Nota_jari: nak masak dalam kuantiti banyak korang kena pandai agak kuantiti bahan-bahan yang digunakan. Gunakan instinct korang ye.

Thursday, August 12, 2010

The Sorcerer's Apprentice & One Republic

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:17:00 PM 0 uncang teh
Berjaya juga aku nak tgk filem The Sorceres's Apprentice ni. Nicolas Cage mmg cool and awesome dalam citer ni. Terus aku teruja dengan penampilan dia as a Balthazar Blake yang memakai slack dan kasut kulit org tua. Lakonan Jay Baruchel sebagai apprentice Balthazar yang bernama Dave juga tidak mengecewakan. Nampak sangat serasi. Watak budak fizik yang kurang yakin dengan diri sendiri tetapi mempunyai impian dibawa dengan sangat berkesan.

Yang paling memberi kesan kepada aku adalah lagu yang dimainkan dalam filem ni. Lagu dari kumpulan One Republics bertajuk Secrects. Sebelun ni memang aku pernah dengar nama kumpulan ni tapi aku malas nak amik port sangat. Tapi bila dah dengar lagu Secrects dalam filem ni, terus aku teruja nak cari dan mendownload mp3 dia, dan akhirnya berjaya. Lagu yang sangat fresh dengan gesekkan cello yang sangat menarik. Memang sesuai dengan background cerita ni. Lirik yang sangat best....

Ape lagi, jom layan video ni..



Hantu Kasut

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:46:00 AM 6 uncang teh
Seram tak tajuk ni. Hahahha....setakat hantu kasut je...ape yang nak seramkan..kan...kan...

Ape lagi yang menyeronokkan aku minggu lepas dan minggu ni?! Ye..mestilah sebab aku dah berjaya menambah koleksi platform 4 inci aku. Hahhahah......betul-betul ambil kesempatan masa sale ni. Bab pakai tu belakang kira, yang penting mesti beli dan kena beli. Kalau tak, mau aku tersampuk demam angau terkenangkan kasut idaman hati.


Kasut platfrom putih ni aku beli kat outlet Red Modani kat Taiping Sentral. Eh! banyak la pula kasut aku jenama Red Modani ni. Tapi serius la, kasut jenama ni memang sangat selesa. Harga pun affordable. Kiranya mampu milik. Lagipun ni kasut buatan Malaysia. Tapi design memang up to date. Sekarang ni pun Kerajaan tengah re-launched balik Kempem Beli Barang Buatan Malaysia, so kenapa kita tidak mengambil bahagian untuk menyokong kempen ni. Salah satunya dengen membeli kasut ini la.


Baru je terima kasut ni melalui Pos Malaysia. Sekarang ni kan Pos Malaysia tengah buat re-branding perkhidmatan mereka. So, apa-apa barang korang nak pos, sila lah gunakan perkhidmatan Pos Malaysia ye. Murah, Cepat dan Selamat. Kasut ni aku beli secara online menerusi facebook. Ok, aku mengaku ini kasut import dari Taiwan ke atau Korea. Tapi harga memang affordable. Kasut pun selesa juga. Design.....aku suka, sebab tu aku beli. Kasut ni ade corak macam sisik ular....sebab takde lagi dalam koleksi aku, tu pasal aku gatal tangan gi beli. Kaler pink gitu, auwww!!!!

Nota_jari: masih menanti dengan sabar kasut Clarks yang diorder dari kawan di UK....heehhehe.

Libresse....Absorbtion Is Nothing Without Fit

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:27:00 AM 0 uncang teh
Mula-mula tu nak bagi tau aku dah dapat dah sampel Libresse. Sekejap je aku isi form minta sampel ni, dalam masa 2 minggu dah dapat. Sebelum tu aku dah pernah cuba pakai pad ni, dan ternyata selesa. Pantyliner dia pun ok. Kuasa serapan dia memang cepat. So, korang akan rasa kering je dan sangat selesa. Kalau nak try minta, boleh la ke http://livelibresse.com.my/untuk sample request (selagi stok masih ada).





Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan 1431 Hijrah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:14:00 AM 0 uncang teh

Salam Ramadhan untuk semua kawan-kawan dan pembaca blog irjune.blogspot serta pelawat-pelawat yang sudi singgah dan sudi sesat di blog aku ini.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita semua.

Amin


Tuesday, August 10, 2010

Mari Menjahit Manik

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:03:00 PM 11 uncang teh
Dah lama dah baju ni siap dijahit manik, tapi baru sekarang sempat nak upload untuk tontonan kawan-kawan yang berminat. Nampak aje simple kan, tapi nak siapkan jahitan manik ni memang sampai muntah hijau juga la. Tapi memandangkan untuk pemakaian sendiri, so lambat atau cepat bukanlah masalah pun. Janji ada kepuasan dalam diri aku.

Jom layan 3 keping gambar jahitan manik untuk sesi keras tangan aku ni.

alamak...blur la pula..

ok..nice..dah terang

zoom untuk tengok bunga.

OOO...yee..maaf ye aku tak amik untuk apa-apa tempahan sebab kekangan masa dan situasi aku yang sedang belajar ni. Kita cuci mata dah la ek.



Konvo Mail - Bagai Sirih Pulang Ke Gagang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:04:00 PM 2 uncang teh
You Go Bro!!!!

Congratulation......

Korang tau tak, apa peristiwa yang sangat terharu dalam hidup aku  pada minggu lepas selain mendapat kata-kata sayang dari si pujaan hati?? (yang ni tak terharu sangat, lebih kepada mengada-ngada).

Peristiwa yang paling terharu dalam hidup aku pada minggu lepas ialah apabila aku dapat melangkah masuk semula ke dalam Dewan Tuanku Syed Putra, di USM dan menyanyikan lagu Menara Ilmu, setelah 6 tahun aku meninggalkan alam belajar di USM. Last day aku masuk DTSP adalah semasa aku konvo 6 tahun lepas. Dan genap 6 tahun juga, iaitu pada 6 Ogos 2010, aku kembali lagi melangkah kedalam DTSP, bukan sebagai pelajar tetapi sebagai waris kepada adik aku. (Alamak.....feeling la pulak teringat masa time aku konvo dulu)

Pentas Dewan Tuanku Syed Putra

Ok, kami bertolak dari Perak pukul 5.00 pagi. Korang tau la kan, Penang, lambat...jem. Sebab nak elak jem atas jambatan dan nak dapat petak parking kat depan Masjid USM tu, maka sebelum ayam turun dari reban kami dah ada kat jalan. Oleh sebab ini konvo adik lelaki aku, Mail, maka dia dengan rela hati nak drive. Selain tu dia sendiri memang gian nak drive pun. So, bagi peluang la. Jadi....aku, Jimjim dan Ija da Kruzz jadi penumpang terhormat la pada pagi itu.


Tepat azan subuh berkumandang, kami pun sampai kat depan Masjid USM. Sementara Si Mail solat subuh dan bersiap2 menukar baju, Si Jimjim pun mengambil kesempatan utk men"touch-up" mukanya dengan mekap sbb tak sempat nak bergrooming masa kat rumah (tu la, suruh bangun cepat, bangun lambat lagi).


Yang lain-lain, biar gambar aje la yang berbicara...

Ni nak konvo ke nak menikah ni
Sebagai kakak....aku pun kena la bergaya vogue juga
Alamak...tinggi pula sanggul aku tu..

Dalam DTSP, sempat lagi tu berposing

Boleh ambil gambar dari skrin aje, nak zoom kamera hp aku tak cantik gambar tu.

"Yeah!!! aku dah konvo", kata Mail sambil taktau nak posing macam mana

Nak bagi aku tinggi paras telinga tu, aku terpaksa memakai high heel 3 inci ye

Bunga dan hadia tu bukan dari aku, Jimjim atau Ija, tapi dari junior Si Mail tu.
Kena paksa ke wahai adik junior?

Ija, hg amik berkat lagi 5 tahun konvo ye

Charlie's Angel

Maaf ye, adik lelaki aku dah berpunya. Kalau berkenan juga, sila bertemu muka dengan Timah....
Itupun kalau berani la.

Adengan sadis sampai tertidur Jimjim dengan Ija sebab penat sangat attend konvo Mail

Part paling aku suka, makan time. Mail belanja, upah datang konvo (hehehe...aku saje je buat citer).

Overall, konvo kali ni memang mengimbau kenangan aku 6 tahun lepas.Cuma bezanya, pesta konvo kali ni tak meriah macam masa zaman aku belajar dulu. Orang pun tak ramai macam masa tahun 2004, tahun aku dan si pujaan hati konvo. Bila tengok adik aku konvo ni, terasa tak sabar dah nak habiskan pengajian master-ji aku dan nak melalui semula detik-detik ketika konvokasyen. Tapi bukan kat USM la, kat UTM...Insya Allah.

Penutup aku letak gambar Canselor USM

Thursday, August 5, 2010

The Boy Is Mine

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:09:00 AM 0 uncang teh
Kejam tak tajuk aku tu. Ingat tak lagi, tu tajuk lagu Monica dan Brandy....OOOOO..tak ingat takpe lah. Tajuk tu bukanlah sebab aku nak berebut jantan atau laki sesiapa aje. Jadi..kepada perempuan-perempuan diluar sana..jangan risau ye...aku waras lagi. Hahahhaha....

Sebenarnya aku nak tunjuk buah hati aku. Dah besar pun dia. Pandai mama dia jaga anak ummi ni. hehheheh...


Inilah Muhammad Iqram Darwisy bin Shaiful Amri. Anak x-housemate aku kat sini yang aku anggap macam anak angkat aku. Alhamdulillah, walaupun x-housemate aku dah kawin dan dah nak masuk anak 2 dah (aku ade anak tekak aje), tapi silaturrahim aku dengan dia masih lagi baik. Masa dia nak kawin dulu, aku dah cakap kalau dia dapat anak, aku nak ajar anak dia panggil aku ummi, dia pula setuju nak bahasakan diri dia mama.

Awisy ni sangat friendly. Aku masuk je rumah dia, habis semua barang dia nak tunjuk. Manja pulak tu. Sangat keletah. Tapi mama dia cakap nakal dan buas. Suka memanjat. Biasalah budak-budak, lagi-lagi budak lelaki. Banyak akal.


Awisy mata bulat


Awisy dan ummi.

Semalam masa gi umah Awisy ni, sempat la aku borak dan bergosip dengan mama Awisy sambil-sambil tengok drama Epilog Syurga Cinta. Rupanya Awisy ni suka tengok Adik Mia Sara Nasuha. Amboi Awisy, kecik-kecik dah minat nak ada awek. Tapi not bad juga ye taste Awisy. Ummi ngan mama Awisy ok aje. Hehehehe....


Mia Sara Nasuha

Nota_jari: Mama Awisy...thanks ye dengan pes mee bandung muOOO tu...


 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea