Wednesday, April 25, 2012

10 Perkara Menarik Tentang Daerah Kerian, Perak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:49:00 PM

Sebagai pengundi sah dalam Parlimen Bagan Serai, aku sangat berbangga menjadi anak jati Perak umumnya dan Daerah Kerian, khususnya. Kat sini aku listkan 10 Perkara Menarik Tentang Daerah Kerian.
  1. Daerah paling kecil (tetapi lagi besar daripada Perlis) dan terletak diutara Negeri Perak.
  2. Bersempadan dengan Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Bandar Bharu, Kedah di utara, Daerah Larut, Matang dan Selama di Timur dan Selatan serta Selat Melaka di bahagian Barat.
  3. Ada dua bandar utama iaitu Parit Buntar dan Bagan Serai sebagai pusat tumpuan penduduk, pentadbiran dan ekonomi. 
  4. Satu-satunya daerah di Negeri Perak yang tiada sekolah berasrama penuh atau MRSM.
  5. Laluan utama menuju ke utara dan selatan, sama ada melalui lebuhraya atau Jalan Persekutuan.
  6. Daerah panas sbb jadi kubu kuat pembangkang terutamanya parliment Bukit Gantang.
  7. Ramai orang keturunan Banjar menetap di daerah ni.
  8. Penanaman padi sebagai sumber ekonomi utama selain, kelapa sawit, getah dan penangkapan ikan.
  9. Kawasan tanah pamah yang subur.
  10. Satu Kerian akan tenggelam kalau Empangan Tasik Bukit Merah pecah atau runtuh. Beware.


Peta Daerah Kerian (kredit untuk pakcik Google)

2 uncang teh :

Anonymous said...

nice...
info yang amat menarik.
thanks for sharing.

~*irjune*~ said...

welcome Anonymous

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea