Assalamualaikum
Ini adalah percutian aku dan Rafe untuk tahun 2012. Sorang lagi bestie, Mek Yani tak dapat join sbb sibuk dengan aktiviti dia nak kawin pada pertengahan bulan 5 ini. Walaupun terasa kekurangan sbb selalu bercuti ada 3 orang, tapi kali ni cuma 2 org aje, tapi happening dia tak payah nak citer la.
Kami plan cuti kami ni dalam masa 2 bulan aje. Bulan 2 tu decide tempat bercuti iaitu Langkawi dan hujung bulan 3 serta awal bulan 4 tu completed bab sewa kereta dan hotel. Pening juga la nak setelkan hal sewa-menyewa ni sbb walaupun cuma aku dengan rafe tapi masing2 ada kehendak dan keinginan tersendiri. Senang cakap...cerewet la skit. Hahahaha....Tapi tolak ansur menjadi penyelamat, aku setel bab kereta sbb aku demand kereta best dan rafe setel bab hotel sbb rafe ni demand nak hotel tepi pantai. Senang nak main air laut katanya. Jadi ape lagi, dalam masa 2 minggu antara hujung bulan 3 dan awal bulan 4 tu pening kepala juga la dibuatnya sbb nak kena dapatkan harga sewa kereta dan hotel yg fix dgn budget kami. Lagi pening sbb kami pilih tarikh bercuti tu hujung bulan 4 iaitu 28/4 hingga 30/4, dimana masa tu mmg tengah peak time sbb 1 May tu cuti hari buruh, so mesti akan ramai org akan datang ke Langkawi masa tu.
Masa kat Langkawi tu kami sewa kereta Mazda2. Hajat mula2 tu nak sewa City, tapi tercakap Vios. Bila discuss dengan agen sewa kereta tu maka dapatlah kami merasa drive Mazda2. Masa nampak kereta tu sampai tersengeh-sengeh aje kami berdua ni. Excited punya pasal, elok2 aje bonet kereta dibuka, terus kami letak beg dalam bonet, sampai kena tegur dengan brother agen tu. Hahahha.....
Inilah kereta sewa kami masa kat Langkawi. Mazda2 kaler putih. No plat pun cantik. Kereta baru ni, baru lepas 1st service. Harga sewa Mazda cuma RM120 sehari, iaitu dalam range budget yang aku nak. Actually kalau rate biasa, agen ni cuma kenakan sewa RM80 sahaja utk semua jenis kereta, tapi memandangkan time aku gi Langkawi tu peak season, so inilah harga yang diorang offer kat aku. Murahkan. Sebabnya kalau peak season, sewa kereta Mazda ni boleh cecah RM150++. Korang berminat, boleh la contact agen sewa kereta tu, Hanafi (013 435 3413) atau untuk lebih keterangan boleh la menjenguk blog diorang disini.
Bab hotel pun pening gak. Bila tanya hotel area Pantai Cenang semua penuh. Maklumlah...peak time sbb cuti hari Buruh. Tapi akhirnya, hasil carian di internet kami dapat booking Charlie Motel kat area Pantai Tengah. Best juga hotel ni sbb suasana dia takde la bising macam kat Pantai Cenang. Tenang dan nyaman aje. Yang best tu pantai dia la. Oleh sebab bahagian Pantai Tengah ni bukan kawasan teluk macam Pantai Cenang so ombak dia kuat la sikit. Tapi memang best la...bak kata anak buah aku....terujeeee....
Depan pintu gerbang Charlie Motel
keadaan bilik
Ini penting, keselesaan penginapan bergantung kepada kebersihan toilet,kalau mcm ni punya toilet kira lulus.
Pantai Tengah yang sangat tenang
Aktiviti kami disini of course la memenuhi kiriman kawan2 yang memesan itu ini begitu begini. Ape lagi kalau tak sudu garfu dan coklat2 yang sangat murah kat Langkawi ni. Aku malas nak cerita panjang2 pasal aktiviti shopping ni sebab Rafe dah cerita details. So korang boleh la jenguk blog dia disini.
Bab makan tak payah cakap la sbb berlambak gerai tepi jalan. Tapi untuk makan tengah hari dengan makan malam mungkin banyak la....kalau bab breakfast tu kat mana plak ye? So kalau korang duduk kat Charlie Motel ni tak payah gi jauh2...jalan depan sikit dalam 500 meter tu ade gerai makan Melayu Warung Mak Tam. Cuma untuk makan malam aku memang syor kan korang gi Restoran Mangga 2, lokasi dia atas skit je dari Faye Hotel. Makanan dia memang sedap, service cepat dan harga sangat berpatutan.
Lokasi warung ni sebelah dengan warung makan cina, so kalau nampak ade org Melayu tu, betul la tu.
Selain aktiviti tu, kalau pergi Langkawi tak sah kalau tak buat Island Hopping. Ini Rafeah punya impian la, pada aku tak pergi Island Hopping pun tak pe sbb sebelum ni dah 2 kali aku buat Island Hopping. Kalau korang duduk kat Charlie Motel ni just cakap kat receptionist tu aje, nnt diorang akan arrangekan. Bayaran cuma RM25....still harga yang sama juga seperti tahun2 sebelum ni. Lepas tu masuk melawat Underwater World. Ini baru 1st time masuk so jadi jakun la skit. Hahahah....itu la masa tiket murah tak nak masuk tapi dah tiket mahal baru nak masuk. Yang best tu masa masuk Underwater World ni waktu pertunjukkan anjing laut. So excited la skit. Tapi yang sedihnya, aku tak dapat nak naik Cable Car sbb tengah dibuat maintenance time tu. Nampaknya kena gi Langkawi pada masa yang lain la.
Kiranya untuk percutian kali ni puas hati la juga. Bab perabih duit tu tak payah tanya la. Alang2 bercuti di kawasan free duty zone, ape lagi rembat la ape yang patut. Lepas tu bila naik feri dah macam2 orang Kampuchea jual barang, penuh tangan dengan plastik. Hahahaha.....
0 uncang teh :
Post a Comment