Tuesday, August 25, 2009

Mee Kuah sempoi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:15:00 PM
Sebenarnya resepi mee kuah ni aku dapat lepas tgk rancangan Nona pada tarikh (16/8/09). Masa tu dalam segmen air tangan selebriti Atie AF yg masak. So lepas aku tgk dan rasa macam senang je nak buat, maka pada 1st day puasa aku pun try la nak masak mee kuah ni. Macam biasa, resepi ni aku igt aje...so kemungkinan resepi ni tak sama ngan resepi asal. Sebab tu aku bg nama mee kuah sempoi. Komen dari mak aku...heheh..boleh buka kedai jual mee kuah dah ni. Pergh!!! anak dia yg malas masak ni dapat pujian best dr mak sendiri.

MEE KUAH SEMPOI

Bahan-bahan:

1/2 kilo udang saiz sederhana (nak guna yg kecik pun takpe...ikut suka la)semangkuk kecil ayam yg dah di potong kecil2.

500 gm sotong (potong ye)

5-6 ulas bawang merah

5-6 ulas bawang putih (lebihkan skit bawang putih)

20 tangkai cili kering

100gm udang kering (ditumbuk)

2-3 sudu besar sos tiram

3-4 sudu besar sos cili

2-3 sudu sos tomato

kicap manis (amaun tu depend sbb nak bg kuah tu gelap sikit)

sayur sawi di potong2

3 biji telur ayam (kalau telur ayam saiz besar 3 biji dah cukup..kalau saiz kecik letak la 4 biji)

air (utk kuah)

minyak utk menumis

gula

garam

mee kuning

PENYEDIAANNYA

blender bersama bawang merah, bawang putih, cili kering.

panaskan minyak dalam kuali (senang keje masak dalam kuali ni).

tumis bahan blender sampai masak dan naik bau.

masukkan udang kering yg dah ditumbuk dalam bahan tumis.

masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.

masukkan sotong dan ayam.

masukkan air...biarkan seketika utk bg lembut sotong dan ayam tu.

(air utk kuah tu ikut suka korang la nak letak byk mana sbb kuah tu depend pd korang tapi jgn la cair sgt).

bila sotong dah lembut, masukkan udang.

bila udang dah masak, masukkan sayur sawi.

masukkan garam dan gula secukup rasa.

akhir sekali, pecahkan telur ayam kedalam kuah dan kacau supaya telur tu hancur.

celur mee kuning dalam air panas sekejap.

ok..sedia utk dihidang.

Note: dalam masakan aku tu aku tak letak sotong sbb tak beli sotong. korang letak la kalau nak letak. lepas tu adjust la amaun bahan2 tu mengikut citarasa dan kesesuaian famili korang.

SELAMAT MENCUBA


0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea