Monday, December 13, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:22:00 PM

Aku ni bukanlah pengkritik filem atau tukang review yang baik sbb aku bukannlah ilmuan dalam bidang filem. Tapi sebagai penonton yang dah menonton citer ni aku teringin nak kongsi keseronokkan ketika menonton citer ni.

Kalau sape yang pernah tgk citer Zombi Kampung Pisang, cerita hantu Kak Limah ni adalah sambungan cerita tu. Tapi kalau sape2 yang tak pernah tgk sbb takde hati nak tgk citer Zombi Kg Pisang...jangan risau sbb korang pun boleh paham citer ni sbb citer ni boleh berdiri sendiri dengan plot dan sub-plot sendiri.

Masa musim zombi dulu, saat banyak pengkritik filem mengkritik kaw-kaw citer Zombi Kg Pisang, akulah antara rakyat Malaysia yang terhegeh-hegeh masuk panggung tgk citer tu, hanya semata-mata nak tgk Awie pakai kain pelikat dan tuala kat kepala. Masa citer zombi tu mmg nampak mengarut, plot kurang kemas tapi aku suka sbb tahap lawak dia pun ok sampai aku boleh release tension dan lupa masalah seketika. Lawak yang menyebabkan aku tak boleh nak control bila gelak dalam panggung.

Stail Husin mmg tak lari konti sejak zaman zomba (zombi), tuala biru kat kepala, kain pelikat ngan baju kelabu takde lengan.....sempoi.

Tapi citer Hantu Kak Limah kali ni lagi lawak keadaannya. Dalam seram memang ada lawak...seramnya bila Kak Limah ni suka mengusik sambil nyanyi lagu enjit-enjit semut (aku rasa kanak2 moden dah lupa dah lagu ni), dan babak lawaknya bila....usikan Hantu Kak Limah tu telah mengkucar-kacirkan keharmonian Kg. Pisang tu sendiri.


Masa zaman zombi, watak Usop ada beberapa watak aje, almaklum la baru pencen sebagai penari kebudayaan, tapi dalam citer Hantu Kak Kimah, babak Usop dah dikembangkan lagi.

Lawak citer ni tak perlu nak tggu lama2, dari start citer ni , aku dah rasa nak gelak dah. Part yang tak boleh nak kontrol gelak adalah part Hussin lari macam nak masuk acara 100m je sbb kena usik dengan Hantu Kak Limah. Lepas tu sambung lagi dengan part penduduk kampung lari lepas pergi menyiasat rumah Kak Limah. Tak boleh blah tgk muka Pak Abu, Pak Jabit, Usop, Abi Hurairah dan penduduk kg lari. Scene tu memang menggamatkan panggung.


Dulu Pak Abu dengan Pak Jabit jadi hantu katik, skrg dah jadi orang penting kampung dah.

Nak lawak lagi, hayati watak Abi Hurairah lakonan Johan Raja Lawak. Memang sempoi. Kalau dulu Awie digandingkan dengan AC Mizal (Mat Karan), tapi sekarang gandingan Awie dengan Johan nampak "in" juga la. Part yang tak boleh blah dan perlu dilihat adalah part Abi Hurairah (Johan) dalam jamban bawa radio pasang kuat-kuat sbb takut hantu Kak Limah sambil Husin dan Usop kene teman di luar jamban tu. Kene tgk muka Johan yang sangat lawak masa hantu Kak Limah masuk dalam jamban bertenggek atas kepala Johan dan masa Johan keluar dari jamban sambil tarik2 baju and pakai tudung saji yang dah macam skirt pendek je rupanya. Memang kelakar.

Dulu dengan Mat Karan, sekarang dengan Abi Hurairah pulak

Selain seram dan kelakar, kritikan sosial dalam citer hantu Kak Limah ni pun banyak yang boleh diambil kira. Sindiran yang diutarakan diberikan dalam bentuk dialog dan aksi yang sangat sempoi dan kelakar. Antaranya sindiran dalam sistem politik kita, sindiran dalam kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris, sindiran sebab terlalu mempercayai tahyul dan sindiran sbb suka menokok tambah cerita. Banyak juga adengan-adengan yang sebenarnya terjadi di dalam kalangan masyarakat Melayu ditunjukkan oleh Mamat Khalid, seperti cthnya part Husin dan Usop teman Abi Hurairah tgh "poo" dalam jamban. Sebenarnya itulah yang berlaku satu masa dulu kat kg sbb jamban dulu-dulu banyak dibina diluar rumah. Bila tgk scene tu teringat masa aku kecik-kecik dulu mesti minta mak temankan bila nak gi jamban. Hehehhehe....

"Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas"'.....Hantu Kak Limah lakonan Delimawati

Oleh sbb citer Hantu Kak Limah Balik Rumah ni adalah sekuel cerita Zombi Kampung Pisang, aku cukup puas hati sbb banyak lokasi asal citer zombi dikekalkan seperti warung Pak Jabit yang satu ketika dulu adalah warung Pak Munawer, Balai Raya Kg Pisang dan juga rumah Pak Abu. Selain tu rumah yang menjadi lokasi rumah Husin dan rumah Kak Limah betul-betul mengingatkan aku dengan reka bentuk kebanyakkan rumah2 kampung di negeri Perak termasuklah rumah aku dan rumah mbah aku.

Tak boleh blah betul Awie dengan baju bunga2 dia tu.

Keseluruhan citer hantu Kak Limah ni memang best. Banyak penambahbaikan dari citer zombi dulu. Memang tak rugi la bayar tiket mahal2 nak tengok citer melayu Mamat Khalid ni. Memang layan gelak sampai habis.

(Kredit gambar dari sinemamalaysia)

Nota_jari: Sangat berbangga menjadi anak jati Perak


4 uncang teh :

zuesaran80 said...

sangat best n sangat kelakar ini cerita...gelak sampai menangis! hahahahahhahaa

~*irjune*~ said...

tau takpe...aku dah tahap perut jadi tegang giler sbb gelak

zuesaran80 said...

aku siap hilang sebelah sandal aku..tapi abaikan dulu..lps wayang buka lampu baru cari....gelak tak hengat!

~*irjune*~ said...

hahha....aku mmg peminat trilogi kg pisang la...lepas ni kata ade lagi satu citer pasal kg pisang lagi...tgguuuuu

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea