Friday, October 25, 2013

Susun Atur Dalam Laci Dapur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:00:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Ingat tak kabinet kat bawah ni. Pernah tunjuk dalam roadtour kat dapur dulu. Masa tu aku just cerita kat bahagian bawah dan tepi je. Bahagian atas iaitu bahagian laci tu aku tak cerita sebab masa tu tak kemas lagi.
Petang semalam lepas balik keje, tak tau nak buat apa sebab hujan, aku angkut laci tu bawa ke depan tv. Sambil nonton tv tengok Gibbs dalam NCIS, aku pun mula la menyusun laci itu.
Ini rupa laci aku sebelun disusun. Semua main aci campak n sumbat aje. Mostly barang-barang spare part hardware yang aku simpan dalam laci ni. Selain tu ada gak buku panduan penggunaan barang elektrik macam mesin basuh dan microwave yang aku simpan. Senang aku nak refer bila tak tau.
Ini rupa laci bila dah siap susun. Sparepart yang kecil-kecil aku letak dalam tray biru tu. Senang nak cari. Tengok, hammer pun ada. Buku panduan tu aku taktau nak letak macam mana, so aku susun macam tu la dulu. Kat bawah buku tu sebenarnya ada bekas simpan sudu garfu beli kat Daiso, tapi tak guna, so aku buat simpan kabel periuk yang tak digunakan dulu.
Dah siap kemas semua, masuk balik dalam laci. Nasib baik tak sangkut. Risau sangkut kat kepala hammer tu je sebab aku simpan cara macam tu. 

8 uncang teh :

SUHAIDA said...

sama mcm su..baru kemas laci kat dapur..hihiji

~*irjune*~ said...

ini baru satu laci, byk lagi yg belum kemas betul-betul.

NAS said...

Teringat pulak kat laci yang beterabur kat rumah...

Han Hanni said...

kemas sekali sekala bagus jugak kan..boleh susunatur elok-elok.saya pun ada peel suka sumbat-sumbat barang

Fizah said...

dah kemas, nk cari pape sng dah pasni :)

IeRA said...

salam... Rajinnya tuan rumah ni. salam perkenalan dari saya

http://teratakiera.blogspot.com/

Jasmin said...

Tengah amik aura kerajinan jugak ni.

~*irjune*~ said...

NAS....kat rumah saya pun banyak lagi laci yang bertabur belum sempat nak kemas.

cik hani...biasalah..kita ni bukannya selalu rajin...mula-mula aci main sumbat je..lepas tu sendiri yang sakit mata. hahaha

Fizah...mmg pun..kalau dah kemas senang nak cari barang.

IeRA...tak rajin mana pun. Paksa diri juga nak mengemas ni. Salam perkenalan juga dari saya.

Ayu Rashid...hahahha...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea