Tuesday, November 30, 2010

Saya Jatuh Cinta

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:53:00 PM 3 uncang teh
Buat blogwalking kat dianarikasari.blogspot.com ...tgk dia baru beli kasut baru ni dari blogshop kat Indonesia yang jual hand made shoe. Sangat cantik dan aku sangat suka.Terus jatuh cinta.


picture is kredit to dianarikasari.blogspot.com

Ada tak online shoe shop kat Malaysia jual kasut pattern macam ni? Aku nak beli sepasang.

Tuesday, November 16, 2010

Dating Ke?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:53:00 AM 0 uncang teh
Berjaya juga mengharunginya. Hahaha....(gelak gelihati sekejap).

Walau ape pun bunyi ayat yang keluar, dating ke...lepak ke...ronggeng ke...yang penting aku berjaya jumpa dia setelah sekian lama tak jumpa dengan dia (macam la lama sangat...sebenarnya 5-6 bulan aje).
Ini adalah perjumpaan yang sangat kekok. Masing-masing sangat control. Nak bercakap pun ayat tunggang langgang. Sedangkan selama tidak berjumpa, dalam sms ayat jiwang karat mengalahkan org tengah berhoneymoon. Sekali keluar berdua, ambik ko.....dah taktau nak panggil dia ape...nak bahasakan diri aku ape. Adussss.....kekoknye.

Gabra??...tak payah cakap la....3 hari aku susah hati pikir macam mana nak berdepan dengan dia...Segala organ dalaman dah bergegar macam nak kena gempa bumi je.

Perjumpaan ni kami tengok wayang cerita Unstoppable lakonan Denzel Washington dan Christ Pine. Cerita yang berdasarkan cerita benar ni takde la thriller sangat macam trailler kat tv tu. Bukan kata tak best langsung tapi pada aku kurang aksi dan kurang best la. Maybe ni light action movie so takde la byk aksi yg menyentap jantung ke ape ke. Plot cerita mudah sebab kes nak bagi berhenti sebuah keretapi yang high speed tanpa pemandu yang bawa banyak cecair kimia merbahaya. Tu aje....dan ending dia adalah sangat sangat sangat simple dan boleh diagak sebab dari awal cerita itulah tujuan sebenar cerita ni. Rate yang aku bagi adalah 5/10 menarik tapi kurang best (macam mana tu...lu pikir la sendiri).


Alamak...terbagi review pasal filem la pula. Tapi itu la...perjumpaan (dating) yang sangat ringkas antara aku dengan dia...keluar lepas balik keje....tengok wayang cerita keretapi...lepak makan .....and then balik rumah before 11 malam. Baik tak aku???!!

Nota_jari: mlm tadi bukan officially dating kita kan?


Wednesday, November 3, 2010

November Rain

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:48:00 PM 1 uncang teh
Ini adalah entri pertama di bulan November, entri banjir sempena kedatangan bulan sebelas ini.

Selepas 5 tahun, sekali lagi Perlis Indera Kayangan dilanda banjir. Tapi kali ni takde la sedasyat banjir tahun 2005. Mungkin sbb semua pihak dah berjaga-jaga dan membuat segala persediaan selepas hujan turun tak berhenti selama 3 hari. Nak kata teruk tu tak tau la nak komen macam mana tapi habis semua sawah bendang dah jadi macam laut, jalan raya dah jadi beting pasir, dan rumah pula dah jadi pulau ditengah2 lautan.

Ini adalah entri bergambar. Gambar2 yang ditempek kat sini tak mewakili semua tempat di Perlis. Aku snap gambar ni masa nak pergi dan balik dr kerja pada hari selasa 2 Nov 2010.





Semua gambar kat atas tu pemandangan dr tepi rumah aku. Sepatutnya tepi umah aku ada terusan dan sawah, tapi sekarang dah macam laut dah.





Maktab pun dah kene banjir


Depan sekolah sains yg dah paras betis. Sian student sekolah kene balik time tu.


Perumahan sebelah ILP, Taman Seri Pulai, memang tempat favourite banjir ni.


Macam lalu tepi laut la plak

Sang itik yang berpoya-poya main banjir



Jalan raya yang dah macam beting pasir dah ni

Perhatian...itu bukan laut tapi sawah yang dah tenggelam

Dah macam pesta pameran kereta ditepi jalan  la pula

Keadaan jalan depan ILP pada pukul 12 tgh hari pada 2 Nov 2010

Sekali datang optimus prime dalam rupa lori tangki Petronas, alamak driver dah cuak dah time ni.

Nota_jari: Dah tak boleh jadi negeri kayangan dah ni sbb asik banjir je 5 tahun sekali.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea