Wednesday, November 3, 2010

November Rain

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:48:00 PM
Ini adalah entri pertama di bulan November, entri banjir sempena kedatangan bulan sebelas ini.

Selepas 5 tahun, sekali lagi Perlis Indera Kayangan dilanda banjir. Tapi kali ni takde la sedasyat banjir tahun 2005. Mungkin sbb semua pihak dah berjaga-jaga dan membuat segala persediaan selepas hujan turun tak berhenti selama 3 hari. Nak kata teruk tu tak tau la nak komen macam mana tapi habis semua sawah bendang dah jadi macam laut, jalan raya dah jadi beting pasir, dan rumah pula dah jadi pulau ditengah2 lautan.

Ini adalah entri bergambar. Gambar2 yang ditempek kat sini tak mewakili semua tempat di Perlis. Aku snap gambar ni masa nak pergi dan balik dr kerja pada hari selasa 2 Nov 2010.





Semua gambar kat atas tu pemandangan dr tepi rumah aku. Sepatutnya tepi umah aku ada terusan dan sawah, tapi sekarang dah macam laut dah.





Maktab pun dah kene banjir


Depan sekolah sains yg dah paras betis. Sian student sekolah kene balik time tu.


Perumahan sebelah ILP, Taman Seri Pulai, memang tempat favourite banjir ni.


Macam lalu tepi laut la plak

Sang itik yang berpoya-poya main banjir



Jalan raya yang dah macam beting pasir dah ni

Perhatian...itu bukan laut tapi sawah yang dah tenggelam

Dah macam pesta pameran kereta ditepi jalan  la pula

Keadaan jalan depan ILP pada pukul 12 tgh hari pada 2 Nov 2010

Sekali datang optimus prime dalam rupa lori tangki Petronas, alamak driver dah cuak dah time ni.

Nota_jari: Dah tak boleh jadi negeri kayangan dah ni sbb asik banjir je 5 tahun sekali.

1 uncang teh :

Anonymous said...

hmm...hehe area perumahan tempat eden tinggal...ada gak kenangan ekk..tima kasih upload...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea