Tuesday, November 16, 2010

Dating Ke?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:53:00 AM
Berjaya juga mengharunginya. Hahaha....(gelak gelihati sekejap).

Walau ape pun bunyi ayat yang keluar, dating ke...lepak ke...ronggeng ke...yang penting aku berjaya jumpa dia setelah sekian lama tak jumpa dengan dia (macam la lama sangat...sebenarnya 5-6 bulan aje).
Ini adalah perjumpaan yang sangat kekok. Masing-masing sangat control. Nak bercakap pun ayat tunggang langgang. Sedangkan selama tidak berjumpa, dalam sms ayat jiwang karat mengalahkan org tengah berhoneymoon. Sekali keluar berdua, ambik ko.....dah taktau nak panggil dia ape...nak bahasakan diri aku ape. Adussss.....kekoknye.

Gabra??...tak payah cakap la....3 hari aku susah hati pikir macam mana nak berdepan dengan dia...Segala organ dalaman dah bergegar macam nak kena gempa bumi je.

Perjumpaan ni kami tengok wayang cerita Unstoppable lakonan Denzel Washington dan Christ Pine. Cerita yang berdasarkan cerita benar ni takde la thriller sangat macam trailler kat tv tu. Bukan kata tak best langsung tapi pada aku kurang aksi dan kurang best la. Maybe ni light action movie so takde la byk aksi yg menyentap jantung ke ape ke. Plot cerita mudah sebab kes nak bagi berhenti sebuah keretapi yang high speed tanpa pemandu yang bawa banyak cecair kimia merbahaya. Tu aje....dan ending dia adalah sangat sangat sangat simple dan boleh diagak sebab dari awal cerita itulah tujuan sebenar cerita ni. Rate yang aku bagi adalah 5/10 menarik tapi kurang best (macam mana tu...lu pikir la sendiri).


Alamak...terbagi review pasal filem la pula. Tapi itu la...perjumpaan (dating) yang sangat ringkas antara aku dengan dia...keluar lepas balik keje....tengok wayang cerita keretapi...lepak makan .....and then balik rumah before 11 malam. Baik tak aku???!!

Nota_jari: mlm tadi bukan officially dating kita kan?


0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea