Assalamualaikum wbt.
Tadi masa kat opis tengah sibuk-sibuk buat kerja aku pun bukalah Youtube, mencari-cari video best untuk ditonton. So aku jumpa video ni pasal dekorasi bilik tidur budget. Jom..aku share dengan korang.
Credit to Youtube
Daripada video ringkas ni aku dapat beberapa tips untuk menjadikan bilik tidur kita nampak mewah walaupun dengan budget ciput (macam aku...hohoho).
Tip 1: Cat bilik dengan warna yang sesuai. Untuk bilik ni, owner guna warna natural iaitu gabungan putih dan kelabu.
Tip 2: Cuma gunakan gabungan 3 warna sahaja. Owner guna warna baby blue, dark blue dan juga hijau.
Tip 3: Cat perabot dengan warna gabungan. Menurut Samantha Pynn, mengecat perabot lama merupakan kaedah dekorasi yang paling murah dan mudah. Tak perlu nak beli perabot baru. DIY apa yang ada.
Tip 4: DIY runner katil. Tak perlu nak hantar jahit ke kedai, just lipat dan letak diatas katil.
Tip 5: Langsir yang sesuai dengan cat. Owner guna langsir putih yang mempunyai corak berwarna biru samar. Biru dan kelabu berada dalam ton warna bersebelahan.
Tip 6: Kabinet dihujung katil. Selain sebagai perabot dekorasi, tapi boleh jadi tempat simpanan barang. Kalau bilik besar boleh buat. Tapi kalau bilik kecil macam bilik rumah aku, tak payah...buat sempat jalan je.
Tip 7: Simetri. Susun perabot dalam keadaan simetri. Dalam video tu dia tunjuk ada 2 buah side table di kedua-dua sisi katil dan juga ade lampu daripada jenis dan corak yang sama.
Tip 8: Bunga. Bunga boleh jadi hiasan yang paling murah. Tak perlu bunga hidup...bunga plastik pun ok. Long lasting.
Tip 9: Cermin. Ini untuk ilusi keluasan dan kalau nak cantik lagi buat hiasan DIY kat cermin tu.
Tip 10: Headboad. Katil kat oversea banyak yang takde headboad. Tapi katil kat Malaysia dah ready dengan devan (betul ke eja). Tapi kalau ada yang nak letak headboad, DIY je. Aku banyak tengok dalam rancangan make over luar negara diorang DIY je headboad tu.
Tip 11: Hiasan di dinding atas kepala katil. Tak perlu hiasan yang sarat. Macam dalam video tu dia letak perkataan DREAM. Kalau aku, aku plan nak letak gambar aje. Gambar kawin pun ok juga. Hahahaha....
Tip 12: Letak bantal kusyen kecil sebagai hiasan atas katil. Sarung kusyen plak daripada material dan corak kain yang sama macam langsir. Cantik...huhuhuhu
Itu aje kot yang dapat aku kutip daripada video tu. Kalau ada yang tertinggal nanti boleh update lain. Aku tulis tips ni berdasarkan pemahaman aku aje tau. Pemahaman korang aku tak tau pun.
Nota_jari: Tetiba rasa nak beli set bilik tidur warna putih pula....uwaaaa.......nyesal beli warna gelappppp.....
3 uncang teh :
wow, aku rasa mcm dah nak sampai virus deco ni kat aku, weiiiiii jealous tau..
hahahha...lilly jgn bosan2 ok...jom join geng deco...jgn jeles2...umah hg pun lawa gak..
Nice one la. Bilik tidur je tak sempat nak deco lagi. huhu
Post a Comment