Monday, January 9, 2012

Dah Masuk Tahun 2012 Rupanya...aisey!!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:07:00 PM
Sedar tak sedar...dah hampir 10 hari rupanya tahun 2012 menjengah....dan aku pula kat sini baru ade kesempatan nak ucap Selamat Tahun Baru 2012....So...mcm biasa walaupun dah 10 hari berlalu....apa azam korang? Aku tahun ni takde nak set ape2 azam pun sbb azam tahun lepas langsung tak achieve. Maybe aku akan bawa satu dua azam tahun lepas untuk aku settlekan pada tahun ni. Antaranya...nak khatam Al-Quran...huhuhu...tahun lepas bukan aje tak khatam...tapi baca Quran tak sampai separuh pun....Malas betul aku.

Dalam sibuk2 kita buat azam baru ni...ape kata jom ikut aku revise semula adengan-adengan penting sepanjang tahun 2011. Kita revise ni ikut apa yg kepala hotak aku ni boleh ingat la ek...nak ingat semua tu tak leh nak confirm la. 

  1. permulaan tahun, aku kena prepare untuk present proposal untuk Projek 1 Master aku. Time ni stress btul sbb jumpa supervisor cuma sekali aje.
  2. selama setengah tahun aku ulang-alik untuk gi kelas dr Kangar-Shah Alam-KL-Kangar drive sorang2. Ada dua tiga kali bekas Osmet aku tumpang untuk balik Shah Alam.
  3. Osmet aku kawin dan lepas tu dia pindah ikut suami dia kat Kulim. Tinggal la aku lepak sorang2 balik.
  4. aku putus hubungan dengan lelaki yg aku panggil en.sayang. tragis time putus tu sbb jadi masa aku tgh prepare untuk final exam aku, tapi aku cool sbb exam lagi penting kan.
  5. aku start study kat library UTM KL. Bayangkan selama aku belajar dari sekolah rendah sampai undergrad, aku mmg tak pernah dan tak suka nak study kat library, tapi bila dah sem last master boleh pula memerap study kat library.
  6. aku jumpa 3 ekor anak kucing masa on the way nak balik Perak. Jumpa tepi jalan masa balik malam. Cute je tgk 3 ekor anak kucing tgh main2...so aku usung bawa balik. Sekarang ni dah beso2 dah kucing tu. Sekor dah mati sbb sakit, yang sekor baru je beranak dapat 4 ekor anak kucing, yang sekor lagi besar gila memboyot. Skrg ni jadi kucing kesayangan kat umah. BOBOYOT dan BOBOCIT.
  7. Kucing kat kg yg dipanggil Si bulat beranak dapat 3 ekor anak kucing yang kiut miut tapi nakal nak mampus.
  8. aku berjaya menambah aset aku iaitu aku beli rumah dah. Heheh...Alhamdulillah....ade gak saki baki duit belajar untuk aku guna beli rumah.
  9. aku sambut Ramadhan sorang2 kat Perlis tapi yang syoknye aku berjaya buat solat terawih 3 minggu before aku balik kg nak sambut raya.
  10. rumah tukang jahit yg jahit baju aku kat kg terbakar masa hari kesebelas Ramadhan. Ada sepasang baju aku terbakar termasuk la 2 pasang baju kawan aku serta sepasang baju nikah adik aku. Selain tu ade lagi 100 pasang baju pelanggan lain yg terbakar gak. nasib baik baju raya aku awal2 dah amik.
  11. aku gi bercuti kat Ipoh, rumah cik kam. Dapat jumpa dengan awin yang last aku jumpa masa dia tolong anta aku register master tahun 2009. Lama betul baru sempat nak jumpa.
  12. masa cuti kat Ipoh tu sempat la turun gi Cameron. Itu pun selepas 15 tahun tu...mmg berubah betul Cameron berbanding masa aku umur 16 tahun dulu.
  13. berjaya gak gi bercuti ke Penang dengan 2 org buddy aku iaitu Rafe dan Yani. Hohohoh...mmg happening betul cuti ni sbb tahun 2010 kami tak gi cuti mana2. Spend 3 hari 2 malam kat Hotel Bayview. Baru real ko keje engineer kan cuti lepak kat hotel mahal, bayar guna kredit kad. hahhaha
  14. Balik dari Penang aku terus drive gi Shah Alam. Yani dan Rafe pun tumpang sekali. Aku buat keje gila ajak guna jalan lama...mmg best la sbb dapat layan view alam yg cantik...Subhanallah....tapi yang tak bestnye sampai Shah Alam terus pancit.
  15. Aku muntah gila babas dalam bas masa in the way balik dr shah alam lepas anta rafe ngan yani. gila punya muntah sampai aku lembik. penat sangat kot.
  16. final semester aku untuk master pun masa hujung tahun 2011.
  17. aku terpaksa drive sorang2 gi JB untuk projek II master aku. 1st time drive ke arah selatan....mmg layan blues la drive sorang2 time hujan lebat tu. Sblm sampai JB sempat singgah kg Rafe kat Batu Pahat. 12 tahun kawan dengan Rafe tapi baru tahun 2011 sempat gi rumah dia. itu pun sbb tak plan pun. tapi rafe dah banyak kali sampai rumah aku.
  18. selepas 6 tahun aku ulang alik naik komuter untuk gi jumpa supervisor aku. gila penat....maklumlah last naik pun masa tahun 2005 masa tgh muda...skrg ni dah kurang muda so semput sikit.
  19. aku rembat sampai 3 perfume masa YES kat Sogo. amik ko.....macam nak mandi perfume aje.
  20. Alhamdulillah.....aku akhirnya berjaya gak completekan projek II master aku....aku present hujung masa bulan 12 dan hantar draft report awal bulan 1. Skrg ni tgh tggu result penuh. Kalau ok lulus la...kalau tak...kene la repeat subjek yg dapat lulus bersyarat tu.
Maka itulah kenangan-kenangan yg sempat otak aku recall sebelum aku nak siap2 balik umah. Opis hour dah habis. So....enjoy....hahahha!!!!

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea