Aku ni bukanlah peminat fanatik hp Nokia sbb aku lagi suka hp Samsung atau SonyE. Ini sebabnya paparan hp Nokia ni tak fancy sangat mcm hp 2 jenama yg aku suka tu dan juga pada aku bateri Nokia ni tak lasak mcm bateri SonyE. Tapi semua alasan tu aku tolak ketepi lepas aku jumpa Nokia Lumia 800, iaitu spesis Window Phone dan bukan android phone. Dengan design yg sangat sleek dan warna yg fancy (black, magenda (pink), cyan (blue)), secara peribadi aku rasa ini lah hp Nokia yg sangat lain daripada model2 yang sebelum ni. Paparan screen Lumia pun lain daripada hp Nokia sedia ada dipasaran dan ini membuatkan Nokia Lumia ni sangat lain drpd yang lain. Mungkin agak janggal bila tengok semua application disusun dalam bentuk tiles tapi itulah ciri2 unik yang menarik minat aku terhadap Lumia ni. Ish! kalau nak citer pasal teknikal spec ni mmg aku tak pakar la tapi ape kata korang melawat aje page Nokia Malaysia di sini.
Itulah yang terjadi aku last weekend. Plan awal aku sebenarnya bukanlah nak rembat hp tapi nak rembat Galaxy Tap 7.7. Tapi dalam masa survey tu aku nampak Nokia Lumia ni, so adik aku ajak la tengok and survey sekali. Bila dah survey tu, dah jadi 50-50 la pula....Tap atau Lumia...Tap atau Lumia...Lumia atau Tap....tapi bila last2 punya fikir....aku decide nak rembat Lumia. Walaupun dia adalah hp Windows tapi aku rasa berbaloi gak beli sbb hp SonyE aku yang tengah pakai sekarang pun tengah nazak.
So, selepas berfikir dalam masa yang singkat dan buat on spot decision, maka aku pun merempat Lumia 800 kaler biru (cyan). Nampak macam fancy skit dan lain daripada yg lain. Hahahah......
Tapi yang best tu....bukan aku sorang aje yg merembat Lumia ni tapi bestie aku si Rafeah pun merembat Lumia gak tapi yg kaler pink (magenda) punya. Secara kebetulan kami beli pada hari yg sama tapi aku beli awal sejam la dr dia. Hahahahaha......
0 uncang teh :
Post a Comment