Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Thursday, November 5, 2015

Aku dan Shawl

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:29:00 PM 2 uncang teh
AMARAN.
Entry ni bukan bertujuan komersial. Entry ni hanyalah entry syok sendiri dari tuan punya blog. Setiap shawl yang ditunjukkan bukan untuk dijual. Kalau anda muntah hijau lepas baca dan tengok semua gambar dalam entry ni, itu adalah masalah yang anda tanggung sendiri. 

Assalamualaikum wbt.

Haaa....sebelum apa-apa aku naikkan dahulu peringatan amaran untuk semua pihak. Mana ler nak tau kot-kot ada haters kat luar tu nak kutuk aku. 

Sekarang ni pergi mana-mana semua orang menggayakan shawl sebagai trend hijab. Ok...tak kisah tu asalkan ianya labuh menutub dada dan tak jarang...kira ok la tu kan.

Aku start pakai shawl ni area tahun 2009 macam tu. Masa tengah sambung Master-ji. Kalau balik kelas tu mesti singgah Tesco Shah Alam beli sehelai dua shawl. Masa tu shawl kecik je dan pendek. Kira cukup-cukup la tutup dada aku tu. Tengah bujang, mana pikir nak labuh-labuh. Masa tu pikir asal tutup dada sudah. Tapi shawl ni kebanyakkannya aku pakai kalau keluar outing je. Sebab malas nak melilit tu. Rasa macam payah nak adjust sana adjust sini bagi elok. Time keje tudung bawal tetap pilihan hati. Cuma kadang-kadang je bila nak naik bas ke Shah Alam tu aku gatal melilit shawl ni. Elok sampai Shah Alam shawl aku tu dah jadi rupe macam towel dah. Selekeh...hahha...

Hari berganti hari...bulan berganti bulan...tahun berganti tahun. Sekarang ni shawl dah takde saiz kecil-kecil macam dulu dah. Kalau ada pun dah tak banyak. Yang ada sekarang shawl panjang dan wide shawl. Guna shawl panjang dan wide shawl ni memang puas la melilit. Lepas tu keluar pula instant shawl. Ada yang semi-instant yang mana masih perlu melilit dan instant shawl yg hanya perlu sarung sahaja dah siap. Tak perlu brooch bagai kat bawah dagu tu. Cuma kalau nak kemas baru la letak pin. Lagi best shawl 2 muka, dimana kedua-dua hujung dah siap jahit dan hanya perlu sarung sahaja. Ada juga shawl yang berpotongan butterfly yang mana untuk bahagian bahu tu dah siap ada lengkuk, so korang ikut je bentuk butterfly tu. Shawl-shawl instant ni pula boleh adjust sama ada nak labuh atau nak singkat. Means daripada orang saiz XS hingga saiz XL boleh pakai sebab labuh menutup dada.

Jenis-jenis kain untuk buat shawl pun dah pelbagai. Asalkan kain tersebut ringan, tebal dan tak jarang serta selesa dengan cuaca Malaysia ni memang sesuai la untuk dijadikan shawl. Antara kain pilihan penjual-penjual shawl adalah kain chiffon, chiffon gojet (aku x reti eja yang ejaan betul), chiffon glitters, cotton, cotton viscose dan lycra. Ni memang jenis kain yang sangat selesa untuk dijadikan shawl ni. Lepas tu ada pula shawl ni yang hujung dia bentul empat segi tepat, curve, atau bentuk halfmoon. Ishh...macam-macam la design shawl yang ada kat pasaran sekarang.

Aku pun sebab nak ikut trend tak nak la ketinggalan nak ada koleksi shawl untuk dipakai. Daripada harga murah sampai la harga yang kurang murah. Haaa...macam mana tu? Yang murah of course la shawl RM10 yang aku baru beli 2 minggu lepas. Shawl yang kurang murah pula lebih kurang antara harga RM50-RM60 je. Ada long shawl, ada wide shawl, semi instant shawl, instant shawl dan shawl 2 muka. Yang peliknya dulu masa anak dara punya la malas nak melilit shawl ni sebab payah nak terbentuk. Tapi sekarang ni bila dah ada anak, rajin pula nak melilit. Time Umar keliting merengek-rengek nak minta dukung, time tu la aku sempat melilit shawl tu lagi. 

Ni antara shawl-shawl yang aku pakai untuk pergi kerja dan berjalan-jalan. Sila jangan muntah hijau ye.

1. Wide shawl (Kadang-kadang aku guna pashmina je untuk gantikan sebagai wide shawl ni)



2. Long shawl dan butterfly cutting







3. Halfmoon shawl

4. Semi-instant shawl, instant shawl dan shawl 2 muka








Ok....itu aje kot perkongsiang syok sendiri tuan rumah dengan pembaca yang boleh menahan muntah hijau mereka. Lain kali aku update lagi ye entry syok sendiri. Hahahahahaha

Wednesday, November 4, 2015

Shawl RM10....Biar Betul?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:41:00 PM 5 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hahahaha....terkejut ke bila baca tajuk tu? Jangan terkejut sebab ianya memang betul-betul shawl RM10. Ini ceritanya.....

Last week kat kawasan opis aku ni diorang buka karnival jualan ape ntah. Ramai penjual yang buka khemah pula geng2 penjual Pasar Kemboja dan geng-geng penjual yang memang involved ngan jualan karnival macam ni la. Datang pula paling jauh yang aku tanya datang dari KL tu. Tiga hari diorang berkampung kat sini, dan selama 3 hari tu la aku bertawaf untuk setiap khemah jualan. Hahaha...

Hari pertama aku buat aktiviti melawat kawasan dulu. Maklumlah kene buat report secara live untuk kawan-kawan aku. Hari kedua aku datang ngan kawan-kawan aku pula. Diorang sanggup datang dari Pauh tu semata-mata nak membeli kat sini. Antara yang diorang beli adalah jubah, blouse dan shawl. Masa hari kedua ni la baru aku detail skit bab harga, jenis kain dan jenis shawl. Masa ni la baru tau shawl tu diorang jual RM10 sahaja. Di ulang....RM10. Shawl tu pula menggunakan kain chiffon yang elok, tebal, berat dan tak jarang. (Kalau harga pasaran paling murah RM15, yang kadang-kadang kain pula sangat jarang dan nipis). Aku pun ada juga la merembat 2 helai shawl panjang dan sehelai shawl dua muka yg harga cuma RM20 (paling murah aku pernah beli shawl 2 muka RM25, itu pun sebab share beli ramai-ramai dengan kawan-kawan). Kawan-kawan aku yg lain pun ada juga beli shawl tapi sehelai dua je setiap seorang.

Bila balik je muka masing-masing macam tak puas membeli. Bila cerita dengan kawan-kawan yang tak dapat ikut diorang macam jeles sebab tak dapat membeli especially shawl la sebab murahkan. So aku offer la nak tolong belikan shawl untuk kengkawan yang tak dapat membeli tu. Sebab karnival tu ada lagi sehari aje lagi.  Mula-mula tu just 2 orang je yang nak membeli. Sekali aku upload gambar dalam group wasap kitorang, nah ambikkk....masing-masing pakat order. Yang dah order awal pun minta nak tambah belian lagi. Rambang mata diorang. Mata aku yang tukang beli pun rambang gak....korang tak caya...skroll bawah...







Haaa...macam mana? korang berpinau tak nengok kaler-kaler tudung yang pelbagai dan menarik ni. Setiap kaler ade tone warna dia. Tu korang yang tgk gambar aje. Aku yang tolong membeli kat kawan aku pun berpinau mata. Minta kaler coklat tapi bila nak gi beli bermacam-macam kaler coklat yang ada. Coklat milo la, coklat neskafe la, coklat susu la, coklat teh la. Aku pun naik pening. Bila upload gambar kat kengkawan, diorang pun pening nak pilih. 

Dan akhirnya..inilah dia shawl-shawl RM10 yang aku beli selepas sejam aku memilih warna yang kawan-kawan aku pesan. Semua sekali 10 helai ye dari 1 kedai aje termasuk free sehelai sebab dah membeli....eh memborong banyak. Untuk satu kedai lagi tu aku beli 2 helai je sebab warna tu takde kat kedai yang aku beli yang banyak tu. Kenapa sampai 2 kedai? Sebab yang sorang tu nak hujung empat segi manakala yang lain-lain tu nak hujung curve. Masing-masing punya citarasakan.

Nampak tu....hasil pesanan kawan-kawan aku. Alhamdulillah masing-masing puas hati. Yang tak puas hatinye sebab macam nak membeli lagi shawl RM10 ni tapi lepas ni belum tentu boleh nak dapat macam ni. Harga murah dan kain yang tebal serta bidang shawl yang besar. Senang nak melilit.

Kepada kawan-kawan aku, selamat melilit semua. Hahahahaha...

p/s: masa karnival jualan tu semua barang yang dijual memang murah. Selain shawl, blouse pun hanya RM25, jubah pula RM100. Boleh nego lagi tu. By the way jangan tanya aku sape yang jual sbb macam aku cakap diorang ni datang dari luar Perlis, and aku pun tak tau.

Tuesday, November 3, 2015

Neng Guelis Tudung by Go Shop

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:32:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

"Go Shop...ada tv boleh beli". Actually bukan ada tv...ada Astro boleh beli....wakakakaka...

Ok...stop. Sebab aku pun dah terjebak dengan Go Shop ni. Yang peliknya 3 bulan dalam pantang takde la pula aku nak melayan sangat Channel 118 ni. Tapi bila dah hujung-hujung tahun ni menjadi-jadi pula aku nak melayan channel ni. 

Pasal tudung Neng Guelis ni aku dah berkenan masa diorang buat promosi masa bulan Ramadhan dulu. Tengok koleksi tudung tu rasa macam menarik je. Tapi masa tu aku mampu bersabar lagi. Teringin nak beli tapi hati boleh dipujuk. Nafsu membeli dah ada tapi berkat berpuasa di bulan Ramadhan nafsu tu berjaya ditundukkan.

Sehinggalah bulan lepas tetiba Go Shop promo koleksi Neng Guelis yang baru pula. Tengok kali pertama boleh bertahan. Kali kedua boleh bersabar. Kali ketiga hati dah tak keruan tapi masih bersabar. Konon-konon kalau layan promo kat tv tu bolehlah hilangkan niat nak membeli tu. Tapi bila dilayan makin membuak-buak rasa nak membeli tu. Sabar-sabar. Tapi kalau sabar warna yang dipromosi tu lambat ler nak keluar kat kedai. Aduh...camne ni. Tak cukup layan kat tv, aku layan pula kat website Go Shop. Lepas tu buka pula website Neng Guelis. Lepas tambah tolak darab bahagi, minta izin ngan suami, pejam mata sikit...akhirnya...terbelilah aku koleksi tudung Neng Guelis kat Go Shop tu.

Masa kurier anto ke rumah aku takde sebab kerja. Dia campak kat laman rumah je kotak ni. Nasib baik bukan barang fragile.

Eh! Aku order tudung, nape Umar Hayyan pula yang diorang hantar?

Ohhh...ini yang betulnye. Ada 4 helai shawl dan sehelai anak tudung yang sangat selesa dipakai.

Last but not least. Bila Ummi dah keluarkan semua tudung tu daripada kotak. Cik Umar pulak yang konker kotak.
Kotak kecil tapi Cik Umar kita ni tetap gak nak masuk dalam kotak.

Ok...itu je cerita shopping aku dengan Go Shop. Harapan aku semoga aku tak terjebak lagi dah. Cukuplah aku melayan promo di tv...Hahahahahaha




Monday, September 14, 2015

Jalan - Jalan Ke Mr. Diy

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:20:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Cerita lama dah ni. Tapi saja gatal nak update. Pasal apa? Pasal suka tengok aksi Cik Umar dalam troli Mr.Diy ni. Ni kat Mr.Diy Aeon Big Alor Setar.


Ni kisah bulan lepas. Masa ni cik Umar umur 8 bulan. Baru pandai duduk. Dah tak larat nak dukung dia, nampak troli terus dudukkan dia dalam raga tu. Risau gak kalau-kalau dia mengamuk. Tapi ok la pula, lagi-lagi kalau dia ada benda nak belek. Nak bagi hilang boring aje pun.

Sebenarnya aku tak beli apa pun. Pergi Mr.Diy sebab nak beli wallpaper dengan pvc tinted tu. Selain tu ada ler beli buku ABC kat cik Umar. Ish...kalau masuk Mr.Diy ni memang rambang mata ler. Konon tak nak memborong, tapi last-last ade je membeli yang bukan dalam budget. Hehehhe...

Oklah....itu je...bye.

Friday, October 3, 2014

Power Bank

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:14:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Akhirnya..petang semalam sampai juga power bank yang En.Syg beli dari Lazada. Risau gak aku kot-kot tak sampai sebab ini 1st time kami beli barang dari Lazada. Rupanya Lazada guna courier Gdex. Hmmm....dah la En.Syg guna alamat kampung dia, risau juga aku kot-kot Gdex tak masuk kampung. Nyesal pula tak letak alamat rumah kami sendiri kat Kangar.
Inilah power bank yang En.Syg order tu. Aku tak ambil port pun bab order ni sebab yang aku bagi tau kalau boleh nak Amps dia lebih dari 10 ribu la. So En.Syg order yang 20ribu Amps. Harga pun ok...dalam 79 ringgit kot rasanya. Tapi tak tau la original atau tak. Kalau ikut kat dalam Lazada tu dia tulis ori la.

Tapi sebab nak saiz Amps tinggi, mak oii gila besor power bank ni. Dah sama saiz ngan wallet aku pula. Berat pula tu dalam 450gram. Maka bertambahlah berat handbag aku tu nanti.

Tujuan aku beli power bank dengan saiz Amps yang besar ni bukannya apa, senang aku nak cas handphone aku especially kalau dok selalu akses internet dan main game kan senang nak habis bateri. Ini pun sebagai persediaan aku time nak bersalin nanti. Dibuatnya aku boring tggu turn nak masuk labour room tu aku main game hp, tetiba habis bateri, tak ke kelam kabut aku nak cas. Ada power bank ni kan senang.

Selain tu sebab breast pump yang aku dah beli tu boleh guna power bank sebagai power supply. So tu pasal aku request kat En.Syg nak power bank dengan saiz Amps tu besor, supaya senang nak cas hp dan dalam masa yang sama boleh guna untuk breast pump.

Eh...aku tak story lagi ek pasal breast pump yang aku dah beli. Ok...nanti bila-bila rajin aku cerita la ek.

Ape pun...aku nak cakap..."tq Abg sbb belikan syg power bank ni. Syg assume ni hadiah birthday sayang la ek. Heheheh...Sayang Abg..."

Saturday, September 20, 2014

Tanamera in The House

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Akhirnya sampai juga bungkusan yang ditunggu-tunggu. Thank you to En.Syg sebab sudi belikan untuk bini kesayangan dia ni. Inilah dia set bersalin Tanamera yang Insya Allah akan aku gunakan semasa berpantang nanti.
 Set Tanamera ni aku beli online dari CHARMSandCOLORS.  Beli set promosi so dapat la free gift 3 biji botol EBM jenama Jingle Jungle (free gift ni boleh pilih). Kos pos pula free. Just bayar harga set Tanamera tu je. Berbaloi kan.

Seperti yang dinyatakan dalam fb CHARMSandCOLORS, set Tanamera ni hanya ada 10 barang je compared set yang lama (tahun lepas kot) ada 11 barang. Maksudnya selain air levender tu, barang-barang yang lain adalah seperti sebelumnya.

Kenapa aku pilih set Tanamera ni?

Kalau nak diikutkan memang banyak set bersalin yang ada kat pasaran. Pilih je..nak yang moden atau tradisional. Tapi aku pilih Tanamera sebab 1st time aku kenal set ni masa adik aku guna waktu dia berpantang tahun lepas. Bila aku amati produk Tanamera ni....ia mengingatkan aku sewaktu mak aku berpantang dahulu. Bau pilis, boreh dan jamu dia tu mendamaikan otak aku. Terus aku ingat jamu-jamu yang mak aku amalkan masa dia berpantang adik-adik aku dulu. Bau dia sangat-sangat kejawaan. Hahaha....almaklumlah aku ni ada darah Jawa sebelah mak aku. Selain tu pula, review yang aku baca kat internet banyak yang kata Tanamera ni bagus sebab berasaskan herba. Ntahlah...aku pun tak tau apa beza herba dan jamu tu. So kalau nak tunggu review aku, korang tunggu la lepas aku gunakan set ni nanti. Sekarang ni aku just nak tunjuk je dulu.

So sape-sape yang berminat nak beli set Tanamera ni secara online bolehlah pm CHARMSandCOLORS untuk keterangan lanjut. Selain produk Tanamera ni ada 2 lagi set bersalin yang fb ni jual iaitu set Amway dan set NR serta lain-lain produk jenama Tanamera.

Monday, August 18, 2014

SSF Alor Setar

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:26:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Pengumuman...Pengumuman...

Kepada peminat hiasan Inggeris dan juga peminat hiasan dan dekorasi rumah, jom kita gi terjah kedai SSF cawangan Alor Star. Ni antara cawangan SSF yang baru sahaja dibuka ni. SSF ni dibuka di Tingkat 4 Star Parade. 

Aku ni kiranya tau dah lambat dah ni, sbb SSF ni dah dibuka since bulan 6 haritu. Nampak sangat macam dah lama tak menjejak kaki kat Star Parade ni. Malas nak membebel panjang, jom layan gambar aje la kan.
Aku naik ke tingkat 4 ni guna lif, keluar-keluar lif terus jumpa SSF ni.

Abaikan kerusi putih kat luar tu ye, tu bukan kerusi SSF tu.

Berderet aksesori rumah berwarna putih

Nampak botol ni teringat botol sos cili yang berlambak kat rumah tu.

SSF...English style...putih...memang tak dapat dipisahkan

Raga untuk susunatur pun warna putih

Bunga-bunga kat SSF ni memang cantik

Memang berkenan tengok bunga kat SSF ni

Idea deko ni

Idea untuk recycle botol-botol kosong kat rumah

Bunga lagi...

Meja ni sangat rustik gaya dia..aku jadi sangat suka

Idea bilik tidur

Koleksi sofa bed pun ada juga

Koleksi katil...yang penting RM kena banyak la...

Pasu bunga putih

Itu ajelah gambar yang sempat aku snap. Nak ambil gambar banyak-banyak pun takut juga kot-kot nanti kena marah. Tapi memang teruja juga la bila masuk SSF ni. Macam-macam idea dekorasi yang boleh kita dapat walaupun gaya di SSF ni lebih kepada gaya Inggeris.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea