Wednesday, April 25, 2012

10 Perkara Menarik Tentang Daerah Kerian, Perak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:49:00 PM 2 uncang teh

Sebagai pengundi sah dalam Parlimen Bagan Serai, aku sangat berbangga menjadi anak jati Perak umumnya dan Daerah Kerian, khususnya. Kat sini aku listkan 10 Perkara Menarik Tentang Daerah Kerian.
  1. Daerah paling kecil (tetapi lagi besar daripada Perlis) dan terletak diutara Negeri Perak.
  2. Bersempadan dengan Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Bandar Bharu, Kedah di utara, Daerah Larut, Matang dan Selama di Timur dan Selatan serta Selat Melaka di bahagian Barat.
  3. Ada dua bandar utama iaitu Parit Buntar dan Bagan Serai sebagai pusat tumpuan penduduk, pentadbiran dan ekonomi. 
  4. Satu-satunya daerah di Negeri Perak yang tiada sekolah berasrama penuh atau MRSM.
  5. Laluan utama menuju ke utara dan selatan, sama ada melalui lebuhraya atau Jalan Persekutuan.
  6. Daerah panas sbb jadi kubu kuat pembangkang terutamanya parliment Bukit Gantang.
  7. Ramai orang keturunan Banjar menetap di daerah ni.
  8. Penanaman padi sebagai sumber ekonomi utama selain, kelapa sawit, getah dan penangkapan ikan.
  9. Kawasan tanah pamah yang subur.
  10. Satu Kerian akan tenggelam kalau Empangan Tasik Bukit Merah pecah atau runtuh. Beware.


Peta Daerah Kerian (kredit untuk pakcik Google)

Tuesday, April 17, 2012

Calling for Convo

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:03:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum

Alhamdulillah.....akhirnya aku berjaya juga untuk menghadiri sesi konvo master aku. Surat rasmi panggilan konvo tak dapat lagi, tapi lepas aku check kat website UTM, nama aku adalah graduan yang diluluskan oleh Senat untuk bergraduasi.



Tapi yang tak bestnye bila diorang mentioned aku ada lagi outstanding fee sampai 14k. Masa tu tetiba semangat nak konvo jatuh menjunam. Ntah mana silapnya kat Bendahari UTM tu sbb yuran belajar aku tu sebenarnya dah aku settlekan before aku gi buat pembetulan report aku.  Sekarang ni aku tengah berusaha nak selesaikan hal yuran tu la. Nasib baik aku simpan semua resit bank masa aku bank in duit bayar yuran tu.

Online Shopping

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:38:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum.

Bila sebut pasal shopping ni fokus utama of course la merujuk pada kaum Hawa. Tapi jangan korang tak tau yang kaum Adam pun ada gak yang gila shopping mcm kaum Hawa, lagi teruk daripada kaum Hawa pun ada.


Oklah tak kisah lelaki ke atau perempuan ke, tapi korang suka shopping secara online ke tak? Aku rasa mesti ramai yang suka shopping secara online. Selain menjimatkan masa, tenaga dan juga kos, online shopping juga bersifat global dan mempunyai banyak pilihan berbanding kaedah shopping  biasa.


Seperti juga perkara-perkara lain, online shopping ni juga mempunya baik buruknya sendiri. Malah, dengan bercambahnya kedai2 maya di internet memudahkan kita sebagai pengguna untuk ditipu. Mak saudara aku adalah seorang pegawai polis yang terlibat dengan jenayah perdagangan. Melihat kesukaan aku yang suka melakukan online shopping, dia selalu ingatkan aku supaya berhati-hati kerana jenayah perdagangan secara cyber ni memang susah nak trace. Tetapi, pengalaman pasti akan mematangkan kita. Berdasarkan pengalaman aku, disini aku nak berikan beberapa tips yang aku gunakan ketika melakukan transaksi pembelian secara online. Walaubagaimanakan, tips yang aku akan beri ini tidak mengikut susunan, jadi korang kena la fikir mana yang terbaik utk korang nak gunakan.

1. Seperti juga pembelian secara biasa, untuk pembelian online juga kita kena buat survey harga. Katakan korang nak beli baju maxi labuh yang menjadi kegilaan wanita sekarang. Jadi buat perbandingan harga dengan blogshop2 lain. Sebagai contoh, jika kedai A menjual pada harga RM10 ringgit untuk sehelai baju maxi, mungkin ada kedai B yang akan jual pada harga RM8 untuk sehelai baju yang sama. Jadi kenapa perlu bayar lebih? Harga yang dijual oleh penjual adalah bergantung kepada harga yang diorang dapat daripada supplier. Tapi ada juga penjual yang dapat barang daripada supplier yang sama tapi mark up sangat2 tanggi. Jadi disinilah kebijaksanaan anda sebagai penjual perlu digunakan. Selain itu, kita juga kena pastikan adakah harga yang ditawarkan itu termasuk kos penghantaran atau pun tidak. Ini kerana, muking harga yang ditawarkan oleh kedai A mahal sebab sudah termasuk kos penghantaran. 


2. Perlu memastikan blogshop tersebut berdaftar dengan SSM. Walaupun berniaga secara online, peniaga perlu mendaftar dengan SSM juga. So, kepada pengguna kalau nak tau kedai online tu boleh dipercayai atau tak, make sure tengok no pendaftaran syarikat diorang.

3. Rujuk testimoni pembeli. Ini penting untuk mengetahui kepuasan bekas pelanggan yang telah berurusan dengan peniaga tersebut. Walaupun ada sorang pelanggan yang melahirkan rasa tidak puas hati, anda sepatutnya berhati2 ketika berurusan dengan penjual tersebut.

4. Selain medium blog, medium laman sosial seperti Facebook juga digunakan untuk penjual menjual produk mereka. Selalunya aku tak galakkan org beli kat org yang jual melalui FB, tapi kalau korang nak beli juga, pastikan korang merujuk testimoni pembeli. Lepas tu, check details diorang tu. Ada juga peniaga yang menggunakan FB ni untuk tujuan promosi, jadi mereka ini akan ada link kepada blog atau website mereka. So sila klik ke website mereka untuk check no pendaftaran syarikat. Tapi kalau diorang takde no pendaftaran syarikat, takde website, itu adalah antara kepercayaan antara penjual dan pembeli. 

5. Perbandingan harga pasaran. Perlu diingat harga yang dijual secara online ni kebanyakkannya akan murah 10% hingga 30% berbanding harga pasaran biasa. Ini adalah kerana, mereka tidak perlu membayar kos buruh dan kos sewa yang mahal. Selain itu, kalau peniaga tu berada diluar negara dan menjual barangan dari sana, mmg barang akan murah, contohnya perkakas memasak. Tapi kalau untuk jualan telefon bimbit secara online, jangan harap utk dapat murah sebab, harga telefon bimbit ni aku rasa memang lebih kurang je. So untuk gadjet electronic ni better korang beli kat kedai biasa aje la.

6. So, bila korang dah siap survey harga dan yakin untuk berurusan dengan peniaga online tersebut. Maka anda boleh contact peniaga tersebut. Perlu diingat, kebanyakkan peniaga hanya berminat berurusan dengan pembeli yg serius dengan barangan jualan mereka. Ada peniaga yang telah sediakan form dalam website mereka untuk pembeli memesan barang. Ada juga peniaga yang memerlukan anda email mereka dan kalau melalui FB, pembeli boleh PM peniaga tersebut. Tujuan kita contact peniaga ni adalah untuk kita memesan dan booking barang jika stok masih ada. Lepas tu untuk kita mengetahui harga sebenar barangan tersebut termasuk kos penghantaran. Selain itu adalah untuk kita confirmkan pembelian kita dengan penjual serta mengetahui cara atau kaedah pembayaran yang digunakan oleh peniaga.

7. Pembeli perlu ingat bahawa salah satu cara untuk peniaga meraih keuntungan sampingan adalah melalui kos penghantaran. Ada juga peniaga yang menawarkan promosi penghantaran percuma jika membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak. Jadi, kalau pembeli nak jimat untuk kos penghantaran, nasihat aku beli ramai2 dalam satu masa. Contohnya, kalau berminat nak beli perfume secara online, dapatkan 2 3 org kawan untuk beli parfume dr kedai yang sama pada masa yang sama supaya kos penghantaran tu boleh kongsi ramai2.

8. Kaedah pembayaran pun penting juga. Ada peniaga tempatan akan memberikan no akaun mereka untuk korang bank in bayaran. Sekarang ni nak bank in bayaran pun mudah. Korang boleh buat secara online atau pun melalui mesin deposit atau ATM. Bagi kemudahan pembayaran melalui kad kredit (selalunya untuk pembelian luar negara), kemudahan PAYPAL juga disediakan. Ada juga sesetengah syarikat besar yang mempuanyai sistem pembayaran kad kredit mereka sendiri. Jadi disini, nasihat dan amaran aku, sila berhati-hati jika melalukan transaksi bayaran, especially jika menggunakan kad kredit. Untuk makluman, jika kita melakukan pembayaran melalui kad kredit, sebenarnya peniaga menggunakan khidmat pihak ketika untuk memproses kad kredit kita tu. Jadinya, selain peniaga (selalunya peniaga akan simpan rahsia transaksi kita), pihak ketiga tu pun akan ada rekod peribadi kita juga. So, pastikan anda mengunakan sistem yang betul untuk kemudahan pembayaran anda.


8. Selepas siap membuat bayaran, pembeli boleh menghubungi peniaga untuk inform tentang pembayaran yang dibuat. Sila nyatakan bukti pembayaran anda seperti mms atau email resit ATM korang. Kalau guna online banking pula, reminder akan dihantar selepas transaksi berjaya. Simpan segala bukti pembayaran untuk kegunaan masa hadapan.

9. Jika semua ok, peniaga akan mula membuat penghantaran kepada pembeli. Bagi pembelian tempatan, maksimum masa yang diperlukan untuk dapat barang dalah dalam masa 3 atau 4 hari bekerja. Manakala bagi pembelian luar negara memerlukan tempah sehingga 2 minggu atau sebulan untuk barang itu sampai kepada pembeli. Jadi, disini pembeli harus sabar dan sentiasa berhubung dengan peniaga.


10. Apabila barang sampai, sebagai menunjukkan rasa penghargaan kepada peniaga, pembeli dinasihatkan untuk inform peniaga apabila barang yang dipesan dah sampai. Jika anda berpuas hati dengan barang tersebut, nyatakan, tetapi jika anda tidak berpuas hati dengan barangan yg dibeli seperti mempunyai kerosakan, sila inform penjual dengan segera. Peniaga mempunyai satu terma mengenai barangan yang dipulangkan kepada mereka dan ini haruslah di fahami oleh pembeli. Satu lagi, sila pastikan anda mendapat resit pembelian barang sama ada di emel oleh peniaga atau disertakan sendiri didalam bungkusan yang dihantar. Jika peniaga tu menjual secara kecil-kecilan, maka tiada resit pun tak ape. Tapi aku percaya, peniaga yang bagus akan sertakan resit pembelian kepada kita.

11. Jika ada lebihan wang yang perlu peniaga pulangkan kepada pembeli, sila inform peniaga dengan segera. Hal ini sering berlaku jika pembeli membayar melalui cash deposit mesin dimana nilai yang dibank in perlu dalam not RM10, RM50 dan RM100. So kalau harga barang tu RM45, mesti korang akan bank in RM50. Jadi korang kene inform peniaga mengenai baki wang anda. Peniaga yang bagus akan memulangkan kembali baki wang anda dengan segera.

Dalam melakukan aktiviti online shopping ni , kita tak boleh jangka yang kita akan berurusan dengan peniaga yang bagus. Mungkin ada banyak sebab mengapa terdapat segelintir peniaga yang kita kata " tak pandai berniaga dan tak pandai layan customer". Macam tu juga dengan hal aku. Ada la dua tiga kali "terkena" dengan peniaga mcm tu. Tapi selalunya lepas aku terkena dengan peniaga yang payah ni aku akan elakkan daripada membuat pembelian berikutnya. 


Antara jenis peniaga yang aku akan elakkan selepas "terkena" adalah seperti berikut:

1. Peniaga yang lambat memberi respond kepada pertanyaan aku.
2. Peniaga yang tak pulangkan balik baki wang aku.
3. Peniaga yang cakap ada stok tapi bila aku bank in duit kata stok yang aku nak tu sebenarnya tak ada.
4. Peniaga yang jarang update stok diorang kat web.
5. Peniaga yang banyak sangat kerenah yang membuatkan urusan jual beli jadi rumit.
6. Peniaga yang lambat pos barang yang dipesan walaupun bayaran telah dibuat.

Tapi overall, sepanjang aku membeli-belah menerusi internet ni, kebanyakkan peniaga yang aku pernah berurusan semuanya ok dan best.


Nota_jari: Tulisan ini berdasarkan pengalaman peribadi aku dan takde kaitan dengan orang lain. Kalau ada kaitan itu pun secara kebetulan aje. Gambar kredit pada google.

Thursday, April 12, 2012

Tukar Tema

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:03:00 PM 0 uncang teh
Dah lama plan nak tukar tema blog ni tapi rasa sayang pula dengan tema lama. Walaubagaimana pun terpaksa juga tukar sbb tema yg sedia ada tu pun dah hampir 2 tahun digunakan, jadinya daripada terus rasa sayang tapi malas nak update blog, lebih baik tukar tema supaya ada sikit semangat nak update (kononye la).

Aku confirm bila guna tema yang ni mesti bestie aku kutuk gila2 kan. Hahahah.....so girly girly gitu. Tak sesuai betul dengan umur yang sedia ada. Tapi takpe la....ini cuma percubaan dulu....kalau rasa tak sesuai, dalam seminggu dua aku tukar lain. Kan ke banyak tema free utk blogspot.

Tapi, honestly sebenarnya dalam diri kita ni sebenarnya ada satu sifat budak2 yang tak hilang. Suka benda comel, benda cute dan for sure suka kaler pink....itu kan antara sifat kanak2 perempuan. Sama juga macam aku,  aku sangat-sangat suka dengan benda yang cute, comel dan kartun. In case kalau aku tukar tema pun, semua sifat ini akan aku kekalkan juga.

Well, takpe la kan....kita tggu ape komen bestie aku dan juga kawan2 aku yang sudi baca dan komen. Kalau nnt ada komen yg extreme, hahah....jangan kecil hati kita tukar aje. Aku tanak la pegang prinsip "blog aku ikut suka aku". Sensitiviti pembaca kena la juga jaga kan.

Last but not least....jumpa lagi...
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea