Wednesday, February 6, 2013

Ubat Singseh

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:40:00 AM
Assalamualaikum wbt

Ni nak citer pasal ubat singseh. Bukan real ubat singseh tapi ubat yang aku beli daripada kedai singseh iaitu kedai ubat Cina.

Kes dia bila aku kuar mengulor dengan 2 orang otai opis aku la ni, Kak Tini dan Kak Dayang. Time-time rehat tu sempat aje kan nak mengulor. Tak insaf betul. Macam mana la nak dapat pekerja cemerlang kalau macam gini la perangai mengulornye.

Masa on the way nak mengulor tu Kak Tini cerita la pasal satu kedai ubat cina ni. Nama kedai tu Kedai Quek. Nama penuh kedai tu aku tak ingat la pula. Panjang sangat. Tokei kedai tu dah umur 70 plus, tapi masih sihat walafiat macam umur 60 plus. Dengar je cerita Kak Tini tu, terus aku dan Kak Dayang berminat nak cuba. Lagi pun bengkak kaki aku tak surut-surut dah hampir sebulan. So ape salahnya aku try makan ubat kedai Cina pula kan. Ikhtiar.

So bila sampai kedai ni most of the customer tu orang kampung, Melayu, yang lebih kurang umur sebaya mak ayah kita tu. Yelah, dulu kan susah nak gi klinik, jauh so ubat Cina la salah satu alternatif yang ada. Singseh ni kalau dalam masyarakat Cina adalah orang yang sangat mahir dalam bidang perubatan dan amat dipercayai. Lebih kurang macam doktor la tapi cuma takde ijazah kedoktoran aje. 

So si singseh ni pun tanya la kat aku ape sakit aku. Jadi inilah serba sedikit perbualan antara aku dengan tokei ni. Huhuhu...sangat ramah dan sempoi. Owh...harus diingat tokei ni orang Kedah pior so memang loghat Kedah dia sangat pekat.

Tokey: Hang sakit apa?

Aku: Ni ha tokey kaki saya ni bengkak kat tulang keting.

Tokey: Hang umoq berapa?

Aku: Tahun ni nak masuk 33.

Tokey: (Sambil belek kitab cina dia). Hang ni lahir tahun monyet. Suka sangat lompat-lompat tu pasal kaki hang bengkak. Meh sini jari hang. (sambil picit jari aku). Tarik mata hang (dia suruh aku tunjuk kelopak mata bawah). Jelir lidah (suruh aku jelir lidah la pula).

Tokey: Ooo...hang ni banyak angin. Angin dalam badan hang kuat ooo. Nampak je hang kuat tapi badan hang lemah. Hang ni umoq muda tapi dalam dah makin teruk. Angin banyak. Hormon tak stabil. Hang ni suka mandi malam ni. Tu kaki hang tu, silap hari bulan boleh dapat gout.

Itulah analisis tokey singseh tu. Memang analisi dia sama macam analisis doktor. Lepas tu tangan dia cepat je capai ubat sana sini itu ini.

Tokei: Ni aku bagi ubat ni kat hang. Hang makan malam, bagi kurang bengkak kaki hang tu. Ni orang pompuan ja boleh makan. Kalau orang laki makan lemah. Ni macam makjun gak ni. Hang jangan mandi malam. Sebelum pukul 7 hang kena mandi. Malam-malam jangan gatai makan mee, bihun, koew tiaw. Pantang jangan makan ikan bilis, pekasam (peberet aku ni). Hang kena makan oat. Kolesterol hang nak tinggi dah ni.

Panjang oo...dia membebel. Lepas tu dia sambung lagi. Aku macam biasa sengeh aje la.

Tokei: Hormon hang tak stabil tu kena makan EPO. Jangan amik yang ada vitamin E. Hang makan yg tanpa vitamin E. Untuk hang punya darah pekat tu hang kena makan gingko biloba. Ni hang kena makan lepas "nyorok". Untuk tengah hari pula aku bagi hang makan rempah ratus. Boleh buang angin. Semua ubat aku ni hang makan lepas makan.

Korang tau tak "nyorok" tu ape? Haa...nyorok tu bukan sembunyi tapi istilah orang Kedah untuk sarapan pagi/makan pagi. Korang tau la kan orang Kedah ni orang bendang orang sawah. Diorang turun sawah lepas Subuh. Lepas tu bila dalam pukul 8 pagi sampai pukul 10 pagi tu la masa untuk diorang makan sarapan atau terus makan pagi. Masa makan tu masing-masing amik port sendiri. Itu pasal diorang panggil "menyorok".


Inilah ubat yang aku beli kat Kedai Quek tu. Separuh dah aku makan pun. Yang hitam 2 biji tu la makjun, lepas tu ade pil rempah ratus, dan last gingko biloba. Lepas dia letak ubat aku tu dalam plastik dia pun terus cakap," Ha..mai bagi kat aku 56 ringgit. Aku kaya hari ni. Banyak duit aku hari ni". Slumber betul atok cina ni. Hahahah....

Ape kesan aku lepas makan ubat cina ni. Alhamdulillah...kita usaha Allah yang menetukan. Dengan izin Allah tu bengkak kat kaki aku tu nampak surut sikit la. Tapi macam ubat lain juga, tetap ada kesan sampingan. Kesan sampingan dia ialah, aku mesti akan bangun sekali sebelum subuh untuk pergi toilet buat air kecil. Kadang-kadang tu lagi setengah jam je nak subuh, so ingat nak bangun time tu terus la, tapi tak boleh tahan dah sebab memang dah full tank. Memang cuci buah pinggang betul la. Yang lain-lain tu ok je, takde la pula rasa badan panas ke sebab makan makjun dan rempah ratus tu. Mungkin sebab dah imun dengan suhu kat Perlis ni yang memang panas dan tinggi suhunya.

4 uncang teh :

shaffiyleanna nordin said...

hahaha..brkesan kan kak...mmg ramai org dok mai berubat kat dya..kdg2 2 kita x cqita sakit apa dya dh taw dh..hehe...tp apa pn yg pnting kita sht kan kak.. :)

abi amrin said...

Kat area mana kdai dia??

MOHD HARITH Mazlan said...

Pohon pertolongan puan untuk maklum kat mana kedai quek ni...emel saya mharithmazlan@gmail.com...saya duduk di alor star

~*irjune*~ said...

Salam readers..
Ramai yg bertanya pasal kedai Tabib Quek ni...
mula-mula minta maaf sangat2 ye sebab tak dapat nak bagi lokasi tepat pasal kedai ni.
Sebab yg bawa sy ke kedai tu kawan saya...
Yang saya ingat Kedai tabib ni di area pekan kodiang. Beberapa kali juga bila lalu jalan sepanjang Arau-Jitra ikut jalan lama tu saya menoleh ke kiri (jika dtg dari arah Arau), tapi sy tak perasan. Nanti kalau sy dah dapat info Insya Allah saya akan share. Dan sesape yg bg email tu nanti saya email ye.

Maaf sebab info sy kurang membantu dari segi lokasi.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea