Friday, May 16, 2014

Love Bite

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:51:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Ini cerita dah lepas. Cerita masa cuti Hari Buruh hari tu. Cerita 1 Mei 2014. Cerita baru nak update sebab baru ada mood nak update. 

Love bite...!!..Tajuk je yang 18sx tapi cerita bukan cerita lucah. 

1 Mei 2014. Aku kena gigit charlie. Tau tak apa itu charlie. Charlie bukan nama seorang manusia lelaki tau, tapi gelaran untuk binatang kecil ini.
Kenal tak charlie ni. Ye...binatang kecil yang berwarna merah hitam ni. Mula-mula aku tak sedar sampailah laki aku tegur. Dia nampak ada kesan cakaran merah kat pipi sebelah kanan aku. Ye di pipi ok binatang ni buat dajal kat aku. Bila aku check kat depan cermin...sah charlie.

Bukan pipi aje dia cium aku, kat mulut sebelah kanan pun kena dan juga bibir sebelah kiri. Pedih...gatal tu tak payah cakap le. Ringan je tangan ni nak garu. Tapi kena tahan.
Kesan love bite charlie kat pipi dan bawah mulut.
Ini pula kat bibir sebelah kiri.

Bila dah sah kena charlie tu, cepat-cepat aku sapu ubat. Nak tau ubat apa yang aku guna untuk sapu kat pipi aku tu. Aku just sapu guna ubat Nixoderm.
Picture from Google

Aku memang standby Nixoderm ni kat rumah, untuk sapu atas jerawat. Lagi pula, masa kat universiti dulu selalu juga jadi kes kena love bite ngan charlie ni, so memang aku guna Nixoderm ni je pun. Kalau gi klinik pun klinik bagi ubat sapu juga. Baik sapu Nixoderm ni, cepat kering dan rasa gatal pun kurang sebab Nixoderm ni bila disapu atas kulit yang bermasalah akan rasa sedikit pedih dan berangin.

Untuk mulut pula aku letak oral aid, ubat ulser mulut tu. Takkan nak sapu nixoderm plak kan. Nasib baik aku memang standby oral aid kat rumah.

Lepas seminggu kesan gigitan charlie ni dah ok. Cuma kat pipi tu still ada lagi la parut, macam parut lanun pun ade juga. Sekarang ni aku sapu bio oil je untuk hilangkan parut. Tapi kadang-kadang kalau malas, terlupa juga. Hihihihi...

Nasib baik dah kawin, kalau tak malu aku sebab muka ada parut. Hahahhahaha....

3 uncang teh :

sYaFiNaS said...

alah.ciannya akak...jahat btl kan charlie ni...suka singgah buat love bite...cik nat pun besa kena gak time study dulu...charlie ni suka sgt kat tempat lembab....kalau dulu zaman study,penuh kat bilik air....tambah musi hujan skrg ni,lg suka la dia kuar cari mangsa...hihiii

~*irjune*~ said...

rumah akak kat sawah...memang banyak la serangga-serangga datang melawat termasuklah binatang charlie ni. memang tak perasan bila dia lalu. mebi kena masa tidur kot.

Azi said...

Mesti tidoq mulut ternganga ni...hahaha....

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea